Search This Blog

7 Mutiara Kata Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Setahun sudah berlalu ...
Pemergiannyer amat dirasai ...
Tiada galang ganti ...


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدْ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَما نَقَّيْتَ الثَّوْبُ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Ya Allah, ampunilah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.


Di sini merupakan antara 7 mutiara kata yang pernah diungkapkan oleh Allahyarham Tok Guru :

1 . "Jika kereta rosak , mekanik akan membaikinya . Jika tubuh badan bermasalah , doktor yang akan mengubatinya . Jika kehidupan manusia bermasalah , maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk . Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syarat Allah bila berdepan dengan masalah"

2 . "Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu . Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar . Binatang ternakan contohnya , boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya , tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain . Berbeza dengan manusia , sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas"

3 . "Kita tanam lada , 40 hari dapat hasil boleh jual . Tanam terung , dua tiga bulan dapat hasil . Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan . Jika projek yang besar seperti tanam getah , bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun . Semakin besar projek tersebut , semakin besar untungnya . Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar . Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil"

4 . "Jika memandu kita perlukan lesen , menggunakan senjata api perlukan lesen , maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen . Lesen itu ialah Islam . Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen"

5 . "Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati , ada Allah SWT sedang memantau . Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa , tanpa ada yakin seperti itu manusia akan hilang brek . Kalau kereta hilang brek , ia akan terjun ke gaung . Tapi kalau manusia hilang brek , dia akan terjun ke neraka"

6 . "Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam . Kerana itu pemuda mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat . Saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya . Pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda , saya hanya mahu datang dan dengar"

7 . "Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna . Di akhirat kelak akan ditanya , setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya . Sebab itu , saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti . Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk , beras dan keperluan hidup"

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman .
Al-Fatihah 
( Nik Aziz Nik Mat | 1931 - 2015 )

Ekspedisi Gunung Senyum

Alhamdulillah ... Cuti yang panjang kali nie dapat kami sekeluarga manfaatkan bersama ... Kami jalan-jalan dalam Malaysia jer ... Kalau di awal cuti aku dan anak-anak dah ker Muzium Negara ... Kali nie dengan bersemangat nyer kami menjelajah ker Gunung Senyum ... Korang tau tak yang sebenar nyer Gunung Senyum terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki) ... Tinggi tu ... Tapi aku tak de ler manjat sampai ker puncak ... Walaupun aku dah 16 tahun kawen ngan orang Jengka 17 tapi tak pernah lagi sampai sini ... Dah berpuluh-puluh kali lalu tak terfikir plak nak singgah ... Ntah cam ner ari tu BigBoss bleh terfikir nak bawak ke sini ... Haisshhh, mintak nyawa ... Mintak nyawa ... Oksigen please ... 

Gunung Senyum nih sebenar nyer mempunyai banyak gua tapi masih ramai yang tak tahu kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik ... Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan, Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh ... Gua yang menjadi pilihan pengunjung plak  ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular ... Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu ... Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nisan di dalamnya ... Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu ...Gua Silat plak mempunyai kawasan lapang seperti tempat orang berlatih silat ... Nih maklumat dari BigBoss, dia pernah sampai sini masa muda remaja dulu ... 

Memula sampai tu terus kita orang ker Gua Jebak Puyuh ... Jauh jugak nak masuk ke dalam tu ... Kalau ikut kata depa memakan masa 45 minit jer ... Tapi kita orang nih kan bawak bebudak, tambahan aku yang !@#$% nie ... Ambik masa lebih skit ... Sambil-sambil tu dapat ler bebudak nih mengenal pacat ... Memula kena menjerit-jerit ... Peh tu dah ok dah ... Boleh tarik sendiri and buang ...

Abang Ngah dan Kakak ... 
Masing-masing masih bersemangat dan sihat walafiat ...

Putra yang cool ... Tak banyak kerenah ... 
Orang nak dukung tapi tak mau ...
Nak jalan sendiri ...

Aku yang masih bersemangat waja ... Depan sekali tuuu...
Huhuhu ...

Mana lah tak lewat ... Asyik berposing jer keje nyer ...
Muka dah nampak ada penat nyer tu...


Aku kagum tengok pokok nih ... Tak pasti pokok apa ... Mesti pokok nih dah berusia ... Tengok lah akar nyer tu ... Putra tu bukan pegang gajet, tapi pegang keropok ... Sambil jalan dalam hutan sambil makan keropok ... Berpuluh-puluh kali aku pesan kat bebudak nih, jangan buang sampah, jangan buang sampah ... Memang ada pengunjung yang buang sampah merata-rata ... Tak berkenan aku tengok ... Sayangilah alam sekitar yang dah tinggal tak banyak mana pun nie ...

Gua Jebak Puyuh
Nie lah dia gua nyer ... Yesss, sampai jugak ... Walaupun dalam tidak kecukupan oksigen, aku berjaya sampai ... Last buat aktiviti lasak masa zaman belajar kat UM dulu ... Kira-kira 20 tahun lepas ... Semput Mak tau ... Kami tak masuk jauh ke dalam gua pun ... Macam agak susah sebab kena merangkak-rangkak plak ... Dah selesai photoshoot, patah ler balik kami ker pangkal jalan ... Rilex rilex jer sebab hari masih terang ...


Pokok apa tak tau ... Kagum tengok akar nyer ...
Berapa lah usia agak nyer ...

Pokok Kayu Arang 
Memandangkan aku yang dah agak kurang cergas ... Perjalanan turun agak memakan masa ... Maka sempat ler BigBoss mengambil gambar-gambar pokok yang ada kat dalam hutan tu ... Turun nih bukan terus balik tau ... Kita orang menuju ke gua lain plak...



Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum nie ialah mengenai kisah Tok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini ... Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia ... Wallahua'lam ...  Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi ...

Bekas peninggalan kawasan kajian ... Dari kajian arkeologi, hutan lipur ini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik ... Korang cari ler sendiri ape mende zaman mesolitik tu ... Hehehe ...

Sebahagian batuan dalam gua ... Macam bentuk gorilla kan ...

Tangga tu kalau panjat boleh ler sampai ker gua-gua yang lain plak ... Kira cam senang lah sikit , tak yah panjat-panjat dah ... Tapi jenuh jugak ...

Sedang melihat sekitar gua ... Tengah pikir nak panjat tangga lagi ker tak ...

Abang Long nak memanjat lagi ... Semangat budak nih ...
Kalau korang tengok, pagar-pagar keselamatan pun ada dibina kat tepi-tepi tu ... Tapi tak semua kawasan lah ... Perlu berhati-hati agar tak terjatuh semasa memanjat ... Seriau aku menjengok ke bawah tu ... 

Tumbuhan hutan di sekitar gua nih ... Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan ... Berdasarkan penerangan, terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait .... Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN ... Harap-harap depa menjalankan tugas dengan jaya nyer ... Sebab aku tengok macam tak berjaga jer ...

Sekian lagi ekspedisi kali ini ... BigBoss kate nak repeat lagi ... Boleh ler buat persediaan yang lebih baik ... Pakaian yang sesuai ... Bekalan yang mencukupi ... Takmo bawak aku ler tu...

Lawatan Ke Muzium Negara

Awal minggu percutian hari tu BigBoss ada aktiviti lasak masuk hutan di Ulu Yam ... Kami nak ikut tak dibagi nyer ... Huwaaa ... Nak buat ape nih ... Sebaik ler adik aku dari Penang ada balik sini ... Anak nyer plak sibuk nak ker Muzium Negara ... Minat sejarah budak nie, kata Mak nyer lah ... Memula tu depa tak ajak pun ... Anak aku ler nak ngikut ... Maka aku pun dengan tak malu nyer ngikut ler sama ... Ehehehe ... Muzium pun muzium lah ...

Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara ... Bangunan Muzium Negara yang ada sekarang dibina di atas tapak Muzium Selangor yang dibuka pada 1906 ... Bahagian kanan Muzium Selangor musnah terkena sasaran bom yang dilepaskan pesawat B29 milik Tentera Berikat semasa Perang Dunia Kedua pada bulan Mac 1945 ... Tulah dia serba sedikit penerangan yang aku dapat ...

