Search This Blog

PROGRAM INDUSTRI KOMUNITI KAMPUNG SELANGOR


1. Program Industri Komuniti Kampung Selangor merupakan program khas anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor bagi membantu usahawan-usahawan kampung di negeri Selangor untuk memberdayakan ekonomi serta meningkatkan taraf sosial warga desa dan kampung tradisi sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. 

2. Kursus-kursus yang ditawarkan pada tahun 2017 :

o Program Pembangunan Usahawan - Penjaja Makanan Dan Minuman
o Program Pembangunan Sebagai Juruterapi Komplimentari Berdaftar (KKM) Stimulatherapy 
o Program  Pembangunan Usahawan Kemahiran – Penyejuk Bekuan Dan Penyamanan Udara
o Program  Pembangunan Usahawan Kemahiran - Gunting Rambut

3. Tempoh kursus akan dilaksanakan adalah antara 5-7 hari mengikut bidang kursus yang dipilih.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 

Program ini mensasarkan golongan belia desa yang memiliki kelayakan, golongan ibu tunggal dan masyarakat desa yang berminat. Calon yang berminat akan ditemuduga untuk menilai komitmen mereka. Antara kriteria yang perlu dimiliki oleh usahawan ialah :

1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor / telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun; 

2. Berumur di antara 21 hingga 49 tahun; 

3. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); atau

4. Telah mengamalkan amalan perubatan tradisional,  telah mula berniaga atau sedang dalam berjinak-jinak dengan jual beli dan aktiviti keusahawan bagi usahawan makananan jajaan dan minuman; 

5. Tidak pernah mengikuti program yang sama serta menerima bantuan dari mana-mana agensi kerajaan lain;

6. Hanya seorang peserta daripada satu keluarga layak mengikuti program ini; dan

7. Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi untuk proses temuduga. Jika permohonan anda tidak menerima jawapan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan, maka permohonan anda dianggap tidak berjaya.


PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI KAMPUNG 2017

DOWNLOAD BORANG

HANTAR SEBELUM 3 APRIL 2017


JAWATANKUASA TETAP
PEMBANGUNAN DESA DAN KAMPUNG TRADISI NEGERI SELANGOR
SEKSYEN SEKTORAL
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR (UPEN)
TINGKAT 5, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
40503 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-5544 7921/7922   |    FAX: 03-5519 6706

No comments:

Post a Comment