Search This Blog

Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

BANTUAN KHAS HARI RAYA 2016


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak umum Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan Aidilfitri ... Pesara kerajaan pula akan mendapat bantuan khas RM250 sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka ... Pembayaran akan dibuat pada 13 Jun 2016 ...

Amboiii,  syok lah korang eak ... Bagus lah PM sekarang, amat memahami ...

#BantuanKhasHariRaya2016
#Aidilfitri
#MalaysiaMasihAman
#syukuralhamdulillah

GANGGUAN BEKALAN AIR SELAMA 36 JAM DI SELANGOR


KENYATAAN MEDIA
(2 MAC 2015 / 11 JAMADIL AWAL 1436H)
KERAJAAN NEGERI NAFI GANGGUAN BEKALAN AIR SELAMA 36 JAM DI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor menyangkal dakwaan berlaku gangguan air selama 36 jam di seluruh Selangor seperti yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib, berkata ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan maklumat palsu dengan niat menimbulkan panik dalam kalangan pengguna.

Maklumat yang tersebar  menerusi aplikasi Whatsapp itu sama sekali tidak benar.

Pihak Kerajaan Negeri menyeru kepada semua pengguna agar tidak membuat spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang awam khususnya pengguna di Selangor.

Pengguna disaran melayari laman sesawang SYABAS iaitu  HYPERLINK http://www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini.

Pihak Kerajaan Negeri Selangor amat kesal diatas insiden yang berlaku dan berharap agar para pengguna Whatsapp meneliti dahulu maklumat yang diterima sebelum membuat sebaran kepada umum.
Sekian terima kasih.


Y.B. ZAIDY BIN ABDUL TALIB 
Pengerusi 
Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. Negeri Selangor

Kisah Lobak, Telur & Kopi

Kisah bermula di suatu petang ... Ramai yang menanti dengan penuh debaran ... Pengumuman telah diwar-warkan ... Tunggu punyer tunggu dibatalkan plak ... Tak pasal pasal naik trafik depa, duit pun banyak ler dapat tu ... 

Dalam pada menunggu pengumuman yang dibatalkan ... Bersembang ler mereka-mereka itu ... Dari kapal terbang sampai ler ker banjir ... Termasuk jugak kisah lobak, telur dan kopi ...

Lobak ... Sedap dibuat jus ... Kalau tengok rupe asal, cantik dan keras ... Tapi bila kena air panas ... Rebus lah kottt, lembut lah jadi nyer ... 

Telur plak ... Yang dalam nyer lah kottt ... Memula tu lembut, cair ... Tapi bila dah kena air panas, keras lah ia ... 

Kopi, buruk sungguh rupa ... Hitam, gelap ... Bila kena air panas, jadi ler kopi o ... Sedap di minum ... Ramai yang suke ...

Air panas tu ibarat ujian dan musibah yang menimpa ... So, kita disarankan jadi seperti kopi ... Coz lepas terima musibah dan ujian, kopi menjadi lebih berguna ... Sedap di minum, buat hilang mengantuk ...

Wallahua'lam ...

Selamat Hari Raya 2014


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua saudara-mara dan kengkawan tak kira di mana jua anda berada.


Ampun dan maaf dipinta andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terpinjam harta-benda, terumpat bila-bila; semoga dimaafkan.

Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat anda semua.
Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.

Dalam kita bergembira jangan lupa pada mereka-mereka yang telah tiada dan mereka-mereka yang teraniaya ...


#‎PrayForGaza‬
‪#Save‎Gaza
‪#‎SavePalestine
 #PrayForMH17
#PrayForMH370



Irma Hasmie Selamat Melahirkan Anak Pertama ...

Irma telah selamat melahirkan anak pertamanya pada pukul 8.51 pagi tadi ... Irma melahirkan baby lelaki seberat 3.93 kg ...
Comel nyer ... Peh nie giliran Fasha Sanda lak ... Peh tu baru aku lak kut ...
Semoga dipermudahkan segala urusan ...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Gangguan Bekalan Air Selangor Dan KL 14 Mac Hingga 15 Mac 2012


 


Kawasan Terlibat


HULU SELANGOR, PETALING,KUALA LUMPUR, KLANG/SHAH ALAM, KUALA LANGAT


Tempoh
14 Mar 2012 08:00 am Hingga 15 Mar 2012 08:00 pm 
*SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Syabas di 1-800-88-5252.


KULIAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS : LAMBAIAN RAMADHAN

Aku suka dengar ceramah Ustaz nih ... 


Masa : Sunday, July 24 · 7:00pm - 10:00pm




Tapi aku rase aku tak dapat gie dengar ceramah Us. nih secara live ... Harap2 ada rakaman lah ...

Ruang Udara Terjejas ...

Sesaje nak kongsi berita nih ngan kengkawan ... 
Hati2 semua ... 