Bangunan Muzium sekarang terdiri daripada empat balai pameran tetap ... Balai pertama yang dikenali sebagai Balai ‘A’ mempamerkan bahan-bahan kebudayaan rakyat Malaysia, manakala balai kedua yang dikenali sebagai Balai ‘B’ pula mempamerkan artifak-artifak sejarah Tanah Melayu, penemuan-penemuan arkeologi, kraftangan tradisional, koleksi Numesmatik, senjata-senjata Melayu dan Orang Asli ... Pada tingkat keduanya pula terdapat Balai Pameran ‘C’ yang mempamerkan pelbagai koleksi alam semula jadi negara seperti mamalia, reptilia, serangga, burung, ikan, geologi dan lain-lain lagi ... Balai ‘D’ pula mempamerkan bahan-bahan yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi negara seperti tanaman komersial, industri perlombongan bijih timah, perikanan dan pengangkutan awam ... Dewan Tengah Muzium Negara digunakan sebagai tempat mengadakan pameran-pameran sementara ...

Jom skodeng gambar ...


Kereta bomba zaman dahulukala ...


Jom ... Jom masuk dalam plak ...

Ruang tengah muzium ... Kawasan pameran sementara ...

Gelap plak gambar nyer ...

Kulit kayu aku rasa ... Mungkin digunakan sebagai kertas zaman dahulu kala ...

Adik aku, adik ipar aku dan Putra ... 
"Putra dah tak takut ngan PakLang"

Bunga Mas ...

Setelah selesai melawat seluruh Muzium Negara ... Bebudak adalah yang paling gembira ... Anak-anak gembira, mak bapak suka hati ... Mana tak suka dapat berlari sana sini ... Dah penat-penat tu memang ler lapor ... Tak mo makan kat situ sebab coz nyer tinggi dan tak de banyak pilihan ... Untuk memujuk hati yang lara, PakLang belanja makan aiskrim dulu ... Suka PokCik jual aiskrim tu ... Murah rezeki depa ...


Untuk mencari makan yang ok ... Kami terpaksa mengharungi kesesakan jalanraya ... Biasalah Kuala Lumpur ... 

Semua nyer kelaparan ...
Bismillahirrahmannirrahimmm ...


Sempat lak makan pulut mangga yang sedap nie ...
Sampai lupa nak tengok & snap nama kedai ...

Alhamdulillah ...

Sumber Gambar :

TOLONG LIKE ...


Assalamualaikum & Salam Sejatera kengkawan ...

Mohon LIKE status nie kat link bawah nie eak ...
Terima Kasih ...



Saya masuk contest nie sebenar nyer ...

Kempen Emas 1 Bulan Dari SaidilaDotCom Dan Info Emas Dinar ...


Friends Day Video

Aku cuba kat FB ...
Ini lah hasil nyer ...
Jom tengok ... Ape jadi & sape yang ade ...
Pandai-pandai FB jer nih dan aku yang malas nak edit ...
Huhuhu ...


KEPUTUSAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1 DAN 4 TAHUN 2016

Alhamdulillah & Tahniah ... Anak sedara saya merupakan salah seorang yang diterima masuk ke MRSM ... Semoga berjaya dengan cemerlang eak ...
Keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2016 boleh disemak mulai 4/2/2016.
Tarikh bagi pendaftaran pelajar baru adalah pada 15/2/2016 (kecuali MRSM Kuala Krai pada 20/3/2016)
Semakan boleh dibuat melalui portal seperti berikut:

Tingkatan 1

Tingkatan 4

BILIK TIDUR MICKEY & MINNIE MOUSE

Hai ... Korang-orang buat ape tu ?? 
Memandangkan cuti yang panjang dah bermula, mesti ramai yang balik kampung ...
Aku berkampung jer kat umah nie ngan bebudak nie ... Haru-haru ...
Disebabkan banyak masa terluang, maka rajin ler aku skodeng sana-sini sambil berangan-angan ...
Jom join sekali kengkawan ... 

Yang nie sesuai untuk anak perempuan kan ...

Kalau bilik besar boleh ler buat cam nie ...

Aku suka warna biru, tapi aku rasa yang nie macam gelap sangat plak bili nanti ...

Yang ok ... Set lengkap sekari ngan almari, meja belajar dan cermin ...

Cam serabut skit, coz aku tak suka banyak2 bende atas lantai ...

Yang nie aku suke ... Sempoi jer ...

Kalau lah ...

Geram aku nengok nyer ... Walaupun aku bukan lah pecinta Mickey & Minnie Mouse ... Tapi kalau dapat buat untuk kesayangan kita best kan ... Tapi tu lah aku rasa berangan jer lah dulu ... Suatu hari nanti mungkin tak lah dah ... Coz depa dah besar ... Bagi yang mampu sila kan ...

Sumber Inspirasi :

TAZKIRAH JUMAAT #49 | JANGAN MARAH

Semua orang pernah rase marah kot ... Aku pun selalu jugak rase marah ... Marah ni banyak sebab ... Macam aku yang dok umah nie marah aku biasa nyer coz anak-anak tak dengar cakap lah ... Kalau orang lain mungkin bergantung kepada sapekah korang kan ... Cikgu ker , Doktor ker, Peniaga ker ...  Kalau kita bijak, kita boleh kawal marah kita tu ... Dan kadang-kadang marah bukan hanya melibatkan orang, kita juga boleh marah pada benda, kerja atau diri sendiri ... Betul tak? :)

Menerusi Surah Al-Baqarah Ayat 41-45, Allah swt menjelaskan kaedah untuk berdepan dengan masalah yang membangkitkan rasa marah ... Apa yang perlu dilakukan ialah beristighfar pohon keampunan Nya ... Sebabnya, kemungkinan besar masalah yang kita hadapi adalah salah satu kifarah terhadap dosa-dosa kita ... Huwaaaa ... Peh tu, boleh ler ambil wudhu' dan mendirikn solat ... Biasa nyer marah tak membabitkn masa yang lama, hanya around 5 minit jer, selebih nyer adalah ego, imej, maruah dan segala bentuk penyakit hati yang membuatkan kita keras hati dan berdegil dengan pendirian kita ... Kadang-kadang kita nih bila dah terlalu marah, fikiran pun tak berapa rasional ... Semua nampak tak kena ... Semua nyer nampak salah ... OH, sakit nyer hati masa tu kan  ... Sebab tu kita kena cepat bertenang ... 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w, “Berilah saya nasihat.” Baginda bersabda, “Jangan marah” Lelaki itu terus mengulang-ulang permintaannya dan baginda tetap menjawab, “Jangan marah.” (HR. Bukhari)

Jadi, jangan serabutkan fikiran kita dengan marah-marah ... Buatlah apa sahaja yang korang rasa sesuai nak hilangkan rasa marah tu ... Kalau kita bertenang dan tak marah-marah, orang pun suka kita kan ? :) Muahaha, jangan depa pijak kepala dah ler ...

Org klu tengah marah nie dikuasai setan ... Benda buruk yang tersimpan dari lubuk hati yang paling dalam pun semua diungkapkan balik ,,. Nauzubillahiminzalik ... Marah jadi ' highway' bagi syaitan dalam urat darah kita untuk melaksanakan kerja nya ... "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api. Apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk."


Marah nie juga bahaya untuk kesihatan kita ... Apabila marah, hormon noradrenalin beracun akan dikeluarkan ... Ini akan menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit ... Ingat tu ... Hormon noradrenalin, bukan hormon nora danish ... Ehehehe ...

Beberapa langkah yang perlu diamalkan untuk mengurus perasaan marah ...


 Kalau korang rasa nak marah sangat ... Kalau tengah berdiri, bawak-bawak ler duduk   Kalau tengah duduk, bawak bawak ler baring ... Hehehe ... Jangan tido plak ... Kalau ada air boleh ler minum ... Rasa dah tenang skit ambil wudu ... Lepas tu boleh ler bincang balik ... Kalau rase tak boleh ... Ambik sedikit ruang masa ... Menenangkan diri masing-masing ... Masalah yang ada kena selesaikan jugak ... Jangan lari daripada masalah ... Kalau rase tak boleh nak handle, boleh ler mohon bantuan orang yang rapat dan boleh dipercayai ... Dan paling penting ... Solat ... Solat ... Solat ... Mohon pertolongan dan petunjuk daripada Nya ...

Wallahua'lam ...

MUKHRIZ LETAK JAWATAN

Setelah kecoh berminggu-minggu pasal status MB Kedah ... Akhir nyer ...


SAH ... Mukhriz letak jawatan Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta merta ... Aku tak tahu ape agenda depa nie ... Aku rase diarah letak jawatan, nampak ler baik sikit kot ... Aku memang tak berapa gemar ... Aku tak kisah sape pun MB KEDAH ... Aku amat mengharapkan PM BARU ... Huwaaa ... Bila kah nak dapat ... Tak sabar rase nyer ...

