Search This Blog

Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Doakan Untuk Abang Long & Abang Ngah


  
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua. Seperti yang semua tahu mulai minggu depan dan minggu-minggu seterusnya akan berlansung peperiksaan-peperiksaan besar bagi pelajar-pelajar di Malaysia. Bermulalah UPSR, UPKK, PSRA, PT3, SPM,  STPM dan sebagainya. Abang Long akan menduduki PT3 manakala Abang Ngah akan menduduki UPSR & PSRA. Doakan kejayaan dunia akhirat mereka berdua dan juga semua pelajar yang lain. Semoga beroleh kejayaan cemerlang. Insyaallah. 

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, 

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

 Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PSRA, PT3, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak-anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2018

Hai kengkawan. Minggu depan akan bermula lah Peperiksaan UPSR 2018 di seluruh negara. So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar. Actually semalam lagi dah start UPSR tapi utk SJKT & SJKC. 
Sebelum korang nak gie peksa tu kenalah.

1. Semak jadual 
2. Siapkan peralatan alat tulis
3. Tidur rehat secukupnya
4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa
5. Berdoa dan bertawakal
Kepada para Ibu atau bapa pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.


3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



Insyaallah ... 
Allah tu kan Maha Mengasihani ...

Semoga dilapangkan dada dan diterangkan hati untuk menjawab peperiksaan nanti ...

Good Luck !!!

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.


Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

So,  kat bawah ada beberapa amalan yang aku dapat daripada group wasap... Sure korang ada yang dah tahu... Aku letak kat blog supaya senang aku nak rujuk nanti... Penyakit kanser nih dah makin popular kan sekarang... Selain daripada rawatan di hospital,  boleh jugak diamalkan rawatan Islam ini... Semoga bermanfaat untuk semua... 


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser... Jika pesakit dapat membacanya lagi baik... Kalau tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain bacakan... 

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.


Sediakan sebotol @ secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air.

Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser... InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.


1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat185-227)
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser...

Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya...

Amin.  Semoga bermanfaat buat semua kengkawan dan sedara-mara...

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PT3 2017

Asalamualaikum.


Kepada saudara - saudara dan sahabat-sahabat yang anaknya akan menduduki Ujian PT3 yang bermula hari ini 09/10 hingga 12/10, marilah kita doakan anak2 kita semua dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG. 

Amiin...

Marilah kita berdoa....

. *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم* 

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ uوَالْمُرْسَلِيْن
 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

*Ya Allah,*Minggu ini adalah minggu anak2 kami menduduki peperiksaan PT3, Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

*YA ALLAH,*
Berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak kami.

*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak jiran jiran dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.

   رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
   رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 
   رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. 
   وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. 
   سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ 
   وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

 امين يا رب العالمين.

JADUAL PEPERIKSAAN PT3 2017
(UJIAN BERTULIS)





Semoga semua nyer berjaya dengan cemerlang ... Anak2 saya tahun depan ... UPSR & PT3 ... Harap-harap tak de lah perubahan drastik dalam format peperiksaan ...

KITA INI PENDOSA


Kita ini pendosa... Namun kita sentiasa diberi peluang untuk kembali kepada-Nya... Walau sejauh mana pun kita tersasar... Selama mana pun kita terleka... Hebatnya kasih sayang Allah pada kita... Lebih hebat dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya ... 

~ 4 Syawal ~

MOHON DOAKAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kengkawan semua... Mohon jasa baik kengkawan mendoakan kesihatan Mak saya...

Mak kini berada di wad semenjak Isnin lagi... 

Hari nie Mak akan menjalani minor operation ... Nak ambik tisu kat saluran kencing ... Kencing Mak ada darah skit, Dr nak cari punca ...

Harap-harap Mak kuat ... Mak saya tak pernah masuk wad melainkan masa beranak kan kami ... Mak nampak takut sangat walaupun dia tak cakap ... 

Mohon semua doakan semua urusan dipermudahkan ... Semoga kesihatan Mak kembali pulih ...

