Search This Blog

Lawatan Ke Muzium Negara

Awal minggu percutian hari tu BigBoss ada aktiviti lasak masuk hutan di Ulu Yam ... Kami nak ikut tak dibagi nyer ... Huwaaa ... Nak buat ape nih ... Sebaik ler adik aku dari Penang ada balik sini ... Anak nyer plak sibuk nak ker Muzium Negara ... Minat sejarah budak nie, kata Mak nyer lah ... Memula tu depa tak ajak pun ... Anak aku ler nak ngikut ... Maka aku pun dengan tak malu nyer ngikut ler sama ... Ehehehe ... Muzium pun muzium lah ...

Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara ... Bangunan Muzium Negara yang ada sekarang dibina di atas tapak Muzium Selangor yang dibuka pada 1906 ... Bahagian kanan Muzium Selangor musnah terkena sasaran bom yang dilepaskan pesawat B29 milik Tentera Berikat semasa Perang Dunia Kedua pada bulan Mac 1945 ... Tulah dia serba sedikit penerangan yang aku dapat ...

Bangunan Muzium sekarang terdiri daripada empat balai pameran tetap ... Balai pertama yang dikenali sebagai Balai ‘A’ mempamerkan bahan-bahan kebudayaan rakyat Malaysia, manakala balai kedua yang dikenali sebagai Balai ‘B’ pula mempamerkan artifak-artifak sejarah Tanah Melayu, penemuan-penemuan arkeologi, kraftangan tradisional, koleksi Numesmatik, senjata-senjata Melayu dan Orang Asli ... Pada tingkat keduanya pula terdapat Balai Pameran ‘C’ yang mempamerkan pelbagai koleksi alam semula jadi negara seperti mamalia, reptilia, serangga, burung, ikan, geologi dan lain-lain lagi ... Balai ‘D’ pula mempamerkan bahan-bahan yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi negara seperti tanaman komersial, industri perlombongan bijih timah, perikanan dan pengangkutan awam ... Dewan Tengah Muzium Negara digunakan sebagai tempat mengadakan pameran-pameran sementara ...

Jom skodeng gambar ...


Kereta bomba zaman dahulukala ...


Jom ... Jom masuk dalam plak ...

Ruang tengah muzium ... Kawasan pameran sementara ...

Gelap plak gambar nyer ...

Kulit kayu aku rasa ... Mungkin digunakan sebagai kertas zaman dahulu kala ...

Adik aku, adik ipar aku dan Putra ... 
"Putra dah tak takut ngan PakLang"

Bunga Mas ...

Setelah selesai melawat seluruh Muzium Negara ... Bebudak adalah yang paling gembira ... Anak-anak gembira, mak bapak suka hati ... Mana tak suka dapat berlari sana sini ... Dah penat-penat tu memang ler lapor ... Tak mo makan kat situ sebab coz nyer tinggi dan tak de banyak pilihan ... Untuk memujuk hati yang lara, PakLang belanja makan aiskrim dulu ... Suka PokCik jual aiskrim tu ... Murah rezeki depa ...


Untuk mencari makan yang ok ... Kami terpaksa mengharungi kesesakan jalanraya ... Biasalah Kuala Lumpur ... 

Semua nyer kelaparan ...
Bismillahirrahmannirrahimmm ...


Sempat lak makan pulut mangga yang sedap nie ...
Sampai lupa nak tengok & snap nama kedai ...

Alhamdulillah ...

Sumber Gambar :

5 comments:

  1. Bestnya. Lama tak pergi muzium negara

    ReplyDelete
  2. Ehem.. kulit kayu tu bukan untuk buat kertas.. kulit kayu tu adalah baju lama yang dibuat dari kulit kayu.. di zaman Neoletik.. len kali tanya fotografer.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ler ... Jenuh memikir ari tu ... Last last tanya Luqman ... Yer kata nyer ... Ajaran sesat tul budak tu ...

      Delete
  3. aida da gi muzium negara ni.
    tapi xde entry kat blog :)
    terabai kisah tu.
    aida makan kat cafe dia tau. mahal!
    anak2 semua da lapar, tak boleh la nak buat pe kan.
    then layan ais krim jugak kat parking lot tu ha ha...

    ReplyDelete