Search This Blog

BEDAK RUAM BAYI @ RUAM BAYI POWDER (RBP)


 Korangggg... Nak tanya nih... Pernah dengar tak pasal Bedak Ruam Bayi @ Ruam Bayi Powder (RBP) ? Ada yang pernah guna? Meh dengar sini nak habaq sat... 

Ruam Bayi Powder ini adalah bedak sejuk warisan tradisi yang mendapat jolokan nama sebagai bedak ajaib, kerana fungsinya boleh digunakan untuk semua masalah luaran berkaitan kulit dan berkesan ... Macam yang korang semua dah tahu kan,  kebanyakan produk yang ada di pasaran mengandungi steroid, ia memang berkesan tetapi akan mendatangkan kesan sampingan seperti menipiskan kulit bayi ... So,  kalau korang dah ada pilihan yang lebih baik dan lebih selamat bersumberkan alam semulajadi, kenapa kita tak cuba kan …

Kebetulan plak hari tu Putra kena ruam kat leher ... Biasa lah budak-budak kan sibuk main, maka berpeluh-peluh budak tu sehingga mengakibatkan ruam ... Lepas mandi petang tu aku terus sapu RBP kat leher dan sekitar nyer... Alhamdulillah, malam tu lena jugak lah dia tido... Tak de lah tergaru-garu cam selalu tu... Selepas dua hari penggunaan dah elok sepenuhnya... 

Nak tahu apa yang best sangat Ruam Bayi Powder ni?
  • Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi.
  • Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
  • Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut .
  • Satu bekas tahan agak lama. Selalunya saya guna beberapa bulan.
  • Walaupun ia tidak semahal produk-produk lain, Alhamdulillah setiap kali sapu ruam atau penyakit kulit anak-anak kita semakin berkurangan.
  • Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.
  • Selamatlah anak-anak anda terutama yang masih bayi, sebab kandungannya dari 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis secara khusus.
  • Ruam Bayi Powder ini sememangnya sangat menjadi pilihan ibubapa untuk bayi mereka terutama masalah berkaitan ruam. Ramai yang cakap berbaloi, murah dan berkesan! Banyak testimoni pelanggan yang sangat berpuas hati. Alhamdulillah!

RUAM BAYI POWDER PENAWAR UNTUK SEGALA JENIS PENYAKIT KULIT

DARI TANAH KITA DIJADIKAN DAN DARI TANAH JUGA SEGALA PENAWAR TERCIPTA

RUAM BAYI POWDER Terbukti sangat berkesan, malah mampu menyelesaikan pelbagai jenis penyakit kulit seperti :

1. Psoriasis

2. Ekzema
3. Kurap
4. Panau
5. Kayap
6. Ruam susu (bayi)
7. Ruam panas
8. Kudis
9. Kudis buta
10. Cacar air 
11. Jerawat
12. luka
13. Dan lain lain masalah kulit


Tanah liat putih yang bermutu tinggi ini adalah tanah liat putih yang terbaik di dunia. Permintaannya tanah liat putih ini mendapat sambutan hingga ke negara Jepun.

Tanah liat putih paling bermutu tinggi dan air galian semulajadi digunakan untuk menghasilkan Ruam Bayi Powder ... Permintaannya telah mendapat sambutan hingga ke negara Jepun dan China. Ia dicampur dengan 100% air galian yang ditapis khusus bagi menjaga kualiti tanah tersebut ...
RBP_Proses1
Ia telah diproses dengan menggunaka Air Tapisan yang bersih tanpa klorin


TESTIMONI
Testimoni aku dah ada kat atas tu ...
Jom skodeng plak testimoni pengguna yang lain ... Semoga bermanfaat ...







JANGAN TERPEDAYA
Hmmm ... Laaa nie banyak orang nak kaya cepat ... RBP tengah top, maka harus lah ada yang nak ambil kesempatan ... So kengkawan yang mencari RBP perlu lebih berhati-hati ... Pastikan korang beli yang original ... Sebotol hanya RM38 ...

Website Utama (Official) : 

Facebook :

Hubungi :
HQ En. Hafis 013 480 6787 
( Bahagian Pemasaran )

Puan Nurul 017 6239935 
( Produk Owner)

#bedakruambayi #ruambayipowder #psoriasis #eczema  



CPUV NUFFNANG #108 | TRAVEL WITH SMECTA



Alhamdulillah... Lima hari lepas dapat satu lagi kempen,  kali nie daripada SMECTA ...


Haaa... Korang tau ker apekemende nyer SMECTA nih?  Jom baca setelah gigih menyekodeng ngan Pak Google... 

SMECTA®, powder for oral suspension in sachets for acute diarrhoea. Smecta is a treatment for acute diarrhoea, that contains diosmectite which a type of clay. Smecta has unique properties that allow for the adsorption of different toxins (such as Rotavirus, E. Coli and Staphylococcus). Smecta interacts with the mucosa increasing its quantity, quality and life span, accelerating the recovery of the infected mucosa. 

