Search This Blog

Majlis Anugerah Kecemerlangan SKGS 2015

Seperti biasa apabila tiba akhir tahun semua sekolah akan mengadakan hari penyampaian hadiah ler ... Itu lah aku panggil dulu-dulu ... Sekarang nie dah jadi Majlis Anugerah Kecemerlangan ... Kira nyer sape-sape yang cemerlang akan menerima anugerah, tak kira lah akademik ataupun kokurikulum ...



Alhamdulillah Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Gombak Setia 2015 kali ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Rahim B. Kamaruddin ... Panjang  ucapan Tn. Hj. tadi macam ceramah politik pun ada ... Hehehe ... Sssshhh ...



Aku semalam dikehendaki hadir ke sekolah sebab salah seorang anak aku menerima anugerah cemerlang ... Punye lah suka anak aku ... Hehehe ... Abang Long dulu pernah jugak dapat ... Tapi tulah sekali nyer ... Lepas-lepas tu tak de dah ... Harap-harap yang sorang nie kekal lah prestasi nyer ...


Princess dapat no. 1 dalam kelas ...

Merasa lah naik atas pentas ... Alhamdulillah ...

mmmm
Tahniah ... Kekalkan prestasi ...

Princess aku sorang nie memang susah nak senyum ...

Cantik tak hadiah nyer ... ?
Aku lagi suke kalau ditukar kepada hadiah yang berupa benda-benda yang dia boleh guna ... Seronok lah skit dia ... Cam beg sekolah ker, set mewarna ker, set buku cerita ker  ... Bagi aku lah hadiah macam tu lebih sesuai untuk tahap 1 ... 

Ape-ape pun Alhamdulillah dan Tahniah ... Kekalkan prestasi ...
Bak kate BigBoss "Nombor x penting ... Yang penting hang kenai tuhan hang yang SATU ..."

"Ya Allah, aku berjanji kepadaMu, anak ini akan ku didiknya menjadi seorang insan yang beriman dan bertakwa kepadaMu ya Allah. Insya,Allah. Itu janjiku padaMu!!"


















Promosi RM1 7Eleven

Dua tiga hari nih kecoh 7E membuat promosi harga special dengan nilai rm1 setiap satu barang pada tarikh tertentukan ... Seluruh 7E di Malaysia terlibat membuat promosi ini ... Hanya barang tertentu sahaja ... So, sape-sape yang teruja kena lekaih-lekaih ler ker 7E sebelum barang-barang tu habis ... Hari tu aku tengok berbaldi-baldi orang bawak slurpee balik ... Geram plak nengok nyer ...


 10-11 November

-air kotak vico 
-air lipton 
-air yeo's 
-mister potato 
-maggi hot cup 
- kotex 

 17-18 November 

 -kitkat 2 fingers 
-mameebev cool tea 
-air kotak harshey's soyfresh 
-nescafe 
-ubat gigi darlie 

 24-25 November 

-air kotak yeo's yeogurt drink 
-goodday UHT milk 
-mister potato crisps 
-garnier men 
-garnier women 
-fumakilla 

 1-2 December 

- yeo's laici 
-dutch lady UHT milk 
-mamee monster 
-Mamee chef cup 
-l'oreal shampoo 

 HANYA RM1 SAHAJA
TIADA LIMIT PEMBELIAN

Wallahualam ...
Aku pun tak berkesempatan lagi nak gie ...
Aku tengok member-member ada jer yang dah memborong ...

Karak Runtuh November 2015

Embedded image permalink   

Aku dapat tahu kejadian nih lepas Isya tadi ... Terkejut jugak aku sebab aku baru jer lalu semalam ... Ngeri weiii ... Aku difahamkan tanah runtuh berlaku di kilometer 52.4 ... Laluan di kedua-dua arah terhalang ... Kerja-kerjamenyelamat dan pembersihan masih lagi dilakukan ... So, kalau pengguna nak ke Kuantan dari Kuala Lumpur atau sebaliknyer boleh ler ikut laluan alternatif ... Tapi jauh ler skit demi keselamatan ... Ikutkan ajer lah ....

Embedded image permalink

    1. Laluan alternatif ke KL : Kuantan-Keluar Tol Karak-Pelangai-Bahau - Seremban - KL.
      Keluar Bentong - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban-KL.

      1. Laluan alternatif ke Kuantan : KL - Seremban - Bahau - Pelangai - Karak -LPT1.

    9 minutes ago

Wordless Wednesday - 86 | Kalau Cantik Jangan Perasan

Ingatkan Dia - Wings



Semenjak awal lagi
Bila aku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku

Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku ... percayalah
Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih kau goda
Masih kau goda

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama




Sumber :

http://www.liriklagumuzika.com


Apa Nak Buat !!!

