Search This Blog

BUKAN PERMAINAN


Perkahwinan bukan sebuah permainan. Rasa tak seronok, berhenti dan tukar permainan baru. Perkahwinan juga bukan makanan. Rasa tak sedap, dicela dan cari makanan lain. 

Perkahwinan ibarat kehidupan. Biar sakit, biar demam, perkahwinan perlu diteruskan. Perlu berusaha mempertahankan perkahwinan. Bukan tak suka atau terhantuk sikit saja, dah nak keluar. Usaha pula perlukan kerjasama dari dua2 pihak, suami dan isteri. Bukan satu usaha selamatkan dan satu lagi usaha meranapkan atau buat tak peduli walau salah sendiri, memang sukar ketemu perdamaian. 

Akurlah... Tak pernah ada manusia yg sempurna tapi masih boleh usahakan untuk jadi yang lebih baik... Paling penting, seadanya mengikut KPI Allah Taala...
Buat pasangan pengantin baru, barakallahulakuma! Buat pasangan pengantin bukan baru, usahakan agar keserian pengantin tidak bertukar lama dan jadi lapuk. Chaiyookkk.... (",)

~ Suzana Ghazali ~

6 comments:

  1. Perkahwinan bukan permainan, ianya tanggungjawab sepanjang perjalanan

    ReplyDelete
  2. CR tak kahwin lagi. Bila dah kahwin nti hrap sgt msing2 leh trma kkrgan msing2

    ReplyDelete
  3. hi,saya datang singgah sini..
    seronok bila dah berkahwin ni sebab boleh kongsi kisah suka duka bersama.. yg penting kena jaga tanggungjawab mamasing.. baru bahagia.. hehe :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. perkahwinan juga bukan hanya untuk menghalalkan yg haram, tapi ramai yg kahwin hanya utk itu tanpa mendalami maksud sebenar sebuah perkahwinan

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat. Benar. Perkahwinan bukan permainan. Perkahwinan juga bukan ending story tapi sebenarnya adalah permulaan story kepada yang lebih baik dan diberkati. Insyallah :)

    ReplyDelete