Search This Blog

BAJET 2017


Berikut adalah butiran penting dalam Bajet 2017 yang telah dibentangkan semalam :

• Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam, RM250 kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal Januari 2017.

• Saya perkenalkan sejak 2010 Dasar Transformasi Nasional (DTN), maka wacana nasional ini saya namakan Transformasi Nasional 2050 atau TN50.

• TN50 akan dikendalikan KBS serta pastinya akan dinaungi dan dipayungi perdana menteri.

• Pelepasan cukai sehingga RM1k diberi kepada pembayar cukai individu hantar anak 6 tahun ke bawab ke taman asuhan & pra-sekolah berdaftar, mulai 2017.

• Pelepasan cukai baru sehingga RM1k bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan setiap 2 tahun sekali mulai tahun taksiran 2017.

• RM30j untuk kaum wanita jalani pemeriksaan mamogram & mendapat suntikan imunisasi HPV secara percuma untuk mencegah kanser.

• Bagi hal ehwal wanita, RM2b utk program2 seperti I-KIT, I-KeuNita dan program Women Career Comeback.

• Buat pertama kalinya, kerajaan memperuntukkan RM30j bagi selaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

• Elaun guru KAFA juga akan dinaikkan drpd RM800 kpd RM900 sebulan, sekali gus memanfaatkan hampir 33 ribu guru.


• RM500 akan diberikan secara one-off kepada hampir 16 ribu Bilal dan Siak di seluruh tanah air.

• Elaun Imam di bawah Jakim dinaikkan daripada RM750 kepada RM850 sebulan, memanfaatkan 15k imam seluruh negara.

• RM85j bagi Permata, melibatkan 50 ribu kanak-kanak, antaranya tubuhkan Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia.

• Elaun para pembantu Kemas akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM500, melibatkan hampir 11 ribu orang.

• Bagi tingkatkan keberkesanan operasi Esszone, RM323j diperuntukkan untuk penugasan anggota di sempadan kawasan Timur Sabah.

• Mewujudkan Sea Basing di perairan Pantai Timur Sabah, & Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter. Tempatkan kenderaan Perisai AV8 GEMPITA 8×8.

• Kenderaan perisai 4×4 di Lahad Datu, penempatan skuadron pesawat pejuang Hawk & helikopter Eurocopter EC-725 di Pangkalan Udara Labuan.

• Angkatan Tentera akan laksanakan Program Jiwa Murni, dgn peruntukan RM114j, bina & menaik taraf jalan di pedalaman Sarawak.

• Perkhidmatan Feri Sekolah Angkatan Tentera juga diteruskan melibatkan 15 ribu anak anggota ATM seluruh negara.

• RM12.8b untuk KDN termasuk RM8.7b untuk PDRM. Antaranya bina 12 ibu pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69.

• RM80j diperuntukkan bagi bekalkan pakaian seragam kepada lebih 200 ribu orang anggota Rela.

• Kerajaan akan beri Bayaran Insentif Khas Insurgensi kpd veteran ATM, sejumlah RM55j, yang masih belum menerima insentif khas ini.

• Contoh, Koperal yang hilang upaya 80% semasa bertugas layak terima Insentif Pukal RM34 ribu & Insentif Bulanan hingga RM590.

• RM15.1b untuk Mindef, antaranya RM1.8b untuk selenggara aset utama seperti pesawat, kapal peronda, peralatan komunikasi, bangunan; senjata.

• RM1.3b diperuntukkan antaranya untuk telekomunikasi, rangsum dan perolehan pakaian seragam.


• Bagi hargai pencapaian syarikat berjaya tingkatkan pendapatan, kerajaan umum skim baharu khusus bagi tahun taksiran 2017 &; 2018.

• Skim ini akan beri pengurangan kadar cukai berperingkat, berdasarkan kpd % kenaikan pendapatan berbanding tahun taksiran sebelumnya.

• Peratus kenaikan pendapatan bercukai 5 & bawah 10% sebanyak 1 mata peratusan Peratus kenaikan pendapatan bercukai 10 & bawah 15% sebanyak 2 mata peratusan.

• Peratus kenaikan pendapatan bercukai 15 & bawah 20% sebanyak 3 mata peratusan Peratus kenaikan pendapatan bercukai 20% sebanyak 4 mata peratusan.

• Bagi semua PKS, kadar cukai pendapatan bercukai sehingga RM500 ribu pertama, dikurangkan daripada 19% kpd 18% bermula tahun taksiran 2017.

• Bagi rancakkan program pembangunan vendor tempatan dalam sektor perkilangan & perkhidmatan, galakan potongan cukai dua kali ke atas.

• Perbelanjaan operasi yang ditanggung syarikat induk, akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

• Demi terus memperkasa Bumiputera, kerajaan akan perbuat dan peruntukan:

• RM100j kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera

• RM100j kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka.

• RM300j kepada Tekun bagi bantu usahawan kecil majukan perniagaan, termasuk skim baru Temanita, khusus usahawan mikro wanita.

• RM200j kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, bagi melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan & Perintis Perniagaan.

• RM120j kepada MARA bagi pelbagai program keusahawanan antaranya perusahaan industri halal, pembangunan usahawan belia.

• Dana mudah-cara berjumlah RM500j menerusi Teraju bantu syarikat bumiputera kembangkan perniagaan atau mulakan perniagaan baharu.

• RM100j untuk Teraju bagi Tabung Eksport bagi syarikat bumiputera menembusi pasaran antarabangsa.

