Search This Blog

KEDAI BUKU ONLINE | BOOKCAFE.COM.MY

Assalamualaikum dan Salam Sejantera kengkawan ... Kepada pencinta-pencinta buku yang tak berkesempatan nak ke kedai membeli buku-buku baru ... Korang boleh lah membeli secara online kat BOOKCAFE.COM.MY ...

Kalau korang berangan-angan nak beli buku secara online ... Korang boleh datang sini ... Macam-macam jenis buku ada ...











Kalau korang berhajat nak hadiah kan buku kat anak-anak ker anak sedara ker ... Boleh jugak mai shopping kat sini ... Jom skodeng buku apa yang ada kat sini ... Korang boleh ler ajak anak-anak tengok sekali pilih mana yang dia orang berkenan ...



Ada banyak lagi sebenar nyer ... Cemuih plak korang tengok nanti ... Pilih jer mana korang berkenan ... Harga pun berpatutan ... Kalau kena pada masa nyer ada diskaun plak lagi ... Memang digalakkan lah beli kat sini  ... Ini lah sebab nyer ...

RESEPI MANGGA SUSU


Bahan-bahan:
- 1 biji mangga 
- 1 cawan ais 
- 3 sudu besar susu pekat 

Topping: 
- Mangga (dipotong dadu) 

Cara-cara: 
1. Blend mangga, ais, dan susu pekat sehingga sebati. 
2. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan topping kiub mangga. 
3. Hidang!


TIPS TIDUR

Hai korang ... Nak tanya skit ... Anak-anak korang susah tidur tak ? ... Anak aku yang sulung nie susah nyer lah nak tidur ... Agak lewat jugak dia tidur ... Tapi tak de plak dia susah bangun pagi masa nak gie sekolah tu ... Tapi kalau waktu cuti tu memang lewat ler dia bangun ... Anak aku yang no.2 dan no.3 tak de masalah tido ... Yang kecik sekali nie, kalau siang tu dia penat main senang ler dia tidur ... Kalau kebetulan dia tidur lewat petang, maka memang ler susah dia nak tidur malam tu ... So, aritu aku dapat tips tido nih kat metro online ... Saje aku kongsi kat sini supaya senang aku nak rujuk bila-bila masa nanti ... Semoga bermanfaat juga buat kengkawan ... Bagi yang beragama Islam boleh amalkan doa sebelum tido ...


Tip tidur untuk bayi berusia satu hingga dua bulan

• Perhatikan corak tidur bayi dan kenal pasti tanda mengantuk.

• Letakkan bayi dalam buaian ketika mula mengantuk dan bukannya selepas tidur.

• Baringkan bayi dengan muka dan kepalanya bebas daripada gangguan selimut atau bantal.

• Galakkan bayi tidur pada waktu malam

Tip tidur untuk bayi berusia tiga hingga 12 bulan

• Atur jadual tidur siang dan malam.

• Amalkan rutin yang konsisten dan menyeronokkan bagi membolehkan mereka tidur lena pada waktu malam.

• Wujudkan suasana persekitaran yang ‘mesra tidur’, misalnya mengurangkan kecerahan lampu dan mengurangkan bunyi-bunyian.

• Galakkan bayi tidur dengan sendiri.




Tip tidur untuk kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun

• Kekalkan jadual tidur harian dan rutin tidur yang konsisten.

• Menjadikan persekitaran bilik tidur yang sama setiap malam.

• Tegas dalam menetapkan had konsisten agar mudah difahami kanak-kanak.

• Galakkan penggunaan objek permainan lembut seperti patung haiwan dan selimut sebelum tidur.

• Galakkan anak minum susu sebelum tidur.

Tip tidur untuk kanak-kanak prasekolah

• Kekalkan jadual tidur yang konsisten.

• Lakukan aktiviti rutin yang bersifat santai sebelum tidur dalam bilik anak (misalnya membaca buku cerita atau mengemas beg sekolah).

• Tetapkan masa menonton televisyen atau bermain komputer sebelum jam 9 malam.


