Salam Kemerdekaan 2015 #sehatisejiwa


Salam Kemerdekaan 2015 untuk semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada ... Dengan pelbagai masalah yang melanda Malaysia semakin suram sambutan kemerdekaan ... Akibat kerakusan sang penguasa rakyat marhain menerima akibat nyer ... Apa2 pun saya masih rakyat Malaysia ... Moga Malaysia sentiasa dilindungi Allah s.w.t ... Semoga Malaysia terus aman ...



‎Merdeka kah jiwa kita ?
Merdeka kah hati kita ?
Merdeka kah akal kita ?
Apakah erti kemerdekaan jika minda masih dijajah ?

🌺Selamat hari Merdeka 🌺

      SEMOGA ...
Merdeka Akidah  dari Kesyirikan.
Merdeka Syariat dari Kefasikan.
Merdeka Minda dari Kejahilan.
Merdeka Nafsu dari Keburukan.
Merdeka yg Haq dari yg Batil.

🌸 Mantapkan iman tingkatkan amal,
Utk meraih Rahmat dan Redha Allah,
Itulah janji Allah dengan Syurga,

🌸 Mohon Allah bebaskan dari Neraka,
Barulah merdeka dari siksa Nya,
Itulah merdeka yg sebenar,
Itulah merdeka yg dicari.

🌸 Ampun dan maaf dipohon kini,
Seandainya ada terguris di hati,
Kehidupan dunia jangan khianati,
Di Akhirat nanti tidaklah rugi.

#sehatisejiwa

"bilamana remaja menghayati kemerdekaan dengan konsert
 jangan disalahkan mereka bila ditanya apa pengertian kemerdekaan 
kelak kan mereka menjawap merdeka itu cuti, 
merdeka itu cool, merdeka ada konsert gergasi 
itu suara kami, kata mereka"

~asamadsaid~

TAZKIRAH JUMAAT #37 | MEMANG ALLAH SENGAJA ...


Memang Allah sengaja....


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.



* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA ...

Ya Allah ... Berikan lah kesihatan yang baik untuk keluarga INI ... Murahkanlah rezeki keluarga INI ... Jauh kan lah keluarga INI dari sebarang musibah ... 

AIR POLLUTANT INDEX (API) INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU)

Jerebu datang lagi ...
Setakat nie kesihatan kami sekeluarga masih OK lagi ... Harap-harap jerebu tidak bertambah teruk ...

Klik SINI untuk mendapatkan maklumat terkini pasal API/IPU ...
Dalam keadaan cuaca yang tak berapa bagus, langkah berjaga-jaga perlu dititikberatkan untuk menjaga kesihatan ... Meh tengok sini ...


Wordless Wednesday - 77 | VAPERS



Karak Highway Runtuh


Terkejut kelmarin bila dapat berita Karak Highway runtuh ... Seram plak rase ... Maklum ler laluan utama nak balik kampung @ Rumah MIL ... Harap takde ape2 yang buruk berlaku ... 


Pengguna jalanraya perlu lebih berhati-hati apabila menggunakan laluan tersebut ... Perlu lebih alert dengan keadaan sekeliling ... Mungkin lebih baik elakkan perjalanan di waktu hujan atau malam ...

Selamat Hari Lahir BigBoss ...

Happy Birthday BigBoss ... 

Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu,  meniti usia tua bersama ... Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga; melindungi kami sekeluarga ... Ya Allah, Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah; lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ini ... Amin ...

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku …

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu … Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati … Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku … Dan rezekikan kami zuriat yang soleh@solehah yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia …

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku … Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya … Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya ... Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku … Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha …

Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...



MICHAI

Hai kengkawan ... Buat ape hari nie ? Aku nak cite kisah sedih + kejam nih ... Aku tak tau ler sape nyer keje ... Memamg kejam betul orang tu ... Tengah aku duk skroll di FB, aku terbàca kisah Si Berok yang bernama MICHAI ... Cer korang tengok gambar nih ... Tengok ler ape jadi kat Michai ...


Aku rase kejam sangat sape yang buat nie ... Korang nak tau kenapa ? Beruk biasa lah kutip2 makanan kan ... Ada ler orang nie yang takde hati perut pie campak mercun bola ... Ade ker patut ... Michai kutip dan meletup lah mercun tu ... Habis ler hancur tangan Michai ... Sakit nyer lah kan ... Cam ner Michai nak cari makan ... Nak gayut2 dah tangan nyer hancur cam tu ...

Dan bertambah sayu dengan berita kematian Michai ... Kena langgar ...

Kredit kat owner gambar Michai tu ... Aku pun tak tau sape ...
Kalau marah bagitau elok2 jangan saman plak ...

TAZKIRAH JUMAAT #36 | JANGAN ADA BENCI



Kisah yang saya dapat dari group wasap ... Semoga menjadi panduan kepada kita semua ... Kita nie kalau dah benci @ tak suka orang susah kan ... Ape orang selalu cakap tu memaafkan mudah ... Tapi nak melupakan tu payah jugak kan ... Hmmm ... Susah jugak nak didik hati nih ...

**********

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.


Sumber

Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

”Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

”Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.


Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci ... !!

Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah!

**********

Sebagai renungan bersama ...
Salam Jumaat dan semoga ceria sentiasa ... 

Di Ambang Peperiksaan 2015


Apa Tindakan Mak-Ayah ?

Hari ini 18 Ogos 2015

Bermulanya:
UPSR : 8 Sep ---- lagi 22 Hari
PT3 : 12 Okt ---- lagi 56 Hari
SPM : 2 Nov ---- lagi 77 Hari

Nak anak berjaya biasa-biasa
Atau tak kisah anak berjaya atau tidak
Maka ... stop baca tulisan ini dan biarkan anak dengan cara dia.

Mahu anak cemerlang, ibubapa kena
TEGAS, BERANI, BERHIKMAH

Sama ada anak anda Tahun 6, Tingkatan 3 atau Tingkatan 5 lakukan tindakan berikut:

1. NO MORE TV .... hingga tamat exam. Usah risau, anak tak akan mati.

2. NO MORE GAME KOMPUTER ... hingga tamat exam. Usah takut anak tak akan jadi bodoh.

3. NO MORE LEPAK², JALAN² ... hingga tamat exam. Usah bimbang anak tak akan jadi biol...

4. NO MORE TIDUR, TIDUR, TIDUR ... hingga tamat exam. Usah kesian anak dah cukup rehat selama ini ...

5. NO MORE CINTA² ...
PACARAN .... hingga tamat SEKOLAH !!
Usah sedih anak anda (terutama anak dara) tak akan jadi apa² ... ada jodoh nanti, adalah orangnya. Doa banyak².

Dan tren ten ten ... jeng jeng jeng :

6. NO MORE HP : FB, WeChat, WApps, Instagram dsb, selfie².

Ya NO MORE memang NO MORE ... Usah risau, usah takut, usah bimbang, usah kesian ... Tak akan jadi apa-apa pada anak kesayangan intan payung anda tu !!

Mana lebih penting ... Pelaburan untuk masa depan anak yang terbilang ... Memastikan anak berjaya ke sekolah / kolej-univ terbaik ...

Atau ... 
Kesian biar anak buang masa ... 
Kesian anak tak dapat HP...
Kesian anak tak boleh berFB ...
Kesian anak tak boleh enjoy di alam maya ...
Kesian anak ditarik balik keseronokan ...

Kesian kena bertempat ...
Berani bertindak tegas tetapi berhikmah ...

Guna masa YANG BANYAK
Buat LATIHAN / LATIHTUBI
Buat ULANGKAJI
Buat HAFALAN
Buat SOALAN PEPERIKSAAN

Dimantapkan dengan
IBADAH, DOA dan RESTU MAK-AYAH

Sila Share untuk sebarkan ke sebanyak mungkin Mak-Ayah lain.
Agar sebanyak mungkin anak-anak dibantu.

**********
Tips nie saya dapat daripada group wasap saya ... Saya buatkan entry di sini supaya tak hilang ... Mudah untuk saya buat rujukan ... Semoga bermanfaat buat semua ...

CPUV Nuffnang #62 | UforLife ... Launch[PC]


Alhamdulillah ... Ohh nampak nyer #nuffnang bermurah hati bagi lagi  Ogos nie ... Harap2 petanda bagus untuk bulan nie ...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... 
Sob ... Sob ... Sob ... 


Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ... 

Jika Tak Mampu



Assalamualaikum dan Selamat Pagi kengkawan ... Selamat berhujung minggu semua ...

KEHIDUPAN KITA INI SANGAT SINGKAT.

Dunia ini pinjaman sementara ... Akhirat jualah yg kekal selama2nya ... Mari lah kita berebut-tebut dalam usaha berbuat kebaikan ... Jangan sesekali melakukan sebarang kerosakan ...

JIKA TAK MAMPU NAK BERSEDEKAH ... SEKURANG2NYA JANGAN MENINDAS ORANG LAIN ...

JIKA TAK MAMPU NAK MENYATUKAN ... SEKURANG2NYA JANGAN SAMPAI MEMECAHKAN ...

JIKA TAK MAMPU NAK BETERIMA KASIH ... SEKURANG2NYA JANGAN SAMPAI JADI MUSUH ...

SEKIRANYA TAK MAMPU UNTUK MENJERNIHKAN ... SEKURANG2NYA TIDAK MENAMBAH KAN LAGI KEKERUHAN ...

JIKA TAK MAMPU UNTUK MENGEMAS DAN MENYUSUN ... SEKURANG2NYA TIDAK MENYEPAH DAN MENABURKAN ...

JIKA TAK MAMPU NAK JADI PENYAPU ... SEKURANG2NYA JANGAN JADI SAMPAH ...

JIKA TAK MAMPU NAK MELAKUKAN KEBAIKAN ... SEKURANG2NYA JANGAN SAMPAI MELAKUKAN KEROSAKAN ...

JIKA TAK MAMPU UNTUK MEMUJI ... SEKURANG2NYA JANGAN SAMPAI MENGEJI DAN MEMFITNAH ...

JIKA TAK MAMPU NAK BERSANGKA BAIK ... SEKURANG2NYA JANGAN BERSANGKA BURUK ...

Janganlah berjalan seperti gunting ... Meskipun lurus tetapi dia memisahkan apa yg sudah menyatu ...

Jadilah seperti jarum ... Meskipun menusuk dan menyakitkan tetapi ianya dapat menyatukan apa yg sudah terpisah ...

TAZKIRAH JUMAAT #35 | JUJUR



Bersikap jujur bererti memilih untuk tidak berbohong, mencuri, berbuat curang, atau menipu dengan apa cara sekali pun ... 

Jujur adalah suatu sikap yang mencerminkan adanya kesesuaian antara hati, perkataan dan perbuatan ... Apa yang diniatkan oleh hati, diucapkan oleh lisan/mulut dan ditampilkan dalam perbuatan ...

Kejujuran sangat erat kaitannya dengan hati nurani ... Jujur membuatkan hati kita tenang, sedangkan berbohong membuatkan hati jadi was-was ...








Program Affiliate SIMPLEHIJAB

http://simplehijab.co/?id=1213

Pernah tak kengkawan terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. 



Keistimewaan Program Affiliate SIMPLEHIJAB


1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.

2.
Kengkawan tidak perlu menyimpan sebarang stok.

3.
Kengkawan tidak perlu menguruskan order atau pembelian.

4.
Kengkawan hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.

5.
Kengkawan berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (tertakluk kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.

6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud
Kengkawan akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi. 


Wallahua'lam ...

Wordless Wednesday - 74 | SELAMANYA


KAKI KOMEN JULAI 2015 #KISAHHIDUPKU ...



Haaa ... Nie lah kaki komen blog nie bagi bulan Julai 2015 ... 
Meriah nyer ... Ada yang baru ... Ada yang masih kekal ... 

Terima kasih ler kat korang semua ... 
Yang rajin datang singgah + komen kat blog aku nih ...

Jom terjah blog dia orang plak ...


Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ...
Terima kasih bebanyak korang-korang ...
Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...
Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...

Welcome August


Kejap jer dah Ogos ... Harap bulan nie lebih baik ... Dan semakin baik ...

Bulan depan Abang Long dah nak peksa ... Aku tengok dia relax jer ... Aku yang debor nyer ...