Setahun sudah berlalu ...
Pemergiannyer amat dirasai ...
Tiada galang ganti ...
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدْ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَما نَقَّيْتَ الثَّوْبُ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ
Ya Allah, ampunilah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.
Di sini merupakan antara 7 mutiara kata yang pernah diungkapkan oleh Allahyarham Tok Guru :
1 . "Jika kereta rosak , mekanik akan membaikinya . Jika tubuh badan bermasalah , doktor yang akan mengubatinya . Jika kehidupan manusia bermasalah , maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk . Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syarat Allah bila berdepan dengan masalah"
2 . "Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu . Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar . Binatang ternakan contohnya , boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya , tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain . Berbeza dengan manusia , sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas"
3 . "Kita tanam lada , 40 hari dapat hasil boleh jual . Tanam terung , dua tiga bulan dapat hasil . Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan . Jika projek yang besar seperti tanam getah , bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun . Semakin besar projek tersebut , semakin besar untungnya . Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar . Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil"
4 . "Jika memandu kita perlukan lesen , menggunakan senjata api perlukan lesen , maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen . Lesen itu ialah Islam . Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen"
5 . "Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati , ada Allah SWT sedang memantau . Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa , tanpa ada yakin seperti itu manusia akan hilang brek . Kalau kereta hilang brek , ia akan terjun ke gaung . Tapi kalau manusia hilang brek , dia akan terjun ke neraka"
6 . "Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam . Kerana itu pemuda mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat . Saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya . Pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda , saya hanya mahu datang dan dengar"
7 . "Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna . Di akhirat kelak akan ditanya , setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya . Sebab itu , saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti . Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk , beras dan keperluan hidup"
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman .
Al-Fatihah
( Nik Aziz Nik Mat | 1931 - 2015 )