Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

NUJUM PAK BELALANG


Nujum Pak Belalang 

Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba.

Pak Belalang: Silakan Nujum Masai.

Nujum Masai: Ada sebuah masalah, 1 banyak-banyak, 2 sikit-sikit, 3 kadang-kadang, 4 jarang-jarang? Apakah itu?

Pak Belalang: Minyak!!!! 

Nujum Masai: Sebab!!!! 

Pak Belalang: 
1. Banyakkk ... Ertinya bulan ni sahaja, banyak kali minyak naik ...
2. Sikit-sikit ... Ertinya sikit-sikit dia naik ...
3. Jarang-Jarang ... Ertinya jarang-jarang kita dengar minyak turun ...
4. Kadang-kadang ... Ertinya kadang-kadang kita dapat merasa minyak murah ...

πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

#CopyPaste 

JANGAN NYANYI LAGU SUDAH KU TAHU

PERHATIAN !!!!!!!!

Jangan nyanyi lagu Sudah Ku Tahu sebab ada ayat yang tak elok dalam lirik tu ... Cuba kengkawan tengok balik !

Seringkali aku menduga
Seringkali ini terjadi
Segala rahsia sudah ku tahu
Rupanya aku tak dicintai
Untuk apa kau buat ku begini
Segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
Segala yang ku korbankan tuk dirimu
Mengapa masih lagiku
Berdiriku menunggu cintamu
Mengapa masih adamu
Menyakiti di siang malamku
Aku terima cintaku dipersiakan !!!!!!
Wooo !!!!!

C/o
Sayang !!!
Aku kau lupa
Aku kau luka
Tanpa kau sedar
Sayang !!!
Selamat tinggal
Akukan pergi buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku selamanya . . . .

Amboi . . . Amboiiii . . . Amboiiiiii . . . !!!!!
Sampai habis korang nyanyi ehh . . .

πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’

Siap nyanyi ikot rentak dan irama lagi
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tahniah . . .  Semua menyanyi dengan begitu semangat dan baik sekali ...
😝😝😝😝😝😝😝

Apa lagi ... Korang kenakanlah kawan2 yg lain plak ... Sharing is caring u know ... Jangan marah2 nanti cepat tua ...

KENA SANTAU



Apa salah aku? 
Kenapa sampai tahap nak santau2 ? Aku x kacau kau n family kau pun ...   So x payah la nak sihir2 ... Tengah sedap2 makan terjumpa kain putih diikat dengan benang ... Istighfar panjang dibuatnya aku ... Hilang terus selera makan ... Dah ler tengah lapar ya amat ... Terus tunjuk kat Mak benda putih tu n cakap ada orang cuba nak sihir ... Masa tu tengok Mak pun macam dah nak kena ... Mata dah naik merah ... Paaappppp!!!!! Bengkak dahi ni kena sudip Mak ... Mak cakap "Kau dah kenapa??? Sup bunjut pun kau dah x kenal ke??? ... Hahaha ...

Maaf eak kengkawan lawak santai petang2 nih ... Kepada yang tak tahu sup bunjut adalah ramuan rempah ratus yang telah di bunjut dalam kain putih dan diikat kemas dengan benang putih ... Rempah ratus tersebut sudah dipecahkan / ditumbuk kasar untuk memberikan bau yang lebih beraroma ...


Jumpa Tabib Cina


Saya pergi jumpa seorang pakar perubatan tradisi China 
dan selepas dia tahu pekerjaan saya dia bagi kata2 nasihat;

 "Lu mesti kuat exercise hari2 ... Jangan minum air di gerai2 dan beer ... Jauhkan dari Alkohol, wine terutamanya ... Minum banyak air suam ... Jangan bawak kereta pergi kerja, bagus naik pengangkutan awam atau jalan kaki ... 
Jangan makan di luar ... Kurangkan makan daging dan makanan laut terutamanya ... Banyak kan makan sayur-sayuran ... Sekali-sekala diet lah" ... 

Saya pun tertunduk ... Aduhhhh, kronik kot sakit aku nih ... Mestilah risau kan ... Hmmm, sambil tu bertanya balik pada tabib itu ... 

"Bolekah saya tahu apa sebenarnya masalah saya? 
Tabib geleng kepala sambil menjawab ... 
"Gaji lu sangat rendah "

Sorry eak kengkawan ... Buat cite lawak lak petang2 nih ... Jangan marah ... Nanti cepat tua ...

Isteri Yang Bijak Berjimat

Image result for Istri yang Bijak Berjimat
Untungnya punya Isteri yang Bijak Berjimat

Suami : Sayang , ni ada 20 ringgit ambik laa untuk buat belanja keperluan rumah untuk 3 hari ... Harap-harap Boleh Cukup Seminggu . 

Isteri : Baiklah Bang ... Untuk setahun pon cukup nie ... 

Suami : Betul ker cukup sayang ?

Isteri : Insya'Allah Cukup Bang ...

Suami : Nak belikan apa sayang untuk mencukupi setahun ? 

Isteri : Beli Kelender Tahun 2016 ... Cukup untuk Setahun 😝😝😝😝😝😝 

Suami : 😞😞😞😞

Ehehehe ... Jangan marah eak kengkawan ...
Gurau kasar petang-petang nih ...

Image result for Tips Jimat Cermat
Semua naik bai ... Cam ner nak jimat ...

Jom try yang nie ... Mana tau boleh jimat skit-skit ...

Huwaaaa ...

