Ekoran jerebu,
semua sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya ,
Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, serta beberapa daerah lain iaitu
Bentong, Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong ditutup lagi hari nie ... Kira nyer hari nie dah masuk hari ke empat sekolah ditutup ... Kalau ikutkan minggu nie adalah minggu peperiksaan akhir tahun ... Habis lah semua tertunda ... Bebudak pun dah bosan ... Nak main kat luar ibu nyer bising ...Dalam keadaan cuaca yang sebegini kita digalakkan minum air yang banyak serta kurangkan aktiviti luar ... Pakai topeng jika terpaksa melakukan aktiviti luar @ ke tempat kerja ...
Search This Blog
Showing posts with label Jerebu. Show all posts
Showing posts with label Jerebu. Show all posts
Nasihat Semasa Jerebu
Jerebu masih berterusan dari minggu ker minggu ... Kesihatan semakin merosot ... Meh ler kita ikut nasihat depa nie untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini daripada berlaku ...
1. Semua pihak dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.
2. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
3. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
4. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
5. Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
6. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
7. Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
8. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
9. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
10. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
11. Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
12. Orang ramai juga diminta untuk menyalakan lampu kenderaan semasa memandu apabila keadaan berjerebu dan jarak penglihatan berkurangan.
Sumber
Baru sikit jer Allah tarik nikmat dah terasa betapa seksa nyer ... Bumi semakin tua ... Jangan lah kita leka ...
Baru sikit jer Allah tarik nikmat dah terasa betapa seksa nyer ... Bumi semakin tua ... Jangan lah kita leka ...
Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka Tutup
Akhir nyer ... Selasa, 15/9/2015 Semua sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka diarah tutup ...
Setelah seminggu lebih berhempas pulas dengan cuaca jerebu ... Akhir nyer pengumuman dibuat jugak ... Sebaik ... Dengan kesihatan yang semakin menurun, aku tak dapat bayangkan cam ner bebudak nie nak survive ... Aku yang tua bangka nie pun terasa perit nyer ...
Semalam aku ada up status kat FB pasal kerisauan aku tentang kesihatan bebudak nie ... Ramai jugak yang merungut termasuk cikgu2 ... Tapi terpaksa akur jugak ... "Saya Yang Menurut Perintah" ... Bagi aku IPU 200 yang dah ditetapkan oleh kementerian tu agak tinggi untuk bebudak nie ... Aku punya lah risau coz anak2 aku nie semua nyer jenis susah nak makan ubat ... Kan ker payah kalau dah kena ...
Nie IPU setakat pukul 10 malam semalam ... Meningkat dan terus meningkat ... Sebelum tido semalam aku tengok Banting dah 200 lebih ...
Alhamdulillah, pagi nie bertalu-talu masuk wasap kat aku mengatakan hari nie bebudak direhatkan ... Dapat lah rehat 2 hari ... Kena kuarantin dalam rumah jer lah ... Tapi Cikgu2 masih perlu hadir ke sekolah untuk menguruskan keselamatan murid yang masih datang kerana tidak mendapat makluman penutupan ...
AIR POLLUTANT INDEX (API) INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU)
Jerebu datang lagi ...
Setakat nie kesihatan kami sekeluarga masih OK lagi ... Harap-harap jerebu tidak bertambah teruk ...
Klik SINI untuk mendapatkan maklumat terkini pasal API/IPU ...
Dalam keadaan cuaca yang tak berapa bagus, langkah berjaga-jaga perlu dititikberatkan untuk menjaga kesihatan ... Meh tengok sini ...
Setakat nie kesihatan kami sekeluarga masih OK lagi ... Harap-harap jerebu tidak bertambah teruk ...
Klik SINI untuk mendapatkan maklumat terkini pasal API/IPU ...
Dalam keadaan cuaca yang tak berapa bagus, langkah berjaga-jaga perlu dititikberatkan untuk menjaga kesihatan ... Meh tengok sini ...
Subscribe to:
Posts (Atom)