Hari ini, pasti ramai anak-anak bersama ibu bapa yang akan bergembira dengan keputusan UPSR masing-masing.
Tahniah! Tak salah untuk bergembira kerana usaha keras telah dibuat sebelum, semasa dan selepas peperiksaan (doa).
Eh, kenapa pula adik yang duduk menyendiri itu berduka?
Tak dapat 6A?
Tak mengapa. Apa sahaja keputusannya yang penting adik telah berusaha.
UPSR Hanya Pembaris.
Apa fungsi pembaris?
Untuk mengukur panjang sesuatu objek, contohnya kertas, kadbod, kertas warna dan sebagainya. Sekali sekala digunakan untuk membuat garisan.
Boleh ke pembaris ukur tinggi adik?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan pengukur ketinggian boleh laras biasa dilihat di klinik.
Boleh ke pembaris ukur ukurlilit perut adik?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan tali tape yang mak guna untuk menjahit baju.
Boleh ke pembaris ukur panjang jalan?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan pembaris gelek beroda yang biasa diguna untuk tar jalan.
Begitu juga UPSR.
UPSR hanya mengukur KEPANDAIAN adik untuk 4 subjek. Ada banyak lagi subjek yang tak dikira dalam UPSR walaupun adik belajar berbelas subjek dalam 6 tahun.
Mungkin kalau subjek UPSR adalah Pendidikan Seni, Muzik, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam, dan Bahasa Arab, adik dah dapat 5A!
Tidak dapat A tak mengapa, tetapi pastikan adik BELAJAR.
Adik mungkin tak dapat A matematik, tetapi adik tahu mengira duit baki selepas membeli roti john. Maknanya adik BELAJAR.
Adik mungkin tak dapat A bahasa Melayu, tetapi adik boleh mengirim surat kepada atok opah di kampung. Maknanya adik BELAJAR.
Adik mungkin tak dapat A Sains, tetapi adik tahu torch light yang tidak menyala perlu ditukar bateri. Maknanya adik BELAJAR.
Adik mungkin tak dapat A Bahasa Inggeris, tetapi adik boleh menunjukkan jalan kepada pelancong yang bertanya arah. Maknanya adik BELAJAR.
Menggunakan ilmu lebih baik daripada hanya tersimpan sebagai memori.
Teruskan belajar. Tak kisahlah tiada A sekalipun, kerana ilmu dicari untuk diamal bukan sekadar cantik diusung atas sekeping sijil.
Usaha untuk pt3 pulak. Jgn risau :)
ReplyDeleteMemahami dan mengaplikasi perkara yang dipelajari lebih penting dan lebih utama daripada bilangan A yang diterima =)
ReplyDeleteteruskan belajar...
ReplyDelete