Search This Blog

Ruam plak ...

Isshhh ... Putra kena ruam susu plak ... Habis merah pipi die ... Sian plak ... Tak tau ler ape punca nyer ... Susah jugak nak ilangkan ruam nih ... Dah ler sekarang nie Putra tengah giler meniarap ... Pagi, petang, siang, malam meniarap jer keje nyer ... Sampaikan tengah tido pun nak meniarap ...

Lagi satu habit Putra nih, semua benda nak dimasukkan ke mulut ... Mainan, bantal, selimut, tangan orang; sume nak di bawak masuk dalam mulut ... Habis basah, lembap sume nyer ... Tu yang makin lambat & susah nak sembuh ...

Aku saje merayap (bw) sana sini, macam-macam petua aku dapat cara nak sembuhkan/kurangkan ruam susu nih ...

a) Sapukan susu ibu pada kurap susu tu, dan bersihkan. Sbb kurap susu terjadi disebabkan kulit bayi kene susu ibu yg penuh sel hidup. Bila dibiarkan, sel tu mati dan jadi tempat bakteria membiak. So, sel hidup dalam susu ibu jugak la yg boleh mematikan kuman kurap susu. Betul ker eak ? Tak try pun ...

b) Sapukan air liur ibu nyer lepas bangun tido (sebelum gosok gigi yer) ke kurap susu tersebut. Eeee ... Tak sampai hati nak buat ...

c) Ibu/ayah kene jilat kurap susu baby lps bangun tido tanpa rasa ragu2. Kene yakin dan tak geli. Cam lebih kurang jer ngan yang b) tu ...

d) Sapu gincu kat tempat ruam susu tu ... Errkkk, tak hensem lah Putra nanti ... Huhuhu ...

e) Lap pipi bayi dengan tisu/kain basah setiap kali lepas nyusu. Pastikan xde sisa susu tu yang meleleh ... Yang nih memang aku buat, cuma x basah jer ...

f) Sapukan tepung ubi kat tempat ruam tu ... Nie uwan nyer letak pagi tadi, wat cam bedak sejuk tu, so far x nampak keberkesanan nyer lagi ...

g) Dapatkan ubat dari klinik/farmasi dengan nasihat doktor ... Tunggu Khamis nih ada appointment kat KKIA, Gombak Setia ... Nak try mintak ubat sekali, jenuh ler kena bebel ...

Kengkawan ada petua yang lain ker ??? Meh ler kongsi kat sini same-same ...

Sian anak ibu nih ... Merah jer pipi die ...

TAZKIRAH JUMAAT #1 : Mulakan Dengan Bismillah ...

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH :-

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi).

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulullah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Wallahu'alam ...

Sumber

Segmen : Bloglist Oktober

Saya nak join jugak ...

Berminat ? Nak join jugak ?

Tunggu ape lagi ?

Mari ler ramai-ramai memeriahkan suasana ...

Nak join klik BANNER ...

Akhirnyer Kena Tembak ...

Akhir nyer hajat yang sekian lama tersimpan terlaksana jugak ... Baca kisah awal nyer di SiNi ... Lawak bila ingat balik kisah lama ... Kali nie Fatiha mintak lagi ... Tak takut dah kate nyer ... Banyak kali jugak aku tanya untuk mendapatkan kepastian ...

Sabtu lepas ditembak lah Fatiha, dua das lagi ... Tak nangis pun cuma macam terkejut jer ... Tak sakit kate nyer ... Maka lebar lah senyum nyer ari tu ... Hajat hati telah kesampaian ... Warna merah jadi pilihan ...

Alhamdulillah ...

Aurat Wanita ...

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaianyang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangandan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani danBaihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis / jarang, ketat / membentuk dan berbelah /membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wanita-wanita yang dikasihi sekelian ... Tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikan kita kehidupan kekal abadi di akhirat kelak, baik atau buruk diatas rahmat Dia dan bagaimana buku amal kita diterima kelak. Jangan tunggu apa lagi, kita tidak pasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah ...

Para isteri, tidak sayangkah anda pada suami2 anda? suami2 anda akan ditanya, dipersoalkan kelak dihadapan Allah s.w.t. ... Kasihan pada mereka ...

Suami- suami? tidak cintakah lagi pada isteri? isteri anda akan menerima azab yang berat di akhirat ...

Na' uzubillahhimin zaliq ...

Bersama- samalah kita berpesan untuk kebaikan bersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri serta tidak putus asa daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifat kaum-kaum yang beriman ...

Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina azabannar ...

Wallahua'lam ...

Cara Mandikan Bayi ...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Sumber :
Awien rhd
ada2aje yahoogroup

Ya Allah ...

Ya Allah! Jika ada di kalangan kami org yg sedang sakit, berikanlah kesembuhan kpd mereka,

Jika ada di kalangan kami org yg susah, bantukanlah segala urusan mereka,

Jika ada di kalangan kami org yg bersedih hati, maka berikanlah ketenangan & jln keluar bg permasalahan mereka,

Jika ada di kalangan kami org yg sgt berhajat dgn keperluannya, sampaikanlah hajat & cukupkanlah keperluannya.

Ameennn ...

Keguguran Adalah Normal ...

Ari tu kan aku ada cite pasal masalah aku kat SiNi kan ... Makin meruncing nampak nyer ... Keadaan makin gawat sehingga boleh mengakibatkan kepupusan ... Aku pun gigih ler membuat kajian sana sini, survey lah, soal jawab lah ...Pergghh, cam belajar balik plak rase nyer ... Rupe-rupe nyer masalah aku nie adalah normal ... Huh sebaik,  ringan skit beban rase nyer ... Meh aku share skit info2 yang aku dapat ...

Perkara Perlu Kita Tahu :

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

10. Masalah keguguran ini bukan disebabkan oleh penyusuan susu ibu.

So, apa aku nak buat nih ... Tak kan nak biar jer ... Tak pe kang aku buat kaji selidik lagi ... Dah selesai kajian aku nanti aku share ler ngan korang ... Bye, nak mandikan Putra jap ...

WordLESS Wednesday - 13

Published with Blogger-droid v2.0.10

"COMPLETE" and "FINISH"

No English dictionary has been able to explain the difference between the two words "COMPLETE" and "FINISH". Some people say there is no difference between COMPLETE and FINISH, but there is.

When you marry the right woman you are COMPLETE and when you marry the wrong woman, then you are FINISHED!

When your wife catches you with another woman you are COMPLETELY FINISHED.

And when your wife likes shopping so much then you are FINISHED COMPLETELY.......!!

Sumber :
Abu
ada2aje yahoogroups

Sape nak Maggie ???

Ari tu Abang Ngah dan Fatiha demam berjemaah ... Mujur x kuat sangat ... Cuma mengada-ngada jer skit ... Sebaik hujung minggu kalau x terpaksa lah memonteng plak ...

Nie budak demam tu ...

Macam x demam jer posing nyer ...

Bila dah demam nih selera makan pun merosot ler ... Itu x nak ... Ini x nak ... Hmmm ... "Sape nak maggie ???" ... Melompat masing2, macam x demam dah ... Huhuhu ... X pe kan sekali-sekala ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

TIDAK BEKERJA ???

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi. Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

CRDEIT TO:: Kempen FB Aurat Saya Maruah Saya!

Keguguran Lagi ...

Putra dah masuk empat bulan ... Aku mengalami masalah keguguran plak ...
Agak teruk juga, merata-rata ada ... Risau plak aku ... Aku rase semua orang ada mengalami masalah cam aku nie kot ...
Kengkawan cam ner ada tak alami masalah cam aku nie ?

Aku pun ape lagi, gunakan khidmat En. Google untuk mencari maklumat ...
Hehehe ...Tak larat tengok ...
Merata-rata ada ...
Alamak ada keje plak ... Sambung next entry plak eak ...

Mana Ada Naik Nyooo ...

Hehehe ...
Kengkawan paham tak ??

Published with Blogger-droid v2.0.10

Selamat Hari Lahir Abang Long ...

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-10 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA SULONG KAMI MUHAMMAD LUQMAN ALIFF B. SHAHDAN

Selamat Hari Lahir Abang Long ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Long dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...

Kebetulan plak ada Jamuan Raya kat Sekolah Agama ... Aku pun beli ler kek untuk Abang Long dan kengkawan ...

Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah dia anak yang soleh, yang menjaga solat dan agamanya ... menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Ameen ...

*pssttt :- Akhir tahun nie sunat tau ....

Putra MERDEKA ...

Muhammad Putra Al Amin b. Shahdan
Genap 4 bulan hari nie ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Siakap Stim Limau ...

Stim lah sangat ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Dah Tua Pun Dapat Duit Raya Lagi ...

Alhamdulillah ...
Rezeki Syawal ...

Alkisah nyer ari tu aku sesaje masuk contest yang blog2 banyak buat ...
Sesaje jer mencuba nasib ...
Rezeki kan Allah s.w.t yang tentukan, x salah mencuba ...

Nie entry aku masuk contest2 tu ...
MamaTisya Duit Raya 2013 Giveaway ( just tinggal link blog & email jer ) ... & GIVEAWAY dari blog KISAH SEORANG PENGEMBARA JALANAN ...

Nie plak entry pengumuman pemenang kat blog dia orang ...
5 pemenang bertuah dapat duit raya dari MamaTisya & SENARAI PEMENANG GIVEAWAY

Kawan2 kalau rajin n ada masa jalan-jalan lah blog dia orang plak ...

Lagi sekali aku ucapkan terima kasih kepada blogger baik hati nie ... Moga murah rezeki kita bersama eak ...

Khabar angin atau betul² ...

Hangat diperkatakan ... Minyak RON 95 akan naik RM0.20 pada malam ini ... Sama² kita tunggu ... Khabar angin atau betul² ... Cobaan ...

Pray For Mesir (Part-2)

Kenyataan Rasmi Kesatuan Ulama Sedunia Mengenai Krisis Mesir.

"Kenyataan Rasmi Pada 29 Ogos 2013 :: 22 Syawal 1434

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia mengenai isu Mesir iaitu :

1- Wajib memberikan bantu ke atas rakyat yang dizalimi dan haram bersetongkol bahkan cenderung kepada kezaliman yang berlaku.

2- Pihak media, wartawan dan segala saluran informasi dituntut
melaporkan perkara yang benar dan tidak menyembunyikan hak dengan mengada-adakan pendustaan dan penipuan atas apa yang berlaku.

3- Para mufti dan alim ulama digesa agar kembali bertakwa kepada Allah dalam mengeluarkan sebarang fatwa. Fatwa yang berbentuk memberikan keizinan dan keharusan dalam menumpahkan darah adalah fatwa yang
dikeluarkan oleh orang yang menjual agama dan mengundang kemurkaan Allah.

4- Umat Islam di seluruh dunia digesa untuk memberikan sebarang bantuan yang termampu dalam bentuk doa, qunut nazilah dan sebagainya terhadap umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi lagi ditindas.

sumber : qaradawi.net

Sila sebarkan di pelbagai medium mengikut kemampuan masing2.

Terima kasih.

Part 1

Sabtu - Yang Terbakar & Yang Tergolek ...

Alhamdulillah ... Semalam Mak & beberapa orang adik-beradik (Pakcik2 & Makcik2) dapat berkumpul bersama-sama ... Sambil makan-makan ... Sambil borak-borak ... Memang meriah ...
Terbaeekk ...

Yang Terbakar ...

Para petugas yang dedikasi ... Para petugas + pelakon tambahan ... Mangsa kebakaran ... Bakal dibakar ... Hasil nyer ...

BigBoss pun sempat buat makan-makan kat workshop dia ... Sambil memperkenalkan workshop pun iyer juge ...

Yang Tergolek ...

Kambing golek ... Sebaik aku sempat rase ...

Terima kasih diucapkan kepada para petugas dan peserta-peserta yang mejayakan majlis ...

Huhuhu ... Gambar tetamu tak de ...

Danial Terkucil ...

Hari Khamis kelmarin, aku jemput Danial balik dari sekolah ... Dari jauh lagi aku tengok Danial dah tersengeh-sengeh kat aku ... Apahal plak lagi Danial nih ...
"Ibu, Danial kencing dalam seluar ..."
"Hah, kenapa tak gie tandas ?"
"Cikgu tu kedekut, tak bagi pergi ..., Danial nak gie ngan kawan ..."
"Ooo, nape tak gie sensorang ?"
Danial hanya mampu tersengeh jer ... Buat pengetahuan rakyat jelata, Danial nih penakut ... Kalau kat umah nie, nak masuk bilik amek mainan pun kena bukak lampu ... Mintak tolong ambil kan bantal pun kena bukak lampu ... Keinginan tinggi nak tengok cite hantu, tapi bila cite dah start, hantu x kuar lagi dah tutup mata ngan bantal ... Tapi sampai hari nie aku still tertanya-tanya, nape cikgu x bagi gie tandas berdua ? Hmmm ...

Ada Gangguan Lagi ...

KUALA SELANGOR 30 Ogos - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) terpaksa menghentikan sementara operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang kerana berlaku kejadian minyak diesel memasuki sumber air di Hulu Sungai Selangor.

Kejadian tersebut mengakibatkan gangguan bekalan air di tujuh kawasan iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130830/dn_33/7-kawasan-mengalami-gangguan-bekalan-air#ixzz2dRoxKO4Y
Utusan Melayu (M) Bhd

Biar Jadi Kaktus - Iffa Zalia

Dah lama aku habis baca novel nih ... Cuma aku tak sempat nak cite kat blog jer ... Yang best nyer, aku tak beli novel nie ... Aku dapat hadiah daripada blogger yang baik hati sangat NaoMei @ Cik Akak ... Dia bagi hadiah novel nih coz aku jadi follower blog die yang ke-1000 ... For me novel nih biasa-biasa jer ... Santai ... Tak terlalu berat ...

**********

Sinopsis

Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato'''''''''''''''' Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!

**********

Terima kasih daun keladi, Cik Akak ...
Lain kali bagi lagi, yer Cik Akak ...
Meh ler melawat blog Cik Akak yang serba purple ...

AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI !!!

Apabila anda rasa hidup anda bagaikan terlalu banyak kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, orang tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup ... Ingatlah kisah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”

Sumber :
Joe@Zul Fahmi
Ada2aje Yahoo group

Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersamaإن شاء الله(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

Meniarap Dah ...

Khamis ari tu aku bawak Putra check-up untuk 3 bulan ... Patut nyer minggu Raya tu tapi Misi postpone gie minggu nie ... Seperti biasa awal pagi dah bersiap sedia ... Seperti yang dijangka KKIA Gombak Setia penuh ... Aku rase cam penuh daripada biasa, nie mesti sebab kes cam aku ler postpone appointment ... Maka lama lah aku di klinik tu ... Alhamdulillah Putra tak meragam sangat just nangis coz of ngantuk n nak nenen ler ... Alhamdulillah jugak coz Putra menunjukkkan perkembangan sejajar ngan usia nyer ... Berat dah naik dari 4.8kg kepada 5.5kg ... Ukur lilit kepala dan ketinggian pun ok ... Leher dah keras skit ... Suara dah kuat kluar nyer ... Macam2 bunyi dah ade ...Senyum, gelak n ketawa sume boleh dah ... And yang paling penting, Putra dah boleh meniarap ... Tapi biasa lah memula, terseksa lah skit ...

Letih n lapar dibuat nyer ... Punye lah lama menunggu dan menanti ...

Nangis mintak diangkat ...Dah rupe chef plak anak aku ...Dah berjaya meniarap tanpa bantuan ...Sampai tertido kepenatan berusaha ...