Search This Blog

Cara Buat Thai Green Tea Latte

Dalam keadaan cuaca panas yang teramat sekarang nie, memang syok ler kalau dapat minum segelas Thai Green Tea Latte ... Dengan tekstur nyer yang lemak berkrim ditambah pulak dengan warna yang menarik ... I like green ... Memang tak boleh tahan ler ... Setiap kali makan kat kedai Thai mesti kena order jugak segelas ... Kadang-kadang tu kena tambah plak order kannn ... Tapi sekarang nie dah banyak gerai-gerai minuman dah ada Green Tea Latte nie dalam menu ...


Tapi, korang tahu tak sebenarnya minuman ni sangat senang nak dibuat sendiri di rumah? Cuma antara rajin ngan tak jer ... Kalau bahan-bahan ada ape salah mencuba ...



Bahan-bahan:
- 2 sudu besar teh hijau Thai 
- 6 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar susu cair
- 500ml air panas
- Ais


Kalau nak lagi best:
- Serbuk teh hijau
- Whipped cream
- Extra susu cair


Cara-cara:
1. Bancuh teh hijau dan biarkan selama 5 minit
2. Tapis air teh dan blend bersama susu pekat dan susu cair
3. Hidang dalam jag / gelas berisi ais 
4. Kalau nak lagi berkrim: Tambah susu cair! 
5. Kalau tak berapa kisah pasal diet: Tambah whipped cream dan taburkan serbuk teh hijau!


15 comments: