Search This Blog

Bocor Lagi ...


Semalam kecoh pasal Paper Sains UPSR 2014 bocor ... Hari nie ada lagi ... Kesian sungguh bebudak nie ... Paper BI lak ... Hmmm ... Kat alam maya (FB, Twitter, Whatsapp dll) dah macam macam cite ... Biasa lah orang Malaysia ...

Haaa, aku nak bergossip nih ... Dengar2 paper math ngan bm (masih dalam siasatan) pun bocor jugak ... So, memang kena ulang semua balik 30/9 nanti sampai bila ntah ... Ehhh, dah pukul 8, moh kita tengok berita untuk kesahihan nyer ... Jawatakuasa Khas akan dibentuk ... Kompem paper sains, bi1 & bi2 akan diulang 30September 2014 nanti ...

Meh tengok kat bawah nie ...











He he he ...
No heart feeling ...

Kertas Sains UPSR Bocor ...



Tetiba petang tadi dapat berita pasal Kertas Stains UPSR bocor ... Apekah ??? Walaupun aku takde anak amek UPSR tapi ... Kesian nyer dia orang ... Padahal esok dah last day peksa and boleh ler enjoy2 cuti sekolah nanti ... Alih2 tunda 30 September ...



Sape lah punye keje membocorkan soalan ... UPSR jer pun, menyusahkan betul ... Inilah die bila terlalu exam oriented ... Semua nak 5A ... Ape ingat kalau x dapat gelap masa depan ker ... Adoiii laa ... Sekolah plak kalau boleh semua nak kena 5A semua, nanti dapat ler ape2 title ... Mak bapak sibuk nak tayang ... Media plak sibuk memprovoke lagi ... Tak dapat 5A risau ... Tak solat 5 waktu ade kisah ...

Hmmm ... Dunia ... Dunia ... Ehhh, Malaysia ... Malaysia ... Malaysia merdeka dah 57 tahun, tapi sayang ada lagi yang tak merdeka minda nyer ...

Wallahua'lam ...

Wordless Wednesday - 43

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR


Hai kengkawan ... Hari nie bermula lah Peperiksaan UPSR di seluruh negara ... So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar ...

Sebelum korang nak gie peksa tu kenalah ...

1. Semak jadual 

2. Siapkan peralatan alat tulis

3. Tidur rehat secukupnya

4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa ....

5. Berdoa dan bertawakal
Kepada para Ibu atau bapa pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.



2. Mengadap kiblat.



3. Baca Syahadah - 3x



4. Al- Fatihah - 1x



5. 3 Qul- 1x



6. Surah Insyirah - 1x



7. Selawat Atas Nabi - 10x



8. Baca Surah Yassin - 1x



9. Baca Surah Insyirah 100x.




Insyaallah ... Allah tu kan Maha Mengasihani ...

Selamat Hari Lahir Abang Long ...



Selamat Hari Lahir Yang Ke-11 Muhammad Luqman Aliff b. Shahdan

Selamat Hari Lahir Abang Long ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu ... Abang Long dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai ... Yang paling penting
"Jangan Lupa Solat ..."



Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Ameen ...

TAZKIRAH JUMAAT #18 : AYAT KURSI

Renungan bersama untuk kita semua

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat." Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung.

Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi.

Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.



AYAT KURSI MENJELANG TIDUR

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.”Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W,” gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : “Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan.” Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ?

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : “Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?” Ia mengeluh, “Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan,” jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu, lalu dilepaskannya. ”Bohong dia,” kata Nabi : “Pada hal ia nanti malam ia akan datang lagi.”

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. ”Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W,” ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : “Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.” Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : “Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi.

”Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? “Awas!” katanya dalam hati. “Kali ini tidak akan kuberikan ampun.”

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesusuk bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. “Nah, benar juga, ia datang lagi,” katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.”Kali ini kau pastinya ku adukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya,” pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : “Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna.” "Kalimat-kalimat apakah itu?” Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. “Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu ... Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.”

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. ”Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.”Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah. “Kalimat apakah itu?” tanya Nabi.
Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari. ”Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, “Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta.”

Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?” "Entahlah.” Jawab Abu Hurairah.“Itulah syaitan.”

Mari sama-sama kita amalkan ...
Semoga bermanfaat ...
Sumber :SiNi

Solat Tahajjud ...


Selamat Petang kengkawan ... Korang buat ape tu ? Baru jer lepas borak-borak kat Group Whatsapp Family ... Macam macam hal dia orang tu ... Dari cite-cite nak bercuti, masak-masak dan macam-macam lagi lah ... Cite politik pun ada ... Dalam pada tu adalah sorang pakcik aku tanya pasal Solat Tahajjud ... Aku ape lagi gigih ler menggoogle ... Dapat ler skit maklumat ... Aku kongsi ler skali kat sini ... Rase cam rugi plak kalau aku tak kongsi kat sini ... Sharing is Caring ... Harap2 dapat ler tambah saham akhirat skit-skit ...

Solat tahajjud dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit dari tidur atau sepertiga malam walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas menunaikan solat isyak bersama 2 rakaat ba'diyahnya sehinggalah datang waktu subuh. Solat ini tidak mempunyai bilangan rakaat yang tertentu, paling sedikit 2 rakaat dan yang paling banyak tidak terhad.

DALIL

Firman Allah Taala :

ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا

Maksudnya : "Dan di sebahagian malam itu, hendaklah engkau bertahajjud sebagai nafilah (tambahan) untukmu. Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke suatu tempat (kedudukan) yang terpuji"

NIAT

أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA-DOA SOLAT TAHAJJUD

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيَّامُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ ، وَوَعْدُكَ الحَقُّ ، وَقَوْلُكَ الحَقُّ ، وَلِقَائُكَ الحَقُّ ، وَالْجَنَّةُ حَقٌ ، وَالنَّارُ حَقٌ ، وَالسَّاعَةُ حَقٌ ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ ، وَبِكَ خَاصَمْتُ ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ ، فَاغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْت وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ ، أَنْتَ إِلَهِي ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya : "Ya Allah ! BagiMu kepujian, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau Tuhan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya, Engkau Yang Maha Benar, dan janji engkau adalah benar, dan percakapan Engkau adalah benar, dan bertemu dengan Engkau adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan hari kiamat adalah benar, Ya Allah ! KepadaMu aku telah berserah, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu akau bertawakal, dan kepadaMu aku bertaubat, dan kepadaMu aku mengadu, dan ke arah Engkau aku menghakimi, ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakan dan lahirkan, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau"

Sesudah itu bacalah istigfar banyak-banyak, sama ada membaca istighfar biasa atau sayyidil istighfar.

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَاعَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ ‏لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya : 

"Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau"

Kelebihan (Keutamaan) Solat Tahajjud

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, solat tahajud memiliki 9 kelebihan, iaitu 5 kelebihan di dunia dan 4 kelbihan di akhirat kelak. Hadis yang menjelaskan kelebihan solat tahajud adalah: “Barang siapa mengerjakan Solat Tahajud dengan sebaik-baiknya, dan dengan tata- tertib yang rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan : 5 macam di dunia dan 4 macam di akhirat.”

Adapun 5 kelebihan solat tahajud di dunia adalah:

~ Akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala macam bencana.

~ Tanda ketaatannya akan kelihatan dimukanya.

~ Akan dicintai para hamba Allah yang soleh dan dicintai oleh semua manusia.

~ Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.

~ Akan dijadikan orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama.

Adapun 4 kelebihan di akhirat kelak adalah:

~ Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di Hari Pembalasan nanti.

~ Akan mendapat keringanan ketika dihisab.

~ Ketika menyeberangi titian Shirotol-Mustaqim, boleh melakukannya dengan sangat cepat, seperti halilintar yang menyambar.

~ Catatan amalnya diberikan di tangan kanan.

Setelah selesai mengerjakan Solat Tahajjud, perbanyakanlah membaca istigfar dan zikir kepada Allah kemudian berdoa sesuai dengan keinginan kita. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa beroleh keberkatan dan keredhaan selain dikabulkan cita-cita.

Marilah kita sama-sama melakukannya. Semoga bermanfaat buat semua ...
Wallahu a'lam ...

Apa Masalah Ngan Nuffnang Nie ???


Hai kengkawan semua ... Korang ape kabar ??
Ada masalah skit nih ...
Apesal saya tak leh nak Log In Nuffnang ??

Bila saya tekan jer button Log In tu, akan keluar macam kat bawah nie ...
Emmm, nie masalah komputer or masalah nuffnang sendiri ???
Korang-korang ade tak yang jadi macam nie ???
Tolonggggg !!!!


Huwaaa ... Cam ner nak buat nie kengkawan ...???


Loom Band ...

Aku pun dah terjebak sama ... Nie sume gara-gara Abang Long ... Dah dia buatkan untuk aku, kena lah pakai kannn ... Korang dah tau ker pasal loom band nie ? ... Aku baru jer tau ... Ketinggalan zaman tul aku nie ...

