Search This Blog

Pelan Catuan Air Dihentikan Bermula Khamis 1 Mei

Alhamdulillah sesangat ... Walaupun catuan air tak lama mana tapi rase sangat ler susah nyer ... Dengan anak seramai empat orang, sah-sah ler kain baju menimbun nak basuh, baju mak bapak lagi ... Tu baru bab kain ... Pinggan mangkuk dalam sinki pun bertingkek-tingkek ... Tu belom lagi masuk bab kebersihan diri ... Buang air kecil & air besar, bebudak nih mana ler reti nak menahan kejap ker, kalau mak bapak nie leh ler control skit ... 

**************************

Pengagihan air berjadual atau catuan air yang telah dilaksanakan secara berperingkat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak Februari lalu akan dihentikan serentak di semua kawasan terlibat mulai 1 Mei ini.

is atau selewat-lewatnya Jumaat bagi kawasan bertekanan rendah.

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Pelan Catuan Bekalan Air Negeri Selangor pada Isnin yang disertai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) serta syarikat-syarikat konsesi.

Kerajaan Negeri telah memaklumkan keputusan ini kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)  untuk dipatuhi dan memastikan pengguna mendapat bekalan air seperti sediakala.

Kerajaan Negeri berpendapat tidak perlu menunggu empangan mencapai takungan 50 peratus kerana yakin usaha keras yang telah dilaksanakan seperti mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasan tadahan air akan meningkatkan lagi paras empangan.

Justeru itu, Kerajaan Negeri dan pihak-pihak yang terlibat seperti LUAS, SPAN serta JPS akan terus memantau setiap hari perkembangan ini untuk memastikan paras empangan terus meningkat dan keputusan membatalkan perintah catuan ini akan dikaji dari semasa ke semasa.

Saya juga telah menulis surat kepada Menteri Pertahanan, Y.B Dato Seri Hishamuddin Hussein pada 29 April bagi mendapatkan sokongan dan kebenaran Kerajaan Malaysia  untuk Kerajaan Negeri menggunakan kepakaran Thailand menjalankan pembenihan awan menggunakan kaedah Ejectable Flare Rack.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi,  terdapat sekatan untuk melakukan teknik ini kerana dipercayai mempunyai unsur-unsur yang mungkin memberi kesan kepada isu keselamatan negara.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri terus memperhebatkan usaha-usaha untuk menambah bekalan air terutama sebagai persediaan menghadapi musim kering yang panjang yang dijangka  bermula akhir Mei hingga September.

JPS telah membekalkan 10 buah pam air yang digunakan untuk mengepam air dari kolam dan hilir sungai ke Sungai Selangor.

Peruntukan sejumlah RM10 juta disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membeli pam dan pembinaan intrastruktur bagi melakukan kerja-kerja pengepaman ini.

Pam-pam ini juga akan digunakan untuk mengepam air sungai yang berlebihan ke kolam takungan sebagai persiapan awal dan akan dipam semula ke sungai apabila musim kering. Dengan kaedah ini, pelepasan air daripada empangan akan lebih terkawal dan tempoh untuk empangan mencapai tahap kritikal dapat dilanjutkan antara 5 hingga 6 bulan.

Kerajaan Negeri juga akan meningkatkan kawalan keselamatan di kolam-kolam takungan dan menjadikan sekitar kawasan ini sebagai kawasan larangan khas.

Kolam-kolam sumber air alternatif ini telah pun dikenalpasti LUAS sejak tahun 2009 lagi. Malah, pemantauan berkala dilakukan ke atas kolam-kolam ini melalui pensampelan yang dijalankan pada tahun 2011, 2012 dan juga 2013.

Hasil pensampelan menunjukkan tiada unsur kimia dan logam berat yang ditemui dan kualiti air kolam-kolam ini mematuhi parameter yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.


Kerajaan Negeri memberi jaminan akan sentiasa menjaga keselamatan pengguna dan akan memberi maklumat penuh sekiranya terdapat keraguan terhadap penggunaan air kolam tersebut.

Kerajaan Negeri merayu agar semua rakyat mengamalkan penggunaan air terawat secara berhemah dengan menggunakan air hujan bagi aktiviti luar seperti membasuh kereta atau menyiram pokok.

Y.A.B  TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 
30 APRIL 2014


***************************************************************************

Meh Ler Tolong Jawab Kan ...

Hi kawan-kawan ... Buat ape tu ? 
Hehehe, lama tak update blog, tak tau nak cite ape ...
 Nie ada satu soalan, dapat kat group whatsapp tadi ... 
Meh ler tolong jawab kan ...

Kes MH192

Aku balik Jengka17 semalam ... 
Tak tau ape yang berlaku ... Tak online ... 
Rupe-rupe nyer ade kapal terbang buat air turnback eak semalam ...





Mujur dah selamat mendarat ... Alhamdulillah ...

Resepi Si Penjual Laksa

SEMOGA CERITA INI MEMBERI KESEDARAN PD KITA ...

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motosikal mengelilingi kampung.

Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat.

Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya.

Setelah memesan dan membayar harga bagi 5 bungkus laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat.

Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.

Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan.

Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menjawab, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

"DALAM SETIAP REZEKI YANG KITA PEROLEHI, ADA HAK ORANG LAIN JUGA

Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama.

Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid.

Atau untuk rumah anak yatim juga.

Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walau pun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar.

Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan.

Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi.

Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana masjid/surau kampung berkenaan.

Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini ke tabung masjid/surau walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah .

Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain.

Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.

Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi.

Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini.

Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa si polan solat di surau ini.

Dan seterusnya...

Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam.

Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5.

Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna?

Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan.

Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaitu mengerjakan haji.

Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar?"

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini.

Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu?

Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti?

Mampu itu kita sendiri yang tentukan.

Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu.

Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal mengelilingi kampung.

Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini???

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan kepada kita tentang satu contoh dan tauladan yang baik yang wajar kita jadikan pedoman...

YB Karpal Singh Maut Kemalangan ...


YB Karpal Singh meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Tapah, Perak awal pagi tadi.

Pembantunya, Michael Cornandez juga terbunuh.

Difahamkan bahawa anaknya, Ram, yang juga berada di dalam kereta tersebut dan mengalami kecederaan yang teruk.

Kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 1 pagi tadi di 301.6 km Lebuhraya Utara-Selatan, perjalanan menghala ke utara.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/260228




Salam Takziah buat keluarga YB Karpal Singh ...

Korang Geli Tak ?

Korang ada tak binatang yang korang geli ? Masing-masing mesti ada kan ...

Korang tengok lah apa Danial bawak balik dari sekolah tadi ... Ntah mana lah dia beli ...

Korang geli tak ... Aku sebenar nyer x de lah takut sangat ngan cicak ... Tapi bila terpegang menatang nih tadi ... Eeuuwww, lembek lah plak ... Geliiii ... "Daniallll ! Amek mende nih balik ... Kalau ibu jumpa nanti, ibu buang terus ..." Hehehe, tapi sempat ambek gambar lagi tu ...

POE MAPUIH la kau bang!!!!!!


Abang ngurat sey, sey torimo.
Abang ajak dating, sey ikut.
Abang pinang sey, sey torimo.
Abang nikahi sey, sey redha.
Abang suruh boronti kojo, sey turuti.
Abang nak anak, dah dapek.
Abang nak anak ramai, pun dapek.
Abang nak makan, sey hidangkan.
Abang ponek, sey picit2an badan abang.
Abang nak manjo, sey bolai.
Abang nak koluar dongan kawan, poe lah.
Abang tak balik, jangan lamo2.
Abang marah2 sey, sey ontok yo.
Abang bosungut, sey pokak an tolingo.
Abang nak kawin lagi satu. 
POE MAPUIH la kau bang!!!!!!, banyak bona cekadak eh ai...

Sumber :
Joe@ZulFahmi
Ada2aje Group

Fatiha Di Hari Jumaat ...




Kasut Menarik & Cantik ...

Lama nyer lah tak update cerita sendiri kan ...
Nanti-nati lah ... Haaa nie tengah rajin blogwalking ...
Tengok macam-macam dah orang jual ...
Dah start dah jualan-jualan untuk hari raya walaupun ganti pose pun tak habis lagi kan ...