• RM100j menerusi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, bagi program Peneraju Skil; Iltizam, Peneraju Profesional serta Peneraju Tunas.

• RM222j untuk projek bekalan air terawat 42 kampung Org Asli, program pembangunan ekonomi; keusahawanan; Penempatan Semula Perkampungan.

• Bagi projek Native Customary Rights pula, RM20 juta disediakan untuk pemetaan tanah di Sabah dan RM30 juta di Sarawak.

• RM50j pembangunan Kg Baru Cina, RM50j pinjaman PKS KOJADI, RM20j pinjaman mikro kredit diselia Malaysian Chinese Women Entrepreneurs Foundation.

• RM20j disalurkan kepada Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.

• Bagi masyarakat India, RM50j program peningkatan kapasiti; pendapatan, RM150j untuk program pembiayaan perniagaan Tekun; Amanah Ikhtiar Malaysia.

• Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SJKT, Kerajaan akan memperluaskan program pra-sekolah kpd 50 sekolah peruntukan RM10j.

• Kerajaan terus menumpukan usaha melindungi kumpulan mudah terjejas. Antara inisiatif yang disediakan:

• Bantuan keluarga miskin liputi Bantuan Am sehingga RM300/sebulan & Bantuan Kanak-kanak sehingga RM450/bulan diteruskan, manfaat 69k keluarga.

• RM424j termasuk bantuan sosioekonomi warga emas RM300 sbg saraan hidup & program wang saku. 8 Pusat Aktiviti Warga Emas baru.

• RM535j memanfaatkan hampir 150k OKU merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak-kanak OKU serta bantuan OKU tidak berupaya bekerja.

• Pelepasan GST kepada OKU berdaftar utk beli peralatan bantuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta.

• Bagi usaha menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif berikut akan diberikan:

• Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

• Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

• Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

• Insentif ini berkuatkuasa pada 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.

• Bagi tingkatkan kualiti institusi pengajian tinggi ke taraf global, RM7.4 bilion disediakan kepada 20 universiti awam.

• RM4 bilion kepada4 hospital universiti, manakala RM300 juta pemerkasaan 5 universiti penyelidikan.

• RM100 juta untuk IPT bagi membudayakan penyelidikan serta meningkatkan bilangan penerbitan dan harta intelek.

• Baucar buku diganti dengan kad debit pelajar RM250, boleh beli buku, alat tulis, alatan komputer &akses internet. Manfaat 1.3j pelajar.

• Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada 2017 termasuk: RM1.6b menerusi JPA RM2b; menerusi Mara RM250j; Kementerian Pengajian Tinggi RM208j; Kementerian Kesihatan; RM194j menerusi Kem Pendidikan RM28j menerusi Kementerian Sumber Manusia RM21j menerusi KBS.

• Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kepada setiap pelajar keluarga berpendapatan sehingga RM3 ribu, memanfaatkan 3.5 juta murid.

• RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365,00 murid.

• RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah.

• RM1.1 bilion merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita.

• Geran sepadan disediakan pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i.

• Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas RM150 kepada 67 ribu murid; serta mengganti bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas.

• RM600 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah. Daripada jumlah tersebut: RM250j untuk Sekolah Kebangsaan; RM50j kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; RM50j Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil; RM50j Sekolah Mubaligh; RM50j Sekolah Berasrama Penuh RM50j Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50j Sekolah Pondok berdaftar RM50j kpd MRSM.

• Bermula Jan 2017, fixed line broadband ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Pelanggan 5mb/s pada RM149 kini dapat 10mb/s.

• Dalam tempoh 2 tahun pakej ini, kelajuan akan ditingkatkan 2x dengan penurunan harga sehingga 50%.

• Kerajaan akan lancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat.

• SKMM akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan & kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat.

• RM400 juta diperuntukkan, antaranya untuk inisiatif clean air dan ecotourism.

• Tempoh permohonan Taraf Perintis & Elaun Cukai Pelaburan bagi pelaburan hotel baru 4 & 5 bintang, dilanjutkan 31 Disember 2018.

• Potongan cukai RM500 ribu dinaikkan kepada RM700 ribu bagi sektor swasta taja pertunjukan kesenian, kebudayaan & warisan tempatan luar negara.

• Program promosi Malaysia dengan Kempen Tahun Melawat Asean@50 sempena ulang tahun Asean & sebagai tuan rumah Sukan SEA & Sukan Para Asean 2017.

• Bagi capai sasaran 32 juta pelancong tahun depan, kerajaan akan meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan.

• Untuk menggalakkan golongan muda buat pelaburan jangka panjang, Kerajaan memperkenalkan Skim Persaraan Swasta atau PRS.

• RM165j untuk cadang naik insentif sedia ada RM500 kepada RM1k one-off kepada pencarum PRS dengan pelaburan min RM1k bagi tempoh 2 tahun.

• Bagi bantu B40 khususnya penerima BR1M jana pendapatan tambahan, kerajaan galakkan penyertaan sebagai pemandu ride-sharing seperti Uber.

• Jika tidak miliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat guna BR1M & rebat RM4 ribu bagi pembelian Proton Iriz.

• Pendapatan boleh cecah RM1,500/bulan jika pandu separuh masa 10-40 jam seminggu & RM4,300 jika melebihi 40 jam seminggu.

• Geran pelancaran RM60 juta untuk Skim Perkeso kepada pemandu teksi individu berpendapatan sehingga RM3 ribu sebulan diperkenal.

• Jika pemandu meninggal dunia, waris akan terima Faedah Orang Tanggungan pada kadar RM945 – RM2,655 sebulan.

• Contoh, jika hilang upaya kekal bayaran pukal RM43 ribu-RM121 ribu & bayaran bulanan RM1,281-RM2,624 sepanjang hayat.

• Pemandu teksi perlu carum kadar RM157-RM443 setahun/RM13.08 sebulan. Jika kemalangan waktu kerja, layak tuntut Perkeso.

• Bagi pemandu teksi, RM60 juta geran RM5 ribu untuk beli kenderaan baru & tawarkan permit teksi individu, memanfaat 12 ribu pemandu.

• RM80 juta bagi inisiatif pencegahan penularan wabak denggi & zika, dan juga memperluaskan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara.

• Bagi menggalakkan banyak pusat hemodialisis swasta dibuka, RM40 juta diperuntukkan geran one-off RM200,000 untuk beli peralatan.

• Peruntukan RM110 juta, di mana RM70 juta untuk bantuan perubatan kepada 10 ribu pesakit kurang mampu.

• Pinjaman RM20 juta disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital kerjasama kerajaan-NGO/swasta.

• RM4b untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan kerajaan.

• RM4.5b untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, dan lebih 1,800 Klinik Desa.

• Naik taraf kemudahan RM536j, termasuk peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, Pulau Pinang, Sultanah Aminah JB & 100 ambulans.

• Membina & naik taraf hospital baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru.

• Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.

• Ini diperluaskan meliputi pembelian akhbar arus perdana, smartphone & tablet, langganan Internet serta bayaran keahlian gimnasium.

• Pelepasan cukai individu untuk pembelian bahan bacaan, komputer & peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.

• Saya umumkan satu skim pembayaran akhir atau end-financing khas jenis step-up untuk program PR1MA.

• PR1MA dapat sambutan memberangsangkan, lebih 12k unit kediaman berjumlah RM3.3b ditempah, 85k dalam pelbagai peringkat kelulusan.

• Syarikat Perumahan Negara Bhd diperuntukkan RM200j bina 5k unit Rumah Mesra Rakyat dgn subsidi sehingga RM20k seunit.

• 10k rumah dibina di bandar untuk disewa golongan muda yang layak dengan pekerjaan termasuk graduan muda baru bekerja.

• Kerajaan akan sediakan tanah tidak diguna pakai di lokasi strategik kepada GLC; PR1MA untuk bina 30k rumah, harga RM150k-RM300k.


• Bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2k, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

• BR1M isi rumah berpendapatan RM3k hingga RM4k, akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

• BR1M isi rumah dalam senarai e-Kasih; berpendapatan bulanan bawah RM3k dinaikkan daripada RM1,050; RM1,000 kepada RM1,200.

• Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1k kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah &warga emas dengan peruntukan RM6.8b.

• Projek Mesra Rakyat RM800j naik taraf & bina surau, titi, parit, balai raya, pasar & gerai perniagaan kecil.

• Sebagai tambahan, atasi masalah bekalan air di seluruh negara, Tabung Bekalan Air akan diwujudkan segera, berperuntukan RM500j.

• RM300j bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia untuk baik pulih kemudahan kawasan flat & 113 Program Perumahan Rakyat.

• Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10,000 rumah dengan peruntukan RM460j.

• Bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air, geran RM156j & RM509j disedia dalam bentuk pinjaman.

• Tingkatkan penyediaan bekalan air bersih dgn RM732j, mensasarkan 5, 200 rumah termasuk naik taraf sistem bekalan air Felda.

• Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara RM1k hingga RM15k bergantung kepada usangnya keadaan rumah tersebut.

• Bina dan baik pulih 17k unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli dgn peruntukan RM350j.

• Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6b disediakan kpd semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia.

• Bina dan naik taraf 616km jalan kampung & jambatan bagi tingkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar dengan peruntukan RM1.2b.

• Sebanyak 97k lampu jalan, 3k lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang, libatkan 7500 kampung seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

• Kerajaan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewat Disember 2016.

• Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar.

• Pegawai contract of service & contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, dilanjutkan setahun lagi.

• 30k unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90k hingga ke RM300k.

• Sebagai menghargai jasa 1.6 juta penjawat awam, kerajaan umumkan cuti belajar dengan gaji penuh serta biasiswa bagi golongan pelaksana.

• Pemberian Cuti Kuarantin yang anaknya sakit dan perlu dikuarantin menerusi cuti tanpa rekod 5 hari.

• Kemudahan pembiayaan beli komputer diperluaskan meliputi pembelian telefon pintar. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun.

• Had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

• Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan RM120k kepada RM200k, pinjaman paling tinggi daripada RM600k kepada RM750k.

• Syarikat Osram umum pelaburan hampir RM5 bilion. Pelaburan untuk kilang LED di Kulim Kedah ini yang terbesar dan terkini di dunia.

• KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia meningkat daripada AS$23,100 pada 2012 kepada AS$26,891 pada 2015.

• PM tegaskan, jangan percaya gembar-gembur kadar GST akan dinaikkan.

• Kerajaan ambil langkah positif pinda Akta Kebankrapan 1967 mulai awal tahun depan, berkait mereka yang diisytiharkan bankrap.

• RM40j laksana semula Geran Persatuan Penduduk kpd persatuan berdaftar. Geran sehingga RM10 ribu bagi biayai peralatan.

• RM60j disediakan bagi tingkatkan keberkesanan usaha cegah jenayah di bandar, termasuk presence & Unit Rondaan Bermotosikal.

• Kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai melebihi RM1j akan dinaikkan daripada 3 kepada 4% mulai 1 Jan 2018.

• Pembangunan sukan, RM1.2b disediakan. Ini meliputi RM450j khusus penganjuran Sukan SEA ke-29 & Sukan Para Ase ke-9 p2017.

• RM50j bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang.

• RM122j membina &naik taraf fasiliti termasuk Kompleks Belia &Sukan Negeri2, Kompleks Futsal 1Malaysia &Kompleks Sukan Komuniti.

• M70j bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa.

• RM54j bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.

• Berkaitan kenaikan harga & jaminan bekalan makanan, RM1.3b disediakan tingkatkan pengeluaran bahan makanan dengan harga kompetitif.

• Bagi mempergiatkan startups, sejumlah RM200 juta drpd dana Skim Jaminan Modal Kerja akan dikhususkan kpd syarikat startups.

• Bagi galakkan pelaburan startups berteknologi tinggi, 1 kategori pas baru Usahawan Teknologi Asing Berpengetahuan Tinggi diperkenal.

• RM200j teruskan Bantuan Makanan Tambahan & Geran Per Kapita program Tabika & Taska, tambah baik pakej pemakanan manfaat 280 ribu kanak-kanak.

• RM132 juta disediakan untuk tingkatkan akses pendidikan pra-sekolah percuma di sekolah Kerajaan, manfaatkan 200 ribu kanak-kanak.

• Bangunkan semula 120 sekolah daif, 60 di semenanjung, 30 di Sabah & 30 di Sarawak guna IBS & naik taraf 1,800 makmal sains, peruntukan RM570j.

• Siapkan pembinaan 227 sekolah, termasuk 8 sekolah baru dengan peruntukan RM478 juta.

• Perluas program penguasaan B. Inggeris melalui Cambridge English, Dual Language & Highly Immersive dgn peruntukan RM90j.

• Untuk 430 ribu pendidik, menerusi SKMM RM340 juta diperuntukkan untuk tablet bantuan mengajar bagi mudahkan tugasan.

• Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4-5% pada 2017 memandangkan asas ekonomi kukuh negara ditambah dengan sokongan strategi dan program Bajet 2017.

• Pertumbuhan dijangka disumbang daripada permintaan domestik, terutama perbelanjaan penggunaan swasta dan pelaburan swasta, yang dijangka berkembang masing-masing pada 6.3 dan 5.8% pada 2017.

• Jurang tabungan-pelaburan dijangka mengecil kepada 0.5-1.5% pada 2017 sejajar dengan aktiviti pelaburan yang rancak.

• Inflasi dijangka kekal terkawal pada 2017, manakala ekonomi terus beroperasi di bawah guna tenaga penuh.

• Semua sektor ekonomi dijangka menyumbang kepada pertumbuhan, dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan menerajui pengembangan pada 2017.

• Defisit fiskal dijangka terus bertambah baik kepada 3% (RM40.3 bilion) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017. (2016: 3.1%; RM38.7 bilion).

• Kutipan hasil kerajaan meningkat 3.4% kepada RM219 bilion pada 2017, disumbang daripada kutipan hasil cukai tinggi, terutamanya daripada cukai pendapatan syarikat.

• Hasil berkaitan bukan minyak terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah hasil pada 2017 sebanyak 86.2, disumbang terutamanya daripada kutipan cukai barang dan perkhidmatan tinggi sebanyak RM40 bilion.

• Peruntukan bagi Bajet 2017 ialah RM260.8 bilion.

• Peningkatan 3.4% daripada pengubahsuaian Bajet 2016. Daripada jumlah ini, RM214.8 bilion perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion perbelanjaan. Tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion.

• Di bawah peruntukan pengurus – RM77.4 bilion untuk emolumen dan RM32 bilion untuk perkhidmatan.

• RM691 juta untuk pembelian aset dan RM816. 6 juta untuk perbelanjaan lain.

• Untuk sektor ekonomi RM25.9 bilion, RM12.2 bilion (sektor sosial), RM5.3 bilion (keselamatan), RM2.5 bilion (pentadbiran am).

• Hasil 2017 dijangka berkembang 3% kepada RM219,.7 bilion berbanding 3.1% berbanding 2016.

Habis dah ...
Apa kata korang ?

TAZKIRAH JUMAAT #65 | BELAJARLAH


✿~ Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN

✿~ Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA

✿~ Belajarlah TAAT walau BERAT

✿~ Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI

✿~ Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN

✿~ Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA

✿~ Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI

✿~ Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH

✿~ Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH, Percayalah bahawa ALLAH SWT selalu di samping kamu ...

CPUV NUFFNANG #103 | OLD TOWN WHITE COFFEE


Alhamdulillah ... Dalam pada rase nak merajuk dah ngan #nuffnang muncul plak satu kempen baru ... Satu jer pun ... Tak macam dulu dah ... Kali nie kempen daripada Old Town White Coffee ... 

Aku jarang makan + minum kat sini ... Bagi aku harga nyer agak menggugat iman jugak nak bayar ... Melalui risikan aku OTWC sedang menjalankan satu promosi ... Jom skodeng ...


Klik banner promosi OTWC kat atas nie untuk maklumat lanjut ... Rase nyer ada syarat2 yang perlu dipatuhi ...


Kengkawan kalau ada jumpa iklan OTWC menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...

Terima kasih #nuffnang
#oldtownwhitecoffee
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

Kisah Seorang Pemandu Lori


Assalamualaikum dan Selamat Pagi kengkawan semua ... Kali nie saya nak kongsikan Kisah Seorang Pemandu Lori yang sering meninggalkan Solat Zohor ...

Ada seorang pemandu lori nie sering qada solat zohor di waktu asar kerana hendak mengejar waktu penghantaran supaya tidak lebih dari pukul 5 ...

Pemandu lori sering menghantar barang tapi apabila masuk waktu zohor, dia tidak berhenti sekejap untuk solat kerana dia takut terlambat sampai ke destinasi bagi mengejar masa yang ditetapkan ... Jika lambat akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya ... Dia juga berkata kadang-kadang dia terlambat juga sampai ke destinasi ... Kalau dia solat lagi lah dia lambat ... Dan dia bertemu dengan seorang Ustaz bagi mendapatkan kepastian bolehkah dia buat begitu ... Apakah tindakan dia betul ...

Ustaz menjawab, janganlah membuat begitu ... Takkanlah solat sekejap pun tak boleh ... Disebabkan anda nak kejar masa, saya bagi sedikit cadangan ... Waktu zohor nanti, awak berhenti untuk solat ... Tapi awak solat benda yang wajib je ... Yang sunat awak tak payah buat ... Wirid lepas solat tak payah buat ... Tapi jangan solat dalam keadaan gopoh ... Cuba buat dulu ...


Pemandu lori itu mengangguk lalu dia pun mula melakukan solat zohor apabila sampai waktunya ... Beliau mengambil masa dalam 4-5 minit untuk solat ... Hasil daripada beliau solat zohor itu, beliau tiba ke destinasi 15 minit lebih awal berbanding dengan sebelum ni yang beliau tidak solat zohor ... Langsung tak de jem ... Lancar je perjalanan beliau ... Subhanallah ... Inilah kuasa Allah ...

Kejadian ini memang kerap berlaku di dalam persekitaran kita ... Kita lebih mementingkan tentang perkara di dunia dan sanggup menepikan perkara yang benar-benar penting dan wajib iaitu solat ...

Ramai orang lebih mengejar masa tapi ramai yang terlupa bahawa Allah lah yang menciptakan masa ... Tiada satu pun zarah dalam dunia dapat bergerak melainkan dengan izin Allah tapi di mana kita meletakkan Allah di hati kita ?? Allah berkuasa atas segala-galanya ...

Contoh , jika kita ada 'appointment' dengan klien pukul 2 petang ... Pukul 1 kita dah sampai coffee house ... Tak nak terlambat sebab takut hilang projek ... Solat zohor lebur ... Habis waktu asar baru buat ...

Contoh lagi, Kita keluar rumah atas beberapa urusan, kemudian masuk waktu solat, tapi kita tangguhkan solat tersebut atas alasan pakaian tidak bersih, walhal islam mengutamakan kebersihan dan kita boleh juga bawak pakaian extra letak saja dalam kereta ... Kenapa perlu beralasan dengan Allah ...

Tapi bab solat, kadang nak habis waktu baru kita nak solat ... Langsung kita tak jaga sebab apa ? Sebab kita tak nampk hasil dia di dunia tapi kita lupa tentang akhirat yang kekal selama-lamanya ... Kita tak nampak pahala atau dosa datang bergolek-golek ... Dia yang memberikan kita rezeki, kesihatan malah segala-galanya tapi kita masih meletakkan Allah di tempat kedua berbanding urusan duniawi kita ... Layakkah kita dengan syurga Allah yang tiada tandingannya itu ??

Renungan dan peringatan untuk aku sendiri, suami yang tersayang, anak2 amanah ku, keluargaku serta kengkawan semua ... Semoga bermanfaat buat semua ...

Sultan Muhammad V Yang di-Pertuan Agong ke-15

Sultan kesayangan rakyat Kelantan telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 untuk tempoh lima tahun bermula 13 Disember ini. 

Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama.

Pemilihan tersebut dilakukan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242, yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang disandang Tuanku Abdul Halim berkuat kuasa 13 Disember 2011, akan tamat tempoh perkhidmatan pada 12 Disember ini.

Berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.


Raja Berjiwa Rakyat

Tengku Muhammad Faris Petra, 47, putera sulung Sultan Ismail Petra menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat serta berkopiah putih ketika melawat rakyat.

Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Sultan Muhammad V yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) gemar membaca serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak. Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin Aishah Putri, 27. 

Sumber :- www.astroawani.com

Mamogram Mengesan Apa Yang Tidak Kelihatan

Semalam saya ada buat entry pasal PEMERIKSAAN MAMOGRAM PERCUMA ... Program tu dianjurkan oleh ADUN kawasan saya ... Kat sini saya terangkan serba sedikit tentang MAMOGRAM ... Semoga bermanfaat untuk kengkawan semua ... 

Apa itu MAMOGRAM ?

Mamogram adalah suatu pemeriksaan saringan sinar-X yang dilakukan untuk mengesan peringkat awal kanser payudara.

Siapa yang memerlukan MAMOGRAM ?

Semua wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas boleh menjalani pemeriksaan ini.

Mengapa saya memerlukan MAMOGRAM ?  

Mamogram dapat mengesan kanser payudara pada peringkat paling awal iaitu sebelum ketumbuhan dapat dirasai oleh payudara. Ia juga berkesan untuk meneliti kesihatan am payudara.  
Bagaimana MAMOGRAM dilakukan ?
Pemeriksaan ini dilakukan oleh Juru X-Ray wanita. Ia mengambil masa selama 10 minit hingga 30 minit. Anda diperlukan untuk mendedahkan bahagian dada anda. Kemudian payudara anda akan diletakkan di antara 2 plat yang terdapat pada mesin. Selepas itu dedahan sinar-X akan dibuat. 2 keping filem sinar-X akan diambil bagi setiap sebelah payudara melalui sudut yang berlainan. Pemeriksaan mamogram adalah selamat kerana radiasinya adalah di tahap sangat rendah. 

Persediaan untuk MAMOGRAM ? 

Peringatan:  Elakkan menguna minyak wangi, deodorant, bedak atau krim pada bahagian dada dan ketiak pada hari pemeriksaan mamogram. Bahan-bahan dalam produk-produk ini mungkin akan menjejaskan keputusan mamogram. Anda perlu memakai pakaian ringkas atau blaus dan seluar panjang atau skirt panjang. Pakaian atas perlu ditanggalkan semasa pemeriksaan dilalukan.   

Tip:  Lakukan pemeriksaan selepas haid kerana pada masa itu payudara kurang sensitif. Elak minum minuman yang berkafein (kopi, teh, air berkabonat dan coklat) selama seminggu atau dua minggu sebelum hari temujanji. Kafein boleh menyebabkan payudara terasa sakit.   

Bagaimana jika keputusan MAMOGRAM saya abnormal ? 
Anda akan dirujuk kepada pakar di hospital atau di pusat perubatan untuk penyiasatan lanjut. Keputusan mamogram yang abnormal tidak semestinya bermakna anda mempunyai kanser. Pakar akan melakukan penyiasatan lanjut dan akan memberikan nasihat dan rawatan yang bersesuaian. 

Di mana anda boleh mendapatkan Pemeriksaan MAMOGRAM ?  

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini di pusat-pusat mamogram kerajaan dan swasta. LPPKN menyediakan subsidi bagi pemeriksaan mamogram untuk wanita-wanita layak. Sila rujuk kepada mana-mana klinik LPPKN yang berhampiran.

Pengesanan Awal Menyelamat Nyawa. Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutama wanita mengenai kanser payudara, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan Program Subsidi Ujian Mamogram. Program ini mensasarkan kepada wanita warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur    40-70 tahun yang layak bagi mendapat saringan ujian mamogram di Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar dengan LPPKN. Walaubagaimanapun bagi wanita yang berumur 35-39 tahun yang mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara sebelum berumur 40 tahun juga layak mendapat subsidi ini melalui rujukan Doktor.

Ujian saringan mamogram PERCUMA diberikan kepada wanita yang berisiko tinggi berpendapatan isirumah RM10,000.00 dan ke bawah. Manakala bagi wanita yang berpendapatan isirumah melebihi RM10,000.00, subsidi sebanyak RM50 diberikan bagi setiap ujian mamogram yang dilakukan.

Wanita yang tidak mempunyai sebarang gejala dan tanda pada payudara mereka digalakkan untuk menjalani ujian mamogram melalui Klinik-Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara. Wanita yang layak akan dirujuk ke Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar di bawah program ini.

Bagi wanita yang telah dikesan positif kanser, diharap dapat menjalani penyiasatan lanjut dan mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta. Wanita yang memerlukan bantuan kewangan, kaunseling dan sokongan khidmat nasihat akan diberikan oleh pelbagai agensi yang berkerjasama di bawah program ini.

Semoga Program Subsidi Ujian Mamogram dapat memberi manfaat kepada wanita dalam usaha pengesanan awal kanser payudara. 

Sumber : LPPKN

[LIRIK] Hancur Aku Estranged Feat. Fazura


Apa khabar teman
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu

Apakah ertinya
Ketemuan ini
Ku merindukan kehadiranmu



Hancur hancur aku
Bila-bila saja
Hancur hancur aku

Hancur hancur aku
Bila-bila saja
Hancur hancur aku

Apa khabar teman
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari
Diri aku

Apakah ertinya
Kesudahan ini
Patutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur hancur aku
Bila-bila saja
Hancur hancur aku

Hancur hancur aku
Bila-bila saja
Hancur hancur aku

**********

Lagu nih adalah OST Patahnya Sebelah Sayap ...
Klik banner untuk sinopsis ringkas ...

Patahnya Sebelah Sayap

Aku dah terjebak ... Bila dah terlayan, maka haruslah tengok dan tengok lagi ... Korang layan tak drama nih ? Dah episod ke berapa ntah ler ...

Drama nie mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisha (Ummi Nazeera). Alisha menjalinkan hubungan cinta dengan Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan cinta yang terjalin tiada masalah. Alisha sentiasa membantu keluarga Amzar ketika Amzar keluar mencari peluang pekerjaan. Amzar bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Akhirnya Amzar berjaya lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.
Alisha adalah individu yang paling gembira bila impian Amzar untuk menjadi penguam akhirnya tercapai. Alisha telah membeli beberapa helai kemeja untuk Amzar pakai untuk ke tempat kerja. Amzar yang komited pada kerja, berjaya memenangi kesnya yang pertama. Kejayaan itu diraikan bersama Alisha di kedai makan kegemaran mereka. Amzar mengambil peluang itu untuk melamar Alisha dan akibat terlalu gembira dengan kejayaan Amzar, Alisha menerima lamaran tersebut tanpa sebarang syarat. 
Selesai meraikan kejayaan Amzar mereka berdua bergegas pulang menaiki kereta Alisha yang dipandu oleh Amzar. Kebetulan ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Kerana terlalu gembira mereka asyik bergurau senda menyebabkan Amzar terlanggar sesuatu ketika cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang mereka langgar disebabkan oleh hujan lebat ketika itu. Amzar membuat keputusan untuk turun dari kereta dan melihat apa yang dilanggarnya. Setelah kembali semula ke dalam kereta, Amzar menyatakan bahawa dia terlanggar sebuah tong besar. Namun hal yang sebenar dirahsiakan dari Alisha.
Beberapa hari selepas kejadian itu, Alisha terbaca dalam surat khabar mengenai sebuah kes langgar lari. Dia yakin kes itu ada kaitan dengan malam kejadian sewaktu dia dan Amzar berada dalam kereta. Kemudian datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah dan menahannya. Alisha menjadi suspek utama kes langgar lari itu.
Pada awalnya Amzar telah berjanji untuk membela Alisha namun bila kes dibicarakan Amzar menyepi dan membiarkan Alisha bersendirian. Alisha dijatuhi hukuman dua tahun penjara akibat kes langgar lari tersebut.
Dua tahun kemudian, Alisha akhirnya dibebaskan. Dia mula bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel). Tanpa diketahuinya bahawa Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari Amzar.
*****
Ada seorang alim bertanya pada saya, "Apa yang lebah akan cari bila dicampak ke dalam sampah?". Saya jawab, "Dia akan mencari madu,". Orang alim tu bagitau, "Tidak sebaliknya dia akan cari bunga terlebih dahulu, kemudian baru akan datangnya madu". Pastu dia tanye lagi, "Apa yang terjadi apabila lalat dicampakkan ke dalam taman yang dipenuhi dengan bunga?". Saya jawab, "Pasti lalat akan mencari sampah". Kemudian orang alim tu bagitau, "Jadilah kamu seperti mata lebah walaupun ditunjuk akan keburukan seseorang kepada kamu, tetap kamu mencari kebaikannya, sebaliknya janganlah kamu jadi mata lalat walaupun ditunjuk seribu kebaikan seseorang kepada kamu, kamu masih lagi mahu mencari keburukan orang lain,".

Saya tak nak kamu ambil ilmu ini sebagai maklumat tapi ambillah ilmu ini untuk amal dan sampaikan .
Semoga Allah s.w.t. bagi taufiq dan hidayah Nya ...

#amirahbalqis

**********
Menarikan ... Sape2 yang berminat, jangan lupa tonton drama bersiri ini di Slot Samarinda pada setiap Isnin hingga Rabu jam 10:00 malam hanya di TV3 ...


PEMERIKSAAN MAMOGRAM PERCUMA


🌸🌸🌸 PEMERIKSAAN MAMOGRAM PERCUMA 🌸🌸🌸

Info khas untuk penduduk Gombak Setia ...
(Rebut peluang untuk kesihatan anda. Harga normal lebih RM 300. Ini hanya PERCUMA untuk anda)

Tarikh. : 18/10/2016
Hari. : Selasa
Tempat : Columbia Asia Setapak

🚌 Bas di sediakan
Bertolak: Jam 8 pagi Daripada (pusat khidmat Masyarakat, dun Gombak Setia, jln berjaya 6, Tmn berjaya)

✳ Umur: 35 tahun keatas, tidak menyusukan anak dan tidak haid ketika hari pemeriksaan.

✳ Sila beri nama & nombor kad pengenalan K/P (sertakan 1 salinan K/P)

☎ sebarang pertanyaan:
sila hubungi Puan Khatifah
019 2342889

🌷 Anjuran : Pusat Wanita Berdaya (PWB) Gombak Setia
Terima kasih.

SAPE PEROMPAK SEBENAR NYER ?


Dalam satu rompakan di sebuah bank, perompak menjerit ...

"Jangan bergerak, kami nak merompak ... Duit di sini semuanya kepunyaan kerajaan ... Nyawa kamu adalah kepunyaan kamu ... Jangan nak jadi bodoh ... Jaga diri kamu sahaja ..."

Semua orang meniarap dengan ketenangan ...

Ini dipanggil "Mind Changing Concept" ... Mengubah cara pemikiran yg konvensional ...

Tiba-tiba ada seorang perempuan yang mula menangis dan ketakutan, seorang perompak menjerit kepadanya : 
"Bawa bertenang, ini adalah rompakan bukannya percubaan untuk merogol!"

Ini di panggil "Being Professional" Hanya fokus perkara yg kita pakar dan terlatih ...



Apabila semua perompak balik ke rumah, seorang perompak yang lebih muda (lulusan universiti) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (yang hanya belajar sehingga darjah 6):

"Bos, jom kita kira berapa banyak kita dapat hari nie ..."

Perompak yg lebih tua itu menolak dan berkata:

"Kau memang bodoh ... Terlalu banyak duit yang kita rompak, nanti mengambil masa yang lama untuk mengira ... Malam ini berita akan beritahu berapa sebenarnya kita dah rompak dari bank itu!"

