Search This Blog

Nikmati Penerbangan Kuala Lumpur Ke Bangkok Dengan Harga Yang Luar Biasa


Korang tengah cari tiket penerbangan ke Bangkok dengan harga yang terendah ke? Aku ada dengar Traveloka menawarkan harga penerbangan ke Bangkok yang bermula dari RM3++ dari Kuala Lumpur. Tapi korang kena cepat taw sebab harga tiket ni berubah dari masa ke semasa. Kalau korang nak book hari ni better korang book hari ni jugak sebab kalau korang book esoknya mungkin harga akan berubah. 


Kalau korang nak lagi mudah la kan, korang masuk jer website Taveloka. Once korang dah masuk korang akan nampak satu calendar di mana setiap tarikh dalam calendar tu dah ada harga bagi setiap penerbangan ke Bangkok dari Kuala Lumpur. So tak perlu la korang bersusah payah nak cari satu demi satu kan. Korang just tekan jer tarikh yang mana korang nak pergi then nanti sistem tu akan navigate korang ke screen seterusnya iaitu screen untuk book tiket. Harga lain lain yer korang bagi setiap tarikh yang berbeza.  Korang boleh pilih yer sama ada nak tiket untuk sehala mahupun tiket untuk pergi balik. Senang jer u olls, just tekan tarikh jer, yang penting korang plan dulu nak pergi bila then lepas dah decide boleh la korang terus book onlne..hehhee
        

Bila korang dah pilih tarikh yang korang nak tu, kan aku mention tadi dia akan bawakan korang ke next screen yang mana di screen tersebut korang boleh pilih flight dan masa untuk ke destinasi yang korang pilih tu. Antara penerbangan yang ada ialah Malaysia Airlines, Air Asia, Bangkok Airways dan banyak lagi. Then bila korang dah decide yang mana korang nak, korang just klik jer butang pilih so next screen akan terpapar. 



Screen yang seterusnya, korang hanya perlu memasukan detail korang, tiket untuk berapa orang and proceed untuk bayar online. Korang boleh membuat pembayaran secara online banking mahupun menggunakan kad kredit.
     

   
Untuk pengetahuan korang la yer, tempoh penerbangan ialah selama 2jam 5 minit. Korang dikehendaki daftar masuk ke pintu pelepasan Sembilan puluh minit sebelum berlepas. Jangan lewat yer takot nanti korang jadi kelam kabut and then terlepas flight. 

Selain daripada itu, korang juga boleh survey jenis penerbangan yang ada di KLIA dan KLIA2. Tak silap aku lebih 20 jenis penerbangan terdapat di KLIA dan sebanyak tujuh penerbangan di KLIA2. So korang boleh la decide nak naik penerbangan yang mana mengikut keselesaan korang.
        
Korang juga boleh survey jadual penerbangan untuk setiap hari di website Traveloka. Selain daripada book tiket flight, di screen yang sama juga di sebelah bawah, terdapat satu bahagian yang memaparkan promosi hotel yang terdapat di Bangkok. Haa dah nak bercuti ke Bangkok tu mesti la korang memerlukan tempat penginapan betol tak. So boleh la korang terus survey hotel di situ. Korang nak hotel berapa bintang?? Tiga bintang ke lima bintang ke semua ada..just klik jer hotel mana yang korang nak yang penting selari dengan bajet korang.

Yang bestnya korang tentang Traveloka ni, ia adalah satu transaksi dalam talian yang selamat di mana setiap maklumat yang anda masukan semasa menempah akan dilindungi oleh teknologi RapidSSL yang sah. Korang juga akan terima e-tiket atau baucar hotel secara terus dalam emel yang korang daftarkan semasa proses menempah. So korang kena masukan email yang sah korang yang aktif okay nanti tak dapat pulak tiket or voucher hotel. Bukan itu sahaja, Traveloka juga merupakan sebuah website carian yang paling meluas dimana korang boleh membuat perbandingan tiket penerbangan dan hotel-hotel idaman anda pada harga yang murah dalam satu website.

        

Banyak kan faedah dan benefit kalau korang book tiket flight korang dengan menggunakan Traveloka ni. So jom la kita book flight for Kuala lumpur to Bangkok sekarang di website Traveloka untuk dapatkan tiket anda pada harga yang terendah!