Tip tidur kanak-kanak sekolah rendah

• Disiplinkan anak mengenai tabiat tidur yang betul.

• Teruskan dengan jadual, rutin dan had tidur yang ditetapkan sebelum ini.

• Pastikan bilik tidur anak dalam keadaan kondusif.

• Elakkan anak mengambil makanan berat sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam sebelum waktu tidur.

• Elakkan anak mengambil minuman berkafein seperti kopi atau minuman berkarbonat sebelum tidur.


Nor Faizah Mohamed
faizah@hmetro.com.my
Rabu, 27 Julai 2016 @ 12:52 PM

KRISTAL VILLA, KAJANG

Hai kengkawan ... Buat ape tu ? Masih dalam mood raya ker ? Nak sampai ke penghujung dah nie ... Huhuhu ... Korang ingat tak aku ada cite pasal aku mandi-manda kat rumah adik aku ... Dalam bulan dua gitu ... Jom baca ape kisah nyer ... MANDI MANDA DI KRISTAL VILLA, KAJANG ... Tak sangka plak aku dalam pada aku duk bercerita tu, ada plak yang berminat nak beli hartanah kat situ ...


Haaa ... Tu dia ... Ntah sape lah Anonymous tu ... Si lah muncul kan diri ... 
Meh sini Akak nak cite nih ... Environment ok ... Future development pun sangat baik ... Nanti dekat-dekat situ nak buat stesen LRT ngan big shopping mall ... Nie yang adik Akak cakap lah ... Dan yang paling best nyer walking distance ...


Gambar kat atas tu tengah dalam pembinaan ... Adik Akak siap pesan, kalau nak beli, beli dua terus ... Harga market sekarang RM300k ... Kira oklah tu kan ... Susah sangat dah nak cari rumah bawah RM500k sekarang nih ... Kalau LRT ngan mall siap nanti mesti nilai hartanah kat situ sure mencanak-canak nyer ...

So, kesimpulan nyer ok lah kalau nak beli rumah kat situ ... Buat masa nie mungkin perlu ada kenderaan sendiri ... Tapi dua tiga tahun lagi, sure berbaloi-baloi ... Beli jangan tak beli Cik Anonymous ...


WORDLESS WEDNESDAY - 121 | MOHON TERASA

SALAM TAKZIAH | TUAN GURU HAJI SALLEH BIN MUSA



اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَها، وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبر.


AL FATIHAH

ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ uﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ

*ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ

Sedih nyer lah apabila mendapat perkhabaran pergi nyer  seorang lagi ulama ... Makin hari makin ramai ulama telah pulang kepada pencipta Nya ...





_*Pesanan Tuan Guru Hj. Salleh Musa حفظه الله تعالى,*_  

_"Hangpa mengaji tauhid biaq betoi, AQIDAH tuu yang perlu jaga.._ _Hangpa jangan dok buang masa, jangan dok biarkan usia hangpa HANYUT begitu saja.._ _Isikan usia hangpa ni dengan mengaji ilmu agama.._ _Muliakan dengan ilmu TAUHID.._ _Lepas tuu, pi mengaji ilmu FEQAH.._ _Lepas tuu baru pi mengaji ilmu TASAWUF.._ _Jangan dok kalut nak pi ilmu TASAWUF,_ _hadis dan sebagainya jika Allah سبحانه وتعالى sendiripun hangpa tak kenal.._ _Macam mana nak kenal Allah سبحانه وتعالى jika takmau ngaji ilmu TAUHID.._ _Sebab tak kenal Allah سبحانه وتعالى lah depa dok suka sesatkan orang, bida'ahkan orang.._ _Ada ilmu HADIS,_ _tapi ilmu TAUHID takdak.._ _Punah habis semuanya.._