Terima kasih kengkawan ... 
Terima kasih semua ...
😢😢😢



AID FOR SYRIA@ALEPPO


*Latest update Syria!*

_Pass on!_

*Di Syria tidak ada lagi namanya hospital*

*Mereka bakal kesejukan sehingga suhu mencecah - 5 Celsius , di mana kita?*

*Mereka makan rumput/kucing, di mana kita?*

*Mereka disembelih seperti di Rohingya bahkan lebih teruk lagi daripada itu*

_Kempen "Aid For Syria" telah dilancarkan pada bulan September 2016 hingga April 2017._

*Di Aleppo mereka berkata umat Islam jangan salahkan mereka jika mereka membunuh diri demi menjaga maruah mereka*

*Adakah kita telah membantu mereka sedaya mungkin?*

*Tidakkah kalian terpanggil untuk merealisasikan nya?*

Sertai kami dalam kempen Aid For Syria melalui pakej berikut:

Pakej Bantuan Musim Sejuk = RM150
Pakej Ten 4 Syria = RM10

*Dengan penuh rendah diri, Aman Palestin Berhad merayu tuan/ puan membuat sumbangan minimum RM10 ke mana-mana akaun Aman Palestin di bawah*

*Kami yakin*, jika mesej ini sampai kepada 5 juta orang kita mampu untuk mengumpul RM500,000,000 dalam masa 24 jam dari sekarang. 

*Untuk sampai kepada 5 juta orang di alam maya, mohon setiap orang yang membaca mesej ini untuk FORWARD perkara ini. Moga Allah rahmati kita semua*

Sekian, terima kasih.



Dana ini akan digunakan bagi membantu Syria yang sedang bergolak saat ini.

1⃣Masukkan wang ke salah satu akaun berikut:

*PENAMA : Aman Palestin Berhad*

CIMB: 8600460353
Maybank: 562263010787
Bank Islam: 12029010047880
Bank Rakyat: 220806195922 
RHB Bank: 21245760004907
Muamalat: 12070005133717

2⃣Sms/whatsapp/emel slip transaksi ke 
014-8099 289/ap.batupahat@gmail.com

3⃣Sertakan 
Nama :
No. kad pengenalan :
Alamat :
No. telefon :
Emel :

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi :
07-453 2060 - Pejabat Aman Palestin Batu Pahat 
014-8099 289 -Omar 
07-453 2060 - Pejabat Aman Palestin Batu Pahat 
014-8099 289 - Omar

*Maklumat di atas amat diperlukan agar pihak kami mengetahui tujuan sumbangan dan untuk pengeluaran resit rasmi Aman Palestin yang layak mendapat pelepasan cukai*





🌟 Keikhlasan Anda, Ketulusan Kami🌟 

*Adakah anda mengaku anda seorang muslim yang mencintai muslim?*

*Kami juga menerima duit untuk membersihkan wang KWSP*

*Anda boleh buat 3 perkara ini!*

1) Doakan mereka.
2) Derma.
3) Sebar-sebarkan maklumat ini.

*Anda boleh beli makanan mahal-mahal tapi tak terniat langsung untuk lakukan 3 perkara di atas?*

Fikirkan...

_Semoga Allah bukakan hati anda._

*Semoga Allah berikan rezeki berganda-ganda kepada yang sudi melakukan 3 perkara di atas.*

_Semestinya bukan untuk saya tapi untuk rakyat Syria Palestin yang sangat memerlukan bantuan kita_😭😭😭😭

#AleppoHasFallen 
#AidForSyria
#10TahunAmanPalestin 
#AmanPalestin 

www.amanpalestin.net

SOLAT DAN MATA



Assalamualaikum dan selamat pagi kengkawan semua... Aku memang suke ler letak kat sini apa-apa ilmu yang aku dapat kat wasap group... Sumber nyer plak aku kurang pasti... Aku letak kat blog supaya senang aku nak cari balik nanti... Kengkawan pun boleh baca sekali... Jom baca... Kata nyer dari Tuan Guru Datuk Dr Harun Din ...

SOLAT DAN MATA

Jika sakit kepala itu dibahagian depan, ubatnya ialah tidur ...

Jika diatas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong) ...

Jika sakit kepala tu dibahagian belakang kepala, itu tanda kita stress; perlu release stress tu baru boleh baik ...

Rawatan untuk meningkatkan power of our eyes ... 

Penting untuk orang yang matanya lemah, dan juga untuk semua ...