BALM BAYI TOK SYED - HALAL LAGI SUCI

Balm Bayi Tok Syed - Membantu Melegakan Batuk, Selsema dan Hidung Tersumbat
Hai kengkawan. Hari nie aku nak cerita pasal satu produk bayi yang aku tengah gunakan. Tengah trending jugaklan sekarang nih. Sebelum aku ceritakan pengalaman aku menggunakan produk ni, jom kita berkenalan dulu. Kata orang tak kenal maka tak cinta.


Didatangkan dalam bekas yang menarik, Balm Bayi Tok Syed adalah persediaan kecil yang perlu ada bagi setiap rumah yang mana ia dapat membantu menenangkan bayi di kala mereka kegelisahan. Balm serbaguna yang diproses di kilang bertaraf GMP ini, diadun dari bahan-bahan semulajadi dan bukan hanya dikhususkan bagi bayi sahaja, malah ianya juga selamat bagi semua peringkat pengguna tidak kira lelaki mahupun wanita. 

Didatangkan dalam bekas yang menarik dengan tema putih hijau; halal lagi suci


Setelah melalui beberapa peringkat R&D, didapati bahan-bahan yang terkandung dalam balm serbaguna ini dapat memberikan kesan yang sangat baik kepada mereka yang menggunakannya. Sebahagian besar kandungannya diperkaya dari bahan-bahan yang halal lagi suci merupakan warisan herba sepanjang zaman.


 Bahan-bahan Utama :
👉👉BEESWAX - Dikenali juga sebagai lilin lebah yang merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan dari lebah serta dapat membantu masalah radang kulit.

👉MINYAK KELAPA DARA - Mampu membantu meningkatkan tahap kecergasan seisi keluarga, terbukti kebaikkannya dan telah diiktiraf seluruh dunia.

👉MINYAK BUNGA MATAHARI - Minyak yang telah diekstrak dari bijinya kaya dengan nutrien yang seimbang komposisinya. Kandungan vitamin E dan asid lemak Omega 6 yang tinggi menjadikannya sangat efektif untuk urutan luaran.

👉PATI MINYAK LAVENDER - Merupakan agen utama yang berfungsi mengurangkan  tekanan. Dengan bau wangi yang amat menenangkan, Pati ini bukan sekadar bahan aromaterapi, kebaikkannya di dalam demam dan selsema jugasangat terbukti.

Cara Penggunaan :

1. Sapukan balm dan urut perlahan-lahan pada tapak kaki.

2. Urutan perlahan di belakang badan.

3. Urutan perlahan di bahagian dada.

4. Boleh juga disapi sedikit di bahagian "T" muka.


Nie testimoni dari aku sendiri ... Bila sesi persekolahan bermula maka bermula lah juga sakit-sakit seperti demam, batuk dan selsema. Minggu lepas habis anak-anak aku kena demam, batuk dan selsema. Penyakit nih kan memang mudah berjangkit. Anak aku yang kecik sekali tu, Baby Janna pun turut terkena tempias nya. Habis semua aku sapukan Balm Bayi Tok Syed nih. Alhamdulillah anak-anak aku suka. Abang Ngah hampir setiap pagi akan sapukan balm pada dada dan belakang sebelum ke sekolah. Semua suka pakai balm nih. Bau nya sangat wangi dan yang penting tidak melekit. Baby Janna pun dapat tidur lena.

Kalau kengkawan berminat boleh ler skodeng-skodeng untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan produk.




No. Telefon HQ : 016 826 2990

PERCUTIAN KE LANGKAWI (2017)

Alhamdulillah... Pada hujung tahun lalu berpeluang bercuti di Langkawi... Kisahnyer bermula awal tahun lagi,  BigBoss saje berjanji ngan bebudak kalau berjaya simpan duit nanti nak bawak jalan-jalan @ bercuti di Langkawi... Hahaha... Sampai waktunya janji dituntut walaupun simpanan x dibuat pun... 

Maka gigih ler Ibu nyer survey apa yang patut dan bersesuaian ngan family kami... Disebabkan bilangan kami agak ramai dan ada Si Janna maka keputusan perjalanan adalah menaiki kenderaan sendiri dan menetap di homestay...

Foto Shahdan Aiyub.

Persiapan dua tiga hari sebelum gerak... Banyak yang perlu disediakan... Sorang satu beg nampaknya, sape nak angkat nie weiii... Kami memilih tarikh 12-14 Disember 2017... Bebudak dah over excited... Putra siap mimpi kena makan jerung lagi... Hehehe... 