_Nak mengaji ni, ibarat nak naik TANGGA.._ _Kena langkah dari BAWAH,_ _barulah sampai kat tingkat ATAS.._ _Jangan dok kalut nak meloncat nak ke tingkat atas dari tingkat BAWAH.._ _Satgi jatuh, mampuih.._ _Kalau nak naik, ikutlah turutan yang betul.._ _Jangan dok ikut puak-puak Syi'ah, Wahabi, Mu'tazilah, Sekular, Liberal dan sebagainya.._

_Kita pegang sungguh-sungguh dengan Manhaj AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH.. Jangan dok lari dari DASAR pegangan kita.. Sekarang ni, ulama' - ulama' tua tak banyak dah.. Hangpa pi lah tengok dalam Malaysia, Thailand, Indonesia semua tak banyak dah.. Yang ada pun tinggal berapa orang jaa ulama' tua yang masih hidup.. Sementara depa masih ada lagi ni, pi lah dampingi depa.. Pi duduk dalam Majlis Ilmu depa.. Cedok (ambik) ilmu depa, insyaAllah, Allah سبحانه وتعالى akan bantu.." 

Pesanan ditujukan khas untuk diri sendiri yang jahil takdak ilmu, sangat lagho & hina dina.._

Mawi And Syamsul Yusof - Kalah Dalam Menang


Ya Ya Allah Ya Rahim
Siapa lebih berkuasa
Ya Allah Ya Rahim
Kau Aku Atau dia Renungkan

Adakah kau rasa Dunia isinya
Hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa

Adakah kau lupa Ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja

Kuasa harta wanita Menaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara

Bila bicara Bicaranya semua besar
Mendabik dada Besar egonya
Lupa diri lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam kelam terbungkam
Jiwa tak tenang Kalah dalam menang

Kemewahan diri Bukanlah tanda kehebatan
Insan Berteduh dibumi Tuhan
Fikirkan saat nyawa ditarik keluar badan
Tiada siapapun yang tahu Rahasia Tuhan

Siapa dulu pergi dulu
Mungkin aku mungkin kamu
Kau katakan tunggu duluKau belum 50
Sedangkan kematian laju mengejarmu

Ahh kerasnya hati Masih gagal mengerti
Bangunlah dimalam sunyi bertanyakan pada Ilahi

Adakah kau rasa Dunia isinya
Hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa

Adakah kau lupa Ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja

Kuasa harta wanita Menaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara

Bila bicara Bicaranya semua besar
Mendabik dada Besar egonya
Lupa diri lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam kelam terbungkam
Jiwa tak tenang Kalah dalam menang

Kalah dalam menang
Hatimu takkan senang eeee

Aku bukan hipnotis Bukan juga IS*S
Jauh sekali extremis Aku hanya optimis
Hidup sarat ------- Sama macam ------
Dengan Tuhanmu Jangan pernah -----

Dalam era penuh depresi
Menanyakan apa yang kau cari
Konon nanya inspirasi

Inspirasi tak pelu kau tercari-cari
Bangun malam tanya Ilahi
Beribu kali kau di ingati
Hidayah itu milik Ilahi

Adakah kau rasa Dunia isinya
Hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa

Adakah kau lupa Ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja

Kuasa harta wanita Menaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara

Bila bicara Bicaranya semua besar
Mendabik dada Besar egonya
Lupa diri lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam kelam terbungkam
Jiwa tak tenang Kalah dalam menang

Yeaahh Mari sini semua Dengar ini cerita
Orang kita Kata nak senang
Kerna banyak simpan duit
Tapi Islam Kata nak senang
Kerna banyak keluarkan duit

Sedekah Amal jariyah
Senyumanmu itu Juga satu dakwah

Yeaahh Orang kita Kata sakit itu bala
Tapi Islam kata Sakit itu penghapus dosa
Sabarlah walaupun kau sedang kecewa
Biarkan engkau miskin harta dan kuasa
Tapi jangan kau miskin jiwa

Adakah kau rasa Dunia isinya
Hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa

Adakah kau lupa Ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja

Kuasa harta wanita Menaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara

Bila bicara Bicaranya semua besar
Mendabik dada Besar egonya
Lupa diri lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam kelam terbungkam
Jiwa tak tenang Kalah dalam menang

CPUV NUFFNANG #93 | ASTRO CIRCLE KID"S CLUB 2016



Alhamdulillah ... Aku tak perasan ... Rupe nyer dua hari lepas ada dapat kempen daripada ASTRO CIRCLE KID"S CLUB 2016 ... Kelab nie mewakili Astro menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak ...


Kengkawan kalau ada jumpa iklan ASTRO CIRCLE KID"S CLUB 2016 menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...

Kepada kengkawan yang berminat dan berkesempatan,  jom ler join ... 
Segmen Sesuci Lebaran By Hani Rahman

Terima kasih #nuffnang  #getakafulawarenesscampaign ... 
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

SOLAT DAN MATA



Assalamualaikum dan selamat pagi kengkawan semua... Aku memang suke ler letak kat sini apa-apa ilmu yang aku dapat kat wasap group... Sumber nyer plak aku kurang pasti... Aku letak kat blog supaya senang aku nak cari balik nanti... Kengkawan pun boleh baca sekali... Jom baca... Kata nyer dari Tuan Guru Datuk Dr Harun Din ...

SOLAT DAN MATA

Jika sakit kepala itu dibahagian depan, ubatnya ialah tidur ...

Jika diatas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong) ...

Jika sakit kepala tu dibahagian belakang kepala, itu tanda kita stress; perlu release stress tu baru boleh baik ...

Rawatan untuk meningkatkan power of our eyes ... 

Penting untuk orang yang matanya lemah, dan juga untuk semua ...

Otot mata kita menderita dari hari ke hari ...

Sebab hari-hari berfungsi ...

Kita bangun tidur, mata kita yang permata berfungsi ... 

Jadi, makin hari mata kita akan kurang power ...

Jadi, untuk kekalkan kekuatan mata, kita perlu ikut Sunnah dalam solat ...




Iaitu kekalkan mata terbuka ketika sujud ...

Melihat titik tengah sejadah ...

Ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga ...

Sebabnya, bila kita fokus pada titik tengah masa kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita untuk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax ...

Bila kita sujud, otot mata menguncup sebab jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud, bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik ...

Solat dengan cara yang betul ini akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam ...

Kita boleh praktik sebanyak 17 kali atau lebih mengikut kehendak/keupayaan masing-masing ...

Nabi Muhammad (SAW) berpesan untuk kita buka mata ketika sujud dan kita mungkin tidak tahu kenapa ...

Dan sekarang, bukti dari kajian saintis sudah ada ...

Memang sangat bagus untuk meningkatkan kebolehan mata kita ...

Subhana ALLAH untuk hikmah disebalik membuka mata masa sujud ini ...

Benda ini selayaknya dibaca dan dikongsi kepada semua orang ...

#Amalan baik untuk mengubati mata yang rabun & ubat sakit kepala untuk mereka yg solat ...

~Dari Tuan Guru Datuk Dr Harun Din~

*BONUS*







CPUV NUFFNANG #92 | GE TAKAFUL AWARENESS CAMPAIGN



Alhamdulillah ... Ada lagi untuk semalam  rupa nyer ... Ingatkan satu jer ... Petang semalam dapat daripada GE TAKAFUL AWARENESS CAMPAIGN ... Hmmm, harap-harap beranak-pinak ler nanti ...



Kengkawan kalau ada jumpa iklan GE TAKAFUL AWARENESS CAMPAIGN menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...

Kepada kengkawan yang berminat dan berkesempatan,  jom ler join ... 
Segmen Sesuci Lebaran By Hani Rahman

Terima kasih #nuffnang  #getakafulawarenesscampaign ... 
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

CPUV NUFFNANG #91 | ACER REVO ONE HELLO KITTY



Alhamdulillah... Setelah seminggu menanti akhir nya #nuffnang muncul jugakkk ... Jadilah untuk suam-suam kuku aku nih... Kali nie dapat kempen daripada ACER REVO ONE HELLO KITTY ... Ape mende nyer pun aku tak tau... Setelah aku selidiki ia merupakan gadjet baru... 


The Revo One looks stylish and is small enough to fit in any nook and cranny, yet it can pump powerful sound and high-resolution visuals to your monitor. Plus, you can use your smartphone as its remote when you play movies and music through it. When you add its huge storage capacity, the Revo One really is “big” in a tiny body.
RM 2099

Haaa... 
Bagi peminat tegar Hello Kitty mesti teruja... 
Mesti rasa nak memiliki... Cam comel jer kan... 




Kengkawan kalau ada jumpa iklan ACER REVO ONE HELLO KITTY menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...

Kepada kengkawan yang berminat dan berkesempatan,  jom ler join ... 

Segmen Sesuci Lebaran By Hani Rahman

Terima kasih #nuffnang  #acer #acerrevoone 
#hellokitty #acerrevoonehellokitty ... 
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

WORDLESS WEDNESDAY - 120 | BERHENTI BERHARAP



Musim Rambutan Dah Tiba

Alhamdulillah ... Aku rasa musim rambutan dah tiba ...
Kat rumah aku nie ada pokok rambutan kuning kat depan sana ...
Yang best nyer aku dan Putra memang suka rambutan kuning ...


Alhamdulillah masih ada rezeki nak makan buah rambutan kuning nie lagi ...
Sedapppp ...

Dengan cuaca yang panas membahang ... Aku ingat buah nyer tak menjadi tahun nie ... Alhamdulillah ada jugak ... Tapi memang tak selebat musim yang dua tiga tahun lepas ... Sampai boleh kait bagi jiran-jiran ...


Nie aku dah siap potong-potong kan ...
Untuk sape ???


Tengok budak tu ... Terus hadap buah rambutan ...
Mandi tak ... Ape-ape pun tak lagi ...


Aummm ...
Amboiiii ... Sedap nyer dia layan sensorang ...
Habis melekit-lekit sampai ker siku ...
Lap plak kat baju ...
Dah tu jom mandi ...

*Kejadian awal pagi tadi ... 

3 Bulus Baru

Alhamdulillah ... Dah beranak ...
Dapat dah cucu 3 ekor ... Ehhh, cucu ker cicit ntah ...
Jantina tak diketahui ... Aku tak reti nak tengok ...
Geli pun ada ...


Mak dia dok ngiau jer bila aku alih-alihkan anak dia ...
Maklum ler nak buat photoshoot ...


Photoshoot tak menjadi ...
Aku takut nak lama-lama ...
Takut kena cekau ngan mak dia ...


Tengok tu ...
Dah seminggu dah beranak ...
Mata anak tak bukak lagi ...
Asyik nenen jer ...
Tengok mak dia jaga takut aku kalih anak dia ...
Huhuhu ...

Mak aku tanya Nak buh nama apa plak nie ?
Ada cadangan ?

Kisah Orang Tua dan Sebuku Roti


Pada satu masa dulu…
Ada sorang lelaki tua ni, di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi mcm terganggu sikit sebab setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Hari2 memang rezeki dia ada sebuku roti je. 

Then satu hari ni, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir ni lah peluang yang terbaik utk dia tanya Nabi Musa untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. 

Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa A.S, dan dgn teragak2 dia tanya. 

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan Rizq saya (rezeki) .. Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada org tua ni memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu. 

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa A.S. bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!" dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia. 

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. 

Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti. 

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa2 makanan. 

Orang tua itu berkata kepadanya: "apa kata kalau kamu bawak roti2 yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!" penggembala tu pun lakukan seperti apa yg dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada org tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan2 dan bertahun2, dan apabila Sayyidina Musa A.S. melalui lagi kawasan orang tua tu.

Dengan kagum beliau mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan2 ternakan meragut tidak jauh dari situ. 
Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa A.S. mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa A.S. pergi untuk mengetahui apa yang terjadi. 

*"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."*

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu. Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan  dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT. 

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi .. 

*BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.*

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. AMEEN.

Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.

Sumber :
Group Wasap