[PENAFIAN] SUHU SEJUK MELANDA NEGARA

 Kelmarin kecoh ler konon nyer penduduk di sekitar Perak dan Kelantan akan merasai cuaca sejuk dan nyaman seperti musim bunga di London bulan Februari nie ... Berita kononnya suhu sejuk sehingga  mencecah 20 darjah celsius akan melanda negara ... Baru jer fefiling duk obersea kan ... Sekali MET nafikan ... Huwaaaa  ... Panas lagi ler jawab nyer ... 

WORDLESS WEDNESDAY - 98 | VIRUS ZIKA

Diftong, Digraf, Konsonan Bergabung, Vokal Berganding



Hai kengkawan ... Korang buat ape tu ? Dah sarapan ? Oklah nie saya nak cerita kisah yang berlaku hujung minggu lepas ... Biasa lah hari cuti layan kerenah bebudak jer ... Berkumpul beramai-ramai buat keje sekolah ... Saya seperti biasa akan menajdi Cikgu Tuisyen yang garang ... Garang pasai apa ... Pasai saya tak suka tengok tulisan buruk cincai boncai ... Belum ape2 saya akan komplen tulisan buruk nak cepat siap dia orang ... Habis berkerut-kerut muka dia orang ... Huhuhu ... Lagi satu aku tak suka tengok bebudak nie buat garisan tak guna pembaris ... Peh tu garis plak senget benget ... Padahal garisan buku dah ada, memang kena padam ... Habis lah merajuk dulu sebelum siap keje sekolah ... Huhuhu ... Lagi satu kalau buat homework matematik kena ada kertas conteng untuk buat jalan kira ... Kah kah kah ... Merajuk lagi depa ... Mak aihhh panjang nyer plak lahai pendahuluan karangan pagi nie ...

Fatiha tengah leka buat homework minggu lepas ... Fatiha jarang kena marah, sebab tulisan cantik dan kerja yang kemas ... Dia yang selalu marah aku sebab aku tak tau jawab soalan yang dia tanya ... Mana tak nyer kalau tanya bahasa arab memang lah aku tak tau ... Ari tu dia tengah buat homework bahasa melayu ... Baca karangan pendek, jawab soalan ... Senang jer lah nak ajar buat ayat ... Peh tu ... Berlaku lah gegak gempita sekejap sebabkan aku tak dapat jawab soalan dia tanya ... "Ibu, yang bawah nie cam ner ?" ... Hmmmm, aku pun baca lah soalan nyer ... Lebih kurang macam nie soalan nyer ... "Kelas kan perkataan-perkataan berikut mengikut jenis nyer" ... Adalah beberapa perkataan yang buku tu tulis ... Kerbau, nyanyi, serang, muara, traktor, stesen, keluar, rumpai ... Jenis-jenis nyer plak Diftong, Digraf, Konsonan Bergabung, Vokal Berganding ... Dalam hati aku ape punye soalan plak nie ... Sekali lalu baca memang aku tak tahu ... Aku pun tanya lah dia amende semua tu ? Fatiha pun tak tahu ... And aku rase budak darjah dua tak perlu kot tau mende-mende tu semua ... Jenuh ler aku menyelak kain ... Ehhh, menyelak buke teks ... Memang tak de penerangan lansung yang boleh memahamkan aku untuk aku terang kan kat dia ... Paling tak pun nak menyelesaikan homework tu ... Yang ada hanya perubahan warna perkataan tersebut ... 

Memang agak huru-hara jugak keadaan masa tu ... Sebab Fatiha tak suka buat keje sekerat-sekerat ... Dia nak habis kan keje tu hari tu jugak ... Aku pun gigih ler menggunakan fb dan wasap bertanya pada kengkawan ... Sebaik ramai yang membantu ... Alhamdulillah ... Jom tengok ... 




 

Aku ambik secara ringkas jer ... Penjelasan secara details ada kot tapi aku malas nak ambik ... Aku rase tak perlu budak darjah dua tau nie semua ... Aku yang tua bangka nie pun baru jer tau ... Huh ... Korang rase cam ner ? Aku tak tau ler masuk dalam silibus ker tak mende2 nie semua ... Budak darjah dua nie baru jer nak asah bakat buat ayat panjang skit ... Kena yang macam nie susah jugak ...


Sumber :