Search This Blog

CPUV Nuffnang #33 | 9 Seputeh CNY Video Media & CPUV Nuffnang #34 | British Council

CPUV Nuffnang #33 &#34

9 Seputeh CNY Video Media & British Council Education 


Alhamdulillah ... Dapat hadiah hari lahir dari #nuffnang tiga hari lepas ... 3 sekaligus ... Esok nyer dapat satu lagi ... Yabedabedooo ... 

Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ... 

Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ... 

Setahun Kehilangan MH370

#PrayForMH370
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ...
Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik ...




Jangan Gaduh Gaduh

Petang semalam aku dapat lagi whatsapp dari kakak aku ... Macam-macam pesan dia ... Jom baca ...


"MENANG TAPI KALAH" .

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.


Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang cuma ego diri  sendiri
yang susah mengalahkan ego diri sendiri..

Wallahua'lam ...

Nuffnangers Who Recently Viewed Your Blog #6

Jom kengkawan terjah blog-blog terhebat nie ... Skodeng ape dia orang buat ... Tinggalkan jejak ... Komen-komen skit ... Klik2 iklan mana yang berminat ...

Alhamdulillah, ramai plak kali nie, biasa nyer dua baris jer ... Jom jalan-jalan blog dia orang nie :-

http://nurqasehbiz.blogspot.com/

http://norshamimi.blogspot.com/

http://anisahabdullah.com/

http://dianarashid.com/

http://nikkhazami.blogspot.com/

http://luvmia97.blogspot.com/

http://jom-santai-aje.blogspot.com/

http://sugarpai.blogspot.com/

http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/

http://rafzantomomi.com/

http://cikgufarha.com/

http://hajarashikin.blogspot.com/

http://jarikontot.blogspot.com/

http://faridaredbellas.blogspot.com/

http://frauananas.blogspot.com/

http://ummi2m2s.blogspot.com/

http://dyllarezan.blogspot.com/

http://cikcandysour.blogspot.com/

http://akukaudansesuatu.blogspot.com/

http://sigilerceloteh.blogspot.com/

Kepada kengkawan yang xde dalam senarai jangan lah pulak gundah gulana dan bersedih hati ... Dah tentu nyer akan berubah-ubah ...

Selamat Hari Lahir ...



Pejam celik pejam celik dah 38 tahun  aku bernafas di atas bumi milik Allah swt ... 


Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan ini ... Alhamdulilah masih dipanjangkan usia untuk memperbaiki apa yg lemah pada aku ... Doakan agar aku sentiasa meletakkan peraturan Allah dalam kehidupan ini ... Alhamdulillah kerana masih bernafas untuk bersama orang-orang yang aku sayang terutama keluarga aku ...


Terima kasih dengan rezeki dan kesihatan yang diberi olehNYA ... Semoga Allah memberkati kehidupan aku di dunia dan akhirat ... Semoga dapat menjadi isteri yang solehah :-p dan ibu yang baik untuk anak-anak ... Pada semua terima kasih kerana sudi menjadi kawan ...



Duhai diri ... Ingatlah saban waktu kematian semakin rapat menjengah ... Tingkatkan amal seiring bertingkatnya umur ... Insyaallah ...

Earth Hour 2015


Semua sedia maklum dengan kempen Earth Hour yang dijalankan oleh WWF ... OK tahun nie Earth Hour 2015 akan diadakan 28Mac 2015; 8.30mlm - 9.30mlm ... 

Masa nie nanti semua orang akan tutup lampu dalam tempoh sejam tu ... Maka bergelap lah semua ... Kempen nie dah dimulakan sejak 2007 lagi, kalau tak silap aku lah ...
Jom tengok ape rakyat Malaysia buat masa kempen ini dijalankan ...
Ape Rakyat Malaysia buat ???
Walaupun niat nyer murni, tapi ada beberapa sisi aku kurang setuju dengan kempen nie ...

Wallahua'lam ...

CPUV Nuffnang #32 | MATRADE Brand Awareness

CPUV Nuffnang #32
MATRADE Brand Awareness

Alhamdulillah ... Ini merupakan CPUV pertama bulan Mac nie ... Kali nie dapat kempen daripada Matrade Brand Awareness ... Apekah kes nyer pun aku tak tau ... Penyakit M melanda, so memang tak dapat dan tak tau ler jawab nyer ...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ... 

Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ... 

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

Pagi lagi aku dapat whatsapp nie daripada Mak aku ... Aku tak tau ler mana dia dapat ... So, aku letak kat sini, supaya tak hilang ... Harap berguna untuk dijadikan panduan bagi diri sendiri dan kengkawan dalam menjalani kehidupan seharian ...

Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am  

Paru-paru – Ini adalah waktu
terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak
kandungan ozon di udara. Ini akan
memberi satu sumber tenaga yang
baru jika mengamal latihan
pernafasan, yoga serta bertakafur.
Mereka yang mempunyai asma
tidak patut tidur waktu ini dan boleh
merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am

Usus Besar - Mereka yang bangun
tidur pada waktu ini tidak akan
menghadapi masalah sembelit.
Jika menbuang air besar dan mandi
dengan air sejuk diselesaikan
dalam waktu ini, masalah
kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil
dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan
waktu ini walaupun setitik air. Jika
makan pada waktu ini akan
mengakibatkan suhu badan
meningkat, menambahkan keletihan
dan mengurangkan tahap
pencernaan. Ini lebih terserlah
pada pengidap diabetes yang akan
merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm

Jantung – Hanya air sahaja yang
diambil pada ketika ini. Tidak
sepatutnya melakukan kerja berat
atau tidur di masa ini. Jika tidak
lebih karbon dioksida akan
bercampur dengan oksigen. Ini
akan meningkat kemungkinan
terkena serangan jantung, lumpuh
atau kesakitan badan.
Kebiasaannya pihak hospital akan
lebih berjaga-jaga pada waktu ini
kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang
sakit jantung berbanding pada
waktu lain.

Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada
waktu ini. Selepas itu duduk tutup
mata untuk rehat selama 5 minit.
Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk
mengambil minuman seperti jus
buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm

Buah Pinggang – Ini adalah masa
untuk bersantai dan rehat dari kerja
harian. Jika tidak akan
memudaratkan ginjal dan jangkitan
salur kencing.

Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam
patut diambil pada waktu ini. Jika
tidak akan menimbulkan getaran
atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk
mengembalikan semula tenaga
organ-organ yang bekerja sejak
pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini
seseorang itu hendaklah baring dan
bersedia untuk tidur. Elakkan dari
membaca buku, menonton tv atau
bekerja. 

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih
berjaga akan menyebabkan badan
kekurangan tenaga untuk bekerja di
hari esoknya.

Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak
akan memberi kesan kepada
penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.

Princess Potong Rambut

Projek hujung minggu ... Dah lama dah Si Fatiha mintak nak potong rambut dia ... BigBoss plak yang terlebih sayang ... Huhuhu ... Akhir nyer semalam berjaya jugak ...


Takde lah banyak sangat potong pun ... Tapi banyak menyelesaikan masalah ... Rambut Fatiha halus memang kusut ler pepagi ... Mengambil masa yang agak lama untuk menguruskan nyer ...

Tadaaa ...

Alhamdulillah pagi nie Fatiha berjaya menguruskan rambut nyer sendiri ... Pakai tudung pun sendiri ... Terus siap sendiri nak gie sekolah ... Gembira ...

GANGGUAN BEKALAN AIR SELAMA 36 JAM DI SELANGOR


KENYATAAN MEDIA
(2 MAC 2015 / 11 JAMADIL AWAL 1436H)
KERAJAAN NEGERI NAFI GANGGUAN BEKALAN AIR SELAMA 36 JAM DI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor menyangkal dakwaan berlaku gangguan air selama 36 jam di seluruh Selangor seperti yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib, berkata ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan maklumat palsu dengan niat menimbulkan panik dalam kalangan pengguna.

Maklumat yang tersebar  menerusi aplikasi Whatsapp itu sama sekali tidak benar.

Pihak Kerajaan Negeri menyeru kepada semua pengguna agar tidak membuat spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang awam khususnya pengguna di Selangor.

Pengguna disaran melayari laman sesawang SYABAS iaitu  HYPERLINK http://www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini.

