Search This Blog

Selamat Hari Lahir Abang Ngah ...

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-7 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA KE-2 KAMI
MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN


Selamat Hari Lahir Abang Ngah ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Ngah dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...
Semoga membesar dengan sihat walafiat ...

Manja lagi nih ...

Makan banyak skit baru lah cepat besar ...

Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin

WordLESS Wednesday - 15

Bayar ... Bayar ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Mainan Dulu-dulu ...

Korang tau tak amende kat atas nie ?
Korang pernah main tak dulu2 ...
Kat atas tu koleksi batang aiskrim Danial ...
Tengah kemaruk sekarang ...
Asal balik sekolah jer nak beli aiskrim ...
Nak tambah koleksi ler tu....
Kreatip juga budak nie ... Diukir & diwarnakan ...
Korang main tak permainan nie dulu2 ... Lebih kepada budak lelaki rase nyer ... Main tepuk2 batang aiskrim, sape tindih dulu menang ...
Ade2aje lah Danial nie ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Aduhai ... Kereta rosak plak ...

Bulan nie last BigBoss keje ... 
Next month fulltime ... 
Doa2kan moga sukses ...


Perlukan bantuan ... ???
M MAD AUTO SDN BHD.
No 25 Jalan Air Keroh Dalam,
IKS Putra Damai,
53300 Setapak,
Kuala Lumpur

Phone No :  0193001340 (Shahdan)
       :  0173892844 (Razlan)

Sesiapa pengguna kereta yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur @ Selangor, sila datang untuk service serta baikpulih kereta anda dengan harga berpatutan. Mempunyai pengalaman bekerja membaiki kereta selama 16 tahun. 

Terima Kasih ...

Atok & Cucu ...

Pagi-pagi Atok mesti datang tengok cucu dia ...

Atok mesti main-main ngan Putra Al Amin ...

Atok dah lenguh, tukar posisi plak ...

Terima kasih Atok ...

TAZKIRAH JUMAAT #5 : JAGA ADAB KETIKA BERGURAU

KEHIDUPAN zaman ini memaksa manusia mengejar masa serta menyelinap segenap ruang yang ada bagi memenuhi tuntutan rohani dan material menyebabkan kurangnya waktu diperuntukkan untuk bersantai menjalin hubungan silaturahim sesama sendiri.
Usahkan dengan jiran tetangga, malah ahli keluarga sendiri pun ada kalanya payah untuk bergurau senda. Ada kala lucu pula apabila mengingatkan betapa pergerakan manusia hari ini terbatas oleh tuntutan tanggungjawab melampaui masa yang ada.
Justeru, ramai yang memaksimumkan manfaat hubungan maya untuk melanjutkan komunikasi dan bertanya khabar. Malah, ada ibu bapa yang hanya sempat bertegur sapa dengan anak di laman sosial saja.
Penulis tidak bermaksud melanjutkan bicara mengenai komunikasi era ini, tetapi naluri manusia memerlukan gurau senda untuk mengeratkan hubungan baik dan merapatkan silaturahim. Bukan saja mengelakkan kesunyian, gurau senda juga memudahkan komunikasi, membuatkan bicara tidak formal.
Walaupun gurau senda membantu menguatkan kasih sayang, ia juga boleh meranapkan silaturahim jika gurau senda menyebabkan ada pihak berkecil hati. Ada antara kita bergurau tanpa menyedari ada hati terluka.
Sebab itu banyak contoh ditonjolkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat mengenai gurau senda yang membuatkan orang ketawa dan berkisar kepada perkara yang benar. Rasulullah SAW tidak mencipta kisah lucu yang sia-sia semata-mata untuk membuatkan orang ketawa kerana Baginda takut ketawa menyebabkan umat Islam lalai daripada mengingati Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)
Jangan berlebihan dalam bergurau senda sehingga menyebabkan ada orang terasa dirinya diaibkan atau dijadikan misalan sehingga memalukan dirinya. Sebaliknya, gurau senda dijadikan salah satu cara menghiburkan hati yang lara atau menyenangkan orang berduka.
Tetapi perlu diingat, gurau senda itu mestilah berkenaan perkara yang benar. Gurauan boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala atau dosa.
Contohnya, jika gurauan boleh menyenangkan hati, mengeratkan silaturahim dan perpaduan serta kasih sayang, maka gurauan itu menjadi perbuatan baik yang diganjarkan dengan pahala dari Allah SWT.
Sebaliknya jika gurauan menjadi alasan untuk menyakitkan hati seseorang, ia sudah tentu menjadi perbuatan yang dikutuk Allah SWT. Jangan pula tabiat bergurau senda untuk menyakitkan hati orang lain menjadi kebiasaan menyebabkan seseorang itu tiada rasa bersalah mengutuk atau menghina.