Makan Dulu

 

Data hnset habis on the way nak gie beli top up hari hujan ... 
lepak kedai mamak order air... 
ada wifi ... mintak password ...
mamak cakap makan dulu...
apa dah mintak password pun suh makan dulu plak ... 
kedekut betul mamak nih rungut aku dalam hati ...
mamak lain sampai hantar air. ..
mintak password sama jugak depa jawab makan dulu ...
ehhh, sakit plak hati aku ...
last2 order maggi goreng ...
sampai maggi goreng mintak lagi password mamak cakap makan dulu jugak ...
menyirap pulak rasa ... tapi sabar je la ...
aku pun makan laaa ...
 siap makan pun ... perut pun dah kenyang ...
panggil mamak mintak password lagi ...
last2 mamak bisik ... anee ... sini password makandulu ...
hoooo alkisahnya ...
aku tumbuk pula mamak ni tak ada nama lain ke passwordnya ...
adakah ia kebetulan atau salah satu cara nak menambah pendapatan ???
pandai dia orang nie promote suh makan kan ...
kita plak yang serba salah ...
Makan Dulu beb ...
Bismillahirrahmannirrahhimm ...

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang

Kisah nie aku dapat kat group wasap ... Saje aku letak kat sini ... Nak kongsi ngan kengkawan kisah nie ... Semoga menjadi iktibar kepada kita semua ...

**********
Gambar Hiasan. Sumber : Google

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri. 

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali. Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. 

Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan. Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap. Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. 

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut. Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.

Gambar Hiasan. Sumber : Google

Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol : 1-800-88-88-88 Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan ... 

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII ...

Hehehehehe kekeke ... sapa kena ... jangan marah ... korang rasa TERKENA? Takkan tak nak kongsi dengan kekawan? apa lagi? jom share ... Baru ADIL ...

Suami Tertekan ...



KISAH SUAMI YANG TERTEKAN

ISTERI : Kenapa abang call?

SUAMI : Abang tertekan.

ISTERI : Abang ok?? Abang adamasalah apa? Citer la kat saya...

SUAMI : ??? Saya tertekan jer...Mana ada masalah apa-apa...

ISTERI : Kalau abang ada masalahcerita laa....

SUAMI : Masalah apa nye... Sayaok jer... Saya cuma tertekanjer...

ISTERI : Ye la... Kalau abangtertekan.. abang kena cerita katsaya...

SUAMI : Adoii… Tertekan pun kenacerita ke? Masa keluarkan telefon dari poket, saya tertekan nombor telefon awak , saya dah cakap‘TERTEKAN’ tapi awak tak faham-faham…ni yg buat aku betul2 tertekan ni!!

ISTERI : Laaaa...

POE MAPUIH la kau bang!!!!!!


Abang ngurat sey, sey torimo.
Abang ajak dating, sey ikut.
Abang pinang sey, sey torimo.
Abang nikahi sey, sey redha.
Abang suruh boronti kojo, sey turuti.
Abang nak anak, dah dapek.
Abang nak anak ramai, pun dapek.
Abang nak makan, sey hidangkan.
Abang ponek, sey picit2an badan abang.
Abang nak manjo, sey bolai.
Abang nak koluar dongan kawan, poe lah.
Abang tak balik, jangan lamo2.
Abang marah2 sey, sey ontok yo.
Abang bosungut, sey pokak an tolingo.
Abang nak kawin lagi satu. 
POE MAPUIH la kau bang!!!!!!, banyak bona cekadak eh ai...

Sumber :
Joe@ZulFahmi
Ada2aje Group

Nak Cepat Kering ...


SILA BACA UNTUK MENGHIBURKAN HATI ...

Ada seorang pesakit mental berenang dan tiba2 lemas di swimming pool. Kebetulan ada lagi seorang pesakit mental yg berada di situ cepat2 berenang dan berjaya menyelamatkan rakannya itu. Keesokan harinya hero itu di panggil oleh warden.

Warden: Saya ada berita baik dan buruk untuk awak.

Pesakit Mental: Apa dia?

Warden: Pertama, tahniah kerana menyelamatkan rakan anda dari lemas. Anda akan di berikan medal keberanian kerana usaha anda itu.

Pesakit mental: Terima kasih ...

Warden: Berita buruk, rakan anda yang selamat dari mati lemas itu dijumpai mati bunuh diri dengan mengantungkan dirinya semalam dibiliknya. Mungkin dia memang nak bunuh diri masa berenang hingga lemas semalam ...

Pesakit mental: Oh taaakkk ... Bukan macam tu ... Semalam lepas saya keluar kan dia dari swimming pool tu, dia basah kuyup, saya gantung dia supaya cepat kering ...

Hehehe ...

Kerja Kosong - Admin Assistant ...

Meh kengkawan semua ...
Ada kerje kosong nie ...
Area Gombak/Selayang...
Sesiapa yang berminat leh ler mohon ...
Tapi pastikan korang-korang LAYAK tau ...

Jangan marah eak kengkawan ... Gurau jer ...

Hari Kangkung 1Malaysia ...

Hahaha ... Lawak betul hari nie ... Sana sini semua dok cite pasal kangkung ... Macam-macam cara rakyat Malaysia meluahkan perasaan ... Tengok ler gambar-gambar kat bawah nie ...
Kangkung Goreng Belacan, siap ade resepi lagi, malas nak letak resepi ...

Jemputan minum petang ...

Mc Kangkung; menu sihat ...

Filem Kangkung; hehehe ....

Kadar tol ...

Makcik Kangkung Free ...

Awek ko pe cite ?

Hehehe ...
Lawak ... lawak ...
Hati-hati apabila berkata-kata ...

Sumber

Published with Blogger-droid v2.0.10