Search This Blog

Showing posts with label #Suzana Ghazali. Show all posts
Showing posts with label #Suzana Ghazali. Show all posts

PERATURAN HIDUP


Peraturan hidup ini mudah!

🌸🌻🌼Jika tak mampu menyayangi, jangan pula membenci🌸🌻🌼

🌸🌻🌼Jika tak mampu memuji, jangan sampai mengeji🌸🌻🌼

🌸🌻🌼Jika tak boleh nak hargai, jangan pula menyakiti🌸🌻🌼

🌸🌻🌼Jika tak mampu membahagiakan, jangan sampai menyusahkan🌸🌻🌼

 🌸🌻🌼Jika tak mampu membuatnya ketawa, jangan pula jadi sebab dia mengalirkan air mata...!🌸🌻🌼

🌸🌻🌼 Suzana Ghazali 🌸🌻🌼

Semoga kengkawan semua dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dibawah rahmat Ilahi... 
🌸🌻🌼🌸🌻🌼🌸🌻🌼

DIAM !!!


DIAM kerapkali difahami sebagai akur dan setuju. Realitinya, ada masanya diam bukan petanda mengiyakan; diam juga bukan satu kebenaran. Cuma kerapkali tatkala bersuara menambahburukkan keadaan, maka diam lebih baik dijadikan pilihan. 

Bezanya, bukan hanya diam membatu tetapi perlu diusahakan juga sesuatu kerana perkara penting untuk mengubah keadaan bukanlah bersuara atau sekadar diam tetapi yg diperlukan ialah TINDAKAN! 

Hehehe ...

Hasrat anda mendorong perlakuan dan keputusan hidup anda lantaran firman-Nya: 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri” 
~ Ar-Ra’du; Ayat 11 ~

Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie
013-2545965  
binabahagia@gmail.com 
*boleh hubungi beliau untuk urusan guaman @ khidmat nasihat 

La Tahzan Innallaha Ma'ana

Saya suka kongsi kata-kata senior saya nie ... 
Untuk kegunaan saya dan kengkawan ...



Fitrah manusia sememangnya saling memerlukan namun ia bukan satu alasan untuk kita terlalu mengharapkan manusia lain untuk meneruskan kehidupan. Terlalu mengharapkan manusia menyebabkan anda terdedah kepada kecewa dan derita kerana manusia boleh hilang dan 'pergi'. Bayang2 sendiri pun akan tinggalkan kita tika kegelapan melanda. Lantas, usah terlalu mendambakan dan mengharapkan insan untuk membahagiakan hidup anda kerana anda akan terdedah kepada kekecewaan. Harapkanlah Allah pada setiap masa dan ketika, Dia takkan sesekali mengecewakan anda. Malah, tika anda mengharapkan Dia sepenuhnya, Dia akan utuskan seseorang bagi membantu melaksanakan harapan anda sebaiknya, insyaAllah! (",)

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie
013-2545965  
binabahagia@gmail.com 
*boleh hubungi beliau untuk urusan guaman @ khidmat nasihat 


KERANA WANITA BERHAK BAHAGIA


Wanita...
Makhluk unik pelbagai cerita
Nampak lemah realitinya gagah
Biar seringkali air mata melimpah


Wanita...
Saat sendiri penuh getir
Menangkis tohmah dan fitnah penyoal takdir
Sebagai isteri jenuh berkorban
Konon kerana kasih, akur walau dipergunakan
Tatkala kembali sendiri, bimbang mengaku status diri
Takut kehilangan rakan hatta sahabat baik sendiri
Risau dikata bakal perampas suami


Allahu...
Sungguh janji-Nya wanita adalah fitnah
Tapi jangan lupa,
Janji-Nya juga Muslimah perhiasan dunia
Dengan syarat wanita akur dan percaya
Segala takdir-Nya bukan sia-sia
Kehendak Dia penuh rahsia


Yang penting,
Setiap wanita, walau apa juga statusnya
Walau apa juga tahap pendidikannya
Tak kira bentuk penampilan dan rupa
SEMUANYA BERHAK BAHAGIA
Anda sendiri tentukan bahagia anda dengan bantuan-Nya....


Nafkah Untuk Isteri ...

Jika isteri bekerja wajar terima peruntukan nafkah, apatah lagi bagi isteri yang tak bekerja. Malah jika isteri anda suri rumah sepenuh masa pun, realitinya isteri anda wajar dibayar dengan jumlah tertentu kerana melakukan kerja-kerja rumah: memasak, mengemas, mendidik anak-anak hatta Islam menetapkan bahawa isteri wajar dibayar bagi setiap titisan susu yang masuk ke mulut anak anda. Sebegitu sekali tanggung jawab suami sebagai penyumbang nafkah keluarga. Berapa ramai yang benar-benar mempraktikkannya? - petikan topik Duit Isteri Bukan Milik Suami, Resipi Hidup Mingguan Wanita tarikh 18 Mei nanti, insyaAllah!

Tujuan saya kongsikan isu nafkah perlu buat seorang isteri dan anak2 bukan untuk wujudkan pertelingkahan antara suami isteri, bukan juga untuk cetuskan perkelahian atau perbalahan tetapi bertujuan agar setiap isteri maklum dan mafhum mengenai haknya seperti yg ditetapkan oleh syariat. Kalau sebagai isteri anda redha suami tak berikan nafkah, antara anda dan suami memang tak ada 'hutang' tapi jangan lupa, suami masih punya hutang dgn Allah. Akad nikah yg Islam tetapkan mudah tapi di sebalik mudahnya setiap ayat yg kerap juga perlu diulang dua tiga kali tersebut, tersirat seribu pengertian yg menjadi tanggungjawab dan amanah yg telah anda janjikan dengan Allah SWT untuk tunaikan. Bila anda sengaja engkar, bererti anda mungkir janji dengan Allah SWT. Saya berkongsi dengan harapan saya dan anda serta pasangan anda juga setiap insan di sekeliling kita diredhai oleh-Nya, bukan semata2 redha sendiri atau ketenangan emosi sendiri. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Tidaklah para hamba berada di waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun. Salah satu dari mereka berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang menafkahkan hartanya balasan yang lebih baik. Sedangkan malaikat yang lain berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (tidak mahu menafkahkannya).” - hadis riwayat al-Bukhari. Anda pilihlah; nak suami diredhai Ilahi atau dilaknat? (",)

- Suzana Ghazali

Published with Blogger-droid v2.0.4

HIDUP


HIDUP; tak lah sesusah yg kita fikirkan, tak juga sesenang yg kita harapkan. 
Kesusahan dihadapi sbg bekalan agar kita lebih matang dlm tindakan 
dan mampu menikmati kesenangan dgn sebaiknya. 
Usah harapkan hidup yg ceria sentiasa kerana ia kerap jadikan kita leka. 
Kesakitan dan kedukaan perlu agar kita sentiasa bersedia. 
Sentiasa sakit dan berduka? 
Ada sesuatu yg perlu anda lakukan. 
Seperti gigi yg berlubang dan sakit. Ubat demi ubat kerap kali menhilangkan kesakitan seketika. 
Ditampal pun jarang bertahan lama. 
Bila doktor nasihatkan ia perlu dicabut, usah ragu. 
Cabutlah! Kesakitan itu akan berlalu, insyaAllah! (",)


Sumber :