Contoh paling baik ialah gurauan Rasulullah SAW kerana Baginda masih mengekalkan had dan batasan antara lelaki dan wanita serta menyelitkan unsur nasihat bertujuan mengingatkan manusia kepada Allah.
Sudah tentulah gurau senda tetap tidak mengizinkan perlakuan tidak manis antara lelaki dan wanita, seperti menyebut perkataan memalukan mana-mana pihak, menghina atau meniru suara atau kata-kata orang lain dengan niat merendah-rendahkan atas faktor perbezaan jantina.
Antara senda gurauan Rasulullah SAW seperti diceritakan al-Hasan, seorang perempuan tua datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga. Maka Rasulullah SAW bersabda: Wahai ibu pulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu menangislah si perempuan tua itu. Dengan segera Rasulullah SAW bersabda: Khabarkan kepada perempuan itu sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua.”
Lalu dibacakan firman Allah SWT yang maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta sebaya umurnya.”

Sumber:  SiNi 

Yang Terkorban & Yang Berkorban ....

Tahun nie aku sekali lagi menyambut Aidil Adha di Gombak Setia .... Sian BigBoss nak balik tapi dah janji nak jadi petugas ... Dengan ikhlas hati berkorban ... Aktiviti korban penduduk Gombak Setia dijalankan di Dewan Persatuan Kebajikan Gombak Setia ... Meriah jer ... Sebanyak 15 ekor lembu telah terkorban ... Alhamdulillah sempurna dah kelmarin ...

BigBoss masuk bertugas ...

Alhamdulillah ...

Menunggu saat & ketika nyer ...

Siat kulit kaki ... Hati2 tau ...

Jumpa jiran ... Sesi ramah mesra ...

Apelah yang dibincangkan dek bebudak nie ... ??

Putra kepanasan ...

Fatiha, Abang Long & Abang Ngah ...

Posing jer keje budak nie ...

Fatiha lagi ....

Atuk & The Gang ...

Ape nih ??

Sekian itu jer ler ... Aku tak de ler berlama-lama di situ ... 
Putra tak berapa sihat & cuaca panas kurang sesuai ...
Apa2 pun Alhamdulillah selesai semua nyer ...
Yang Terkorban & Yang Berkorban ....

"Jom balik Jengka ... " BigBoss ajak balik jugak ke Jengka 17 ... 
Sepantas kilat aku mengemas ... Sekejap jer balik sana, malam lepas Maghrib dah balik sini balik ... Takpelah janji balik dapat jengok Mak ... Dapat jumpa adik-beradik ...






Salam Aidil Adha 2013 ...

Esok kita seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha ... Tak de persiapan ape2 pun ... Just guna baju raya lepas ... Buat kawan2 semua ...harap maaf atas salah dan silap terlanjur kata ...
   

Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM Melihatkan keteguhan iman Anaknya ISMAIL Dikala itulah bermula Sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN ...
 _____________________________________________________

 Sedikit informasi ... Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1] Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Penipuan Terbaru - Hati2 ...

Saya nak share satu cite nih ... Taktik penipuan terbaru ... Dapat whatsapp daripada member ... Ada jugak dengar dalam berita aritu ...

*****

Latest scam fm my frnd...

Just nak share ngan korang, aku bru buat repot polis..
Lbh kurang pkl 4ptg, ada sorang lelaki yg mengaku pegawai Ambank call aku, no phone yg appear adalah 1800808888. Dia kata nak sahkan penggunaan kad kredit aku RM3000 kat Poh Kong, KLCC. Aku ckp aku xde kredit kad, akaun atau apa2 urusniaga dgn Ambank. So dia kata mungkin ade org guna nama aku untuk apply kredit kad. Aku suruh dia beritahu aku apa maklumat aku dlm sistem Ambank, tp dia kata dia hanya bahagian pengesahan, x boleh check maklumat. Aku dah curiga. Dia suruh aku complain kat Bank Negara 0327885082. Aku buka website Ambank, mmg talian hotline diaorg 1800808888. Aku call no Bank Negara yg dia bagi tu dan lelaki India, Vijaya yg angkat. Lepas aku cerita, dia kata pegawai penyiasat Bank Negara akan call aku untuk dpt maklumat lanjut. Tak sampai 15 minit, lelaki cina pulak, Lim call aku dr no 0327885093.  Dia kata Bank Negara akan bantu aku untuk membekukan sementara semua kredit kad aku bagi memudahkan siasatan. Dia suruh aku transfer duit dari mana-mana akaun simpanan yg lain ke dalam satu akaun sahaja sebab dia akan bekukan juga akaun-akaun yg lain tu. Dia tanya aku berapa banyak duit aku dlm akaun2 tu, tapi aku cakap dia kan Bank Negara, tak kan tak boleh check. Suara dia dah lain. Dia suruh aku pergi bank dan call dia bila sampai kat bank sebab dia akan ajar aku cara nak kemaskini akaun. Aku cakap ok. Aku call Ambank guna 1800808888 dan Ambank sahkan tiada apa2 rekod aku dgn Ambank dan mengatakan yg Ambank sendiri telah menerima banyak aduan. Dlm 10 minit dia call lagi, tanya aku dah pergi bank atau belum. Aku cakap on the way. Tapi, sebenarnya aku kat Balai Polis.  Masa tgh buat repot, dia call lagi tp dah mula marah2 sebab kononnya kena kerja overtime nak handle kes aku (baiknya 'pegawai Bank Negara' tu). Aku terus cakap dengan dia yg aku tengah buat polis repot, serta merta dia letak telefon. Pegawai Penyiasat IPD Gombak beritahu aku, hari ini sahaja mereka telah menerima 5 laporan yg sama.
Mohon share dengan orang lain supaya lebih berhati-hati dan buat pengesahan dengan bank berkenaan sebelum buat apa-apa. Mereka skrg ada teknologi supaya nombor telefon yg tertera di handphone kita adalah sama dengan nombor bank.  Mereka hanya perlu nama dan no telefon kita sahaja....'(Copy Paste)'

*****

So kawan-kawan ... Hati-hati eak ...

TAZKIRAH JUMAAT #4 : AMALAN SEDEKAH BAWA KEBERKATAN

SETIAP manusia sudah dijamin rezekinya oleh Allah. Ia tidak hanya dikatakan sebagai wang ringgit tetapi pengertiannya amat luas sekali merangkumi kesihatan yang baik, ketenteraman jiwa, keturunan, isteri dan anak yang baik.

Ada yang runsing dan sering mempertikaikan masalah rezeki yang dimiliki. Mereka merungut kerana sudah bertungkus-lumus mencari rezeki namun kehidupan masih tidak berubah.

Sebagai hamba Allah yang beriman, anggaplah semua itu dugaan serta cabaran untuk menjadikan diri lebih kuat dan cekal berusaha.

Teruskan berusaha kerana setiap kejayaan pastinya memerlukan kerja keras tanpa berputus asa melaksanakannya.

Bersikap reda dan bertawakal supaya Allah memberkati segala yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi dan Pemurah atas rezeki untuk hamba-Nya.

Semua yang berlaku atas izin-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukanlah yang diterima.

Jika mereka bertawakal kepada Allah maka Allah pasti mencukupkan keperluannya. Allah berfirman yang bermaksud:

“Barang siapa yang me nyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya (memelihara). Sesung guhnya Allah menyampaikan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan qadar (takdir) bagi setiap sesuatu.” (Surah at-Taalaq ayat 3).

Namun tahukah kita sikap memberi atau bersedekah mempunyai kelebihan dalam urusan pencarian harta. Malah ia membuka pintu rezeki lebih luas kepada mereka yang melakukannya.

Amalan bersedekah penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki sese orang hamba. Allah berfirman yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).

Tidakkah kita merasa tertarik dengan janji Allah berikan itu? Tidak dinafikan, semua orang mahu hidup senang; mempu nyai rumah yang luas dan selesa, berkereta mewah, memakai pakaian cantik dan bercuti ke luar negara .

Namun dalam erti kata sebenar, kehidupan kita tidak berstatus kerana ada kalanya kita berada di atas dan begitulah sebaliknya. Tujuan kita hidup bukan untuk memenuhi nafsu tetapi kita perlu melihat kekurangan dan kesengsaraan orang lain.

