Search This Blog

TIPS MENANGANI BAYI MERAGAM


Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar,  kembung perut,  demam atau merasa tidak selesa. Kita sebagai ibubapa @ penjaga bayi harus bersabar dan tenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Ibubapa @ penjaga terutamanya ibu-ibu berpantang perlu mendapatkan rehat yang cukup,  pemakanan seimbang perlu diamalkan agar sentiasa cergas.  Ibubapa @ penjaga perlu mempelajari cara-cara menangani stress dan menangani bayi meragam.


LANGKAH-LANGKAH MENANGANI BAYI MERAGAM

1. Memastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan selesa (lampin tidak basah).

2. Memastikan bayi tidak sakit (demam,  bengkak gusi atau kembung). 

3. Menghayun bayi secara perlahan atau berjalan perlahan-lahan sambil mendukung bayi. 

4. Menyanyi atau bercakap perlahan-lahan dengan bayi. 

5. Menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatian bayi. 

6. Membawa bayi berjalan-jalan di dalam kerusi tolak. 

7. Meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi jalan-jalan menaiki kereta.

8. Mendakap bayi sambil bernafas secara tenang dan perlahan-lahan.

9. Masa nih mesti kita tengah marah,  so kalau boleh elakkan membuai bayi kerana mungkin kita terdorong membuai bayi dengan kasar dan kuat.



10. Kalau lah kita dah terlampau letih masa nie kan,  boleh lah minta pertolongan seseorang menjaga bayi sementara tu boleh lah kita berehat jap. Penat ooo jaga bayi meragam nih...

11. Sekira nyer masih gagal menenangkan bayi dan kita rasa stress sangat,  tinggalkan bayi di dalam katil bayi @ di tempat yang selamat,  kita pergi lah menenangkan diri sebentar dan periksa semula bayi selepas 5 minit.

12. Kalau bayi masih tidak berhenti menangis boleh dapatkan nasihat seseorang yang lebih berpengalaman atau terus dapatkan nasihat doktor.

Apa-apa pun kesabaran yang tinggi diperlukan semasa menangani bayi meragam... Semoga tips nie bermanfaat buat saya dan pembaca semua...

Sumber :
www.myhealth.gov.my
www.infosihat.gov.my

TIPS JIWA TENANG


Fuhhh... Fuhhh... Naik berhabuk dah blog nih... Sebaik tak bersawang lagi... Seminggu tak berupdate... Hehehe... 

So,  hari nie saya nak kongsi ngan kengkawan... TIPS untuk mendapatkan jiwa yang tenang... Dalam zaman yang serba mencabar nih,  macam-macam masalah ada... Kalau tak pandai menangani nyer boleh jadi gila@stress... 


Jom baca... Semoga bermanfaat buat saya sendiri dan kengkawan semua... 

1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah kat korang.

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa. Mengadu lah pada Yang Maha Mengasihani. 

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta. Tak payah nak tunjuk sangat walaupun mampu sebenar nyer. 

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian. Sentiasa lah beranggapan orang lain lebih baik daripada kita. 

5. SELALU  SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka. Senyum terukir di bibir, hati di dalam tiada sape yang tahu. 

6. SELALU  MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya. Sedekah lah walaupun sebesar biji sawi. 

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya. Doa untuk semua orang. 

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan kengkawan dan saudara-mara, berdoalah semoga kita jua akan berjaya. Jika kita dengki dengan mengaibkan mereka,  Ingtlah  segala
amal baik kita pasti hangus. Allah tak terima amal kebajikan orang yang berhasad dengki.

9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan di dalam memaafkan. 

10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.



SILA SHARE DAN SEBARKANπŸ˜‰
Semoga bermanfaat buat kita semua. 

KENAPA #NUFFNANG SUNYI SEPI


Awat ler tak bertambah-tambah pun nie ??? Tak de pun kempen baru masuk... Nak habis bulan dua dah, satu apa pun tak de lagi... Kedekut sungguh laaa... Nak bankrap ker ape... Huiiissshhh... Jangannnn... 

Kisah Hidup Ku ...

Jom Bercontest

Nak merajuk ker cam ner nie... Apa-apa pun harap kengkawan sudi ler jenjalan kat blog saya tu... Join contest & giveaway ... Sambil-sambil tu tinggal ler komen sepatah dua... Nak wat karangan pun boleh...

😒😒😒
😀😀😀😀😀
😬😬😬😬😬😬😬

AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH


Kali nie saya nak share ngan kengkawan pasal amalan yang boleh dilakukan semasa pindah rumah... Tak kira lah samada rumah sewa yang dah lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap... Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua... 

1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.


2. Membaca surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.


5. Pagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam

#share
#viral

BONDA MB SELANGOR MENINGGAL DUNIA


Dengan dukacita nyer dimaklumkan bonda MB Selangor telah meninggal dunia pada awal pagi tadi... 