Kira nyer ubat nih senang lah untuk dibawa semasa kita travel, sebab dah dipek kecik2 untuk sekali guna... Kanak2 pun boleh guna ... Apa-apa pun kena baca arahan untuk dos yang bersesuaian ... Kalau sakit masih berlarutan haruslah berjumpa dengan doktor ...



Kengkawan kalau ada jumpa iklan SMECTA menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik, untuk yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#smecta #smectamalaysia
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...


TERUNG GORENG

Saya dah cuba  ... Memang sedap ... Sedap Lain Macam Terung Goreng Ni, Yang Tak Suka Terung Pun Terus 'Addicted'! Bayangkan hirisan terung nipis digoreng hingga keemasan, dengan isinya yang lembut dan keraknya yang rangup ... Sekali dah start makan memang tak boleh stop



Bahan-bahan:


- 1 biji terung 
- Telur 
- Lada hitam 
- Garam 
- Minyak 

Cara-cara: 

1. Hiris terung. 
2. Pukul telur dan gaul bersama lada hitam dan garam. 
3. Salut hirisan terung dengan telur dan goreng sehingga perang. 
4. Hidang panas-panas!


Nak lagi sedap? Cicah Sambal Kicap!
Senang jer kannn... Bahan-bahan pun memang dah sentiasa ada kat rumah... Sila lah cuba... 

UPSR Hanya Pembaris


Hari ini, pasti ramai anak-anak bersama ibu bapa yang akan bergembira dengan keputusan UPSR masing-masing. 

Tahniah! Tak salah untuk bergembira kerana usaha keras telah dibuat sebelum, semasa dan selepas peperiksaan (doa).

Eh, kenapa pula adik yang duduk menyendiri itu berduka?
Tak dapat 6A?
Tak mengapa. Apa sahaja keputusannya yang penting adik telah berusaha.

UPSR Hanya Pembaris.


Apa fungsi pembaris? 
Untuk mengukur panjang sesuatu objek, contohnya kertas, kadbod, kertas warna dan sebagainya. Sekali sekala digunakan untuk membuat garisan.

Boleh ke pembaris ukur tinggi adik?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan pengukur ketinggian boleh laras biasa dilihat di klinik.

Boleh ke pembaris ukur ukurlilit perut adik?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan tali tape yang mak guna untuk menjahit baju.

Boleh ke pembaris ukur panjang jalan?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan pembaris gelek beroda yang biasa diguna untuk tar jalan.

Begitu juga UPSR.

UPSR hanya mengukur KEPANDAIAN adik untuk 4 subjek. Ada banyak lagi subjek yang tak dikira dalam UPSR walaupun adik belajar berbelas subjek dalam 6 tahun.

Mungkin kalau subjek UPSR adalah Pendidikan Seni, Muzik, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam, dan Bahasa Arab, adik dah dapat 5A!

Tidak dapat A tak mengapa, tetapi pastikan adik BELAJAR. 

Adik mungkin tak dapat A matematik, tetapi adik tahu mengira duit baki selepas membeli roti john. Maknanya adik BELAJAR.

Adik mungkin tak dapat A bahasa Melayu, tetapi adik boleh mengirim surat kepada atok opah di kampung. Maknanya adik BELAJAR.

Adik mungkin tak dapat A Sains, tetapi adik tahu torch light yang tidak menyala perlu ditukar bateri. Maknanya adik BELAJAR.

Adik mungkin tak dapat A Bahasa Inggeris, tetapi adik boleh menunjukkan jalan kepada pelancong yang bertanya arah. Maknanya adik BELAJAR.

Menggunakan ilmu lebih baik daripada hanya tersimpan sebagai memori.

Teruskan belajar. Tak kisahlah tiada A sekalipun, kerana ilmu dicari untuk diamal bukan sekadar cantik diusung atas sekeping sijil.

#copypaste 
( khusus untuk anak-anak didik)
Nyai Mariani Ujud

KENA SANTAU



Apa salah aku? 
Kenapa sampai tahap nak santau2 ? Aku x kacau kau n family kau pun ...   So x payah la nak sihir2 ... Tengah sedap2 makan terjumpa kain putih diikat dengan benang ... Istighfar panjang dibuatnya aku ... Hilang terus selera makan ... Dah ler tengah lapar ya amat ... Terus tunjuk kat Mak benda putih tu n cakap ada orang cuba nak sihir ... Masa tu tengok Mak pun macam dah nak kena ... Mata dah naik merah ... Paaappppp!!!!! Bengkak dahi ni kena sudip Mak ... Mak cakap "Kau dah kenapa??? Sup bunjut pun kau dah x kenal ke??? ... Hahaha ...

Maaf eak kengkawan lawak santai petang2 nih ... Kepada yang tak tahu sup bunjut adalah ramuan rempah ratus yang telah di bunjut dalam kain putih dan diikat kemas dengan benang putih ... Rempah ratus tersebut sudah dipecahkan / ditumbuk kasar untuk memberikan bau yang lebih beraroma ...


CAJ RAWATAN HOSPITAL KERAJAAN


Setelah rakyat kecoh dengan segala macam kenaikan, kita digemparkan pula dengan berita kenaikan caj hospital kerajaan ... Caj Rawatan Hospital Kerajaan Seluruh Negara Akan Dinaikkan 50% Mulai Januari 2017 ... Ohhh, apekah ??? Mujurlah segala kenaikan hanya melibatkan kelas 1 dan kelas ke-2 sahaja ... Caj rawatan kelas ke-3 masih kekal tidak berubah ...

Lepas nie ape plak nak naik agak nyer??? Kos sara hidup semakin meningkat ... Rakyat semakin gelisah ...

WORDLESS WEDNESDAY - 131 | PETUA HIDUP TENANG

MUSHROOM SOUP


Peminat Makanan Western Wajib Tahu Cara Membuat Mushroom Soup Versi 'Homemade' Ini ... Jom try... 

Bahan-bahan:
- 200g cendawan 
- 2 sudu besar mentega
- 1 biji bawang Holland
- 2 ulas bawang putih 
- 1 sudu besar tepung gandum 
- 1 sudu besar daun thyme 
- 2 cawan stok ayam 
- ½ cawan krim 
- Lada hitam 
- Garam 

Cara-cara:
1. Cairkan mentega. Masukkan cendawan dan garam (½ sudu kecil), masak lebih kurang 10 minit. 
2. Masukkan bawang Holland, bawang putih, 1 sudu kecil thyme, dan masak 5 minit. 
3. Masukkan tepung gandum dan kacau selama 2 minit. 
4. Masukkan stok ayam, biar masak lebih kurang 15 minit. 
5. Blend sup hingga halus. 
6. Masukkan sup kembali ke dalam periuk; masukkan krim. 
7. Masukkan garam (½ sudu kecil) dan lada hitam (½ sudu kecil).
8. Hidang!

Kalau  korang teringin makan Mushroom Soup, lupakan versi instant di dalam tin itu dan rasakan perbezaannya dengan resipi yang menggunakan cendawan segar ini ... Memang terasa keenakan cendawan yang ditumis bersama mentega dikisar pula menjadi sup lemak berkrim. Dah cuba?

BY JULIE MOKHTAR 

CPUV NUFFNANG #107 | CITRA BODY LOTION


Alhamdulillah... Permulaan yang baik untuk bulan November... Kali nie dapat kempen daripada Citra Body Lotion... 
Citra satu nama yang telah bertapak sejak dulu lagi... Mengembangkan sayap ke seluruh Asia... 

Antara pilihan yang ada... 
Macam menarik... Macam nak cari lah nanti... Hahaha... Lagi best kalau ada yang nak taja... Muahahaha... 


Kengkawan kalau ada jumpa iklan Citra Body Lotion menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontestboleh ler klik untuk yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#citra #citrabodylotion
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

CPUV NUFFNANG #106 | ASTRO 20TH ANNIVERSARY


Alhamdulillah... Sebenarnya dah lama dapat kempen nih... Bulan lepas lagi... Dah kredit dah pun... Tapi dek kerana ketidaksempatan aku nak buat entry... Ditambah pula dengan kemalasan, maka baru ler nie dapat di war-warkan... Kali nie dapat kempen daripada Astro... Sambut ulangtahun kot... 


Kengkawan kalau ada jumpa iklan Astro menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#astro #astro20thanniversary
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

MURTABAK NUTELLA CHEESE

BY JULIE MOKHTAR — 01 NOV 2016

Bahan-bahan :

- 150g tepung halus 
- 3 sudu besar gula 
- ½ sudu kecil garam 
- 1 biji telur 
- ½ sudu kecil ragi 
- ½ sudu kecil esen vanilla 
- 150ml air 
- 1 sudu kecil baking powder 

Topping :

- Mentega 
- Nutella 
- Cheddar parut 
- Susu pekat 

Cara-cara : 

1. Gaul tepung, gula, garam dan ragi. 
2. Masukkan telur dan esen vanilla; gaul. 
3. Masukkan air; gaul hingga tiada gumpalan. 
4. Biarkan adunan selama 1 jam. 
5. Masukkan baking powder; gaul. 
6. Panaskan kuali dan tuang adunan. Tutup kuali dan masak selama lebih kurang 5 minit. 
7. Potong dua; sapu mentega dan tambahkan kesemua topping: Nutella, cheddar dan susu pekat. 
8. Telangkupkan dan hidang!

KAKI KOMEN OKTOBER 2016 #KISAHHIDUPKU ...

Hai Kengkawan ... Sedar tak sedar berakhir sudah bulan Oktober ... Dah semakin hampir ker penghujung nampak nyer... Alhamdulillah masih diberi peluang bersama-sama orang yang aku sayang ... Haaa jom kita tengok kaki komen blog nie bagi bulan Oktober  2016 ... Meriah kannn ... Ada yang baru ... Ada yang masih kekal, maintain gituuu ... Terima kasih ler kat korang semua ... Yang rajin datang singgah + komen kat blog aku nih ... Jom terjah blog dia orang plak ...


 3.  Adam
4.  aRz MoHa 
8.  ejulz

Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ... Terima kasih bebanyak korang-korang ... Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...



Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...