Showing posts with label KataHikmah. Show all posts
Showing posts with label KataHikmah. Show all posts

SENYUM SEMULA


Mulut ini biar kita jaga elok-elok. Jangan guna untuk aibkan orang lain. Takut nanti ALLAH tarik nikmat berkata-kata...
🤐🤐🤐

Menegur dan mengkritik tak semesti sebab tak suka; Memuji dan memuja bukan bermakna sokong segala; Setiap tindakan, perlakuan malah perkataan perlu diambil kira dari dua sudut berbeza, positif dan negatif, tanpa meminggirkan langsung setiap satunya; Paling penting, semuanya dipertimbangkan dengan rasional, bukan emosional; Berasaskan iman dan ilmu, bukan rasa yang keliru; Pasti yang baik-baik saja keputusannya nanti... InsyaAllah...
🤔🤔🤔

Kepada yang ada dendam, lepaskanlah dan maafkn si dia, bukan untuk si dia, tapi sebagai tanda sayang kepada diri sendiri untuk membolehkn kita senyum semula...
😊😊😊

NAFAS TERAKHIR


Hidup bererti ujian ... Namun, ia bukan penamat kehidupan ... Panjatkan doa kepada-Nya ... Mohon jadikan setiap ujian sebagai pencetus semangat untuk terus mara mencapai bahagia yang diredhai-Nya ...

Kita tak mungkin miliki segala yang kita ingini malah ada masanya kita perlu terima sesuatu yang tak kita inginkan sebagai 'bayaran' atas 'harga' sesuatu yang kita miliki...

Di saat kita sedang menarik nafas, ada yang telah pun menghembuskan nafas yang terakhir. Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk hidup...

Manusia merancang, Allah juga merancang... Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik ... 

Jadilah Suami Yang Penyayang ...

Seringkali apabila cinta beralih arah, isteri dipersalahkan:
Isteri tidak pandai pikat suami
Isteri kurang menghias diri
Isteri tidak berdandan rapi
Isteri sibuk dengan kerja sendiri

Wahai Suami, tanyalah diri sendiri...
Apakah suami sudah cukup memberi?
Apakah suami sudah cukup memerhati?
Apa pula sumbangan suami kepada isteri dan rumahtangga sendiri?
Apakah masa dan wang ringgit diperhati?

"Kaum Lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita"

Wahai Suami...
Pimpinlah isterimu dengan tulus dan ikhlas.
Didiklah isterimu dengan kasih dan sayang.

Jangan hanya memandang kerja pejabatmu dari jam 8-5 petang, tetapi
perhatikan isterimu yang kerja tidak tahu mana pagi dan mana petang. 
Bezakan kekuatan tubuhmu dan isterimu dalam menjalankan tugas harian.
Gunakan kebijaksanaan dengan 9 akal yang ALLAH telah kurniakan dibandingkan dengan wanita hanya satu akal.
Sedangkan mesin pun rosak, inikan pula tubuh halus seorang wanita.
Sediakan wang untuk ubat-ubatan yang diperlukan.
Jangan hanya cari silap dan salah isteri.
Berilah perhatian, berilah masa, berilah ruang, berilah peluang.
Wanita kalau sudah bernikah, itulah syurga yang perlu dijaga..

Sumber: SINI

Belajar ...

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA  ...
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN ...
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG ...
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN ...
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN ...
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN ...
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN ...