Search This Blog

SINGA, TIKUS, ULAR DAN LEBAH MADU ...


Suatu malam seorang lelaki bermimpi, di dalam mimpinya seekor singa mengejarnya. Lelaki itupun berlari sekuat hati ke sepohon pokok besar. Tanpa berlengah dia memanjat dan duduk di dahan paling tinggi..dia memandang ke bawah..singa tidak berganjak menantinya di bawah pokok itu..



Kemudian lelaki itu menoleh ke sebelah pada pangkal dahan itu ada dua ekor tikus...seekor putih dan seekor hitam.sedang mengelilingi dahan tempatnya duduk dan menggigit dahan tersebut. Pasti! Tidak lama lagi dahan itu akan patah dan jatuh. Dalam keadaan cemas lelaki itu sempat menjeling ke bawah, bukan saja ada singa tapi juga seekor ular hitam yang besar sedang mengangakan mulutnya. Ular itu benar2 berada di bawah tempatnya duduk...andai kata dahan tempatnya berpaut patah sudah tentu dia akan terus masuk ke dalam mulut ular.


Di dalam kegelisahannya dia memandang ke atas,mencari kalau2 ada dahan yang lebih kukuh untuk dia berpaut. Tiba- tiba dia terpandang dahan di atas kepalanya ada sarang lebah madu yang penuh dengan madunya. Beberapa tetes madu menitis dari sarang itu, lelaki itu tertarik dan teringin untuk merasai madu itu. Dijelir lidahnya dan dapatlah dia merasai madu yang menetes dari sarang lebah itu.

Wau, sedap! Hatinya berbunga riang. Dia ingin menikmati lebih banyak lagi madu, semakin banyak ditelan semakin sedap hingga dia lupa pada bahaya yang sedang menantinya...

Kemanisan madu menyebabkan dia lupa pada dua ekor tikus yang sedang menggigit dahan tempatnya duduk. Pada ular besar yang sedang menanti untuk menelannya dan pada singa yang setia menantinya di bawah. Tiba- tiba dahan tempat duduknya patah. Pada ketika itu baru dia teringatkan bahaya yang sedang menantinya. Lelaki itu terjaga dari tidurnya...

Keesokan harinya dia bertemu dengan seorang alim untuk bertanyakan akan maksud mimpinya. Orang alim itu berkata, "Singa itu adalah kematian kamu. Ia akan sentiasa mengejarmu ke mana saja kamu pergi. Dua tikus hitam dan putih adalah siang dan malam. Hitam adalah malam. Putih adalah siang yang sentiasa silih berganti menarikmu semakin hampir pada kematian. Ular hitam besar yang sedang mengangakan mulutnya adalah kubur kamu. Kubur yang sentiasa menantimu sampai tiba saatnya kamu dikebumikan.

Manakala sarang lebah itu adalah dunia dan kemanisan madu yang menetes itu adalah kemewahan dunia. Kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan ia amat menyeronokkan. Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi. Akhirnya kita hanyut di dalam kemewahan serta kemanisan dunia. Kita lupa tentang masa yang berputar, kita lupa tentang kematian begitu hampir dan kita lupa tentang kubur yang menanti dan memanggil...

Jadikan cerita ini peringatan dan iktibar untuk kita menjadi yang lebih baik... Carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat untuk bekalan untuk bertemu-Nya ...


10 Terawal Zulhijjah ...

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم


Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu"
(Riwayat al-Bazzar ; dgn sanad yg sahih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad oleh Imam Ibn Qayyim).

Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya

وعن ابن عباس أيضا أنه النهار كله ، وعبر عنه بالفجر ; لأنه أوله

Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini"
(Riwayat Al-Bukhari).


AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir seperti contohnya Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar, Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin ..

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah
ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah"
(Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, hadir solat berjemaah, mendengar kulia dari para ulama yg bukan bersifat memfitnah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali ra menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang)" (Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan)

Sama2 panjangkan dan amalkan..

Sumber: Ustaz Zahazan Mohamed

Jenjalan Cari Kambing ....

Alhamdulillah berkesempatan membawa bebudak nie jenjalan ...
Sambil-sambil tu kenal alam semula jadi ...






Saje-saje jer bawak dia orang melawat kandang kambing kawan BigBoss ...
Hehehe ... Putra & Fatiha agak takut ... Terutama nyer ngan yang besar-besar ...
Tapi alhamdulillah, hasil nyer Putra dah pandai sebut "Bing" ... Lepas tu dah pandai buat bunyi kambing ... Seronok ... Seperti biasa Danial mesti over excited ... Huhuhu ...

Lepas tu ... Dah memasing busuk bau kambing, kami pun mandi manda ....
Walaupun sungai tu kecik jer, tapi air nyer bersih ... Fresh lagi .... Tak de orang mandi lagi ... Kami kami jer ...


 Air nyer sejuk bebenar ....


Berani budak kecik tu ...
Sambil sambil mandi tu ade plak ikan ikan kecik gigit kaki ...
Ala ala spa gitu ...


  Tengok tu, Putra tak takut pun ... Siap suh lepas tangan lagi ....


Ok lah ... Lepas tu memasing lapo ...
Ke kedai makan ler kami ...