Otot mata kita menderita dari hari ke hari ...

Sebab hari-hari berfungsi ...

Kita bangun tidur, mata kita yang permata berfungsi ... 

Jadi, makin hari mata kita akan kurang power ...

Jadi, untuk kekalkan kekuatan mata, kita perlu ikut Sunnah dalam solat ...




Iaitu kekalkan mata terbuka ketika sujud ...

Melihat titik tengah sejadah ...

Ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga ...

Sebabnya, bila kita fokus pada titik tengah masa kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita untuk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax ...

Bila kita sujud, otot mata menguncup sebab jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud, bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik ...

Solat dengan cara yang betul ini akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam ...

Kita boleh praktik sebanyak 17 kali atau lebih mengikut kehendak/keupayaan masing-masing ...

Nabi Muhammad (SAW) berpesan untuk kita buka mata ketika sujud dan kita mungkin tidak tahu kenapa ...

Dan sekarang, bukti dari kajian saintis sudah ada ...

Memang sangat bagus untuk meningkatkan kebolehan mata kita ...

Subhana ALLAH untuk hikmah disebalik membuka mata masa sujud ini ...

Benda ini selayaknya dibaca dan dikongsi kepada semua orang ...

#Amalan baik untuk mengubati mata yang rabun & ubat sakit kepala untuk mereka yg solat ...

~Dari Tuan Guru Datuk Dr Harun Din~

*BONUS*







Yang Mengasihani




_*Ya Allah..*_
_Jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...Berikanlah kesembuhan untuknya..Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.._

_*Ya Allah..*_
_Jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezki, Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki.._

_*Ya Allah..*_
_Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan._

_*Ya Allah..*_
_Jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..Sombong, iri hati, dengki dan dusta..Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah.._

_*Ya Allah..*_
_Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yang merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan...Bukakanlah pintu hatinya..agar memaafkan kami.._

_*Ya Allah,*_
_ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat.Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani_

_*Aamiiin Ya Rabbal Alamiin..*_

MUNAJAT RAMADHAN


Ya Allah … Ya Rahman … Ya Rahim …Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim …
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah … Ya Rahman ... Ya Rahim ... 
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah ... 

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah Ya Azizz ... 
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah ...

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim ...
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah ...
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah ... Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

CopyPaste from Whatsapp Group ...

TAZKIRAH JUMAAT #53 | DOA KETIKA CUACA PANAS




Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohon kehadrat-Mu, agar dengan rahmat dan perlindungan-Mu, Negara kami Malaysia dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan, tanamkanlah rasa kasih sayang antara kami, tetapkanlah iman kami, terimalah amalan kami, kekalkanlah perpaduan dikalangan kami, luaskanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai.


Ya Allah, jauhkanlah kami, pemimpin kami, dan negara kami daripada segala jenis penyakit, khasnya bencana cuaca panas yang melampau (El Nino) dan Gelombang Haba yang melanda negara ketika ini agar keadaan cuaca di negara kami kembali pulih seperti sediakala. 

Ya Allah, lindungilah kami daripada kebinasaan, bala bencana dan ujian-Mu yang berat supaya dengan demikian, negara kami akan sentiasa hidup aman damai, bertambah makmur dan berkat, selamat sepanjang zaman.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya. Dan kami memohon dengan-Mu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya. Wahai Tuhan kami! Lenyapkanlah azab-Mu ini daripada kami, sesungguhnya kami orang yang beriman.


اللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا

اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا، مَرِيئًا مَرِيعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ
اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ، وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ
اللَّهُمَّ يَا دَفِعَ الْبَلاَءِ وَيَا كَاشِفَ الْوَبَاءِ٬ اِصْرِفْ عَنَّا الْبَلاَءَ والْوَبَاءَ والْأَمْرَاضَ وَالْأَسْقَامَ وَالْفِتَنَ والْمِحَن٬ وَأَزِلَّ عَنَّا وَعَنْهُمُ الشُّكُوكَ وَالْأَوهَامَ بِمَنِّكَ وَكَرَامِكَ يَاذَا الْجَلاَلِ وَالْإِكْرَامِ٬
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ٬ وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.




Ya Allah, Ya Tuhan Kami


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

 Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.