Search This Blog

Putra ... Sel-sel Otak Semakin Berhubung ...

Hmmm ... Lama dah tak cite pasal perkembangan anak2 ... Kali nie nak cite pasal Putra ... Oh! Dia semakin bijak ... Semakin banyak cerita nyer ... Jangan dibiarkan berseorangan ada jer projek yang dibuat nyer ... Jom skodeng ...

Haaa tengok ... Dah jadi Hantu Bedak ... Sakit perut kami ketawa guling2 ... Memula tu dia cam pelik kakak nyer gelak kan dia ... Peh tu aku pun amek ler gambar selfie nie and tunjuk kat dia ... "Huisshhh" kate nyer ... Adoiiilaaa ... Satu rumah bau bedak malam tu ...

Haaa nie lagi satu ... Dah pandai mintak pen, pensel dan buku ... Aku plak tiba kena jadi pandai melukis ... Memula tu OK lah suh lukis mata, hidung, mulut ... Peh tu suh plak lukis pokok, buku, kapal terbang ... OK lagi tu ... Lepas tu ada ker suh lukis dinosaur, beruang dan monyet ... Tak tercapai dek akal aku ... Tu aku biar kejap jer tu, dah muka diconteng nyer ...

Nie kartun yang dia suke tengok Shaun The Sheep ... Jangan tukar channel lain mengamuklah dia ... Ajak mandi pun takmo dah ... Jangan nakal cam kambing tu dah ler ...

Robot merah ... Dah pandai mintak mainan ... Habis lah ... Terbang $$$ ...

Nie baru jer semalam dia pau aku ... Ayat mintak tu penuh lemah gemalai meruntun jiwa aku ... "Ibuuu, Putra nak kete nie boleh ? Boleh ibu ?" ... Sambil senyum sampai telinga ... Haisshhh ... 

Alhamdulillah ... Anak IBU semakin bijak ...

CPUV Nuffnang #64 | The Face Shop - Oil Control


Alhamdulillah ... Ada jugak dapat lagi di bulan September nie ... Kali nie kempen dijalankan oleh The Face Shop - Oil Control ...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... 
Sob ... Sob ... Sob ... 


Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ... 

Salam Aidil Adha 2015

Masih belum terlambat rasa nyer nak mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua ...

Walaupun tahun nie kita dikejutkan dengan macam-macam kejadian yang mengejutkan di Tanah Suci, namun itu semua tak melunturkan harapan aku untuk ke sana ... Aku amat berharap dapat menjadi tetamu Allah bersama-sama BigBoss ... Insyaallah ...


Saat berderai jatuh
Titisan air mata suci IBRAHIM
Melihatkan keteguhan iman
Anaknya ISMAIL
Dikala itulah bermula
Sejarah agung
ERTI SEBUAH PENGORBANAN ...




Alhamdulillah ...


Tragedi Rempuhan Di Mina


Berkumpul adik-beradik petang tadi aku dikejutkan dengan berita Tragedi di Mina ... Baru jer ari tu kita dikejutkan dengan Tragedi Kren Runtuh ...

Setakat berita 8 malam tadi dah lebih kurang 300 orang meninggal dunia dan lebih kurang 400 orang plak cedera ... Rase nyer akan meningkat lagi dan lagi ... So far tiada Jemaah Malaysia yang terlibat ...

Innalillahiwainnailaihirojiun ...
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
َ
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kpd ahli klganya.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن






TAZKIRAH JUMAAT #38 | 7 SUNNAH HEBAT



Seperti biasa aku nak kongsi ilmu yang aku dapat ngan kengkawan ... Semoga menjadi peringatan untuk saya dan bermanfaat buat kengkawan ...

**********

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

By Ustaz Don Daniyal

**********

Haaa ... Hebat kan kalau kita dapat buat ketujuh-tujuh sunnah Nabi nie ... Pssttt, ingat ... Bukan kawen 2, 3 dan 4 jer sunnah Nabi ... 

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMI

Tengah aku skrol kat FB tadi aku terjumpa sesuatu yang menarik untuk aku kongsi ngan korang ... Lawak pun ada ... Jom baca ...

**********

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMI

✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk ...


✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan ...

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa ...

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya ... 

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga ...

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut ...

Oleh itu para suami.....


