Search This Blog

Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Kisah Seorang Pemandu Lori


Assalamualaikum dan Selamat Pagi kengkawan semua ... Kali nie saya nak kongsikan Kisah Seorang Pemandu Lori yang sering meninggalkan Solat Zohor ...

Ada seorang pemandu lori nie sering qada solat zohor di waktu asar kerana hendak mengejar waktu penghantaran supaya tidak lebih dari pukul 5 ...

Pemandu lori sering menghantar barang tapi apabila masuk waktu zohor, dia tidak berhenti sekejap untuk solat kerana dia takut terlambat sampai ke destinasi bagi mengejar masa yang ditetapkan ... Jika lambat akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya ... Dia juga berkata kadang-kadang dia terlambat juga sampai ke destinasi ... Kalau dia solat lagi lah dia lambat ... Dan dia bertemu dengan seorang Ustaz bagi mendapatkan kepastian bolehkah dia buat begitu ... Apakah tindakan dia betul ...

Ustaz menjawab, janganlah membuat begitu ... Takkanlah solat sekejap pun tak boleh ... Disebabkan anda nak kejar masa, saya bagi sedikit cadangan ... Waktu zohor nanti, awak berhenti untuk solat ... Tapi awak solat benda yang wajib je ... Yang sunat awak tak payah buat ... Wirid lepas solat tak payah buat ... Tapi jangan solat dalam keadaan gopoh ... Cuba buat dulu ...


Pemandu lori itu mengangguk lalu dia pun mula melakukan solat zohor apabila sampai waktunya ... Beliau mengambil masa dalam 4-5 minit untuk solat ... Hasil daripada beliau solat zohor itu, beliau tiba ke destinasi 15 minit lebih awal berbanding dengan sebelum ni yang beliau tidak solat zohor ... Langsung tak de jem ... Lancar je perjalanan beliau ... Subhanallah ... Inilah kuasa Allah ...

Kejadian ini memang kerap berlaku di dalam persekitaran kita ... Kita lebih mementingkan tentang perkara di dunia dan sanggup menepikan perkara yang benar-benar penting dan wajib iaitu solat ...

Ramai orang lebih mengejar masa tapi ramai yang terlupa bahawa Allah lah yang menciptakan masa ... Tiada satu pun zarah dalam dunia dapat bergerak melainkan dengan izin Allah tapi di mana kita meletakkan Allah di hati kita ?? Allah berkuasa atas segala-galanya ...

Contoh , jika kita ada 'appointment' dengan klien pukul 2 petang ... Pukul 1 kita dah sampai coffee house ... Tak nak terlambat sebab takut hilang projek ... Solat zohor lebur ... Habis waktu asar baru buat ...

Contoh lagi, Kita keluar rumah atas beberapa urusan, kemudian masuk waktu solat, tapi kita tangguhkan solat tersebut atas alasan pakaian tidak bersih, walhal islam mengutamakan kebersihan dan kita boleh juga bawak pakaian extra letak saja dalam kereta ... Kenapa perlu beralasan dengan Allah ...

Tapi bab solat, kadang nak habis waktu baru kita nak solat ... Langsung kita tak jaga sebab apa ? Sebab kita tak nampk hasil dia di dunia tapi kita lupa tentang akhirat yang kekal selama-lamanya ... Kita tak nampak pahala atau dosa datang bergolek-golek ... Dia yang memberikan kita rezeki, kesihatan malah segala-galanya tapi kita masih meletakkan Allah di tempat kedua berbanding urusan duniawi kita ... Layakkah kita dengan syurga Allah yang tiada tandingannya itu ??

Renungan dan peringatan untuk aku sendiri, suami yang tersayang, anak2 amanah ku, keluargaku serta kengkawan semua ... Semoga bermanfaat buat semua ...

Patahnya Sebelah Sayap

Aku dah terjebak ... Bila dah terlayan, maka haruslah tengok dan tengok lagi ... Korang layan tak drama nih ? Dah episod ke berapa ntah ler ...

Drama nie mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisha (Ummi Nazeera). Alisha menjalinkan hubungan cinta dengan Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan cinta yang terjalin tiada masalah. Alisha sentiasa membantu keluarga Amzar ketika Amzar keluar mencari peluang pekerjaan. Amzar bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Akhirnya Amzar berjaya lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.
Alisha adalah individu yang paling gembira bila impian Amzar untuk menjadi penguam akhirnya tercapai. Alisha telah membeli beberapa helai kemeja untuk Amzar pakai untuk ke tempat kerja. Amzar yang komited pada kerja, berjaya memenangi kesnya yang pertama. Kejayaan itu diraikan bersama Alisha di kedai makan kegemaran mereka. Amzar mengambil peluang itu untuk melamar Alisha dan akibat terlalu gembira dengan kejayaan Amzar, Alisha menerima lamaran tersebut tanpa sebarang syarat. 
Selesai meraikan kejayaan Amzar mereka berdua bergegas pulang menaiki kereta Alisha yang dipandu oleh Amzar. Kebetulan ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Kerana terlalu gembira mereka asyik bergurau senda menyebabkan Amzar terlanggar sesuatu ketika cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang mereka langgar disebabkan oleh hujan lebat ketika itu. Amzar membuat keputusan untuk turun dari kereta dan melihat apa yang dilanggarnya. Setelah kembali semula ke dalam kereta, Amzar menyatakan bahawa dia terlanggar sebuah tong besar. Namun hal yang sebenar dirahsiakan dari Alisha.
Beberapa hari selepas kejadian itu, Alisha terbaca dalam surat khabar mengenai sebuah kes langgar lari. Dia yakin kes itu ada kaitan dengan malam kejadian sewaktu dia dan Amzar berada dalam kereta. Kemudian datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah dan menahannya. Alisha menjadi suspek utama kes langgar lari itu.
Pada awalnya Amzar telah berjanji untuk membela Alisha namun bila kes dibicarakan Amzar menyepi dan membiarkan Alisha bersendirian. Alisha dijatuhi hukuman dua tahun penjara akibat kes langgar lari tersebut.
Dua tahun kemudian, Alisha akhirnya dibebaskan. Dia mula bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel). Tanpa diketahuinya bahawa Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari Amzar.
*****
Ada seorang alim bertanya pada saya, "Apa yang lebah akan cari bila dicampak ke dalam sampah?". Saya jawab, "Dia akan mencari madu,". Orang alim tu bagitau, "Tidak sebaliknya dia akan cari bunga terlebih dahulu, kemudian baru akan datangnya madu". Pastu dia tanye lagi, "Apa yang terjadi apabila lalat dicampakkan ke dalam taman yang dipenuhi dengan bunga?". Saya jawab, "Pasti lalat akan mencari sampah". Kemudian orang alim tu bagitau, "Jadilah kamu seperti mata lebah walaupun ditunjuk akan keburukan seseorang kepada kamu, tetap kamu mencari kebaikannya, sebaliknya janganlah kamu jadi mata lalat walaupun ditunjuk seribu kebaikan seseorang kepada kamu, kamu masih lagi mahu mencari keburukan orang lain,".

Saya tak nak kamu ambil ilmu ini sebagai maklumat tapi ambillah ilmu ini untuk amal dan sampaikan .
Semoga Allah s.w.t. bagi taufiq dan hidayah Nya ...

#amirahbalqis

**********
Menarikan ... Sape2 yang berminat, jangan lupa tonton drama bersiri ini di Slot Samarinda pada setiap Isnin hingga Rabu jam 10:00 malam hanya di TV3 ...


SAPE KETUK TINGKAP ?


Selamat pagi kengkawan ... Hari nie nak cite mistik skit ... Kejadian berlaku Ahad malam .... Ehhh, actually dah masuk Isnin dah pun dalam pukul 12 lebih gitu ... Nak dijadikan cerita, hujung minggu lepas BigBoss kena outstation di Sepang ... Ada race kat sana, BigBoss adalah merupakan krew yang terlibat ... Bukan BigBoss yang bawak kete nyer ... 

Siang tu adalah Hari Karnival SKGS 2016 ... Memang kepenatan lah hari tu ... Bebudak nie pun kepenatan dan mengantuk ... So, untuk makan malam aku dah beli siap-siap kat pasar malam ... BigBoss tak balik lagi  ... Biasa nyer akan sampai lebih kurang lepas Maghrib cam tu ... Lepas selesai makan malam kami anak beranak lepak-lepak depan tv sambil layan mata yang mengantuk ... Sampaikan tertidur ... Dalam pukul 11 lebih aku terjaga ... Eh, lewat nyer dah, BigBoss tak sampai lagi ... Aku pun angkat Putra masuk bilik ... Yang lain-lain bergelimpangan depan tv tu lah ... Malas aku nak gerak, kang dah terjaga susah plak nak tidur balik ... Aku call BigBoss dah on the way ... Tapi jauh lagi ... Aku pun masuk bilik ... Landing atas katil ... Luqman masih lagi menonton TV ... Memang spesis tido lambat budak nih ... 

Dalam pukul 12 lebih BigBoss sampai ... Aku dalam mamai-mamai tu bukak kan pintu ... Kemas barang-barang yang BigBoss bawak balik ... Terus masuk bilik and terus tdur ... Memang niat nak tidur betul-betul lah dah kan ... Tak lama lepas tu aku terkejut ... Aku dengar orang ketuk tingkap bilik aku ... Jap ... Jap ... Aku macam terbayang-bayang BigBoss yang balik ... Biasa nyer kalau aku dah tidur memang BigBoss akan ketuk tingkap bilik tu untuk kejut kan aku, kalau dia balik lambat lah  ... Haaa, BigBoss memang tak bawak kunci spare ... Memang takde pun kunci kedua ... Aku pun bergegas lah nak bukak pintu ... 

Elok sampai kat hall aku tengok BigBoss dah tertidur ngan bebudak kat situ, keletihan ... Ehhh,,, Memang lah BigBoss dah balik ... Huwaaa ... Sape plak yang ketuk tingkap bilik aku tadi .... Huhuhu ... Misteri jugak nih ... Aku pi bilik air, basuh kaki, basuh muka ... Sambung tido balik ... Memang tido lah sebab ngantuk ... Tapi sampai hari nie aku still memikir kan sape ketuk tingkap bilik aku tu ... Betul betul berlaku or aku mimpi ... Atau aku terbawak-bawak kebiasaan kalau BigBoss balik lambat ... Jeng ... Jeng ... Jeng ... Aku tak cerita kat sape-sape pun ... Kang depa takut ... Aku jugak yang susah ...

Ekspedisi Gunung Senyum

Alhamdulillah ... Cuti yang panjang kali nie dapat kami sekeluarga manfaatkan bersama ... Kami jalan-jalan dalam Malaysia jer ... Kalau di awal cuti aku dan anak-anak dah ker Muzium Negara ... Kali nie dengan bersemangat nyer kami menjelajah ker Gunung Senyum ... Korang tau tak yang sebenar nyer Gunung Senyum terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki) ... Tinggi tu ... Tapi aku tak de ler manjat sampai ker puncak ... Walaupun aku dah 16 tahun kawen ngan orang Jengka 17 tapi tak pernah lagi sampai sini ... Dah berpuluh-puluh kali lalu tak terfikir plak nak singgah ... Ntah cam ner ari tu BigBoss bleh terfikir nak bawak ke sini ... Haisshhh, mintak nyawa ... Mintak nyawa ... Oksigen please ... 

Gunung Senyum nih sebenar nyer mempunyai banyak gua tapi masih ramai yang tak tahu kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik ... Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan, Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh ... Gua yang menjadi pilihan pengunjung plak  ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular ... Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu ... Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya ... Gua Merlapdikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu ...Gua Silat plak mempunyai kawasan lapang seperti tempat orang berlatih silat ... Nih maklumat dari BigBoss, dia pernah sampai sini masa muda remaja dulu ... 
Masing-masing masih bersemangat dan sihat walafiat ...

Memula sampai tu terus kita orang ker Gua Jebak Puyuh ... Jauh jugak nak masuk ke dalam tu ... Kalau ikut kata depa memakan masa 45 minit jer ... Tapi kita orang nih kan bawak bebudak, tambahan aku yang !@#$% nie ... Ambik masa lebih skit ... Sambil-sambil tu dapat ler bebudak nih mengenal pacat ... Memula kena menjerit-jerit ... Peh tu dah ok dah ... Boleh tarik sendiri and buang ...

Abang Ngah & Kakak ...

Aku yang masih bersemangat waja ... Huhuhu ...

Putra yang cool ... Tak banyak kerenah ... Orang nak dukung tapi tak mau ...
Nak jalan sendiri ...

Mana lah tak lewat ... Asyik berposing jer keje nyer ...

Aku kagum tengok pokok nih ... Tak pasti pokok apa ... Mesti pokok nih dah berusia ... Tengok lah akar nyer tu ... Putra tu bukan pegang gajet, tapi pegang keropok ... Sambil jalan dalam hutan sambil makan keropok ... Berpuluh-puluh kali aku pesan kat bebudak nih, jangan buang sampah, jangan buang sampah ... Memang ada pengunjung yang buang sampah merata-rata ... Tak berkenan aku tengok ... Sayangilah alam sekitar yang dah tinggal tak banyak mana pun nie ...

Gua Jebak Puyuh
Nie lah dia gua nyer ... Yesss, sampai jugak ... Walaupun dalam tidak kecukupan oksigen, aku berjaya sampai ... Last buat aktiviti lasak masa zaman belajar kat UM dulu ... Kira-kira 20 tahun lepas ... Semput Mak tau ... Kami tak masuk jauh ke dalam gua pun ... Macam agak susah sebab kena merangkak-rangkak plak ... Dah selesai photoshoot, patah ler balik kami ker pangkal jalan ... Rilex rilex jer sebab hari masih terang ...

Pokok apa tak tau ... Kagum tengok akar nyer ...
Berapa lah usia agak nyer ...

Pokok Sesendok
Pokok Kayu Arang 
Memandangkan aku yang dah agak kurang cergas ... Perjalanan turun agak memakan masa ... Maka sempat ler BigBoss mengambil gambar-gambar pokok yang ada kat dalam hutan tu ...


Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum nie ialah mengenai kisah Tok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini ... Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia ... Wallahua'lam ...  Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi ...

Bekas peninggalan kawasan kajian ... Dari kajian arkeologi, hutan lipur ini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik ... Korang cari ler sendiri ape mende zaman mesolitik tu ... Hehehe ...

Sebahagian batuan dalam gua ... Macam bentuk gorilla kan ...

Tangga tu kalau panjat boleh ler sampai ker gua-gua yang lain plak ... Kira cam senang lah sikit , tak yah panjat-panjat dah ... Tapi jenuh jugak ...

Sedang melihat sekitar gua ... Tengah pikir nak panjat tangga lagi ker tak ...
Abang Long nak memanjat lagi ... Semangat budak nih ...
Kalau korang tengok, pagar-pagar keselamatan pun ada dibina kat tepi-tepi tu ... Tapi tak semua kawasan lah ... Perlu berhati-hati agar tak terjatuh semasa memanjat ... Seriau aku menjengok ke bawah tu ...

Tumbuhan hutan di sekitar gua nih ... Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan ... Berdasarkan penerangan, terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait .... Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN ... Harap-harap depa menjalankan tugas dengan jaya nyer ... Sebab aku tengok macam tak berjaga jer ...

Sekian lagi ekspedisi kali ini ... BigBoss kate nak repeat lagi ... Boleh ler buat persediaan yang lebih baik ... Pakaian yang sesuai ... Bekalan yang mencukupi ... Takmo bawak aku ler tu ...

Yang Mana Satu Betul ?

Kisah semalam ... Pepagi dapat sad news pasal budak mati kena renjatan elektrik ... Punca nyer budak tu masukkan charger telefon dalam mulut ... Charger tu plak tak beroff ... Geram betul bila dengar berita-berita kecuaian ibubapa ... Memjelang ke petang lain plak cerita nyer ... 

Nie ler kisah memula yang aku dapat 

Nie cerita kedua yang aku terima ...

Nie plak cerita versi yang ketiga ...

Adoiii haii ... Pening kepala ... Tak tau lah mana satu yang betul ... Korang rase cam ner ? Sape lah yang rajin mereka-reka cerita tu ?? Apekah kebaikan yang dia orang dapat ?? Apekah kepuasan yang dia orang perolehi ?? Macam-macam lah Malaysia nie ...

Kisah Lobak, Telur & Kopi

Kisah bermula di suatu petang ... Ramai yang menanti dengan penuh debaran ... Pengumuman telah diwar-warkan ... Tunggu punyer tunggu dibatalkan plak ... Tak pasal pasal naik trafik depa, duit pun banyak ler dapat tu ... 

Dalam pada menunggu pengumuman yang dibatalkan ... Bersembang ler mereka-mereka itu ... Dari kapal terbang sampai ler ker banjir ... Termasuk jugak kisah lobak, telur dan kopi ...

Lobak ... Sedap dibuat jus ... Kalau tengok rupe asal, cantik dan keras ... Tapi bila kena air panas ... Rebus lah kottt, lembut lah jadi nyer ... 

Telur plak ... Yang dalam nyer lah kottt ... Memula tu lembut, cair ... Tapi bila dah kena air panas, keras lah ia ... 

Kopi, buruk sungguh rupa ... Hitam, gelap ... Bila kena air panas, jadi ler kopi o ... Sedap di minum ... Ramai yang suke ...

Air panas tu ibarat ujian dan musibah yang menimpa ... So, kita disarankan jadi seperti kopi ... Coz lepas terima musibah dan ujian, kopi menjadi lebih berguna ... Sedap di minum, buat hilang mengantuk ...

Wallahua'lam ...

Kisah Kena Sembelih ...

Semoga kisah yang dipaparkan menjadi pengajaran buat kita semua ...
Nauzubillah ...
_________________________________________________

Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke atas mereka.

Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang.

Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orangPLUSLine.

Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju

Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.

Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.

Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.

Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..."

Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.

Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."

Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.

Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!

Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku.


Cuti2 Malaysia 2011

Alhamdulillah ... Akhirnyer berkesempatan membawa anak2 bercuti ... Destinasi pilihan kali ini adalah Bukit Merah Waterpark ... Oleh kerana nak menjimatkan wang ringgit, kami pilih untuk menetap di Taiping Golf Resort ...

Malam pertama terpaksa lepak2 jer kat bilik hotel oleh kerana cuaca tak mengizinkan ... Lagipun kepenatan mengharungi perjalanan jauh (jauh ler sangat) ... Sebaik petang tu dah sempat terjun kolam ... Sampai kecut2 madi ... Menggigil-gigil ...

Projek hari kedua bercuti ... 
Bukit Merah Laketown Waterpark ...

Bergambar jer ...

Nie pun bergambar jer ... Tak pergi pun ...

Walaupun kepenatan ... Kami gagah kan juga sebab dah janji ngan bebudak ...
Destinasi malam kedua ... Zoo Taiping & Night Safari ...

Kami naik tram jer ...


Tak banyak gambar binatang yang sempat diambil ... 
Suasana malam yang gelap juga tak mengizinkan gambar diambil ...

Big Boss sesaje snap nak tunjuk skil ler tu ...

Sebelum balik ker hotel kami singgah makan ...
Sampai jer kat hotel memasing membersihkan diri dan menidurkan diri tanpa dipaksa2 ...

Projek hari ketiga ... Mandi kolam lagi ...
Mak nyer dah malas nak join ... Boleh ler snap gambar ...

Terjun kolam berirama ...

Hehehe ...


Pukul 11.30 am ... Semua perenang-perenang kebangsaan diarahkan naik untuk bersiap sedia kembali ke tempat tinggal ... Sebelum tu sempat singgah di Kuala Kangsar ...

Ada kat sini kut enjin pesawat yang hilang tu ...

Alhamdulillah ... Perjalanan pergi dan balik selamat ... 
Semua nyer bergembira ...
Insyaallah, ada masa ... ada ongkos nyer ... Jika diizinkanNya ...
Berjalan lah lagi kita next year ... Okay anak2 ... Janji belajar rerajin ...

Berat Nyer Dugaan ... Kisah Norma-Talib

Ari tu aku ada wat entry pasal kisah pasangan nie kat sini  Berat Nyer Dugaan ...
Baru2 nih kisah mereka telah keluar kat MHI TV3


Kisah yang meruntun jiwa ... Sungguh tabah keluarga ini ...

Moon punyer blog


Sahabat2 ... Sama2 lah kita doakan keluarga ini ...



"Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Ya Allah Ya Tuhan Ku .... Permudahkanlah urusan keluarga ini ... Amin."

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN....3


sambungan cerita daripada n3 yang lepas ...  KALAU TAK SUKA, PULANGKAN... dan KALAU TAK SUKA, PULANGKAN....2


    “Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
    “Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
    Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
    “Awak masak apa?”
    “Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
    “Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
    “Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
    “Keluar!”
    “Mama dah masak Pa!”
    “Awak saja makan!”
    “Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
    Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
    “Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
    “Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
    “Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
    “Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
    Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

    Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
    “Laila..” serunya
    “Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
    “Sunyi pulak rumah ni mak,”
    “Lama-lama kau biasalah.”
    Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

    ———————————————————————————-

    “Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
    “Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
    “Tak ada lah?”
    “Ingat papa ni cop duit?”

    Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
    Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
    “Awak tak sihat ke?”
    Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
    “Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
    Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

    “Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

    Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

    “Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
    Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

    “Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
    “Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

    Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

    ———————————————————————————–

    “Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
    Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

    Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
    “Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
    “Abang!”
    “Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

    Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

    Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

    “Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
    “Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
    Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
    “Laila”

    —————————————————————————————————-

    “Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
    “Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
    “Ikut boleh?”
    “Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
    “Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
    “Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
    “Papa pesanlah..”
    “Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
    “Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
    “Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
    Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
    “Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
    “Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
    “Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

    Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

    “Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
    Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

    “Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
    Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

    “Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
    Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

    “Kalau tak suka pulangkan,”
    Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

    Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
    Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
    Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

    Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
    Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

    KALAU TAK SUKA, PULANGKAN....2

    sambungan cerita daripada n3 yang lepas ...  KALAU TAK SUKA, PULANGKAN....

    “Saya nak ke out station minggu depan.”
    “Lama?” Soal Laila.
    “Dalam seminggu.”
    “Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
    “Budak-budak? “
    “Ikut jugalah.”
    “Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
    “Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

    Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

    ” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
    “Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

    Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

    “Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
    “Manalah saya ada masa..”
    “Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
    “Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
    Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
    “Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

    KALAU TAK SUKA, PULANGKAN....

    Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

    “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
    “Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
    Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
    “Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

    Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

    “Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
    Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

    “Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

    “Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

    “Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
    “Fail saya kat depan tu mana?”
    “Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
    “Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
    Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

    Nantikan sambungan nyer next n3 ...