Ini di panggil "Experience" ... Zaman sekarang pengalaman adalah lebih penting dari sekeping kertas!

Sementara itu di bank, selepas perompak meninggalkan bank, pengurus bank memberitahu bank supervisor agar report polis dengan segera ... Tapi supervisor memberitahu kepada pengurus bank :

"Nanti! Apa kata kita ambil $10 juta dari bank untuk diri sendiri dan tambahkan lagi $70 juta yg kita songlap sebelum ini dari bank" Muahaha, idea jahat di situ ...

Ini di panggil "Swim with the tide" ... Menukar masalah yang dihadapi menjadi kepada kelebihan diri!

Supervisor itu menambah:

"Kan bagus kalau ada rompakan setiap bulan" ...

Ini di panggil "Killing Boredom" ... Kegembiraan diri sendiri adalah lebih penting dari kerja ...

Keesokan harinya, berita tv melaporkan bahawa $100 juta duit dari bank telah di rompak ... Perompak bank mengira berkali-kali sehingga terberak untuk memastikan jumlahnya tepat, tapi mereka hanya dapat sejumlah $20 juta bukannya #100 juta ... Hahaha ... Haru ... Haru ...

Perompak-pereompak berasa sangat marah dan berkata :

"Kita menanggung risiko kehilangan nyawa hanya mampu mengambil $20 juta ... Pengurus bank senang-senang boleh buat duit dengan mengambil $80juta ... Nampaknya lebih baik jadi orang terpelajar dari perompak!"

Ini dipanggil "Knowledge is worth as much as gold!"



Pengurus bank tersenyum gembira kerana aktiviti mereka ditutupi dengan kes rompakan ...

Ini dipanggil "Seizing the opportunity" ... Berani mengambil risiko!

Jadi siapa perompak yg sebenarnya ?

FENOMENA AIR PASANG BESAR OKTOBER 2016


Mohon laluan info terkini ... Sila panjang kan peringatan kepada saudara sahabat kita yang berpotensi untuk bersedia hadapi keadaan ini ... Sama-sama kita berdoa agar tiada kejadian buruk akan berlaku ...



Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam ...

PENDUDUK DIMINTA SUPAYA BERWASPADA DAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN JIKA BERLAKU BANJIR AIR PASANG TINGGI SEPERTI YANG DIJANGKAKAN

Jadual Ramalan Air Pasang Surut Malaysia 2016




TAZKIRAH JUMAAT #64 | KENAPA KAMU DIAM?

Sebagai peringatan untuk saya dan kengkawan semua ... Jom mulakan merawat hati kita yang kotor nih ... Tak dapat banyak, sikit pun jadilah ... Sebagai permulaan ... Ingat !!! Yang penting istiqamah ...

KENAPA KAMU DIAM ?

Apabila kamu di dalam kereta atau berjalan-jalan, atau berada di pasar, atau ketika di pejabat atau di mana-mana sahaja.

KENAPA KAMU DIAM ?

Sedangkan setiap detik daripada umur kamu itu dihisab oleh Allah.
Ucaplah Istighfar, bacalah Al-Quran.
Jika kamu tidak hafal, maka bacalah dan ulanglah Al-Fatihah seribu atau dua ribu kali nescaya ia takkan memudaratkanmu bahkan ia memberi manfaat.


KENAPA KAMU DIAM ?

Beristighfarlah, bertahlillah (sebut لا ٳله ٳلا الله).
Bila kamu berhenti di lampu isyarat sambil menanti lampu hijau.

KENAPA KAMU DIAM ?
Beristighfarlah, Bacalah, Ulanglah


KENAPA KAMU DIAM ???

Semoga bermanfaat untuk kengkawan semua ...

KAKI KOMEN SEPTEMBER 2016 #KISAHHIDUPKU ...

Hai Kengkawan ... Sedar tak sedar berakhir sudah bulan September ... Alhamdulillah masih diberi peluang bersama-sama orang yang aku sayang ... Haaa jom kita tengok kaki komen blog nie bagi bulan September 2016 ... Meriah kannn ... Ada yang baru ... Ada yang masih kekal, maintain gituuu ... Terima kasih ler kat korang semua ... Yang rajin datang singgah + komen kat blog aku nih ... Jom terjah blog dia orang plak ...


3.  izzeyda
8.  At-Tarmizi

Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ... Terima kasih bebanyak korang-korang ... Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...



Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...

SALAM MAAL HIJRAH 1438 H

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1438 H kepada seluruh umat Islam ...

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya ... Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya ... 

Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah ... Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama ... Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu ...

Di kesempatan ini juga, saya menyusun jari sepuluh andaikata saya ada terkata secara sengaja ataupun tidak ... Malahan saya ingin memohon maaf andaikata gurau senda & kata2 saya selama ini mengguris hati & perasaan anda semua ... Saya berharap anda semua dapat memaafkan saya ...

Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri ...

Selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah ...

INFO

Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1438H / 2016M adalah Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah ... Sambutan kali ini akan diadakan pada 2 Oktober 2016 bertempat di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS) ... 

Doa akhir tahun (1437H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar) pada 29 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan 1 Oktober 2016 Masihi 


Doa awal tahun (1438H) pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan 1 Oktober 2016 dan boleh juga dibaca pada 1 Muharram 1438 Hijrah bersamaan 2 Oktober 2016 Masihi selepas menyempurnakan fardhu Maghrib ...


Sumber : mysumber.com