Hajjah Che Tom binti Yahaya telah kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar KPJ Damansara pada jam 2.14 pagi, 18 Februari 2017 bersamaan 22 Jamadilawal 1438H pada usia 82 tahun akibat serangan angin ahmar... 

URUSAN JENAZAH

7.00 pagi: Urusan jenazah dan solat jenazah di Masjid Darul Ehsan.

8.30 pagi: Jenazah berlepas dari Masjid Darul Ehsan ke Kampung Klang Gate Baru.

9.00 pagi: Jenazah dijangka tiba di Kampung Klang Gate.

11.00 pagi: Jenazah dibawa ke tanah perkuburan di Kampung Klang Gate.

Didoakan semoga Almarhumah Bonda Hajjah Che Tom Binti Yahaya dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT serta mendapat husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat.


WAKAF AL-QURAN 2017


Jom berwakaf Al-Quran dari serendah RM15 sahaja senaskhah. Kami memerlukan sumbangan Al-Quran wakaf untuk disumbangkan ke institusi yang memerlukan. Klik untuk info lanjut & berwakaf.




DEMAM CAMPAK | PANDUAN UNTUK IBU BAPA DAN PENJAGA


Demam Campak (measles) merupakan antara penyakit berbahaya semasa di peringkat kanak-kanak. Kebanyakan kes demam campak berlaku kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun kerana mereka belum menerima pelalian demam campak. Ia adalah sejenis penyakit yang dsebabkan oleh virus campak dan boleh membawa kepada kompikasi yang serius. Jangkitan virus ini tersebar dengan mudah melalui udara. 

Kita sebagai ibubapa tentu risau jika anak-anak dijangkiti demam campak. Nak-nak kalau anak yang perlu dihantar ke pusat penjagaan. Kalau dah kena ibubapa perlu membawa anak yang disyaki dijangkiti ke klinik atau hospital. Kena lah bercuti panjang nampak gaya nyer... 

DEMAM CAMPAK? 

Demam campak merupakan sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit dan menyebabkan :

✔Demam panas (suhu tinggi) 
✔Ruam merah kecil
✔Selsema dan hidung berair
✔Batuk
✔Mata merah berair/konjuktivitis

Demam campak boleh menyebabkan komplikasi berikut :

⏩Pneumonia (radang paru-paru) 
⏩Jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak
⏩Mata merah,  bengkak dengan lelehan berair atau nanah yang boleh menyebabkan buta
⏩Radang otak (encephalitis)
⏩Kematian

PENYEBAB DEMAM CAMPAK

❗Demam campak disebabkan oleh virus campak
❗Virus disebarkan melalui titisan kecil air liur dan titisan hidung yang terpercik semasa batuk,  bersin atau bercakap
❗Virus juga boleh tersebar apabila menyentuh permukaan yang tercemar
❗Virus mampu bertahan selama 2 jam

GOLONGAN BERISIKO
⁉ Bayi berumur kurang setahun
⁉ Kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi
⁉ Sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat demam campak atau tidak pernah mendapat pelalian demam campak

RAWATAN
❇Tiada rawatan khas bagi demam campak
❇Komplikasi boleh dielakkan jika demam campak dapat dikenalpasti dengan segera
❇Kita perlu membawa anak ke klinik kesihatan atau hospital dengan segera jika disyaki dijangkiti

PENCEGAHAN
Demam campak dapat dicegah dengan memberi pelalian kepada anak-anak kita...


PERANAN IBUBAPA DAN MASYARAKAT
Kita sebagai ibubapa hendaklah memastikan anak-anak kita mendapat pelalian MMR pada umur 9 bulan,  12 bulan dan 7 tahun... Kalau korang dapat kenal pasti ada anak-anak kecil ini tidak mendapat pelalian,  kita perlu memainkan peranan dengan menasihati mereka agar segera mendapatkan pelalian untuk anak-anak tersebut... Kanak-kanak yang disyaki menghidap demam campak hendaklah segera dibawa untuk menjalani pemeriksaan supaya jangkitan kepada kanak-kanak lain dalam masyarakat dapat dicegah... Rawatan segera pula dapat harus diberi untuk mengelakkan komplikasi...



TINDAKAN AWAL SELAMATKAN NYAWA

Sumber :
www.myhealth.gov.my
www.infosihat.gov.my

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2016

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengesahkan tarikh pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 adalah pada
16 Mac 2017.



Maka adik-adik sekalian yang terlibat... Menunggu dan menanti lah lagi... Mesti korang tak sabarkan... Ibubapa pun mesti ternanti-nanti ... Tak pe masih sempat lagi isikan masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah... 