Kombinasi tiga gambar fail. Gambar atas ialah loji nuklear Fukushima (jepun), loji nuklear Chernobyl (ukraine) dan loji nuklear Three Mile Islands (AS). kemalangan di loji fukushima kini menjadi salah satu daripada tiga kemalangan loji nuklear terbesar dalam sejarah dunia selepas chernobyl dan three mile islands. - AFP

Pihak kawalan penerbangan di London mengeluarkan amaran rasmi terhadap kemungkinan berlaku pencemaran radioaktif dari loji kuasa nuklear Fukushima di Jepun. Pusat Maklumat Gunung Berapi London (VAAC), memberitahu industri penerbangan mengenai amaran tersebut yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang meliputi 10 kawasan. Amaran tersebut dikeluarkan pada pukul 11 pagi waktu Malaysia dan melibatkan ruang udara di Jepun, Rusia, China, Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Kebanyakan penumpang masih membuat penerbangan ke Tokyo, namun syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa mengalihkan penerbangannya ke lapangan terbang selain Tokyo di Jepun. - AFP


PERBINCANGAN TENTANG HALANGAN IBU UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN

 
Pengumuman penting bagi kengkawan yang menetap di Pantai Timur ... 
Terutamanya di Terengganu Darul Iman ... 
Sebarang pertanyaan sila hubungi org kat bawah tu eak ...
Saya tolong kengkawan jer ...

________________________________________________________________

HARI: SABTU

TARIKH: 19 FEBRUARY 2011
 
TEMPAT: TEPI LAGOON, MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH, KUALA IBAI, KUALA TERENGGANU (MASJID TERAPUNG)

MASA: 0900-1200
 
TAJUK: PERBINCANGAN TENTANG HALANGAN IBU UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN

Minta tolong edarkan poster ni ye...


Regards,
Sharifah Nurul Ain Engku Mokhtar
QasehBonda Trading,
HP: 0179000395

Sape yang kena ...???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhe5QnMEpBeKzEaYAxRxBPiqqpdu6Dre0vGI5xEYiIt4gACcIU5h9tEsIFD1JaCMi2MW_eIeXCy0ldVXusU6e637bYhrrUVwM92tmEdCQogt1cP6py5XBIhfHkJl6XPZsWQ1AfxX-wQHcph/s1600/Minyak+Naik.png 
Diberitakan harga minyak RON97 akan naik ...
Haisshhh ...
Betul2 hadiah tahun baru nih ...
Hampehhh ... 

Yeeaaa ... Jumaat 31 Disember 2010 Cuti Umum

Sempena kemenangan Skuad Harimau Malaya ... Jumaat 31 Disember 2010 telah diistiharkan Cuti Umum oleh PM Terhebat kita ... Ngape   ?? Tak percaya ??

Tahniah Harimau Malaya ...

Yeaaa .... Hoooreeyyy ... Walaupun Malaysia kalah malam nih ... Tapi kita menang ngan aggregat 4 - 2 ... Nak gugur jantung rase nyer tadi ... Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain skuad Harimau Malaya kerana memenangi Piala AFF Suzuki 2010 .... Syabas kepada Fahmi kerana menjalankan tugas dengan amat baik sekali ...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWzaJP0LYHfoLCNYyck_Vk09kc8FjOkuWtFCXdThU1osLiBEIj_JZQppy8E_r-Okwy3kUMnpi6eXk_qLS35Y7eBHJYxnwhJbO15KQ6JXY50aeMP8PFz4578cpEX4tdkPLxbQ_T4jOarsJu/s400/KHAIRUL+FAHMI+CHE+MAT+01.JPG

Selamat Mengundi ...

Esok akan tibalah hari pengundian bagi pengundi2 Dun Galas n Batu Sapi ...
Selamat Mengundi ... Kepada pengundi2 Galas n Batu Sapi, pangkah dengan bijak ... 
Pangkah calon PAS / PKR ...

prk galas dan batu sapi
Gambar daripada Malaysiakini

 Calon PAS: Dr. Zulkefli Mohamad
Calon PKR: Ansari Abdullah

Motivasi Remaja ...

Elok kalau dapat hantar anak2 remaja ke kem2 motivasi sempena cuti sekolah nanti ... tak de lah cuti kosong jer dia orang nanti .. Kat bawah nie ada salah satu yerr ...

PROGRAM PEMANTAPAN SAKHSIAH REMAJA
BERSAMA
AKADEMI KELUARGA BAHAGIA MALAYSIA (AKRAB)


KEM JATI DIRI REMAJA(8 HARI 7 MALAM)
TARIKH : 4 - 11 DIS 2010 & 18 - 25 DIS 2010
TEMPAT : HULU LANGAT, SELANGOR
PENYERTAAN : REMAJA 13 TAHUN KE ATAS


SUMMER CAMP
(3 HARI 2 MALAM)
TARIKH : 28 - 30 NOV 2010 & 26 - 28 DIS 2010
TEMPAT : HULU LANGAT, SELANGOR
PENYERTAAN :
PELAJAR DARJAH 1 - TINGKATAN 5


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI
www.familikusayang.com

ATAU HUBUNGI

03-22821588 (PEJABAT) /
013-6283985 (PN. SURAYA)

Budak Hilang ...

Ada lagi kes budak hilang ...
Aku jumpa maklumat nih masa masuk website Maybank ...

Have you seen this child? 

Lee Xin Ru

A 2 year old child, Lee Xin Ru has been missing since 21st September 2010. If you have any information about this child, please contact:

  • Insp. Haroza binti Pandi (019-879 3776)


  • Raub Police Head Quarters (09-355 2222)

     

M Rajoli Meninggal Dunia ...

 http://www.sinemamalaysia.com.my/image.php?id=1982
Pelakon Veteran M Rajoli yang telah disahkan meninggal dunia akibat kanser otak jam 10.45 malam tadi (17 September 2010). Allahyarham di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu. Semoga ruh nyer dicucuri rahmat.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah ...