Ujian Kecergasan 2016 Permohonan IPG


Saya dapat maklumat nie daripada group wasap ... Mungkin berguna untuk mereka-mereka yang akan memasuki IPG ... Berikut adalah ujian kecergasan  yang akan ditempuhi dalam pemilihan ke institut pendidikan guru ...


UJIAN BERTULIS

Masa selama 45 minit. Jika calon lewat ketika ujian bertulis dijalankan, masa tambahan tiada. Walaupun lewat untuk 20 minit sekalipun. UKCG bermula pada waku pagi, jadi semua calon haruslah bersedia! Ujian Bertulis ada 2 bahagian. UKCG ada satu sahaja aspek yang disoal: INSAK merupakan ujian psikologi (spt ujian kaunseling)

Bahagian 1
Ada 135 soalan. Masa selama 30 minit. Ada dua pilihan jawapan. Sama ada YA/TIDAK, WAJAR/TIDAK WAJAR atau pilihan jawapan. Mindset harus seperti seorang guru.
Cnth: Definisi amanah seorang guru ialah
A. Tidak curi tulang semasa bekerja
B. Mengajar mengikut waku yang ditetapkan
p/s: Calon mesti menjawab secepat mungkin. Soalan boleh guna logik akal. Jawab dengan berhati-hati dan tidak perlu semak. Jangan tinggal soalan. Masa yang dicadangkan 10 soalan selama  1 minit. Jaga masa.

Bahagian 2
Ada 60 soalan. Masa selama 15 minit. Ada empat pilihan jawapan. Antara Sangat Tidak Setuju(STS), Tidak Setuju (TS), Setuju(S), Sangat setuju (SS)
Cnth: Anda seorang yang suka menangguhkan kerja.
A. Sangat setuju (SS)
B. Setuju(S)
C. Tidak Setuju (TS)
D. Tidak Setuju(STS)
p/s: Calon mesti menjawab secepat mungkin. Kebanyakan soalan berkaitan diri dan tiada jawapan yang tepat. Jawab dengan berhati-hati dan tidak perlu semak. Jangan tinggal soalan. Cuba hadkan masa untuk 10 soalan selama  1 minit. Jaga masa.

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
Terdapat 5 aspek :
BMI, Bangun Tubi 5 Variasi, Tekan tubi Nonstop, Jangkauan Melunjur, Bleep test.

Check Point Pertama (1)
Ukuran berat badan dan tinggi (BMI). BMI bagi yang normal (20.7-26.4) full marks.
Berat ÷ (Tinggi x Tinggi) —--- kg/m²

Check Point Kedua (2)
Bangun Tubi Variasi 5 jenis. Setiap satu variasi sekali sahaja. Selepas berjaya boleh proceed yang seterusnya. Ada 3 percubaan. Kalau gagal kesemua percubaan sampai situ sahaja markah dikira. Kalau lulus untuk kelima-lima variasi, full marks. Ujian ini agak mencabar terutama pada variasi ke-4 dan ke-5
1. Tangan sentuh lutut
2. Siku sentuh lutut
3. Tangan pada dada then up
4. Tangan belakang kepala then up
5. Tangan sentuh skapula then up

Check Point Ketiga (3)
Tekan tubi tanpa henti. Full marks bagi lelaki (40 kali) dan perempuan (30 kali)
Cuba sedaya upaya. Masa tiada tapi non stop. Teknik tekan tubi mesti betul. Kalau salah, tidak dikira.
Disini ada nak kongsikan tips;
-  Lakukan secara cepat dan sistematik
-  Pastikan kena pada span yang disediakan

Check point Keempat (4)
Jangkauan melunjur. Full marks bagi lelaki (47 dan ke atas) dan perempuan (44 dan ke atas) 
*kalau tak silap* 
Diberi peluang sebanyak 4 kali. Markah dikira pada tolakan yang keempat.

Check point Kelima (5) *killer test*
Bleep test. Lari 20m. Secara berterusan. Kelajuan akan meningkat untuk setiap level. Lulus mandatori lelaki (Level 4-1), full marks (Level 7-6) dan lulus mandatori perempuan (Level 3-1), full marks (Level 6-1), kalau tak silap. Tiada rehat. Kalau tidak berjaya sampai garisan sebelum beep!! dia angkat bendera kuning. Sekiranya 2 kali BERTURUT-TURUT gagal, dia angkat kad merah – tanda tidak boleh meneruskan. Kuatkan semangat sebab check point ini palingggg memenatkan dan mencabar. Jangan paksa diri, takut pitam ...
Level 1➡️(7 kali ulang alik)
Level 2➡️(8 kali ulang alik)
Level 3➡️(8 kali ulang alik)
Level 4➡️(9 kali ulang alik)
Level 5➡️( 9 kali ulang alik)
Level 6➡️(10 kali ulang alik)
Level 7➡️(10 kali ulang alik)

Panduan UKF ini merupakan ujian yang dijalankan pada hari ini--10 April, iaitu hari pertama sesi UKCG 2016 dijalankan. Mungkin UKF ini sama untuk semua tempat dan hari seterusya dan mungkin juga berbeza. Apa apa pun, all the best untuk semua calon. Strive for the best. Pastikan target highest mark tau. Yakin pada diri.

p/s: Bagi perempuan, elakkan berpakaian ketat atau betul-betul muat badan sebab UKF yang dijalankan agak lasak yang boleh menampakkan bentuk badan. Bawa botol air mineral dan tuala muka untuk kegunaan sendiri.



Semakan Keputusan UKCG 2016 Online Permohonan IPG

Untuk panduan pemohon semua, berikut adalah ringkasan cara membuat semakan nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG beserta tarikh penting dan link applikasi:-
  1. Tarikh Semakan UKCG : 5 April hingga 14 April 2016
  2. Applikasi Semakan : PISMP 2016 Online atau http://uecsma.ipg.edu.my/
  3. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM di Aplikasi Berkala/ Pemberitahuan Portal KPM.  


Harap-harap bermanfaat untuk korang ... Semoga berjaya untuk bakal-bakal pendidik ... Chaiyok ... Chaiyok ...



6 comments:

  1. Hi, masa bangkit tubi tu ada orang pegang kaki tak?

    ReplyDelete
  2. anggaran 1 larian utk bleep test tu bape saat ya?

    ReplyDelete
  3. anggaran 1 larian utk bleep test tu bape saat ya?

    ReplyDelete
  4. anggaran 1 larian utk bleep test tu bape saat ya?

    ReplyDelete


  5. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses. Perkenalkan terlebih dahulu saya Artanti Tanti biasa di panggil Anti, TKI tinggal di kota Pontian johor Malaysia,Saya berprofesi sebagai pembantu rumah tangga, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar.
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak, kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro 082354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan togel dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya.Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya,baiknya melalui jalan togel saja.Dan angka yang di berikan beneran tembus ,4607 dan saya dapat 275 juta alhamdulillah terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. walaupun ini melalui togel






































































































































    Mbah Suro....

    ReplyDelete