VIRUS MISTERI DI MALAYSIA


Minta kengkawan semua berjaga2 dengan wabak yang masih tidak diketahui ini ... Semoga Allah memelihara kita dan semua ahli keluarga kita ... 


Tiga keluarga terlibat dengan virus misteri nih... Mereka menetap di Panglima Bayu Tanah Merah ... Pada 27 Jan 2017 sehingga 31 Jan 2017 mereka telah bercuti di Kuala Lumpur dan tinggal di homestay di Taman Seri Jeluk Kajang ...


TAZKIRAH JUMAAT #69 | SAHABAT


*Ada sahabat...* dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak apa pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian ...

*Ada sahabat...* dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Tapi... tetap tak boleh, kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi ...
😁😁😁

*Ada sahabat...* dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. Biasanya dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu ...

*Ada sahabat...* dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. *Tercraving-craving...* terleleh-leleh air liur gitu. Muncul sesekali tapi impact bermakna ...

*Ada sahabat...* dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita yang ni biasanya yang Ustaz atau Ustazah ...


Walau kategori mana pun anda berada. Semuanya saling melengkapi hidup ni. *Semuanya pentinggggg*. Kalau salah satu takde, tak happening harian hidup ini tau ...
πŸ˜ŠπŸ˜πŸ˜€πŸ˜ƒπŸ˜„πŸ˜†πŸ˜‰

PUTRA BUAT KERJA SEKOLAH

Ramai yang cuti nampak nyer hari nie... Aku pun cuti jugak... Walaupun aku memang duk rumah jer hari-hari... So,  kami sekeluarga sarapan di luar... Agak lewat dah, biasa lah kan cuti... Masing2 liat nak bangun... 


Sebenar nyer aku nak cite pasal Putra ... Selama nie aku ajar secara tak lansung jer... Nyanyi lagu ABC... Ajar bilang 123 guna jari jer... Kalau nombor 1 - 5 tu dia tau dah walaupun aku tanya selang... Hehehe... Kadang-kadang aku saja duga dia,  suh dia kira ada berapa ekor burung or ada berapa buah kereta... Dapat lah dia jawab dengan betul... Alhamdulillah... 

Ada satu malam ari tu.... Abang2 & kakak nyer dah tido... Maklum ler kepenatan sekolah siang nyer... Yang dia nie masih segar bugar,  maklum ler dah tido petang nyer ... Kebetulan plak aku ada beli dia buku tulis untuk dia conteng2... Saje aku nak test dia tulis ABC... Tak pernah lagi aku suh dia tulis selama nih... Korang tengok lah hasil nyer... Aku pun tak tau lah nak marah ker... Nak gelak ker... Awat laa jadi lagu tu Putra oiii... 

Tengok tu tengah rajin sangat tu... 

Awat ler A terbalik plak tu? 

Adoiii laaa ... Hahaha... 
Keesokannya aku buat lagi... Kali nie ok lah... 

Kali nie huruf B tanpa dot dot dot... 

Huruf B ok plak... 

Tak pe nanti nanti kena ajar balik lah huruf A tu... Tak pun buat kan dot dot nyer... Bila dah mahir nanti baru ler buat terus jer... 

Chaiyok... Chaiyok... Putra...
Jangan malas malas... 


Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia dan akhirat ... Kau jadikanlah dia anak yang soleh, yang menjaga solat dan agamanya ... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...

CPUV NUFFNANG #120 | FLY KLIA

Ohhh... Rupa nyer aku ada satu kempen yang aku dapat pada bulan lepas... Kali nie kempen daripada FLYKLIA... Ape kisah nyer pun aku tak tau... 

Haa ... Kalau kengkawan nak tau klik ler banner FLYKLIA kat atas tu... 


Kengkawan kalau ada jumpa iklan FLYKLIA menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...

Terima kasih #nuffnang
#FLYKLIA #malaysiaairports
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

KAKI KOMEN JANUARI 2017 #KISAHHIDUPKU ...


Alhamdulillah  ... Sedar tak sedar kita dah pun memasuki bulan kedua tahun nie ... Bersyukur sangat kerana masih diberi peluang bersama-sama dengan orang yang aku sayang... Bersyukur juga kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki segala kelemahan diri... Insyaallah... 

Dah tu... Dah tu... Jom kita tengok plak kaki komen blog nie bagi bulan Januari 2017 ... Meriah sangat uolls... Ada yang lama, kekal maintain gituuu. .. Ada juga yang baru... Apa lagi jom skodeng blog hebat depa plak sambil-sambil tinggal jejak ...


3.  Adam

Terima kasih ler kat korang semua ... Yang rajin datang singgah + komen kat blog aku nih ... Jom terjah blog dia orang plak ...

Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ... Terima kasih bebanyak korang-korang ... Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...



Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...