Jika Allah ‘memberi’ pinjaman kekayaan kepada kita maka gunakan kesempatan itu untuk melihat segala yang berlaku di sekeliling. Sebenarnya masih ada lagi yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Justeru jalankan amanah kekayaan yang Allah kurniakan itu bagi membantu golongan memerlukan. Dalam rezeki Allah itu terdapat hak orang lain yang perlu dimanfaatkan.

Bersifat individualistik melambangkan seorang itu tidak berhati perut, sukar didekati dan orang ramai tidak menghormatinya. Walaupun memberi dalam kuantiti sedikit tetapi sedikit itulah keberkatannya.

Alangkah baik jika pendekatan mencari rezeki sambil menyumbang diterapkan dalam diri kita. Sabda Rasulullah:

“Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).

Beri setakat mana termampu dulu kerana sumbangan sekecil itu menjadi pembersih harta kita. Sedekah orang yang kurang hartanya lebih besar ganjarannya.

Rasulullah bersabda:

“Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta. (Riwayat Ahmad).

Allah berfirman:

“Orang-orang yang menaf kahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak me nyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah ayat 262).

Apabila bersedekah, kita mesti iringi dengan perasaan gembira dan tidak boleh menyesal. Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusaha menyumbang tenaga dan fikiran bagi mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan.

Rasulullah berbual dengan sahabat, maksudnya:

“Pada setiap Muslim tuntutan untuk bersedekah”, sahabat berkata: Bagaimana jika tidak mampu? Nabi menjawab: “Berusahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedekahlah.

Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan tenaga atau ditunjukkan kepada yang mampu).

Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran.

Sahabat bertanya lagi: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedekah (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Seelok-eloknya, galakkan diri bersedekah kepada ahli keluarga yang miskin dan memerlukan sebelum melaksanakannya kepada orang lain.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala, namun apabila diberi kepada yang punyai pertalian (kerabat), dua pahala iaitu satu sedekah dan satu lagi adalah merapatkan hubungan.” (Riwayat At-Tirmidzi).

Bersedekah boleh meringan kan bebanan orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. Rasulullah bersabda:

“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).

Justeru, beberapa perkara perlu diambil perhatian demi kesempurnaan amalan sedekah antaranya barang yang disedekahkan mestilah baik. Tidak wajar sama sekali barang yang disedekahkan itu kita sendiri tidak tergamak menggunakannya.

Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

Kemudian sesuatu yang disedekahkan mesti halal.

Sunat jika bersedekah dengan benda atau barang yang disukai dan disayangi tidak kira ia banyak atau sedikit. Allah berfirman yang bermaksud:

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali-Imran ayat 92).

Jangan sesekali bersedekah kemudian mengungkit, merungut dan menyakiti hati orang yang menerima kerana perbuatan itu haram serta merosakkan amalan sedekah.

Pegawai Pengurusan Dakwah Munirah Care, Muhammad Khusairi Abdullah, berkata galakan kepada umat Islam bersedekah perlu supaya umat Islam terbela.

“Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal. Perbuatan ini lebih dekat kepada keikhlasan kerana menjauhkan diri daripada riak hingga merosakkan amalan.

“Penumpuan perlu diberikan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat. Mereka terdiri daripada golongan fakir, miskin, amil, muallaf, riqab (hamba yang menebus dirinya secara ansuran), al-gharimin (orang yang menanggung hutang dan tidak mampu menyelesaikannya), fisabilillah (berjuang di jalan Allah) serta ibnu sabil (musafir yang terputus bekalannya di perantauan).

“Setiap kali bersedekah pastikan niat kita ikhlas kerana Allah. Jika kita menderma hanya sekadar untuk mendapat pujian, nama atau pangkat ia tidak memberi sebarang makna,” katanya.

Beliau berkata, sedekah membuatkan seorang Muslim mendapat pelbagai nikmat dan kesan kehebatan sedekah itu dapat dirasai ketika berada di dunia lagi.

“Orang yang istiqamah bersedekah atau berinfak hartanya mudah menerima ilmu Allah, terhindar daripada penyakit, jiwa sentiasa tenteram dan menghapuskan sifat bakhil yang bersarang dalam diri.

“Tidak kira siapa kita sama ada kaya atau kurang hartanya mesti berusaha dan bersedia untuk bersedekah. Umpamanya jika kita mempunyai wang RM10 tidak mengapa jika bersedekah sebanyak RM1 kerana yang penting keikhlasan itu mendapat nilaian istimewa daripada Allah,” katanya.

Beliau berkata ganjaran kepada mereka yang bersedekah cukup besar kerana apa saja yang mereka infak itu pahala terus diterima secara berkekalan.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”

“Dari hadis berkenaan membuka peluang untuk kita mendapatkan bekalan sebelum mata tutup buat selamanya. Jika kita sedekahkan al-Quran atau sejadah untuk kegunaan jemaah di masjid, selagi mana ia digunakan maka pahala tetap sampai kepada kita. Begitu juga apabila memberi makan, minum dan pakaian kepada anak yatim maka sudah tentu ganjarannya cukup besar,” katanya.

Sumber:  SiNi

Ya Allah Turunkanlah Hujan Yang Bermanfaat ...

Hujan sedang turun dengan lebat nyer  membasahi bumi Gombak Setia ... Turut serta adalah angin + guruh + petir + kilat ... Harap2 kejadian seperti semalam tidak berulang ... Takooottt ...

**********

Kejadian semalam masih terbayang-bayang ... Petang 6.35 seperti biasa aku siap2 nak ambik Danial balik sekolah ... Tak jauh mana pun depan umah jer, tapi tak percaya lagi nak bagi dia balik sendiri ... Elok jer sampai pagar sekolah aku ada rase rintik hujan turun, aku masuk sekolah dan berteduh, Fatiha ikut ... Sebaik sahaja loceng tamat sekolah berbunyi, hujan turun dengan lebat nyer ... Isshhh, dah ler x bawak payong ... Aku pun terus jer tunggu kat situ sebab biasa nyer memang Danial akan lalu situ ...

Bila dah rase cam lame jer tunggu, aku pun pie ler cari Danial, hujan semakin lebat beserta angin + guruh + kilat + petir ... Aku jumpa Danial basah kuyup, "Danial, nape basah ?", boleh dia tersengeh-sengeh jer ... "Danial main hujan eak ?", Danial tersengeh lagi tanpa rasa bersalah ... Aku ngan Fatiha pun dah kebasahan sebenar nyer ... Kesejukan pun iyer jugak ... Kami berkumpul kat tepi bangunan sekolah tu ... Nak balik xboleh, payung xde, lagipun bahaya ...

Bila tengok hujan semakin lebat dan angin semakin kuat, risau nyer lah ... Pokok-pokok kat tepi jalan tu pun dah bergoyang-goyang, macam nak tercabut jer ... Hari semakin gelap, aku segera mencari tempat yang lebih selamat untuk berteduh ... Masa nie dah pukul 7 rase nyer ... Ya Allah cam ner nie, sebaik ler Abang Long ngan Putra kat umah Mak aku ... Kami dah menggigil kesejukan ... Danial dah bukak tie ngan stokin ... Kami berpelukan kat kantin tu ... Yang lain-lain pun masih ramai ...

Sayup-sayup kedengaran azan Maghrib ... Eh, dah azan, x boleh jadi nie ... Cuaca masih seperti tadi, berbahaya untuk Kami redah balik ... Dari jauh aku nampak sesusuk tubuh yang amat aku kenal ... Tubuh tua yang xberapa nak larat dah ... Ya Allah, besar nyer pertolongan yang diberi ... Kami pun segera mendapatkan Ayah aku, masa nie masih hujan , cuma angin + kilat dah kurang ... Kami redah balik, semua kebasahan ...

Alhamdulillah, selamat sampai rumah ... Terus masuk rumah Mak n selesaikan ape yang patut ... BigBOSS pun masih di workshop, hujan jugak, xlepas balik ... Terima kasih Abah ...

**********

Jadi mari kita sama-sama berdoa ...

Doa ketika hujan:

 Allahumma Shoyyiban Na’fian 

"Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat" - (HR. Bukhari)

Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab:

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”.  - (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).

Santapan Malam Tadi ...

Hasil aku blogwalking petang tadi dapat ler idea nak masak malam ... Hehehe ...

Nie lah hasil nyer ...

Sambal Sotong, Ayam Goreng Berempah, Ikan Goreng + Sayur ... Pergghh ...

Nie plak ayam nyer ...