Nie ler rupe gelang Abang Long buat untuk aku dan Fatiha ...

Ada jugak aku tengok dia buat ... Kalau yang basic nyer cam kat atas tu agak senang ler ... Ohhh ... Rupe-rupe nyer ada macam macam design lagi ... Rajin plak Abang Long layan mende-mende cam nie ... Meh tengok cam ner nak buat ...

Selonggok getah warna-warni diperlukan ...

Nie antara tools yang digunakan ...

Tak reti plak aku nak menerangkan nyer ...

Korang tengok tu ... Main sangkut-sangkut jer ...

Bila dah siap nanti, antara hujung ngan hujung lagi satu akan disambungkan dengan menggunakan penyangkut berbentuk s ... 


Korang tau tak, sebenar nyer loom band nie dah dicipta tiga tahun lalu oleh Ng Cheong Choon, 45, yang dilahirkan di Malaysia yang kini menetap di Detroit, Amerika Syarikat. 
Malaysia Boleh!


Sejak itu, syarikatnya, Rainbow Loom, telah menjual lebih daripada empat juta unit di seluruh dunia. Wow ...

Ada banyak lagi design yang cantik-cantik ... Jom tengok ... Eeee, geram plak aku ...





10 perkara anda perlu tahu tentang Loom Band:
1. Pengasas: Cheong Choon Ng, rakyat Malaysia yang kini menetap di Detroit, Amerika Syarikat

2. Nama Syarikat: Rainbow Loom

3. Diasaskan pada tahun 2011

4. Kit Rainbow Loom mengandungi ‘pegboard’, cangkuk Rainbow Loom, klip berbetuk C dan 600 getah aneka warna

5. Lebih daripada 4 juta unit telah dijual sejak ia dilancarkan

6. Ng memulakan sebuah laman web dan menerbitkan video untuk mengajar cara untuk menggunakan kit Rainbow Loom yang menampilkan anak-anak perempuan dan anak saudara beliau.

7. Learning Express Toys, peruncit mainan yang berpangkalan di Massachusetts, adalah kedai pertama yang menjual Rainbow Loom

8. Setiap kit berharga $15 hingga $17 (kira-kira RM50-RM55)

9. Duchess of Cambridge dilihat memakai Rainbow Loom semasa lawatan beliau ke New Zealand pada tahun 2014. Selebriti lain yang pernah memakai Rainbow Loom: Harry Styles, Miley Cyrus, dan David Beckham.

10. Pada tahun 2013, ia menjadi mainan yang paling dicari menggunakan enjin carian Google.

Haaa ... Peringatan untuk semua ... Setiap yang terjadi tu mesti ada pro & kontra nyer yer dak ... Ada jugak aku dengar cite-cite negatif pasal loom band nie ... Kepada yang ada anak-anak yang terjebak sama harus berhati-hati juge ... Mende-mende nie kecik semua nyer, so kena lah pasti kan tak bersepah-sepah ... Kang ade yang kutip masuk mulut tercekik plak ... Lagi satu bila design kan tu jangan lah terlalu ketat, kang tak mengalir plak darah ... Kena hati-hati dengan getah nie, mana lah tau kot-kot terjentik ker mata ker ... Kena jugak pantau bebudak nie ... Yang terkini aku dengar dalam getah nie ada mengandungi racun, tapi aku tak pasti kesahihan nyer ... Apa-apa pun berhati-hati dalam apa jua tindakan yang kita lakukan ... 

Tengok jari budak tu ...

Sekian ... Wallahua'lam ...

Sumber :

Loom Love
Loom Band

Misi Perabih Duit ...

Haaa ... Aku ada misi anak beranak ari nie .... Dah lama aku plan misi nie ... Dekat nak seminggu jugak lah ... Bukan main excited lagi anak-anak aku ... Abang Ngah ler yang paling gembira sekali ... Suke ler dia orang nak melaksanakan misi perabih duit nie ...


Pameran Buku di Dewan Gombak Setia ...


Nampak tu ... Banyak komik nak dipilih kat belakang tu ...

Maka ari nie pagi-pagi lagi dah bangun dan tak sabar-sabar dah ... Biasa nyer kalau hari cuti bukan main susah lagi nak bangun ... Selagi ibu nyer tak jadi singa sedap jer dia orang dok golek-golek ... Hari nie macam senang ler sikit ... Suruh sume cepat jer buat ... Bebudak, biasalah kan ...

Pameran bukak pukul 10 pagi ... Dekat jer ngan umah aku, maka kami anak beranak + uwan nyer bersama-sama menyihatkan badan dengan berjalan kaki ... Alhamdulillah selamat sampai, laju jer memasing ... Masih awal kot, maka orang tak berapa ramai lagi ...


Nie hasil rembatan Fatiha ...


Nie untuk ibu & abah nyer ...


Nie plak hasil rembatan Abang Long ngan Abang Ngah ...
Bebudak nie, komik jer yang dia orang tau ...

Kalau ada yang berminat leh ler singgah ...
Ada diskaun ...
Kelengkapan lain seperti alatulis pun ada ...
Dewan Gombak Setia ...
10.00 pagi - 10.00 malam ...
Jommmm ...

WordLESS Wednesday - 41




Photo: ‎Terkini | Gaza 10.50 pm | Perang Hari ke-51

Apabila berkumpulnya warna hijau al-Qassam, warna hitam Sarayaa al-Quds, dan warna kuning Fatah, maka sesungguhnya ianya adalah kemenangan rakyat Palestin di Gaza dan para pejuangnya yang diketuai oleh al-Qassam dan Sarayaa al-Quds.

Sumber : غزة الان

#BulanKemarahanUmmah
#GazaUnderAttack
#DedaunHancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تنتصر

Menderma ke Palestin bersama Aman Palestin ;
http://on.fb.me/1zoCkpO

Million Souls Fight For Gaza Petition :
http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html‎



#PrayForGaza
#SaveGaza
#SavePalestine

Alhamdulillah ... Al Qassam Terbaeekkk ...



Alhamdulillah ... Akhirnya genjatan senjata selama sebulan telah dipersetujui antara Hamas dan Israel ... Dalam tempoh tersebut Tuntutan Palestin akan terus dibincang dan diperhalusi lagi ...



Mereka sedang meraikan kemenangan dengan bertakbir dan bertahmid ... Pemimpin Hamas pula sedang ditemuramah oleh wakil media antarabangsa ... Sementara ITU pemimpin Israel enggan ditemuramah ... He he he ... Malu ler tu ...
,
Kita amat berharap kemenangan yang nyata ... Sementara itu semua umat islam perlu bersedia, takut2 Israel mencabuli gencatan senjata / merancang sesuatu yang lebih menyayat hati ... Kalau gencatan senjata bermakna belum menang secara rasmi ... Al Qassam sentiasa perlu bersedia ...


Umat Islam perlu bersatu menentang penjajahan Zionis laknatullah, korbankanlah apa sahaja samaada harta, wang ringgit, tenaga dan masa untuk saudara-saudara kita yang dizalimi di Palestin. Hantarkanlah doa kalian semua setiap hari selepas solat demi kebaikan dan kesejahteraan saudara-saudara kita disana. Bacalah qunut nazilah diwaktu solat subuh sebagai satu doa untuk keselamatan saudara-saudara kita di Palestin, semoga Allah SWT hancurkan musuh-musuh Islam yang zalim yang sedang meratah darah saudara-saudara kita di sana.



Sumner : Aqsa Syarif

#PrayForGaza
#SaveGaza
#SavePalestine.

Sayu nyer ... Pilu nyer ...

Tak dapat aku menahan air mata selepas melihat anak kepada Allahyarhamah Mastura Mustaffa menangis di sisi jenazah ibu nya.







Sayu melihat anak yang sudah paham tentang erti kasih sayang dan erti sebuah kematian ... duduk sendirian terjelepuk memeluk keranda bonda tersayang ...

"Tolong la buka skit pon tak pe la ...
Adik nak tengok muka mama, adik nak cium pipi mama ..."

Itu lah kata-kata yang diungkapkn oleh Muhriz Marzaidi - 10tahun, anak Allahyarhamah Mastura Mustapa yang ingin menatap dan mengucup pipi ibunya.

Ya Allah, Kau Berikanlah Kekuatan Dan Ketabahan Yang Tinggi Kepada Anak Ini Untuk Menempuh Ujian Mu Yang Hebat Ini ...

Antara foto-foto lain yang menyentuh jiwa aku hari nie ...


Alif Hazim, 2, anak kepada mangsa krew penerbangan pesawat MH17, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin memeluk keranda arwah ibunya sebelum disembahyangkan. FOTO Salhani Ibrahim


Abderrahman kehilangan bapanya, Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang menjadi mangsa korban nahas MH17 ... Didukung oleh sahabat arwah semasa solat jenazah ...

Sumber : FB