Search This Blog

CHEESY MEATBALLS


Ehhh,  nak tanya nie, korang dah cuba resipi Oreo Cheesecake minggu lepas? 

Fokus kepada cheese diteruskan lagi minggu ini dengan resipi Cheesy Meatballs pula! 

Bebola daging yang juicy ini diisi Mozzarella dan ditabur Cheddar. Memang sedap! Ikuti langkah-langkah mudah ini: 

Bahan-bahan :

- 500g daging kisar 
- 1/2 cawan breadcrumbs 
- 1 sudu besar garam 

- 1 sudu besar lada hitam 
- 1 sudu besar mixed herbs 
- 1 sudu besar bawang putih kisar 
- 1 biji telur 
- 2 sudu besar susu segar 
- Kiub Mozzarella
- Minyak zaitun 
- Sos pasta 
- Cheddar parut 

Cara-cara :
1. Pre-heat ketuhar pada suhu 175°C.
Gaul daging kisar bersama breadcrumbs, garam, lada hitam, mixed herbs, bawang putih kisar, telur dan susu segar. 
2. Bentukkan lebih kurang 2 sudu besar campuran meatball menjadi bola. 
3. Masukkan kiub Mozarella di tengah bebola.
4. Sapukan setiap bebola dengan minyak zaitun dan bakar selama 30 minit. 
5. Sapukan sos pasta dan tabur Cheddar parut ke atas setiap bebola. Bakar selama 3 minit. 
6. Hidang!

Apalagi... Jom lah makannnn... 

Segmen Nak URL Blog #29 Mialiana.com


Jom kengkawan ... Sape-sape yang belom join, meh ler meramaikan dan memeriahkan suasana ... Klik banner kat atas jika berminat untuk turut serta ...

Tarikh Tamat :
7 April 2017

Jangan lupa jalan-jalan kat Kisah Hidup Ku & Join segmen kat Jom Bercontest

TURUN NAIK PETROL MULAI 6 APRIL 2017 - 12 APRIL 2017


⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Mulai  6 April 2017 - 12 April 2017. Harga runcit Petrol dan Diesel adalah seperti yang berikut :

RON95 : ⬆ naik 3sen (RM2.16 seliter)
RON97 : ⬆ naik 3sen (RM2.44 seliter)
DIESEL : ⬇ turun 3sen (RM2.08 seliter)

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Senyum jer... Tak perlu kata apa-apa...

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

PENUTUPAN JABATAN PESAKIT LUAR HOSPITAL KUALA LUMPUR


Jabatan Pesakit Luar HKL akan memberhentikan operasi pada 3 April 2017... Sehubungan dengan itu Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di Jalan Fletcher akan mula beroperasi pada tarikh yang sama... Sebagai peringatan kepada para pelawat, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan memasuki wad-wad di Hospital Kuala Lumpur... So,  kalau nak ke HKL tak payah ler bawak bebudak, susah nak naik wad nanti,  takde orang nak jaga... 

Haaa,  kat bawah nie pengumuman dalam Bahasa Inggeris... Aku malas nak terjemah... Kot-kot ada pengunjung aku yang tak pandai Bahasa Melayu,  boleh ler layan pengumuman dalam BI kat bawah tu... 

*📣ANNOUNCEMENT* *

*HOSPITAL BESAR KL (GHKL), starting today 3rd April-* *No more outpatient treatment.*

It will still be handling emergency and admission but for outpatient treatment U will have to go to *NEW Klinik Kesihatan KL* which is located in Taman Tasik Titiwangsa area. 
It is located exactly at the back of *Shell* petrol station along J. Tun Razak (opposite GHKL)

*HOW TO GET THERE*

Coming from Bulatan J. Pahang, turn left in between National Visual Arts Gallery (Balai Seni Visual Negara) & National Blood Bank or if U miss this turn, turning into Shell station is still possible. 

📢 *_Share this message. Might be helpful to someone. Every minute might matter._* 
*_This is a public service announcement by RB_*📢

💚 COFFEE TO ME (C2M) 💚

Haaa... Nie aku nak cite skit... Bukan nak eksyen eak, saje nak update blog... Kang bersawang plak blog aku nih... 