Alhamdulillah selamat sampai di Kuala Perlis awal pagi... Sebaik kawan aku dah belikan tiket feri... Just singgah tempat dia untuk menyucikan diri dan sarapan... Keta kami pun parking kat tempat kawan aku nih... 


Kami semua menaiki feri kat Kuala Perlis lebih kurang pukul 9.30pagi... Perjalanan lebih kurang 45minit...

Foto Shahdan Aiyub.

Risau jugak dengan bebudak nih... Sebaik Janna tak meragam dalam feri... 

Foto Shahdan Aiyub.

Yang paling suspen Danial lah, sebab dia suka muntah... Dah ler lupa nak sediakan bag plastik... Masuk-masuk jer feri aku dah siap keluarkan minyak cap kapak dan kain bagi kat dia... Peh tu suh dia tido... 


Budak Putra tak reti duk diam plak dia... Biasa lah over excited... 

Sampai kat Pekan Kuah, Langkawi terus jer amek kereta sewa dan terus ke homestay yang telah disewa... Lupa plak nak ambik gambar keta Almira tu ...Homestay ngan kereta tu aku dapat sewa RM700 untuk 3 hari 2 malam... 
😭😭😭

Foto Shahdan Aiyub.

Homestay yang kami duduk nih biasa-biasa jer... Maklum ler nak jimat kos... Sampai jer terus punggah barang bawak masuk... Lepas tu merebahkan diri masing-masing... Penat weiii duk dalam keta... 

Bila perut dah berkeroncong mula lah tak tentu arah semua ...Maka bersiap-siap lah kami nak mencari bersuap-suap nasi ... Petang tu plan nak pi jalan Under Water World... Berpusing-pusing kami mencari lokasi nyer...Harga tiket masa tuh adalah RM36.00 untuk dewasa dan RM26.00 kanak-kanak... Itu kalau warga negara tuh ... Kalau orang luar mahal skit lagi ... Huwaaaa 😭😭😭... Bagi aku harga tiket banyak tu pun dah mahal ... Berpinar-pinar nak membayar nyer ... 








Dolphin ... Ada persembahan patut nyer... Tapi dah terlepas waktu nyer ... Takpelah nak wat cam ner ...

Foto Shahdan Aiyub.

Foto Shahdan Aiyub.


Foto Shahdan Aiyub.

Otai penguin ... Macam berborak jer deme nih...


Ya Allah ... Banyak nyer ... Melilau-lilau mata Janna nih tengok penguin ...







Gambar depa je lah ... Aku jadi tukang snap...



Ehhh... Ada salji lah ... Sebaik BigBoss bermurah hati nak ambikkan gambar ...



Foto Shahdan Aiyub.

Besar nyer kerang tuh... 


Pelbagai jenis cengkerang... 


Besar bapak ketam nih ...



Hasil gambar tipon cap ayam memang x berapa menarik... 


Jerung... Putra sungguh teruja...



Besar nyer ikannn...



Abang Long hensem menikmati suasana dalam akuarium terbesar nih ...


Ikan pari... Asam pedas sedap nih... 



Syok jer Janna duk dalam tu ... Patah pinggang Ibu nih nak oiii ... Sambil isap jari sambil tengok ikan ... Masa nih belom penat lagi, so masing-masing mood masih ok lagi ...



Kami Sekeluarga... Alhamdulillah... 


Sebelum balik kami singgah makan kat gerai tepi jalan ... Walaupun agak awal, makan ler kami sebagai dinner malam tu mengenangkan malas dah nak keluar malam tu... Penat dah weiii...Kebetulan tepi sawah, indah sungguh pemandangan... Lepas tu singgah kedai runcit sat beli bekalan untuk alas perut kot kot lapar malam kang... Maka tamat ler pengembaraan kami pada hari pertama ...

Hari kedua kami bangun dengan penuh semangat ... Awal beb bangun masing-masing... biasa nyer mana ada bangun awal kalau cuti ... Hari nih kami plan nak ker Sky Cab ... Memang kena awal kalau tak berjuta lah orang nyer nanti ...


Untuk ker Sky Cab nih kami akan melalui Oriental Village ... 


Pemandangan di Oriental Village sungguh cantik ... Nyaman jer rasa masa nih ...Jauh jugak dari tempat parking nak ke Sky Cab tu, tapi dek kerana melayan pemandangan tuh maka tak lah rasa sangat ...

Foto Shahdan Aiyub.

Ingatkan kami dah awal ... Hahaha ... Macam ulat taik dah orang nyer... Gigih ler korang ... Kami ambik pakej biasa ...

basic combo-01

Cam nie lah lebih kurang harga nyer dengan kad pengenalan ... Tapi pakej yang kami ambil tu sekali dengan Sky Dome, Sky Rex dan 3D Art Langkawi... Sky Bridge lain harga... Kena tambah RM5... Berani ngan tak jer... Disebabkan belum waktu untuk kami masuk so depa cadangkan kami gie Sky Dome dulu ... Tapi kalau korang kaya raya boleh ler tambah RM50 satu kepala untuk potong barisan ... Huh ... Memang tak ler... Sekejap jer kat Sky Dome nih... Sampai lupa nak ambik gambar...

SkyDome can accommodate maximum of 50 pax with approximately 10 minutes showcase.   Constructed in February 2014 and completed in July,  SkyDome which started operation on 20th July 2014 has obtained overwhelming responses. Entrance fee for SkyDome is inclusive with every purchase of SkyCab ticket. 
Equipped with 12 projectors, SkyDome offered 360 degrees of 3D image projections which easily covered your field of view. The sensation is lifted into next dimension and further enhanced with high definition (HD). It will definitely plunge you into an unforgettable experience.  Now, relax and let yourself drift along at the whim of your own imagination.

Foto Shahdan Aiyub.

Dah dekat dah setelah berhempas pulas beratur ... Sebaik ler aku bawak bekalan, air mineral + sedikit roti ... Buat alas perut Janna... Kalau tak kompem mengamuk budak baik nih ... Sebenar nyer naik atas tu tak leh bawak makanan dan minuman sendiri... Biasa lah depa nak suruh membeli kat atas tu yang harga nyer mahal weiii ... Pandai-pandai ler korang sorok ... Tapi jangan ler korang pi bawak mangkuk tingkat plak ...


Masing-masing teruja ... Takut sebenar nyer ... Masing-masing tak mo duk tepi ... Hahaha... Cuak jugak tapi sebaik ler cuaca ok tanpa angin kuat ...




Budak yang duk tengah nih paling takut...



Berhenti kat Middle Station... Ikot korang ler nak turun ker tak ... Kompem ler kami turun ... Nak bergambor ... Perasaan cuak tu ada jugak ... Aku pun x berapa berani nak ke tepi-tepi sangat tu ... 😏😏😏


Janna nampak nyer lebih berminat ngan rambut abah nyer berbanding dengan pemandangan yang menakjubkan ...


Begini lah pemandangan dari Middle Station nih ... Ya Allah ... Tinggi nyer dah aku naik ... Subhanallah... Hebat sungguh kuasa Mu...

Foto Shahdan Aiyub.

Dah dah tu bergambar,  jom naik tinggi lagi... Moh deraih... 

Foto Shahdan Aiyub.

Daripada Middle Station nak ker Top Station tu tak jauh sangat dah... 

Foto Shahdan Aiyub.

Huwaaa... Ngeri weiiii... 

Foto Shahdan Aiyub.

Berlatar belakang kan Gunung Mat Cincang@Machinchang...

Foto Shahdan Aiyub.

Muka-muka takut dan muka-muka teruja... 

Alhamdulillah, akhir nyer berjaya sampai Top Station... Tinggi doh... Seriau... Pemandangan memang tip top... Tapi orang Kalau dah sampai sini cam rugi plak kalau tak cuba Sky Bridge... Harga tiket adalah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak... 

Measuring at 125m in length, the structure ranks among the world’s longest curve suspension bridge and constructing it was not an easy feat as the solutions had to factor the following critical elements; structural balancing from a single point (top of the pylon), optimal weight management and load distribution, pre-fabrication of bridge and on site installation. The entire bridge, in all its elements had to be lifted to the top of the mountain by helicopter and was later assembled to its current position.

Untuk ke Sky Bridge ada dua pilihan... Samada pakai kaki korang or naik trail... Kita orang pilih jungle tracking ler sebab kalau naik trail tu cam ngeri jer... Lagipun berbayar... 

Foto Shahdan Aiyub.

Nie ler jalan nak ke Sky Bridge... Masa nak gie kena turun gunung dulu, agak jauh jugak... Ngeri pun ada... Laluan sempit... Aku memang berpegang jer kat besi tepi tu... Huhuhu... Takut... Penat... Tapi enjoy... Sambil jalan tu ngeri membayangkan cam ner ler aku nak naik balik nanti... Pada pendapat aku, mereka yang ada sakit lutut sakit pinggang tak yah ler ikot laluan nih... Seksa weiii... Ibu mengandung  pun renti kan lah... 🙅🙅🙅

Foto Shahdan Aiyub.
Akhirnya sampai jugak... 

