Search This Blog

Loom Band ...

Aku pun dah terjebak sama ... Nie sume gara-gara Abang Long ... Dah dia buatkan untuk aku, kena lah pakai kannn ... Korang dah tau ker pasal loom band nie ? ... Aku baru jer tau ... Ketinggalan zaman tul aku nie ...

Nie ler rupe gelang Abang Long buat untuk aku dan Fatiha ...

Ada jugak aku tengok dia buat ... Kalau yang basic nyer cam kat atas tu agak senang ler ... Ohhh ... Rupe-rupe nyer ada macam macam design lagi ... Rajin plak Abang Long layan mende-mende cam nie ... Meh tengok cam ner nak buat ...

Selonggok getah warna-warni diperlukan ...

Nie antara tools yang digunakan ...

Tak reti plak aku nak menerangkan nyer ...

Korang tengok tu ... Main sangkut-sangkut jer ...

Bila dah siap nanti, antara hujung ngan hujung lagi satu akan disambungkan dengan menggunakan penyangkut berbentuk s ... 


Korang tau tak, sebenar nyer loom band nie dah dicipta tiga tahun lalu oleh Ng Cheong Choon, 45, yang dilahirkan di Malaysia yang kini menetap di Detroit, Amerika Syarikat. 
Malaysia Boleh!


Sejak itu, syarikatnya, Rainbow Loom, telah menjual lebih daripada empat juta unit di seluruh dunia. Wow ...

Ada banyak lagi design yang cantik-cantik ... Jom tengok ... Eeee, geram plak aku ...





10 perkara anda perlu tahu tentang Loom Band:
1. Pengasas: Cheong Choon Ng, rakyat Malaysia yang kini menetap di Detroit, Amerika Syarikat

2. Nama Syarikat: Rainbow Loom

3. Diasaskan pada tahun 2011

4. Kit Rainbow Loom mengandungi ‘pegboard’, cangkuk Rainbow Loom, klip berbetuk C dan 600 getah aneka warna

5. Lebih daripada 4 juta unit telah dijual sejak ia dilancarkan

6. Ng memulakan sebuah laman web dan menerbitkan video untuk mengajar cara untuk menggunakan kit Rainbow Loom yang menampilkan anak-anak perempuan dan anak saudara beliau.

7. Learning Express Toys, peruncit mainan yang berpangkalan di Massachusetts, adalah kedai pertama yang menjual Rainbow Loom

8. Setiap kit berharga $15 hingga $17 (kira-kira RM50-RM55)

9. Duchess of Cambridge dilihat memakai Rainbow Loom semasa lawatan beliau ke New Zealand pada tahun 2014. Selebriti lain yang pernah memakai Rainbow Loom: Harry Styles, Miley Cyrus, dan David Beckham.

10. Pada tahun 2013, ia menjadi mainan yang paling dicari menggunakan enjin carian Google.

Haaa ... Peringatan untuk semua ... Setiap yang terjadi tu mesti ada pro & kontra nyer yer dak ... Ada jugak aku dengar cite-cite negatif pasal loom band nie ... Kepada yang ada anak-anak yang terjebak sama harus berhati-hati juge ... Mende-mende nie kecik semua nyer, so kena lah pasti kan tak bersepah-sepah ... Kang ade yang kutip masuk mulut tercekik plak ... Lagi satu bila design kan tu jangan lah terlalu ketat, kang tak mengalir plak darah ... Kena hati-hati dengan getah nie, mana lah tau kot-kot terjentik ker mata ker ... Kena jugak pantau bebudak nie ... Yang terkini aku dengar dalam getah nie ada mengandungi racun, tapi aku tak pasti kesahihan nyer ... Apa-apa pun berhati-hati dalam apa jua tindakan yang kita lakukan ... 

Tengok jari budak tu ...

Sekian ... Wallahua'lam ...

Sumber :

Loom Love
Loom Band

25 comments:

  1. ha.. ha...anak2pun dah terjebak juga...

    ReplyDelete
  2. Memang cantik! menarik! tertarik!
    baru tahu juga pasal loom band ni

    syirashahar.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. CT rasa okay saja loom band ni. entah brand ape yang diorang main smpai gitu jadinya. kalo betul teruk loom band ni napelah tiga tahun lepas tak haramkan sebab merbahaya. dah 4 juta kot terjual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah ... Cuma kita nie perlu berhati-hati ... Elak kan dari tergigit ...

      Delete