Ayam Goreng Berempah tu aku dapat idea dari blog Khaty Rbain ... Kalau nak tau resepi nyer gie ler jalan-jalan kat sana ... Resepi2 lain pun banyak tau ... Semua nyer nampak sedap tau ...

Nyum ... Nyum ... Nyum ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2013

Jumaat (04/10/2013)
ATM 4 - 1 Lions XII
(ATM mara dengan agg 4-2)
PKNS 1 - 2 Pahang
(Pahang mara dengan agg 3-5)

Sabtu (05/10/2013)
Kelantan 6 - 1 Johor Darul Takzim
(Kelantan mara dengan agg 8-5)
Sarawak 3 - 1 Sime Darby
(Sarawak mara dengan agg 3-1)

Tahniah pasukan The Red Warrior dan Bujang Senang untuk persembahan menarik ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kisah Perangkap Tikus ...


Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm ... makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah Perangkap tikus.
Sang tikus naik panic bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah ... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !"
Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

SUATU HARI ...
KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA ...
FIKIRKANLAH SEKALI LAGI ...
SESUNGGUHNYA KAMU ADALAH BERSAUDARA ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Berenang Bawah Sofa ...

Entry hujung minggu yang bosan ... Malas nak mengarang, malas nak memikir ... So nikmati lah gambar-gambar yang tak seberapa nih ...

Memula tu elok jer tido ...

Peh tu rupe nyer tengah berenang bawah tu haa ...

Haisshh ... ingatkan hilang mana lah tadi ... Hahaha ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

TAZKIRAH JUMAAT #3 : KELEBIHAN SOLAT 5 WAKTU

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)

Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada , nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Se. ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)

Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.

Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).

Berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.

Rasulullah SAW bersabda: Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)

Sumber:  SiNi

Pantaskah Syurga Untukku

BigBoss tengah suka layan lagu nie ...
Balik kerje lepak-lepak ...
Sambil tu petik-petik gitar ...
Layannzzz ...

Pantaskah Syurga Untukku

Mengapa begitu berat
jalankan segala perintah Mu
Begitu banyak rintangan
tuk mengarahkan wajah
bersujud kepadamu Tuhan
wooo ooo

Indahnya dunia ini
membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah
hoooo

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Maghrib, aku di perjalanan
Gema adzan Isya',lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman MU
Tuhan tolonglah hambamu uuhuu
Tuhan

Bergolek-golek ...

Hahaha ... Aku lupa, aku tak cite lagi check-up 4 bulan Putra Al Amin ... Tak ape sangat lah pun ... Berat naik sikit jer, baru 6 kg ... Tapi misi x bising ape pun ... Untuk 4 bulan nie xde kena cucuk ... Alhamdulillah, sihat jer, cuma ada batuk n selsema ... Makin aktif ... Tido pun dah lasak ... Kalau kat katil dia tu berpusing-pusing ... Kalau letak kat bawah dah bergolek-golek ... Sekarang nie sibuk nak hisap kaki plak ... Sangat rajin main2 ngan Abang Long, Abang Ngah n Kak Tiha ... Semangat tengok orang makan ... Terkulat-kulat muka dia cam nak mintak skit jer ... Mulut dia akan bising kalau xde orang kat sekitar dia ...

Alhamdulillah jugak kerana masih full breastfeed setakat nie ... Diharap dapat ler sampai 2 tahun 1/2 ... Moga-moga Allah s.w.t limpahkan rezeki susu yang banyak buat Putra Al Amin ... Insyaallah ... Aku pun ada buat stok susu skit untuk kes2 emergency, mana lah tau ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hantu Topeng ...

Hehehe ... 
Nie name nyer xde keje ...
Topeng nie Danial punye ... 
Beli kat SiNi ...
Aku pun x paham cam ner dia boleh beli topeng nie ...
Coz Danial nie penakut sangat ...

Ori vs Tiruan ...

Massage kat bawah nie aku dapat dari seorang member ... 
Aku tak pasti akan kesahihan nyer ...
Kengkawan ada ape2 info pasal kes nie 

Kalau ada boleh ler kongsi kat sini same2 ...

Yang belakang marking merah tu palsu ... Byk jual kat kedai ...Hati2 kawan2 ... !!! Yang ORI..belakang marking Biru ...