Image result for Bosan

Hehehe ... Tak tau nak cite ape ... Bebudak cuti lama sempena Depavali, Mak nyer pulak yang bosan ... Tak tau nak buat ape ... Huarrgghhhh ... Macam mana lah cuti sekolah nanti ... Huhuhu ... 


Takpe ... Takpe ... Kita enjoy moment bosan nie ... Kengkawan buat ape tu ???
Jom jalan-jalan ... Jalan mana eak ??? Blogwalking ler ape lagi ... Peh tu join contest kat Jom Bercontest ... Ada rezeki menang hadiah ... Tak menang dapat kengkawan baru ...

TAZKIRAH JUMAAT #41 | RAHSIA SURAH ALKAUTSAR

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

 

 SURAH INI PALING PENDEK, HANYA MENGANDUNGI 3 AYAT DAN DITURUNKAN DI MAKKAH DAN BERMAKSUD SUNGAI DI SYURGA, KOLAM SUNGAI INI DIPERBUAT DARIPADA BATU PERMATA NAN INDAH DAN CANTIK. RASANYA LEBIH MANIS DARIPADA MADU, WARNANYA PULA LEBIH PUTIH DARIPADA SUSU DAN LEBIH WANGI DARIPADA KASTURI. SURAH INI DISIFATKAN SEBAGAI SURAH PENGHIBUR HATI NABI MUHAMMAD KERANA DITURUNKAN KETIKA BAGINDA BERSEDIH ATAS KEMATIAN DUA ORANG YANG DIKASIHI IAITU ANAK LELAKINYA IBRAHIM DAN BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

 BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN :
 ♥ BACA SURAH INI KETIKA HUJAN TURUN DAN BERDOA, MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMAKBULKAN DOA KITA.
 ♥JIKA KITA KEHAUSAN DAN TIADA AIR, BACALAH SURAH INI DAN GOSOKAN DI LEHER, INSYA ALLAH HILANG DAHAGA
 ♥JIKA SERING SAKIT MATA, SEPERTI BERAIR, GATAL, BENGKAK, SAPUKAN AIR MAWAR YANG SUDAH DIBACAKAN SURAH INI SEBANYAK 10X PADA MATA.
 ♥JIKA RUMAH DIPERCAYAI TERKENA SIHIR, BACA SURAH INI 10X MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T BAGI ILHAM KEPADA KITA DIMANA LETAKNYA SIHIR ITU.
♥JIKA MEMBACANYA 1000X REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH.
 ♥JIKA RAJIN MEMBACANYA, HATI KITA AKAN MENJADI LEMBUT DAN KHUSYUK KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.
 ♥JIKA ORANG TERANIAYA DAN TERPENJARA MEMBACANYA SEBANYAK 71X, ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADANYA KERANA DIA TIDAK BERSALAH TETAPI DIZALIMI.

 JGN LUPA SHARE ....
اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ َعلى سيدنا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَ عَÙ„َÙ‰ Ø¢ِÙ„ سيدنا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Kasut Reebok Malaysia Versatile

Industri sukan adalah antara yang paling penting malah sering mencuri perhatian ramai with so many things it offers. Contoh paling mudah adalah jenis-jenis sukan yang kita sudah sedia maklum. Siapa yang tidak suka akan perlawanan bola sepak? Atau pun siapa yang tidak tahu dengan temasya sukan terkenal seperti Olimpik? Semua ini menjadi kegemaran ramai malah sentiasa dinanti-nantikan oleh kita semua!

Di luar sana juga terdapat banyak jenama sukan dan antara yang paling popular ialah Reebok. Jenama sukan Reebok Malaysia merupakan antara jenama pilihan ramai dalam kalangan peminat sukan bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Popularitinya dapat diukur dengan cukup mudah, lihat sahaja betapa produk sukan Reebok berjaya menembusi pasaran banyak negara.


Jenama ini mempunyai banyak koleksi kasut sukan Reebok Malaysia terkini untuk lelaki dan wanita. Jika anda masih mencari kasut untuk dipakai ke gym ataupun ketika bersenam apa kata dapatkan kasut sukan Reebok online. Ini kerana banyak website online shopping Malaysia di luar sana  yang kini menawarkan koleksi kasut sukan terkini Reebok secara atas talian!

Ramai yang pasti pernah melalui pengalaman di mana mempunyai dilema dalam memilih kasut. Ini adalah satu hakikat yang ramai akan bersetuju kerana sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan sepasang kasut baru yang bersesuaian. Jika anda mahukan jenama kasut yang mampu memberikan anda keselesaan dan gaya sporty tetapi cukup bergaya maka Reebok adalah antara jenama yang wajib ada dalam list anda.


Buang pandangan skeptikal kononnya kasut sukan hanya untuk digunakan bagi aktiviti sukan kerana jenama Reebok membuktikan sebaliknya dengan koleksi kasut terkini mereka. Anda boleh gayakan kasut daripada jenama hebat ini setiap hari dan masih kekal stylish. Kasut Reebok Malaysia amat versatile dan boleh digayakan bersama hampir apa sahaja pakaian kegemaran anda bagi menghasilkan persalinan yang lengkap sempurna.

Saya Sayang Abah Saya

Image result for Saya Sayang Ayah Saya
Maaf kengkawan ... Petang-petang nih nak berkongsi kisah syahdu plak ... Moga menjadi peringatan buat saya dan rakan-rakan semua ... Kisah nie saya dapat daripada group wasap saya ... Saje saya buat entri agar dapat berkongsi dengan rakan-rakan ... Senang nak simpan ... Senang nak rujuk balik ...

##########


As. Salam.
Pagi tadi teman dengo radio klasik dlm kereta ... Satu kisah yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah pempuan radio tersebut.. tidak le teman tau nama juruhebah tu....



Kisahnya begini ...
Ada seorang anak lelaki bawak ayahnya yg kena stroke akibat  angin akhmar  ke kedai makan mamak yg terkenal..utk makan tengahari...ayahnya teringin beno nak makan nasi biriani kat kedei tu...masa tu orang ramai dan meja  makan pun rapat2...



Setelah diduduk ayahnya eluk eluk, anak lelaki tu pun pesan makanan terdiri dari lauk2 kariSetelah makanan  ... sampai, ayahnya mula menyuap sendiri ... Maklumlah pesakit angin akhmar, dlm keadaan ter ketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju.. seluar.. malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot.... kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang..ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik...namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. 


Setelah selesai  makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan.. disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. 


Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,
"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah,  towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."



Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau...
Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu..



Kedua ..kamu  telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan  mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.. .
Pakcik lihat, pekerja2 restoran  mamak pun turut terharu...malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali...



Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."
Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah...saya sayang abah saya...abah kena stroke...moga2 abah cepat  sembuh...."


##########

Rata-rata semua akan cakap sayang orang nie  .... Sayang orang tu ... Tapi dapat tak kita layan orang-orang yang kita sayang tu macam bro kat atas nie ... Rata-rata ramai yang lebih mementingkan kawan dari orang yang mereka kata mereka sayang ... Maaf, rata-rata tak bermaksud semua yerrr ..

Wallahua'lam ... 

Mini Gathering

Alhamdulillah ... Semalam kami berjaya berkumpul adik-beradik serta sedara-mara ... Majlis bacaan yaasin, doa selamat dan sambutan birthday untuk bulan Oktober berjaya diadakan ... Masing-masing membawa makanan yang sedap-sedap ... Jom skodeng ...

Putra pun menyibuk ...

  
Majlis bacaan yasin ...

Sepupu-sepupu aku yang comel lote ...

Geng Orang Muda ...
Hahaha ... Aku pun masuk dalam geng nih ...

Geng-geng Otai ...
Ayahanda, Otai Danau Kota, Otai Tawau, Otai Jelebu ...

Antara juadah yang disediakan ...
Burrppp ... Alhamdulillah ...

Majlis potong kek untuk bulan Oktober ... Untung sape yang lahir bulan nie ... 
Kebetulan plak ramai, tu yang buat majlis tu 

KAKI KOMEN OKTOBER 2015 #KISAHHIDUPKU ...

Sekejap jer rase dah masuk bulan November ... Welcome November, please be nice to me ... Haaa jom kitatengok kaki komen blog nie bagi bulan Oktober 2015 ... Meriah nyer ... Ada yang baru ... Ada yang masih kekal ... 

Terima kasih ler kat korang semua ... Yang rajin datang singgah + komen kat blog aku nih ...

Jom terjah blog dia orang plak ...


1. adianiez AIDA (16)
2. Diana Rashid (5)
3. Cik Yanie (2)
6. Maria Firdz (2)
8. Nora Karim (2)
9. Norma NML (2)
10. ombak bergigi (2)
 
 
Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ... Terima kasih bebanyak korang-korang ... Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...

Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...

PROMO GMBM 1ST ANNIVERSARRY GIVEAWAY

~ Sticky Post  ~
~ Skroll ke bawah untuk entry baru  ~
http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/10/gmbm-1st-anniversarry-giveaway.html

PROMO | GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY Kami selaku penaja untuk segmen GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY dengan berbesar hati ingin menjemput semua rakan blogger Malaysia agar join segmen GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY sempena meraikan ulang tahun penubuhan Grup Mama Bloggers Malaysia [ GMBM ] yang genap setahun pada 21 Oktober 2015 ini.

Detail segmen :

~ Mula : 21 Oktober 2015 - 31 Oktober 2015 ~
~ Hadiah : 19 pemenang di cari ~

Jom meriahkan segmen ini bersama kami.
Klik Banner Segmen untuk menyertai.

Selamat Bersegmen


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.