Dua tiga minggu lepas aku gatal ler tangan join contest kat FB... Sebenarnya aku tak suka sangat join contest yang jenis cam nie... Komen last Stop... Letih nak komen banyak kali... Tapi aku tertarik dengan hadiah yang ditawarkan... Target sebenar aku nak menang hadiah lipmatte tu,  tapi dapat kopi scrub nih,  ok jugak lah,  free sape tak nak kannn... 

Haaa... Meh tengok sape yang kena... Aku ler tu hasil kegigihan jari jemari aku... 

Nie ler hadiah yang aku dapat... 
💚 COFFEE TO ME (C2M) 💚 By NIQREES... Aku yang dapat, bebudak plak yang excited... Huhuhu,  depa ingat aku dapat kopi untuk minum tu... "Ibu kan mengandung, mana bleh minum kopi"...

Aku pun teruja lah nak cuba... Bila dah pakai dua tiga kali... Rase lar kulit muka makin halus mulus... 
😜😜😜
Nak dapat yang lain-lain tu kena istiqamah ler kengkawan... Meh baca serba sedikit pasal C2M nih... Kot-kot korang berkenan boleh ler cuba... 

💚 COFFEE TO ME (C2M) 💚
=====================
✅ Serbuk Kopi Paling Halus
✅ Bau Asli Kopi Yang Mengasyikan
❌ Tiada Merkuri
❌ Tidak Sakit
❌ Tiada Chemical Berbahaya

Berat : 80gram
=====================

Apa Yang Best C2M Ni? 

▶ Merangsang dan melancarkan aliran darah bawah kulit.
▶ Mengurangkan Stretch Marks dan Selulit.
▶ Mengurangkan Parut Jerawat
▶Menghilangkan Blackhead dan Whitehead 
▶ Melembut dan melembapkan kulit
▶ Dapat meredakan stress
▶ Mencerah dan memutihkan kulit
▶ Menghilangkan Bau Badan
▶ Menghilangkan kedutan dan garis halus pada kulit
▶ Menyingkirkan kulit mati
▶ Mengekalkan keanjalan kulit

Penggunaan : 
Scrub : 2-3 kali seminggu
Mask : Boleh digunakan setiap hari

Haaa... Amacam??? 
Tergugat tak? 
Meh cuba... 

FB : Norazwin Samsuddin(Wiwin) Wasap : 0163152198



OREO CHEESECAKE

Inginkan Sedikit Kelainan Untuk 'Cheat Day' Anda? Cuba Resipi Oreo Cheesecake Senang Ini! 

Korang hanya perlu sejukkan jer, tak perlu bakarUntuk menghasilkan kek no-bake mudah ini, anda hanya perlu gaul beberapa bahan, sejukkan, dan ia sedia dimakan!


Jom cuba?


Bahan-bahan:

- 2 cawan Oreo hancur 

- 1/4 cawan mentega cair 

- 500g cream cheese 

- 1/4 cawan gula 

- 1 sudu kecil esen vanilla

- 1 cawan whipping cream 

- Oreo (dipotong kasar) 



Cara-cara: 


1. Gaul Oreo hancur dan mentega cair hingga sebati. 

2. Tekankan dan padatkan ke dalam bekas kek. Simpan di dalam peti sejuk. 
3. Dalam bekas yang disejukkan, pukul whipping cream hingga pekat dan kembang. 
4. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula, dan esen vanilla. 
5. Masukkan whipped cream dan gaul hingga sebati. 
6. Masukkan Oreo dipotong kasar dan gaul. 
7. Masukkan adunan ke dalam bekas kek berisi Oreo hancur dan mentega itu tadi. 
8. Hias dengan kepingan Oreo dan sejukkan selama 4 jam. 
9. Hidang

KAKI KOMEN MAC 2017 #KISAHHIDUPKU ...

Alhamdulillah  ... Sedar tak sedar kita dah pun memasuki bulan keempat tahun nie ... Bersyukur sangat kerana masih diberi peluang bersama-sama dengan orang yang aku sayang... Bersyukur juga kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki segala kelemahan diri... Insyaallah... 

Dah tu... Dah tu... Jom kita tengok plak kaki komen blog nie bagi bulan Mac 2017 ... Meriah sangat uolls... Ada yang lama, kekal maintain gituuu... Ada juga yang baru... Apa lagi jom skodeng blog hebat depa plak sambil-sambil tinggal jejak ...

10.  Mrs Pip

Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ... Terima kasih bebanyak korang-korang ... Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...

Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...

TERBANG LINTAS (FLYPAST) PESAWAT PEJUANG BLACK EAGLES T-50 MILIK REPUBLIK KOREA

TERBANG LINTAS (FLYPAST) PESAWAT PEJUANG BLACK EAGLES T-50  MILIK REPUBLIK KOREA DI SEKITAR RUANG KUALA LUMPUR DAN KLCC

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30pagi pesawat pejuang Black Eagles milik Tentera Udara Republik Korea (The Republic of Korea Air Force) telah membuat terbang lintas (flypast) di sekitar ruang udara Kuala Lumpur dan KLCC...


Kat rumah aku nih nampak sipi sipi jer... Teruja sungguh Putra... Kejap kejap berlari keluar... Kejap lagi berlari lagi keluar...  Nak tengok jet pejuang... Seronok dengar Putra cite... "Jet pejuang tu tak lawan lawan ibu" ... "Jet tu terbang kawan kawan jer ibu" ... Teruja sungguh dia tadi... Jangan malam karang dia suh aku lukis jet pejuang dah ler... 

Kumpulan pesawat aerobatik Black Eagles ini telah membuat pertunjukan udara di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2017 baru-baru ini...

Sumber kengkawan wasap

Sumber kengkawan wasap

Sumber kengkawan wasap

Aku nak masukkan video tapi tak reti... Tak jadi jadi... 

BUKAN PERMAINAN


Perkahwinan bukan sebuah permainan. Rasa tak seronok, berhenti dan tukar permainan baru. Perkahwinan juga bukan makanan. Rasa tak sedap, dicela dan cari makanan lain. 

Perkahwinan ibarat kehidupan. Biar sakit, biar demam, perkahwinan perlu diteruskan. Perlu berusaha mempertahankan perkahwinan. Bukan tak suka atau terhantuk sikit saja, dah nak keluar. Usaha pula perlukan kerjasama dari dua2 pihak, suami dan isteri. Bukan satu usaha selamatkan dan satu lagi usaha meranapkan atau buat tak peduli walau salah sendiri, memang sukar ketemu perdamaian. 

Akurlah... Tak pernah ada manusia yg sempurna tapi masih boleh usahakan untuk jadi yang lebih baik... Paling penting, seadanya mengikut KPI Allah Taala...
Buat pasangan pengantin baru, barakallahulakuma! Buat pasangan pengantin bukan baru, usahakan agar keserian pengantin tidak bertukar lama dan jadi lapuk. Chaiyookkk.... (",)

~ Suzana Ghazali ~

WORDLESS WEDNESDAY - 139 | DULU VS KINI


Lazada Big Baby Fair Blogger Contest



Lazada Malaysia kembali lagi ... Setelah huru-hara satu Malaysia dengan Surprise Box dan Lazada Birthday Blogger Contest, kali nie Lazada kembali pula dengan Big Baby Fair... Bersempena dengan itu juga mereka telah menganjurkan Lazada Big Baby Fair Blogger Contest...

Walaupun aku tak dapat Surprise Box dan tak menang  Lazada Birthday Blogger Contest, yang diumumkan semalam... Aku tetap jugak nak join contest nih... Harap-harap ada rezeki aku kali nie ...

Lampin Pakai Buang Pilihan Aku


Haaa... Nie lah lampin pakai buang pilihan aku ... Jenama Baby Like... Bukan aku kedekut ker ape, tapi kita berbelanja haruslah ikut kemampuan ... Sebelum-sebelum nie ada jugak aku pakai lampin pakai buang yang pemes-pemes tu kan ... Tapi kurang sesuai dengan kulit anak-anak aku... Sepanjang aku pakai jenama Baby Like aku puas hati dengan kualiti nyer ...

