Search This Blog

Solat Tahajjud ...


Selamat Petang kengkawan ... Korang buat ape tu ? Baru jer lepas borak-borak kat Group Whatsapp Family ... Macam macam hal dia orang tu ... Dari cite-cite nak bercuti, masak-masak dan macam-macam lagi lah ... Cite politik pun ada ... Dalam pada tu adalah sorang pakcik aku tanya pasal Solat Tahajjud ... Aku ape lagi gigih ler menggoogle ... Dapat ler skit maklumat ... Aku kongsi ler skali kat sini ... Rase cam rugi plak kalau aku tak kongsi kat sini ... Sharing is Caring ... Harap2 dapat ler tambah saham akhirat skit-skit ...

Solat tahajjud dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit dari tidur atau sepertiga malam walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas menunaikan solat isyak bersama 2 rakaat ba'diyahnya sehinggalah datang waktu subuh. Solat ini tidak mempunyai bilangan rakaat yang tertentu, paling sedikit 2 rakaat dan yang paling banyak tidak terhad.

DALIL

Firman Allah Taala :

ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا

Maksudnya : "Dan di sebahagian malam itu, hendaklah engkau bertahajjud sebagai nafilah (tambahan) untukmu. Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke suatu tempat (kedudukan) yang terpuji"

NIAT

أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA-DOA SOLAT TAHAJJUD

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيَّامُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ ، وَوَعْدُكَ الحَقُّ ، وَقَوْلُكَ الحَقُّ ، وَلِقَائُكَ الحَقُّ ، وَالْجَنَّةُ حَقٌ ، وَالنَّارُ حَقٌ ، وَالسَّاعَةُ حَقٌ ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ ، وَبِكَ خَاصَمْتُ ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ ، فَاغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْت وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ ، أَنْتَ إِلَهِي ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya : "Ya Allah ! BagiMu kepujian, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau Tuhan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya, Engkau Yang Maha Benar, dan janji engkau adalah benar, dan percakapan Engkau adalah benar, dan bertemu dengan Engkau adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan hari kiamat adalah benar, Ya Allah ! KepadaMu aku telah berserah, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu akau bertawakal, dan kepadaMu aku bertaubat, dan kepadaMu aku mengadu, dan ke arah Engkau aku menghakimi, ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakan dan lahirkan, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau"

Sesudah itu bacalah istigfar banyak-banyak, sama ada membaca istighfar biasa atau sayyidil istighfar.

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَاعَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ ‏لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya : 

"Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau"

Kelebihan (Keutamaan) Solat Tahajjud

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, solat tahajud memiliki 9 kelebihan, iaitu 5 kelebihan di dunia dan 4 kelbihan di akhirat kelak. Hadis yang menjelaskan kelebihan solat tahajud adalah: “Barang siapa mengerjakan Solat Tahajud dengan sebaik-baiknya, dan dengan tata- tertib yang rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan : 5 macam di dunia dan 4 macam di akhirat.”

Adapun 5 kelebihan solat tahajud di dunia adalah:

~ Akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala macam bencana.

~ Tanda ketaatannya akan kelihatan dimukanya.

~ Akan dicintai para hamba Allah yang soleh dan dicintai oleh semua manusia.

~ Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.

~ Akan dijadikan orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama.

Adapun 4 kelebihan di akhirat kelak adalah:

~ Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di Hari Pembalasan nanti.

~ Akan mendapat keringanan ketika dihisab.

~ Ketika menyeberangi titian Shirotol-Mustaqim, boleh melakukannya dengan sangat cepat, seperti halilintar yang menyambar.

~ Catatan amalnya diberikan di tangan kanan.

Setelah selesai mengerjakan Solat Tahajjud, perbanyakanlah membaca istigfar dan zikir kepada Allah kemudian berdoa sesuai dengan keinginan kita. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa beroleh keberkatan dan keredhaan selain dikabulkan cita-cita.

Marilah kita sama-sama melakukannya. Semoga bermanfaat buat semua ...
Wallahu a'lam ...

9 comments:

  1. perkongsian yang indah hani..Alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ...
      Marilah kita sama-sama melakukannya ...

      Delete
  2. memang best sgt fadilat solat tahajud ni dear..cuba amalkan...
    - www.bazliaamoza.com -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah kita sama-sama melakukannya. Semoga kehidupan kita beroleh keberkatan dan keredhaan Nya ...

      Delete
  3. menarik. CT tak ingat bila last time bertahajud. alangkah beruntungnya mereka yang menghidupkan malam.

    ReplyDelete