Hehehe ...
Tertengok lak Kasut Menarik & Cantik ...
Eeee, geram plak rase nyer ... Macam-macam jenis ade ...
Tapi tulah beli kasut tidak pernah semudah jika dilakukan secara online. Kita semua tahu kita pasti mempunyai banyak pilihan dalam mencari kasut yang sesuai untuk tapak kaki kita dengan kesesuaian persalinan plak. Banyak jenis kasut untuk wanita antaranya heels, wedges, ankle boots, ballerina flats, flip flops, platforms, sandal dan juga kasut sukan. Terdapat banyak website online shopping Malaysia di luar sana yang menawarkan kasut wanita dengan harga yang sangat menarik. Cuba anda google dan lawati mereka untuk informasi terbaru koleksi terbaik yang ada dalam pasaran. 
Pointed Toe D'OrsayStrappy Espadrille Wedges
Saya memang tak pakai ler kasut tinggi-tinggi nih ... Isshhh, tak reti teman ... Tapi kalau tengok-tengok tu geram jugak kan ... Ada jugak lah yang cantik ... Mencari kasut yang terbaik bukanlah semudah yang disangka kerana kita harus cari sepasang kasut yang betul-betul muat dengan tapak kaki kita. Kasut yang kita beli tu mesti lah yang memberikan keselesaan dan ketahanan serta rekaan yang stylish agar apa yang anda beli itu berbaloi.
Artemis+Jason Wu SandalsPrinted Slip On Loafer
Macam mana? Menarik bukan! Mulakan retail therapy anda hari ini untuk elakkan anda daripada terlepas peluang merebut tawaran terbaik di destinasi fesyen online terkemuka seperti Zalora. Lihat seleksi terbaik kasut wanita online murah dengan harga runtuh ketika musim sale Malaysia atau warehouse sale untuk dapatkan promosi jualan murah. Koleksi kasut terkini di sana adalah terdiri daripada kualiti yang cukup baik dengan harga berpatutan. Kasut yang cantik pastinya akan membuatkan penampilan anda lebih menyerlah jika dipadankan dengan persalinan baju yang sesuai. Tambahkan sedikit aksesori seperti bangles, necklaces dan earrings untuk melengkapkan penampilan anda agar kelihatan lebih stylish dan bergaya.
Jom ... Jom ... 
Apelagi, jom ler pilih mana yang berkenan, sesuai ngan tema raya korang tahun nie ... 
Hehehe ... Saya suka yang nie lah ....
Plain Loafers

TAZKIRAH JUMAAT #12 : HINDARI SIFAT MARAH

SEMEMANGNYA hidup ini banyak cabaran, banyak dugaan dan penuh dengan liku-liku dan ranjau yang harus dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan.
Cabaran dan dugaan itu bermacam-macam bentuk, ada berbentuk kesusahan, kesengsaraan dan ada pula berbentuk kesenangan dan kegembiraan.
Jika kesenangan yang diperolehi, gembiralah hati kita dan jika kesusahan yang menimpa, maka akan kecewalah dan marahlah kita. 
Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.
Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.
Ini kerana mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.
Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).
Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.
Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.
Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.
Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka lekas-lekaslah kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan tenteram. Di samping itu, kita hendaklah bersifat sabar dan mudah memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)
Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”
Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik.
Kedua, supaya kita akan dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.
Oleh itu, kita harus memahami bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga.
Ini dijelaskan seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat At-Tabrani).”
Islam mahukan umatnya bersatu padu, hidup bersaudara, berkasih sayang, mengelakkan perpecahan dan permusuhan yang boleh membawa kepada kehancuran umat Islam.
Maka bagi mengelakkan semua itu, Islam menganjurkan kita supaya jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (ali-’Imran: 133-134)


Majlis Persandingan Najwa & Luqman ...

Sabtu, 29 Mac 2014 ...
Berlansunglah Majlis Persandingan anak sedara aku nih ...
Majlis berlansung di Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton, Batu Caves ...
Dekat jer ngan rumah dia orang ...
Aku sekeluarga sampai agak awal, 
kami lepak2 jer dulu sementara menunggi ahli keluarga yang lain sampai ...
Alhamdulillah majlis berlansung dengan meriah ...

Danial

Fatiha

Aku ngan Putra ...

Menyambut tetamu yang hadir sambil bergambar ...
Susah nyer lah bile nak bergambar ...

Tengok tu ntah bile2 lah nak ready ...

Ade jer yang tak cukup ...

Putra makan ape tu ???

Aku & Andak bergambar di meja pengantin ...

Flower girls di pelamin ...

Pengantin ngan adik nyer ...

Pengantin tak sabar dah tu ...

Pengantin ngan flower girls tengah tunggu pengantin lelaki  ...

Pengantin senyum comel dah ... 
Flower girls tak mo senyum plak ...

Haaa ... Sampai pun ...

Pasangan pengantin di pelamin ...

Makan time ... Pengantin dah lapo tu ...

Eh ... Nak minum pun sempat posing lagi pengantin nie ...

BigBoss & Alang

Lame nyer BigBoss makan ...

Masa nie tetamu dah tak ramai ...
Bergambar beramai-ramai bersama Tok ...

Yang lelaki pun nak bergambar ngan tok juge ...

Keluarga pengantin perempuan ...
Aiman mana ???

Tertido dah Putra ...
Sebaik stroller nie ada dalam kereta kalau tak jenuh nak memangku ...

Aina

Aishah

Nak bergambar kat bunga lak anak dara nih ...

Suke ler tu dapat aiskrim ...

Adawiyah & KakCik Yani

Karok ...
Masa nie tetamu dah tak de ...

Majlis Pertunangan

p/s :- Maaf yer kengkawan ... Gambar terpaksa dikecil demi menjimatkan ruang dan masa ...