Penyakit Anjing Gila | Rabies

Gambar Hiasan


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kekecohan penyakit anjing gila @ rabies ... Aku pun terkesan jugak sebab kawasan aku duduk nie ada jugak anjing-anjing liar berkeliaran ... Malah aku sendiri pernah kena kejar anjing ... Memang takut giler masa tu ... So, aku terpanggil nak mencari ape sebenar nyer penyakit nih ...

Penyakit rabies nie sebenar nyer disebabkan oleh virus bernama Lyssa ... Sedap plak nama virus nih ... Virus nie istimewa sebab ia tidak pilih host untuk hidup dan boleh berjangkit kepada semua mamalia ... 

Virus ini boleh tersebar apabila haiwan yang terkena jangkitan ini menggigit atau mencakar haiwan lain atau manusiaAir liur yang terdapat dari haiwan yang dijangkiti juga merupakan ejen penyebar virus ini jika terkena pada mana-mana bahagian badan. Anjing merupakan haiwan yang paling banyak dijangkiti penyakit ini dengan 99% kes yang dilaporkan di seluruh dunia adalah berkaitan dengan gigitan anjing.

Aku pun terus teruja untuk meneruskan pencarian dan pembacaan mengenai tanda dan gejala penyakit rabies nie plak ... Jom kengkawan ambik tau skit ...

  • Radang pada otak dan korda spina
  • Rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu
  • Perubahan deria disekitar tempat gigitan
  • Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiupan angin
  • Takut dan benci akan air
  • Celaru, mengalami sawan sehingga membawa maut
  • Paralytic rabies - sawan lumpuh
  • Gejala di atas akan berlaku dengan cepat dan diikuti dengan tubuh menjadi kaku, kejang otot pernafasan
  • Boleh menyebabkan kematian.

Imunisasi pasif dengan memberi serum anti rabies. Imunisasi boleh diberikan kepada individu yang telah digigit untuk mencegah dari terkena penyakit ini ... Perlu bertindak segera ... Orang ramai plak perlu mengelakkan daripada memegang dan digigit haiwan liar dan haiwan perliharaan yang sesat ... Kalau korang dah terkena gigitan haiwan yang telah dijangkiti atau berhubung dengan orang yang telah dijangkiti, luka perlu segera dibersihkan dengan sabun dan air ... Peh tu cepat-cepat ler siap pie jumpa doktor ... Tindakan segera perlu diambil sebelum kes menjadi lebih serius - mati ...

Nauzubillah ... Moga dijauhi daripada kita semua ... Kalau korang jumpa anjing @ kucing yang ada tanda-tanda terkena jangkitan, lebih baik elakkan, jangan dekat atau pegang... Hubungi segera pihak berkuasa ... Nak lagi cepat,  kalau kawasan perumahan banyak anjing liar berkeliaran segeralah hubungi majlis bandaran... Itulah serba sedikit info basic yang dapat aku kongsi ngan korang nak lebih detail kena lah aku buat phd plak lepas nie ... Muahahaha ... Moga bermanfaat ...

PERATURAN HIDUP


Peraturan hidup ini mudah!

๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผJika tak mampu menyayangi, jangan pula membenci๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผ

๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผJika tak mampu memuji, jangan sampai mengeji๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผ

๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผJika tak boleh nak hargai, jangan pula menyakiti๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผ

๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผJika tak mampu membahagiakan, jangan sampai menyusahkan๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผ

 ๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผJika tak mampu membuatnya ketawa, jangan pula jadi sebab dia mengalirkan air mata...!๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผ

๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผ Suzana Ghazali ๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผ

Semoga kengkawan semua dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dibawah rahmat Ilahi... 
๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผ๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผ๐ŸŒธ๐ŸŒป๐ŸŒผ

[JAWATAN KOSONG] LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)


Permohonan adalah dipelawa kepala  warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) seperti berikut:


Tarikh Tutup :
8 Ogos 2017



Untuk kengkawan yang mencari peluang pekerjaan... 
Semoga bermanfaat... 



TERKENA JANGKITAN

Sindrom yang korang semua takut dah jadi kat aku... Kengkawan mesti takut kalau dah terkena jangkitan sindrom nih... Bersawang lah jawab nyer... 

