Search This Blog

Muzium Tentera Udara, Sungai Besi

Lepas selesai menghantar Mak Abah Adik Adik Ipar menunaikan Umrah Ziarah 2015 semalam, kami bercadang nak jalan-jalan sat sebelum balik ... Memula plan nak gie Muzium Automobil Nasional ... Pusing punyer pusing tak jumpa-jumpa ... Perut pun dah lapaq, maka kami makan ler dulu ... Peh tu terus Jalan tak tau nak ke mana ... Sekali nampak deretan kapal terbang dari highway ... Ehhh, jom gie sini nak ... JOMMM cepat jer dema jawab ...

Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia dibuka dengan rasmi nyer pada 1 Jun 1985 ...

Besarrrrr

Semangat bebudak nie nak berposing ...

Helikopter ape nie ???

Penat berpanas kat luar ... Jom masuk dalam plak ...
Teringat plak scene dalam cite Top Gun ...

Panglima Tentera Udara ... Daripada dulu sampai ler sekarang ...

Lapangan terbang yang digunakan untuk penerbangan ketenteraan dan juga penerbangan awam pada 1958 ...

Nie helikopter ape ?


Antara pesawat yang digunakan untuk ketenteraan ...

Merasa masuk dalam pesawat tentera ... Bersiap sedia nak buat penerjunan ...

Ehhh ... Ada plak pengantin shooting ... Macam ensem jer ...

Berangan bawak jet pejuang ... Moga ada ler salah sorang nanti yang dapat bawak betul2 ... Insyaallah ... Amin ...

Deretan pesawat yang digunakan dulu-dulu ...

Salah sebuah helikopter yang digunakan dalam operasi ketenteraan ... Kecik comel jer ...

FM-1125

Best tempat bagi sape-sape yang minat lah ... Masuk percuma jer ... Tapi sayang kurang kasih sayang ... 

Dah ... Dah ... Jom balik ... Langit nak runtuh dah tu ...

Umrah Ziarah 2015

Alhamdulillah ... Mak dan Abah berpeluang menunaikan Umrah tahun nie ... Dia orang gie sekali ngan adik dan adik ipar aku ... Semalam dah berlepas pergi ... Semoga segala nyer dipermudahkan ... Semoga Mak Abah Faizal Rahman Mel A Az diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan umrah ... Semoga selamat pergi dan kembali hendak nyer ... 


Kami adik beradik

Cucu-cucu gembira menghantar Atok Uwan ...

Tengok lah tu, bukan main lagi Si Putra tu ...

Macam-macam kelaku dia ...

Ultramannnnn ...

  
Sekali jumpa kaler dalam beg doraemon ibu ... Dah macam kat rumah jer meniarap sakan ... Mujur takde buku nak melukis, kalau tak mesti lagi lama ...

Sebelum Umrah ... Sempat ziarah ke Turki ...
Sorry Mel ... Curi gambar ...

Semoga segala nyer dipermudahkan ... Semoga selamat pergi dan kembali hendak nyer ... 

WORDLESS WEDNESDAY - 91 | SALAH FAHAM

Terima Kasih Si Babi Hutan


Sebenar nyer dah lama aku habis baca buku nie ... Tapi aku tak berkesempatan nak review ... Buku ini ditulis oleh Ismail Ariffin @ Lepat ... Kes penulis nih telah menggemparkan seluruh Malaysia ... Isu perebutan hak penjagaan anak dengan bekas isteri nyer ... Anak nyer juga hilang @ dilarikan semasa kes masih dalam siasatan ... 

Dalam buku nie lah telah diceritakan serba sedikit tentang kisah hidup penulis yang dulu ... Dalam menghadapi pelbagai dugaan yang datang dalam hidup nyer ... Selain daripada buku nie, Penulis juga telah membuat sebuah album tentang apa yang terjadi dalam hidup nyer ... Penulis sudah terlalu letih menghadapi tohmahan dan ketidakbetanggujawaban mereka yang sepatut nyer membela nasib nyer semasa dulu ... Sehingga kini pun masih ada tohmahan-tohmahan yang penulis terima ... Ada yang mengatakan penulis nih sesat ...

Beli kat pesta buku ari tu ...

"Kau kenalilah hakikat dirimu, pasti kau kenal pada Tuhan yang satu"

Selangor Juara Piala Malaysia 2015


Alhamdulillah ... Yeayyyy, akhir nyer Selangor berjaya mencapai Misi Ke-33 memenangi Piala Malaysia ... Kira nyer Selangor nie dah selalu menang Piala Malaysia ... Tapi sejak akhir-akhir ini prestasi pasukan agak merosot ... Ramai yang meramalkan Kedah akan menang malam nie ... Yerrr, bola itu bulat ... Hasil kerja sepasukan, Selangor berjaya malam nie weiii ...