Susu Formula Pilihan Aku

Image result for dutch lady logo
Dutch Lady adalah susu formula pilihan aku jika aku nak bagi susu formula kat anak-anak aku .... Sebenar nyer anak-anak aku memang aku usahakan bagi susu ibu sampai tamat waktu nyer ... So, anak-anak aku yang dah besar-besar tu aku akan pili jenama Dutch Lady kalau dia orang nak minum susu lah ... Kadang-kadang nak makan ngan cornflakes lah ... Ngan coco crunch lah ... Kalau aku beli susu fresh pun biasa nyer jenama Dutch Lady ... Samalah jugak ngan susu kotak berperisa ... Aku pun suka susu kotak yang berperisa kopi tu ...

Hadiah Untuk Baby Newborn


Haaa ... Memandangkan tak lama lagi aku akan bersalin ... So, aku nak hadiahkan baby newborn aku ... Semoga baby aku gembira dan ibu nyer pun gembira ... Hahaha ... Oh, alangkah best nyer kalau dapat hadiah tu ... Lompat bintang ler aku ... Kengkawan ada cadangan ker car seats yang bagus bagus? 


PERINGATAN
Kengkawan semua jangan lupa tau terjah website Lazada Big Baby Fair untuk shopping-shopping lagi tau .... Boleh tapau untuk raya sekali ... 

Lazada Big Baby Fair
29 Mac 2017 hingga 2 April 2017
Diskaun sehingga 85%

30 MINGGU YANG MACAM2...


Alhamdulillah... Minggu nie genap lah 30 minggu usia kandungan aku yang ke-5 nie... Macam2 jadi sepanjang 30 minggu nih... 

Semasa mengandung kali nie macam banyak plak masalah nyer... Seperti biasa seperti yang dulu2 aku pasti akan mengalami anemia... Kengkawan tau ker apekemende nyer anemia tu? Haaa meh aku nak cite...

Anemia semasa hamil berlaku apabila sel darah merah atau hemoglobin berada pada tahap kurang daripada 11gm%... Paras paling rendah aku pernah dapat 9.8% ... Sel darah merah penting semasa hamil sebab ia akan membekalkan oksigen kepada seluruh tubuh ibu dan janin... Ia juga membantu pembentukkan dan pertumbuhan organ-organ penting dan tisu-tisu badan janin...

Makan buah delima antara yang aku amalkan untuk meningkatkan hb aku... 

Ibu-ibu yang ada anemia nih akan kelihatan pucat, letih, mungkin mengalami pitam dan akan kerap mengalami sakit kepala @ pening... Kalau dah tau ada anemia kena lah pastikan makanan yang diambil mengandungi tinggi zat besi,  vitamin B12 dan asid folik... Korang digalakkan mengambil buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi... Yang paling penting adalah elakkan pengambilan minuman kopi dan teh serta jarakkan pengambilan hasil tenusu,  susu soya,  minuman bercoklat, oat,  gandum dan kuning telur 2 jam sebelum dan selepas waktu makan dan pengambilan pil suplemen... Nie semua korang boleh tau setelah berjumpa dengan pakar pemakanan... Kalau nak tau detail boleh ler google jenis-jenis makanan yang tinggi kandungan zat besi...

Penting tau untuk jaga pemakanan sebab kalau hb terlalu rendah akan membahayakan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan...  Kemungkinan boleh berlaku keguguran,  bersalin awal,  kematian janin atau tumpah darah semasa bersalin... Bayi pula mungkin kurang berat,  lahir tak cukup bulan,  lemas semasa lahir dan pertumbuhan yang terbantut...


Korang kena ambil pil tambah darah (hematinik) yang terdiri daripada zat besi,  asid folik,  vitamin c dan vitamin b kompleks... Bila korang dah ambil pil nie nanti korang akan rasa mual,  loya atau sembelit... Najis korang akan bertukar kehitaman... Ini menandakan proses penyerapan zat besi berlaku dengan baik... Alhamdulillah aku tak de rasa mual dan loya... Cuma sembelit skit dan najis kehitaman... Tapi HB aku masih belum capai tahap yang memuaskan... Huwaaa... 