Aku pun tak tau cam ner aku leh terkena penyakit nih... Padahal banyak jer mende aku nak cite... Bahan dah ada sejak dari cuti hari pekerka hari tu lagi... Maksud nyer sebelum aku bersalin lagi dah ada banyak bahan... Tu blom cite saat-saat genting nak bersalin lagi... Dengan darah tinggi nyer... Dengan kencing manis nyer... Huwaaa... 


Ya Allah... Kembalikanlah semangat aku nak menulis... Chaiyok... Chaiyok... Emmm,  kengkawan buat cam ner eak kalau terkena jangkitan nie? 

Doa adalah senjata paling mujarab untuk mengubati semua jenis penyakit... So,  kalau dah rasa macam terkena jangkitan tu kerap lah berdoa... Muhasabah diri... Antara doa yang boleh diamalkan :

“Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]

 “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.


[VIDEO] SALTED EGG CHIPS

Masih Belum Dapat Cuba Salted Egg Chips Yang Tengah 'Viral' Sekarang? Bersepah lalu kat newsfeed... Huwaaaa... Korang dah cuba ker blom? Jom tengok cam ner dia orang buat... 


Bahan- bahan:

- 2 biji ubi kentang (dihiris halus)
- Daun kari
- 120g mentega 
- 6 biji telur masin kuning (direbus)
- 4 biji cili padi



Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng daun kari hingga rangup. Angkat dan toskan.
2. Masukkan ubi kentang dan goreng hingga rangup. Angkat dan toskan.
3. Dalam kuali lain, cairkan mentega dan masukkan telur masin kuning. Gaul rata.
4. Masukkan cili padi dan tumis. 
5. Gaulkan sos telur masin dengan kentang goreng dan daun kari.
6. Siap untuk dihidang!

Nampak macam senang kan... Tapikan, banyak nyer guna telur asin... Dah tu guna yang kuning jer,  yang putih nyer nak buat apa? Hmmm... ๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

Selamat Mencuba!
Saya tepek jer dulu supaya tak hilang..
๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

WORDLESS WEDNESDAY - 141 | TOLONG SAYA


KAKI KOMEN JUN 2017 #KISAHHIDUPKU ...


Alhamdulillah  ... Sedar tak sedar kita dah pun memasuki bulan ke tujuh tahun 2017 ... Bersyukur sangat kerana masih diberi peluang bersama-sama dengan orang yang aku sayang... Bersyukur juga kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki segala kelemahan diri...Maaf lambat skit promote kaki komen bulan nie... Maklum ler sibuk beraya...
Dah tu... Dah tu... Jom kita tengok plak kaki komen blog nie bagi bulan Jun 2017 ... Meriah sangat uolls... Ada yang lama, kekal maintain gituuu... Ada juga yang baru... Apa lagi jom skodeng blog hebat depa plak sambil-sambil tinggal jejak ...

4.  Noor Azlan
10.  Farrah MF

Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ... Terima kasih bebanyak korang-korang ... Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...

Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...

HARGA MINYAK MULAI 6 JULAI 2017 - 12 JULAI 2017


⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Mulai 6 JULAI 2017 - 12 JULAI  2017, harga runcit Petrol dan Diesel adalah seperti yang berikut :

RON95 : ⬆ naik 4 sen (RM1.93 seliter)
RON97 : ⬆ naik 4 sen (RM2.19 seliter)
DIESEL :  ⬆ naik 7 sen (RM1.91 seliter)

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Yehaaa... Menaik nampak nyer minggu depan...  Jangan stress tau,  layan kan aje... 

Amboiii... Amboiii... Amboiii...

Haaa... Marah... Marah...
Rilex... Senyum jer...
Jangan marah2, nanti cepat tua...
Muahahaha...
๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

WORDLESS WEDNESDAY - 140 | NAK KAYA


CALON2 UPSR


Kepada calon2 UPSR... Tinggal lebih kurang 2 bulan jer lagi ... Dah semakin hampir... Usaha sampai boleh... 
Sekarang adalah tempoh yang sangat sesuai untuk memulakan pecutan akhir. 

Ibubapa plak berilah sokongan dan dorongan sepenuhnya kepada anak-anak kita... Usaha yang telah dimulakan oleh guru2 sepatutnya disokong oleh oleh ibubapa ...