Foto Shahdan Aiyub.

Aku dah kepenatan dan sakit pinggang... Dah ler cuak duk atas jambatan tu... 

Foto Shahdan Aiyub.

Putra rilex jer... Tengok tu berlagak jer dia... Ada part part kat Sky Bridge nih depa guna kaca lut sinar... Pengunjung-pengunjung ada yang ok jer and ada juga yang takut... Aku lemah lutut weiiii... 

Foto Shahdan Aiyub.

Baru lah boleh senyum skit... Jambatan nih memang direka tak lurus, bengkok camtu... 

Foto Shahdan Aiyub.

Nak ambik gambar kat tepi pun takut... Terpaksa ler cangkung camtu... Hehehe... Tengok ler muka cuak Abang Ngah dan Kakak tu... 

Lepas nih memang xde dah gambar kat Sky Bridge... Cam tu jugak dengan Sky Cab... Sebab nyer aku dah penat sangat dan agak takut... Tak yah cite pun korang mesti dapat bayangkan aku ngan Janna nak daki balik kat laluan ngeri tadi tu... Mesti korang tertanya-tanya apesal BigBoss tak dukung Janna... 🤔🤔🤔 Memang ler kan BigBoss kena jaga Putra dan yang lain-lain tu... Ramai tu... 

Lepas turun jer dari Sky Cab tu,  memang ler dah penat giler... Lunch pun tak lagi walaupun dah lewat tengahari... Tapi memandangkan pakej yang kami ambik tu tak lengkap lagi... Maka gigih ler kami anak beranak ker tempat seterusnya...

There are nine different theme zones that you will truly enjoy. The different zones include Aquarium Zone, Safari Zone, Fantasy Zone, Optic Illusion Zone, Malaysia Zone, Classic Zone, Main Hall Zone, Interactive Zone 1 and Interactive Zone 2. We aim to leave our visitors with an amazing memory of their time spent at the largest 3D Interactive Art Museum in Malaysia.
Aku tak de ler minat sangat kat sini sebab dah banyak dah ada 3D Art nih... Lagipun kami dah gie yang kat PD ari tu... Tapi bebudak nih mengada plak nak ambik gambar bebanyak... Korang tengok jer lah eak... 



Foto Shahdan Aiyub.Foto Shahdan Aiyub.
Kakak nak merasa jadi mermaid... Putra pun sama gelenyar nyee... 

Foto Shahdan Aiyub.Foto Shahdan Aiyub.Foto Shahdan Aiyub.Foto Shahdan Aiyub.Foto Shahdan Aiyub.Foto Shahdan Aiyub.
Hadap ler korang gambar banyak... 

Foto Shahdan Aiyub.
Tengok tu BigBoss pun sibuk nak salam ngan Tun Mahathir... 

Naik bot... 

Foto Shahdan Aiyub.
Putra nak surfing... 

Foto Shahdan Aiyub.
Nak merasa kena makan jerung... 

Lepas habis melawat semua tempat kami ke tempat seterus nyer... Walaupun nampak semua macam dah nak lemau... Aku tetap bersemangat sebab aku tau Putra mesti suka... 

Equipped with five 3D version projectors, SkyRex immerses passengers in a simulated 3D environment produced on curved surround-screen. Each ‘tram’ unit of 30 seats sits upon a dynamic motion base and is surrounded by 3D projection which combined with a range of 4D effects, results in an unrivalled attraction to entertain and educate. You will experience the tense and excitement of the real life adventure with special 4D effect.

Merasa lah naik tram sambil kena kejar dengan dinosaur... Putra lah yang paling suka...  

Selesai sudah misi kami di situ,  maka wajib ler mengelupur mencari makanan... Kami makan kat Pak Ya Nasi Ayam,  Pekan Kuah... Lepas tu terus shopping ler apa lagi... Selagi ada duit itu ler yang paling best... Tapi aku mengenangkan sape lah yang nak mengangkat beg-beg itu nanti... Dah ler beranak pinak dah beg tu... Tamat ler hari kedua kami... Malam nyer semua tido awal sebab penat amat sangat tapi best... 

Pagi hari terakhir tu aku bangun paling awal... Biasalah risaukan barang-barang yang tak dikemas lagi... Puas ler aku menyumbat mana-mana yang boleh sumbat... Berat giler weii... 

Keluar awal pagi terus check-out homestay tuh untuk sarapan dan misi hari ketiga... 

Langkawi memang terkenal dengan kisah Mahsuri... So, kalau dah sampai Langkawi tapi tak gie Kota Mahsuri tu macam tak best lah plak... Lagipun nak jugak anak2 dapat sedikit input selain daripada berjimba jer... 

Pintu masuk Kota Mahsuri...
Dewasa : RM12.00 Kanak2 : RM6.00

Masuk jer kawasan pameran kami dihiburkan dengan persembahan caklempong... Danial sangat teruja sebab dia kan main gendang untuk pasukan silat dan caklempong... Hahaha... Tak tau lah cam ner dia leh minat...

Foto Shahdan Aiyub.


Carta Salasilah Mahsuri
Gambar pompuan tu tak tau lah betul ker tak Mahsuri... 


Ringkasan Kisah Pembunuhan Mahsuri... 


Makam Mahsuri... 
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن.

ALFATIHAH
ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ*
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ*
ﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢ*
ْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ*
ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ*


Banyak rumah contoh orang dulu-dulu... Suka lah bebudak nih... Semua rumah nak dinaik nyer... Bergambar bagai... 







Tengok tu,  kat semua rumah dia nak posing... 

Foto Shahdan Aiyub.


Foto Shahdan Aiyub.
Aku suka rumah nie sebab ada pangkin kat bawah rumah... Teringat rumah arwah nyang dulu... 

Foto Shahdan Aiyub.
Dalam pun cantik, tengok ler ukiran-ukiran kat atas tingkap tu... 

Foto Shahdan Aiyub.
Kami sekeluarga... 

Foto Shahdan Aiyub.
Nie rumah penghulu... Bapak besar... Kat rumah penghulu nih ada serba sedikit barang pameran... 

Foto Shahdan Aiyub.
Serba sedikit penerangan tentang Rumah Penghulu... 

Foto Shahdan Aiyub.
Iyer... Iyer jer Putra tu main gendang... Ape nama spesifik nyer ntah... 

Foto Shahdan Aiyub.
Congkak paling besar aku pernah jumpa, guli nyer xde... 

Hari dah nak tengahari... Dah hampir sampai masa nak memulangkan "Cik Almira" lebih masa kena tambah duit plak nanti... Kami pun bergegas ke destinasi seterusnya... 


Foto Shahdan Aiyub.
Beras Terbakar... 

Kawasan nih terletak dalam kawasan rumah orang... Dah siap dipagarkan... Masuk free jer... Nak datang pun jangan ler sesudah subuh or tengah malam buta... Datang selepas pukul 9.00pagi or sebelum 6.00petang lah... Jangan ler buat huru-hara sangat,  rumah orang kannn... 


Kisah peristiwa beras terbakar... 

Padang kawasan beras terbakar... Tak mandang dah beras nyer... 

Beras terbakar yang dah dikumpulkan...

Dah selesai misi yang jauh2 nie,  kami pulangkan kereta sewa... Penyewa turunkan kami berdekatan kawasan jeti... Disebabkan masih ada masa 2jam sebelum jeti berlepas, kami sepakat ke Dataran Lang... Destinasi wajib bagi mereka yang bercuti ke Langkawi... 


Foto Shahdan Aiyub.
Misi utama tak lain nak tangkap gambar helang nih... Tapi mood dah sedikit terganggu kerana cuaca panas... 

Foto Shahdan Aiyub.
Semua nyer dibuat dengan cepat dan pantas sebab si kecil dah nak bersuara... Nak berdondang sayang dah... 

Foto Shahdan Aiyub.
Pemandangan di sekitar Dataran Lang... 

Budak nih sempat rembat topi dan cermin mata tuh... 

Aku pendekkan cerita... Malas nak menulis dah... Ini situasi selepas beberapa minit masuk kereta kami... Seperti pengsan semua nyer... 
👇👇👇👇

On the way nak balik ke Kuala Lumpur tuh,  kami singgah rumah tok di Bagan Serai... Tido semalam merehatkan diri,  driver penat... 

Alhamdulillah... Tercapai juga hasrat kami nak bawa anak-anak berjalan ke Langkawi... Terima Kasih Ya Allah kerana permudahkan urusan kami sekeluarga...

*pssst,  kalau ada typo paham2 je lah eak... Harap Maaf...