Mengandung kali nie jugak aku dikesan ada GDM @ kencing manis... Sampaikan aku kena jumpa Pakar Pemakanan... Aku juga kena lakukan BSP tiap2 bulan... Huwaaa... Kena lah kontrol makan... Bila dah kontrol makan opkos lah berat tak naik... Dah jadi hal plak... Nanti aku cite ape sakit kencing manis dan kesan pada kandungan...

Ibu-ibu yang hamil selalu nyer tapi tak lah semua akan mengalami peningkatan aras gula dalam darah...

Komplikasi GDM

Terhadap Bayi
👉Bayi bersaiz besar
👉Kurang gula dalam darah
👉Menghidap DM dimasa akan datang
👉Kematian
👉Kecacatan

Terhadap Ibu
👉Preclampsia (tekanan darah tinggi, berlebihan protein dalam iron dan pembengkakkan kaki)
👉Kemungkinan GDM pada kehamilan seterusnyer
👉DM dimasa akan datang

So bila aku jumpa Pakar Pemakanan, matlamat utama adalah untuk mengekalkan paras gula pada julat normal...

Strategi Pengawalan yang disarankan adalah waktu makan yang tetap setiap hari,  waktu makan utama tu memang tak leh tinggal lah... Kena elakkan gula ringkas... Ibu-ibu dikehendaki makan sedikit tapi kerap... Senaman yang sesuai juga perlu dilakukan setiap hari... Yang nie aku memang kena ikut lah... Ada juga Dr bagi jadual pemakanan yang disarankan... Yang nie aku rasa korang leh google...

Makanan Yang Perlu Dielakkan
🙅Gula Ringkas : Gula pasir, gula perang,  madu dan gula-gula

🙅Makanan Manis & Bergula : Jem,  kaya,  susu pekat manis,  roti manis,  kuih manis, kek,  aiskrim,  coklat

🙅Minuman Manis & Bergula : Cendol,  ABC,  minuman 3 in 1, air kotak,  alkohol,  jus buah,  air kordial,  sirap,  air gas

🙅Makanan yang ditin/dibotol/dikotakkan yang ditambah gula : Jeruk & Buah-buahan dalam tin

Aku pula bebas untuk minum air kosong, air mineral, jus sayur dan minuman tanpa gula... Amat digalakkan makan ulam-ulaman dan sayur-sayuran berdaun...  Adoiiilaaa... Nak nangis rase...

Dan yang terbaru setelah melakukan scan pada minggu ke-30,  Dr cakap uri aku kat bawah... Sebelum nih tak pernah lagi jadi macam nih... So,  aku dinasihatkan segera ke hospital... Berdebar-debar jugak lah aku... Kecoh bebudak nih kot kot aku kena warded plak...

Alhamdulillah... Selagi tak berlaku pendarahan,  baby gerak ok, air ketuban ok aku tak perlu masuk wad... Tapi aku dah kena bukak rekod kat spital,  senang nanti kalau ape-ape hal aku kena ke hospital segera... Aku juga dah kena buat pemeriksaan kat spital plak... Kat klinik tu pun kena teruskan jugak...


Uri bawah nie mengikut pembacaan aku ada 4 tahap...  Tahap A dan B masih boleh bersalin normal... Kalau Tahap C dan D memang kena operate lah jawab nyer... Tapi aku tak sure plak aku tahap yang mana...  Risau jugak aku bertanya sana sini... Adalah beberapa ilmu aku dapat dari sahabat alam maya...

Untuk uri bawah usahakan... Sy tak pernah tapi anak pertama dulu pernah la suspek uri bawah... Tapi bila besar dok tepi pintu...
Antara usahanya... Amalkan surah Al-Insyirah setiap kali lepas solat... Sambil gosok pada kandungan ikut arah lawan jam...Didahulukan dgn Al-Fatihah dan selawat...
Amalkan juga solat dgn sujud lama2 sambil niat dan doa moga permudahkan segalanya...

Terima kasih kengkawan...
Haisshhh, macam-macam kannn...
Kengkawan semua tolong doakan saya eak... Semoga dipermudahkan segala urusan... Sihat ibu dan baby...

Ppsssttt... Baby laki ker pompuan?
Korang rase? Teka lah... Teka lah... 

TIPS NAK TUKAR SKINCARE. .

Sekarang nie ada macam-macam produk skincare di pasaran... Ada yang sesuai dengan kulit kita dan ada yang tak... Kengkawan yang nak tukar skincare tu perlu berhati-hati... Jangan main tukar jer,  ada langkah-langkah yang perlu diikut... 

Tips nie saya dapat dari kawan fb Saya, Nur Qaseh... Kata member nih,  nak tukar skincare pun ade cara dia tau. Bukan main guna atau tukar je. Takut-takut kesan gabungan produk lama di wajah korang dgn produk baru boleh menjadi racun pulak. Ini dia cara penukaran skincare yang betul dan selamat...

1. Stop guna previous skincare dalam 7-14 hari.  Boleh apply pelembap secara halus untuk elak kulit kering. Doktor suggest hanya basuh air suam selalu pada muka @ guna hampas tea yang da guna buat air tu ...
.
2. Membiarkan wajah neutral selama 7 hari sekurangnya, iaitu membiarkan wajah anda bebas dari sebarang produk. Penerimaan kulit kita berbeza-beza, takut juga kulit kita terkejut dgn kedatangan produk baru.
.
3. Bila dah gune skincare baru, berlaku sesetengah jenis kulit dimana akan timbul jerawat, rashes, dry skin, oily (disebabkan effect mercury skincare lama/ effect stop guna).
.
4. Jika produk anda biasa shj, tiada merkuri dan wajah korang ok. 1-2 hari sudah ckup untuk neutralkn wajah anda then, boleh trus tukar skincare.

[ *Penting - Bagi yang nak guna Skincare yang bebas mecury, uollsss dah boleh mula stop penggunaan skincare lama uollsss. ]

Semoga bermanfaat buat kita semua... 

PROGRAM INDUSTRI KOMUNITI KAMPUNG SELANGOR


1. Program Industri Komuniti Kampung Selangor merupakan program khas anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor bagi membantu usahawan-usahawan kampung di negeri Selangor untuk memberdayakan ekonomi serta meningkatkan taraf sosial warga desa dan kampung tradisi sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. 

2. Kursus-kursus yang ditawarkan pada tahun 2017 :

o Program Pembangunan Usahawan - Penjaja Makanan Dan Minuman
o Program Pembangunan Sebagai Juruterapi Komplimentari Berdaftar (KKM) Stimulatherapy 
o Program  Pembangunan Usahawan Kemahiran – Penyejuk Bekuan Dan Penyamanan Udara
o Program  Pembangunan Usahawan Kemahiran - Gunting Rambut

3. Tempoh kursus akan dilaksanakan adalah antara 5-7 hari mengikut bidang kursus yang dipilih.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 

Program ini mensasarkan golongan belia desa yang memiliki kelayakan, golongan ibu tunggal dan masyarakat desa yang berminat. Calon yang berminat akan ditemuduga untuk menilai komitmen mereka. Antara kriteria yang perlu dimiliki oleh usahawan ialah :

1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor / telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun; 

2. Berumur di antara 21 hingga 49 tahun; 

3. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); atau

4. Telah mengamalkan amalan perubatan tradisional,  telah mula berniaga atau sedang dalam berjinak-jinak dengan jual beli dan aktiviti keusahawan bagi usahawan makananan jajaan dan minuman; 

5. Tidak pernah mengikuti program yang sama serta menerima bantuan dari mana-mana agensi kerajaan lain;

6. Hanya seorang peserta daripada satu keluarga layak mengikuti program ini; dan

7. Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi untuk proses temuduga. Jika permohonan anda tidak menerima jawapan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan, maka permohonan anda dianggap tidak berjaya.


PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI KAMPUNG 2017

DOWNLOAD BORANG

HANTAR SEBELUM 3 APRIL 2017


JAWATANKUASA TETAP
PEMBANGUNAN DESA DAN KAMPUNG TRADISI NEGERI SELANGOR
SEKSYEN SEKTORAL
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR (UPEN)
TINGKAT 5, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
40503 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-5544 7921/7922   |    FAX: 03-5519 6706