Haaa ... Dengar cite Selangor akan diberi cuti hari Isnin nanti ... Tapi aku tak pasti akan kesahihan nyer ... Tapi tadi aku skodeng kat FB, Astro Awani kate cuti ... Yahooo ... Tahniah warga Selangor ... Ape-ape pun tak de efek ape pun kat aku ... Cuma gembira Selangor menang sebab aku duk Selangor ...


Jaringan kemenangan skuad The Red Giants itu diperoleh menerusi sentuhan penyerang mereka, Ahmad Hazwan Bakri, masing-masing pada minit ke-4 dan ke-47. Hazwan jugak diistiharkan sebagai pemain terbaik malam ini ...

Beberapa insiden kekcohan jugak berlaku ... Dah nak habis masa tadi, lebih kurang 7 minit lagi nak habis Penjaga Gol Kedah dapat kad merah ... Ini gara-gara dia dah tertampan bola di luar kotak penalti ... Dapat ler hadiah daripada pengadil ... Kesian ...


Tahniah Pasukan Selangor ...


Wanita dan Rama-Rama


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
 
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
 
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
 
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
 
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
 
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
 
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
 
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
 
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
 
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

  
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
 
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
 
Nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.

*Semoga entry yang aku kongsi kali ini bermanfaat buat semua ... Maaf sebab aku memang tak reti nak karang sendiri entri-entri ilmiah cam nie ...

Kau, Aku, Kita


Aku ada 2 tangan 2 kaki ... 

10 jari tangan, 10 jari kaki ... 

Kau boleh sakitkan mana-mana pun aku tak kisah ...

Tapi, kenapa kau mesti sakitkan hati aku? 

Hati aku cuma ada satu jer...

TAZKIRAH JUMAAT #44 | TANDA2 KEMATIAN

Tanda 100 hari sebelum hari mati
 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua
orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau
tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda
ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati
bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti
dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka
yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita 
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun
malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan 
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita 
iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan
kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan
layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu 
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

Tanda akhir 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat
maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu 
akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika
habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu
(untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

 
 
InsyaAllah kengkawan semua, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal 
menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...

Selangor Cuti Hari Nie ...


Assalamualaikum & Selamat Pagi kengkawan semua ... Korang2 buat ape tu ?? Mesti ramai yang bercuti hari nie kan ... Hari nie Selangor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor ... Kompem ada yang terus sambung sampai hujung minggu ... Agenda utama mesti ler jenjalan bersama keluarga ... Mesti ada jugak yang shopping membeli barang keperluan sekolah ... Saya duk umah jer ngan anak2 ... Sob ... Sob ... Sob ...
Aku tak tahu pun cuti ari nie ... Tadi pie kedai beli roti canai ... Lalu Klinik Kesihatan, tengok sunyi jer tak de orang ... Selalu tu berjerembik orang nyer ... Balik terus tengok kalender ...

Pengumuman Tarikh Cash Out 8Share

Image result for 8share
Dapat e-mail dari Yuna 8Share ...
So, kepada anda yang ada akaun 8Share jangan nangis eak ...
Simpan tahun depan tau ...
Kumpul banyak-banyak dulu ...


Image result for 8share

Hi Hani, 
Kami ingin maklumkan kepada anda yang 
tarikh cash out seterusnya adalah pada 4 Januari 2016.
Anda masih boleh menghantar cash out request 
tetapi cash out tersebut hanya akan diproses pada 4 Januari 2016. 
Jika terdapat sebarang pertanyaan, Yuna sedia membantu anda.
Terima kasih dan selamat bercuti
intercomavatar

Image result for 8share

SELAMAT HARI LAHIR PRINCESS IBU

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-7 DIUCAPKAN KEPADA PUTERI KAMI
NUR FATIHA NADHIRAH BT. SHAHDAN


Selamat Hari Lahir Kakak ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Kakak dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ... Semoga menjadi muslimah sejati bila dah besar nanti ....

Nie masa memula masuk darjah satu ... OK jer ... Nak masuk darjah dua dah baru nak masuk tujuh tahun ... Huhuhu ...

Sayang princess IBU nie ... Dah pandai nak melawa ... Dah pandai nak bergaya ... Sangat rajin tolong ibu kemas rumah ... Sangat rajin tolong ibu jaga Adik ... 

Tengah-tengah update entry nie, terasa sebak plak ... Meleleh dah nie ... Ntah lah aku pun tak tahu kenapa ... Kakak agak rapat ngan aku, maklum ler breastfeed agak lama jugak ... Hampir 4 tahun, huhhhh ... Tiba-tiba aku takut anugerah2 nie kena tarik balik ... Oh Tidak!! Maklum lah mereka nie pinjaman jer ... Ya Allah berikanlah aku kesempatan untuk lihat mereka membesar ... Sehingga mereka boleh berdikari sendiri ...

Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya ... Yang menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Yang menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ...  Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Amin ...