Search This Blog

SEGMEN BLOGLIST 2019


Hai kengkawan ... Sempena nak masuk tahun yang baru tak lama lagi, saya rasa cam nak tukar bloglist. Maka terhasil lah SEGMEN BLOGLIST 2019. Sape-sape yang berminat boleh ler join, meh ler meramaikan dan memeriahkan suasana ... 

Tempoh :
24/11/2018 - 21/12/2018

Hadiah :
*Masuk Bloglist 2019*

Syarat :
Jom follow yang ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
Jangan lupa singgah jalan-jalan kat 
Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest

Korang buat ler entri ringkas pasal segmen nie, letak banner kat atas tu , backlink balik ke entri nie. Nanti tinggal link kat komen eak. Pasti akan terima lawatan bersejarah dari saya nanti. Kengkawan juga digalakkan membuat lawatan ke blog peserta yang lain. Nanti saya akan update nama peserta beserta link mereka.

SUSTAGEN SUPERMOM MONTHLY GIVEAWAY - Jom cuba dapatkan susu percuma setiap bulan. Jimat banyak oiii. 



INCONE TAMBAHAN,  JOM JOIN

Pegawai Bomba Muhammad Adib telah pergi meninggalkan kita


Innalillahi wa inna ilaihi raji'un, allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.

Dukacita dimaklumkan bahawa Saudara Muhammad Adib Mohd Kassim, pegawai bomba yang telah dibelasah dalam peristiwa rusuhan kuil Seafield telah meninggalkan kita semua pada 9.41 malam tadi di IJN. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. 

Semoga pelaku akan mendapat balasan yang setimpal. Pihak berwajib perlu mengambil tindakan segera yang seadil-adilnya. 

#justice4adib
#alfatihah


Giveaway The Berkat Di Mialiana.com



The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.


Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.




Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2018/12/giveaway-the-berkat-di-mialianacom.html#ixzz5ZuRUyzWU

HIMPUNAN UMMAH 812 | BANTAH ICERD


SYUKUR HIMPUNAN AMAN



1. Setinggi penghargaan diucapkan kepada para peserta, penganjur, NGO dan parti politik yang telah berhimpun secara aman pada hari yang penuh bersejarah ini di hadapan Dataran Merdeka.

2. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PDRM dan DBKL yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik, dan menjadi penanda aras baharu demokrasi yang lebih matang dalam negara.

3. Semoga himpunan ini menjadi saksi kesedaran, keberanian dan kebangkitan rakyat yang cintakan perpaduan dan keamanan negara.





Sila beli kapur barus,
Sila jemput silalah kaut,
Jangan berani melawan arus,
Kelak tenggelam di dasar laut.

Dari Pelangai pergi ke Merapoh,
Kerana mahu beli buahnya,
Lampu merah jangan dirempuh,
Kalau dirempuh besar padahnya.

Dari Serdang ke Pasir Salak,
Datang menangguk udang galahnya,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Kalau dijolok parah padahnya.

ABDUL HADI AWANG
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
81218

Semoga selepas nie takde lagi yang nak memperlekehkan agama dan bangsa aku.

#himpunanummah812
#BantahICERD #SelamatkanIslam
#SelamatkanMalaysia #IslamMemimpin #PertahankanPerlembagaan
#Turun812
___________
Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD
Tarikh : 8 Disember 2018
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Dataran Merdeka
Tema : Putih
FB : http://facebook.com/RakyatBantahICERD
FB : https://facebook.com/ummah.official


PELAKSANAAN DASAR-DASAR BAHARU PTPTN

Sempena pembentangan belanjawan 2019 beberapa perkara dasar berkenaan ptptn telah diubah. Terdapat 5 perkara penting telah diumumkan :

1. Potongan gaji secara progresif daripada 2 peratus hingga 15 peratus berdasarkan gaji bulanan peminjam;

2. Potongan cukai untuk majikan yang membayar hutang PTPTN pekerja;

3. Pengecualian bayaran balik pinjaman Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama untuk pelajar daripada keluarga B40 dan M40;

4. Baki hutang dilupuskan apabila peminjam berumur 60 tahun; dan

5. Pelepasan taksiran cukai SSPN dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai tahun taksiran 2019.

Mekanisme pelaksanaan adalah seperti di bawah:

1. MEKANISME BAHARU PEMBAYARAN - POTONGAN GAJI SECARA PROGRESIF (PGB)

PGB adalah bayaran balik mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam apabila gaji mencecah RM2,000 sebulan.  Peratus potongan adalah di antara 2% hingga 15% seperti jadual di lampiran.


2. INSENTIF PELEPASAN CUKAI UNTUK MAJIKAN YANG MEMBANTU PEKERJA

Majikan layak menikmati potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik, baik yang dibayar secara ansuran setiap bulan atau melalui pembayaran sekaligus. Syaratnya ialah majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja setelah pembayaran ini dibuat.

3. PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

Kerajaan juga menghargai usaha para peminjam untuk menjadi pelajar cemerlang dalam pengajian.  Maka dengan itu, pelajar daripada golongan isirumah B40 dan M40 yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam tahun 2019 layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman dengan syarat-syarat berikut:
- Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa
- Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan
- Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 ketika menamatkan pengajian

4. MENGHAPUS KIRA HUTANG PEMINJAM WARGA EMAS

Kerajaan prihatin dengan golongan warga emas. Sebagai penghargaan kepada warga emas yang komited dan konsisten dalam membuat bayaran balik, kerajaan bersetuju untuk melupuskan baki hutang peminjam yang memasuki umur 60 tahun sekiranya peminjam berpendapatan RM2,000 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum umur mencapai 60 tahun.

5. MENINGKATKAN INSENTIF UNTUK MENABUNG
Selaras dengan itu, insentif pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan dinaikkan daripada RM6,000 sebelum ini kepada RM8,000 bermula tahun 2019.

Kengkawan dah habis bayar? Ingat korang, hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Korang boleh ler ke website PTPTN untuk maklumat lebih lanjut. Tahniah diucapkan kepada mereka-meteka yang dah habis bayar. 

Tepokkk.