1. peluklah isteri

2. belai lembut rambutnya

3. sentuh wajahnya

4. gosok lembut lengannya

5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya

6. gosok lembut punggungnya

7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim ...

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya ...

**********

He he he ... Gelak aku baca tadi ... Terutama yang no.6 tu ... Adoiii laaa ... Korang rase betul ker ? Tak semua betul kot ... Tapi ape salah nyer kan ... Halal ... Pandai2 lah cover, janganlah menunjuk-nunjuk depan orang plak ...

Wallahua'lam ...




Sumber :-  FB Rahsia Hawa

Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka Tutup


Akhir nyer ... Selasa, 15/9/2015 Semua sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka diarah tutup ...

Setelah seminggu lebih berhempas pulas dengan cuaca jerebu ... Akhir nyer pengumuman dibuat jugak ... Sebaik ... Dengan kesihatan yang semakin menurun, aku tak dapat bayangkan cam ner bebudak nie nak survive ... Aku yang tua bangka nie pun terasa perit nyer ...


Semalam aku ada up status kat FB pasal kerisauan aku tentang kesihatan bebudak nie ... Ramai jugak yang merungut termasuk cikgu2 ... Tapi terpaksa akur jugak ... "Saya Yang Menurut Perintah" ... Bagi aku IPU 200 yang dah ditetapkan oleh kementerian tu agak tinggi untuk bebudak nie ... Aku punya lah risau coz anak2 aku nie semua nyer jenis susah nak makan ubat ... Kan ker payah kalau dah kena ...

 

Nie IPU setakat pukul 10 malam semalam ... Meningkat dan terus meningkat ... Sebelum tido semalam aku tengok Banting dah 200 lebih ...

Alhamdulillah, pagi nie bertalu-talu masuk wasap kat aku mengatakan hari nie bebudak direhatkan ... Dapat lah rehat 2 hari ... Kena kuarantin dalam rumah jer lah ... Tapi Cikgu2 masih perlu hadir ke sekolah untuk menguruskan keselamatan murid yang masih datang kerana tidak mendapat makluman penutupan ... 

Klik SINI untuk mendapatkan maklumat terkini pasal API/IPU ...
#jerebu 

Jemput Makan ...

Al kisah kelmarin ... Aku keluar membeli-belah ... Bercadang nak masak fettuccine carbonara ... Ehh, betul ker ejaan nyer tuh ... Dalam keadaan yang tergesa-gesa sebab Putra tinggal dengan Mak, aku main capai jer mana yang sempat ... Penuh jugak lah trolley OTK tu ... Nak wat cam ner redha jer lah ...

Nak dijadikan cerita ... Pagi tadi bangun tido ... Selesai yang wajib dulu, peh tu masuk opis menjalankan tugas ... Rebus fettuccine ... Cincang ayam + cendawan ... Potong2 bawang ... Bukan tin sos sekali tengok warna merah ... Alamak, dah tersalah beli ... Rupe nyer aku amik yang with tomato ... Patut nyer yang tin biru ... Sos cendawan nyer jer ... Adoi laaa ... Dah salah beli ... Nak wat cam ner ... Masak jer lah ape yang ada ...

Nak tengok hasil nyer ? Huhuhu ... Malu lah ... Tengok jer lah ... Hmmm ...




Salah masak pun, habis jugak dibedal dek bebudak nie ... 

CPUV Nuffnang #63 | Welcome to Shell Campaign


Alhamdulillah ... Ada jugak dapat untuk bulan September nie ... Kali nie kempen dijalankan oleh Shell ...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... 
Sob ... Sob ... Sob ... 



Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ... 

Semoga Semua Jemaah Selamat #haji1436H


Innalillahiwainnailaihirojiun ...
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kpd ahli keluarga nya.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

#haji1436H
#jemaahmalaysia

Ya Allah, Ya Tuhan Kami


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

 Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

KAKI KOMEN OGOS 2015 #KISAHHIDUPKU ...


Haaa ... Nie lah kaki komen blog nie bagi bulan Ogos 2015 ... 
Meriah nyer ... Ada yang baru ... Ada yang masih kekal ... 

Terima kasih ler kat korang semua ... 
Yang rajin datang singgah + komen kat blog aku nih ...

Jom terjah blog dia orang plak ...
1. Ms. Kejupenyet

Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ...
Terima kasih bebanyak korang-korang ...
Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...
Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...