Salam info terkini, kawan atas kawan saya keje kat bahagian KDNK ... Pesan jangan beli panadol yg blkg dia cop merah ... Yang tulen hanya cop berwarna biru ... Kat kedai runcit semua warna merah lupa nak bagitahu ...
Antara kandungan panadol tiruan ni :- paracetamol overdos ... bedak sejuk dan tepung gandum dan tepung2 lain ... Kalau tengok pun biru ada bar code ...

Copy & paste & edit ayat nyer skit2 ... Wallahhua'lam ...

Sumber :
Leen, Ada2aje Yahoogroup ...

Rogol Bergilir-gilir ...

Hari nie aku dok mengadap tb jap tadi ... Tgk berita lah konon nyer ... Punya lah terkejut dengan berita utama nyer ... Ya Allah ... Ape teruk sangat nih ...

Mangsa berumur 12 tahun ... Yang menjadi suspek plak lapan orang berumur antara 12 tahun dan 14 tahun ... Ape nih budak lagi ... Cam ner umur cam nie leh terfikir nak merogol ... Hmmm ...

Ohh ... Rupe nyer mangsa ponteng sekolah, peh tu mangsa takut nak balik umah, tido ler surau ... Terserempak plak ngan salah sorang suspek yang ajak dia gie sebuah rumah kosong ... Hmmm ...

Terukkan sekarang ... Kesimpulannyer; Keluarga perlu memainkan peranan penting bagi mengelak anak tersasar jauh dari ajaran Islam ... Masyarakat & pemimpin pun kena lah memainkan peranan masing2 ... Wallahhua'lam ... Nauzubillah ... Mintak dijauhkan benda2 xelok nie dari aku dan keluarga aku ...

Hari Usahawan Sek. Keb. Gombak Setia 2013

Hari nie adalah Hari Usahawan sekolah anak2 aku ... Hari Usahawan nie diadakan untuk mengumpul dana bagi membiayai penambahbaikan infrastruktur sekolah di samping mengeratkan silaturrahim di antara warga sekolah nie ...

Pelbagai gerai telah dibuka ... Ada yang jual makanan & minuman, permainan, buku, sticker, belon dan macam2 lagi ... Mini zoo pun ada ... Berpuluh-puluh RM juga telah dihabiskan oleh anak2 aku ...

Hanya dua keping gambar berjaya diambil ... Huhuhu ...

TAZKIRAH JUMAAT #2 : Mari Berdoa ...

Kita selaku hamba yang beriman tentu dianjurkan untuk selalu berdoa dan memohon pertolongan hanya kepada Allah semata. Namun ternyata doa-doa kita kadang tak selaras dengan apa yang kita inginkan. Terkadang apa yang kita harapkan dan cintai belum tentu itu baik bagi kita, begitu juga sebaliknya apa yang kita benci ternyata itu baik bagi kita. Namun yakinlah bahwa semua yang Allah kehendaki itu adalah untuk kebaikan kita.

Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

Berdoalah dengan suara yang lembut

Doa adalah ditujukan kepada Allah yang Maha Mendengar. Apa sahaja doa kita akan didengari Allah. Oleh yang demikian tak perlulah kita mengeraskan suara.

Berdoa dengan penuh yakin

Hendaklah berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan. Dari Anas r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda”: “Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: “Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.” H.R. Anas r.a.

Memohon Sebanyak Tiga Kali

Ulangilah doa sebanyak 3 kali. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas’ud berkata: Baginda Rasulullah s.a.w. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali. (H.R Bukhari dan Muslim)

Bersalawat Kepada Nabi s.a.w.:

Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Menghadap qiblat.

Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a., katanya: Nabi Muhammad s.a.w. menghadap ke Ka’bah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. H.R. Bukhari dan Muslim

Mengangkat Kedua-dua Belah Tangan Sambil Berdoa

Abdullah Bin Omar (ra) berkata: Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali). (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)

Dalam hadis lain, berkata Abu Musa: Kemudian baginda Rasul s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Bin ‘Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda. (HR Imam Bukhari)

Berwudhu’ Sebelum Berdoa

Berkata Abu Musa (ra): Sebelum ‘Ubaid Abu ‘Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan memohon doanya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul s.a.w. lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu’ dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa): Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu. Lalu akupun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah. Kemudian baginda berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Berdoa Sambil Menangis

Dari Abdullah Bin ‘Amr Bin Al ‘Ash r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. membaca ucapan Nabi Isa a.s.: Ertinya: “Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba-Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana”. (Al Maidah: 11)

Lalu Rasul s.a.w. menganqkat kedua-dua tangannya dan berdoa: “Ya Allah, umatku, umatku “, (sambil baginda menangis). Selanjutnya Allah s.w.t. berfirman kepada Jibril (a.s.): Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu “. (HR Imam Muslim)

Berdoa Dengan Merendah Diri

Allah s.w.t. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya: “Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (“Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang.” (Al Anbiyaa: 83)

“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik”. (Al Anbiyaa: 89)

Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab

Ada beberapa waktu berdoa yang mustajab menurut hadis dan al-Quran. Antaranya ialah ketika berpuasa, ketika sebelum berbuka, ketika hujan lebat, selepas berzikir dan sebagainya. Doa orang yang teraniaya atau dizalimi juga dimakbulkan, oleh yang demikian, janganlah kita menganiayai sesiapa sahaja.

Allah s.w.t. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan pada waktu bersujud dalam sujud rakaat terakhir (doa dalam hati. tanpa mengeluarkan suara.)

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Do’a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Do’a) akhir malam dan setelah solat wajib. H.R. At-Tarmizi – Sahih

Doa Pada Sepertiga Akhir Malam Sangat Makbul. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah (Yang Maha Suci Lagi Agung) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman: “Barangsiapa mendoa kepada-Ku, akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberi dia. Siapa yang minta ampun, akan Kuampuni dia.” H.R. Bukhari.

Kesimpulannya, doa itu faktor penting datangnya kebaikan, hilangnya keburukan, turunnya rahmat, sirnanya penderitaan, dan tercapainya kemenangan.

Sumber SiNi dan SiNi

Perkahwinan Adam (AF) & Fiza (Elite) ...

Ahamdulillah ... Selamat Pengantin Baru ... Semoga Berkekalan ...

Bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, selamat bergelar isteri kepada penyanyi Adam AF atau nama sebenarnya, Mohd Aizam Mat Saman, 30.

Dengan sekali lafaz,mereka selamat bergelar suami-isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini, pada pagi semalam. Akad nikah disempurnakan Pegawai Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad kira-kira pukul 10.30 pagi. Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sepersalinan barangan untuk solat sebagai hantaran. Majlis pernikahan yang dijalankan dalam serba sederhana itu hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Adam dan Fiza saling kenal mengenali pada pertengahan Julai lalu sebelum kedua-duanya memutuskan untuk berumah tangga. Tambah Adam, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar selain mengharapkan hubungan itu kekal ke akhir hayat.

Fiza yang kini sudah berhijrah dengan memakai tudung pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah.

WordLESS Wednesday - 14

Selamat Malam ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jadilah Suami Yang Penyayang ...

Seringkali apabila cinta beralih arah, isteri dipersalahkan:
Isteri tidak pandai pikat suami
Isteri kurang menghias diri
Isteri tidak berdandan rapi
Isteri sibuk dengan kerja sendiri

Wahai Suami, tanyalah diri sendiri...
Apakah suami sudah cukup memberi?
Apakah suami sudah cukup memerhati?
Apa pula sumbangan suami kepada isteri dan rumahtangga sendiri?
Apakah masa dan wang ringgit diperhati?

"Kaum Lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita"

Wahai Suami...
Pimpinlah isterimu dengan tulus dan ikhlas.
Didiklah isterimu dengan kasih dan sayang.

Jangan hanya memandang kerja pejabatmu dari jam 8-5 petang, tetapi
perhatikan isterimu yang kerja tidak tahu mana pagi dan mana petang. 
Bezakan kekuatan tubuhmu dan isterimu dalam menjalankan tugas harian.
Gunakan kebijaksanaan dengan 9 akal yang ALLAH telah kurniakan dibandingkan dengan wanita hanya satu akal.
Sedangkan mesin pun rosak, inikan pula tubuh halus seorang wanita.
Sediakan wang untuk ubat-ubatan yang diperlukan.
Jangan hanya cari silap dan salah isteri.
Berilah perhatian, berilah masa, berilah ruang, berilah peluang.
Wanita kalau sudah bernikah, itulah syurga yang perlu dijaga..

Sumber: SINI

Suke Lah Bebudak Nih ...

Amboi ... Amboi ...
Syok nyer dia orang eak ...
Asyik cuti jer ...
Bergumbiralah dia orang ...
Pening ... Pening ... Pasti huru-hara nanti ...
Hehehe ...



Published with Blogger-droid v2.0.10