Pihak Kerajaan Negeri Selangor amat kesal diatas insiden yang berlaku dan berharap agar para pengguna Whatsapp meneliti dahulu maklumat yang diterima sebelum membuat sebaran kepada umum.
Sekian terima kasih.


Y.B. ZAIDY BIN ABDUL TALIB 
Pengerusi 
Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. Negeri Selangor

Offroad To Sangkar 3

Sempena cuti CNY tempoh hari my BigBoss ngan Abang Long dan Abang Ngah telah menjalankan satu projek ...
Dia orang masuk hutan tanpa kehadiran aku ... Ade ke patut ... Jom skodeng gambar-gambar yang membuatkan hidung aku berdarah ...

Persediaan untuk lari dari rumah ...

My katak on the road ...

Berhenti rehat sebentar ...

Offroad, kotor dah ...

Tersusun jer parking ... Bagus ... Bagus

Danial tak sabar dah ...

Abang Long pun terjun trus ...

Mandi ngan kengkawan ...

Tengok tu, bukan main lagi ...
Jealous Mak tau ...

Mandi lagi Abang Ngah nie, kat umah punye lah susah ...

Pakai pelampung plak ...

Mesyuarat ... Merancang perjalanan seterus nyer ...

Nak balik dah ...
Dah bersih dah katak hijau turn ...

Alhamdulillah ... Bebudak happy, BigBoss lagi ler happy ... Ibu jer yang risau tunggu kat rumah ... 



CPUV Nuffnang #29 | Ambank TRUE LAB, CPUV Nuffnang #30 | South Australia Tourism, CPUV Nuffnang #31 | PDB CNY Coffee Break

Wahhh ... Baik nyer hati #nuffnang di akhir Februari nie ... Berderet-deret masuk nyer ... Alhamdulillah ... Harap-harap earning nyer pun lebat ... 

CPUV Nuffnang #29
Ambank TRUE LAB

CPUV Nuffnang #30
South Australia Tourism

CPUV Nuffnang #31
PDB CNY Coffee Break 

Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ... 

Muntah hijau ler korang nengok asyik entry #nuffnang jer kannn ... He he he ...




Hendaklah kita berpegang bahawa rezeki kita di tangan Allah dan ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi ... Walaupun begitu kita hendaklah berusaha kerana kita tidak tahu rezeki kita di mana, dan akhirnya hendaklah kita berserah kepada Allah. Wallahu a’lam.


Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ... 

Nuffnangers Who Recently Viewed Your Blog #5

Jeng ... Jeng ... Jeng ...
Apabila ketandusan idea nak menulis ...
Maka akan terhasil lah entry yang ntah ape-ape ...


Jom kengkawan terjah blog-blog terhebat nie ... Skodeng ape dia orang buat ... Tinggalkan jejak ... Komen-komen skit ... Klik2 iklan mana yang berminat ...

 http://dianarashid.com

 http://awansayatasana.blogspot.com

 http://mellyareenza.blogspot.com

 http://macikzkonah.blogspot.com

 http://jnjikita.blogspot.com

 http://annenisalee.blogspot.com.my

 http://memburucintamu.blogspot.com

 http://themagicwhisper.blogspot.com

 http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com

 http://chenta-shima.blogspot.com

 http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com

 http://cikcandysour.blogspot.com

Terima kasih kengkawan coz sudi singgah blog yang tak seberapa nie ... Jangan lupa singgah jalan-jalan kat SiNi & Join contest kat SiNi ...

CPUV Nuffnang #28 | Mi Sedaap Krispi Digital


Ehhh, semalam dapat, hari nie dapat lagi ... Di penghujung bulan nie bermurah hati plak ... Oh hari nie dapat kempen daripada Mi Sedaap Krispi ... Anak aku cukup suka tengok iklan Mi Sedaap kat TV ... Terutama bila sampai part "goyang goyang pipi" ...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...



Hendaklah kita berpegang bahawa rezeki kita di tangan Allah dan ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi ... Walaupun begitu kita hendaklah berusaha kerana kita tidak tahu rezeki kita di mana, dan akhirnya hendaklah kita berserah kepada Allah. Wallahu a’lam.


Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ...