Search This Blog

TIPS MENANGANI BAYI MERAGAM


Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar,  kembung perut,  demam atau merasa tidak selesa. Kita sebagai ibubapa @ penjaga bayi harus bersabar dan tenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Ibubapa @ penjaga terutamanya ibu-ibu berpantang perlu mendapatkan rehat yang cukup,  pemakanan seimbang perlu diamalkan agar sentiasa cergas.  Ibubapa @ penjaga perlu mempelajari cara-cara menangani stress dan menangani bayi meragam.


LANGKAH-LANGKAH MENANGANI BAYI MERAGAM

1. Memastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan selesa (lampin tidak basah).

2. Memastikan bayi tidak sakit (demam,  bengkak gusi atau kembung). 

3. Menghayun bayi secara perlahan atau berjalan perlahan-lahan sambil mendukung bayi. 

4. Menyanyi atau bercakap perlahan-lahan dengan bayi. 

5. Menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatian bayi. 

6. Membawa bayi berjalan-jalan di dalam kerusi tolak. 

7. Meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi jalan-jalan menaiki kereta.

8. Mendakap bayi sambil bernafas secara tenang dan perlahan-lahan.

9. Masa nih mesti kita tengah marah,  so kalau boleh elakkan membuai bayi kerana mungkin kita terdorong membuai bayi dengan kasar dan kuat.



10. Kalau lah kita dah terlampau letih masa nie kan,  boleh lah minta pertolongan seseorang menjaga bayi sementara tu boleh lah kita berehat jap. Penat ooo jaga bayi meragam nih...

11. Sekira nyer masih gagal menenangkan bayi dan kita rasa stress sangat,  tinggalkan bayi di dalam katil bayi @ di tempat yang selamat,  kita pergi lah menenangkan diri sebentar dan periksa semula bayi selepas 5 minit.

12. Kalau bayi masih tidak berhenti menangis boleh dapatkan nasihat seseorang yang lebih berpengalaman atau terus dapatkan nasihat doktor.

Apa-apa pun kesabaran yang tinggi diperlukan semasa menangani bayi meragam... Semoga tips nie bermanfaat buat saya dan pembaca semua...

Sumber :
www.myhealth.gov.my
www.infosihat.gov.my

No comments:

Post a Comment