Aku rase lah kan semua orang akan alami masalah nie ... Cuma mungkin tahap tu ada yang kritikal dan ada yang biasa2 jer ... Biasa nyer jerawat akan tumbuh kata area muka lah kan ... Tapi ada juga yang mengalami masalah jerawat kat belakang badan ...
Lokasi jerawat kat muka kita nie mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut :
Sila rujuk gambar kat atas nie ...
1&2 : Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.
3 : Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.
4,5&7 : Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam
6 : Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3
8 : Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.
9&10 : Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.
11&12 : Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.
13 : Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.
14 : Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.
Bagi aku lah kan memang lah kena jaga pemakanan kita, jangan terlalu berminyak, banyak kan minum air dan makan buah-buahan ...
Wallahhua'lam
Sumber : FB Rahsia Hawa