Search This Blog

HOT POT KING, PRIMA SRI GOMBAK, BATU CAVES


Alhamdulillah... Semalam telah berjaya menyelesaikan misi makan-makan group SMBK...

Misi utama adalah meraikan kepulangan sepupu Farrah Azwanee Amin yang dah setahun belajar di perantauan ... Juga meraikan pokcik Norzam Ujud yang kembali bertugas di Semenanjung Malaysia setelah bertahun-tahun bertugas di Sabah/Sarawak ...






Kami memilih untuk menjamu selera di Hot Pot King,  Steamboat & Grill ... Sebenarnya ada 3 cawangan iaitu di Seksyen 16, Shah Alam, Prima Sri Gombak,  Batu Caves dan yang terbaru kat Jalan Kuching ... Hasil undian ahli group kami memilih Cawangan Batu Caves... 

Kalau korang nak menikmati steamboat dan grill tanpa had (unlimited) dengan kadar bayaran yang berpatutan boleh ler ke HOT POT KING ... Banyak hidangan disediakan secara buffet ... Seafoods/veges/meatballzzz/marinated ayam ikan lembu kambing/fruit/ice cream/drinks/noddles/sauces ... Macam-macam ado... Makan sampai lebam... Bontuih kata orang nogori... 





Rata-rata ahli group berpuas hati ... Proses memenuhkan perut masing-masing memakan masa hampir 2jam... 

Cuma yang aku ralat skit masa kami sampai tu tak de pun meja yang telah disediakan untuk kami ... Sedangkan kakak aku dah buat booking hari sebelum nyer ... Kira buang masa jer lah dan membazir duit telefon kot...  Dah ler kami ramai dalam 25 orang... Mana plak kami nak tuju... Bertebaran dalam kedai... Sebaik Tuan Kedai cepat mengambil tindakan... Tu jer lah yang tak puas hati...  Tapi aku relax jer,  bersangka baik sebab masa tu hujan tengah lebat... 



Harga :
Dewasa : RM28. 90
Kanak2 (5-11 tahun) : RM14.45
Kanak2 (4 tahun ke bawah) : Free

So, kalau berminat, jom ler ...

HOT POT KING,  STEAMBOAT & GRILL

 ☎️For reservation: 
012-5583440 | 0125696325 🍴
No 1: Alam Aveneu 2, Shah Alam 
No 2 : Prima Sri Gombak, Batu Caves
No 3 : Boulevard Business Park, Jalan Kuching
Facebook 
Instagram 

COCONUT CANDY



BAHAN-BAHAN :

- 2 cawan kelapa parut 
- ½ cawan gula 
- ½ cawan susu pekat 
- 2 sudu besar mentega 
- Esen vanilla 
- Pewarna 

CARA-CARA :

1. Cairkan mentega. 
2. Masukkan kelapa, gula, dan susu pekat. 
3. Gaul sehingga kelapa mula menjadi melekit, lebih kurang 10 minit. 
4. Masukkan esen vanilla dan pewarna; gaul. 
5. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit. 
7. Potong adunan menjadi bentuk kiub. 
8. Simpan di dalam peti sejuk semalaman. 
9. Hidang!

Sentuhan Selamat & Tak Selamat

Saya dapat video nie daripada group wasup ... Comel sangat ... Isi pun mantap ... Saya kongsikan kat sini agar semua mendapat manfaat ...



Kami mengalu-alukan ibu-bapa dan guru-guru untuk berkongsi video ini dengan anak-anak serta murid-murid agar mereka tahu batasan tubuh badan mereka yang boleh dan tidak boleh disentuh oleh orang lain. Video ini juga menerangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh anak-anak sekiranya hak mereka dicabuli. Video yang diilhamkan oleh team MAP ini sangat menarik dan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak seawal umur 4 tahun. 

Kami juga menggesa kepada para ibu khususnya untuk tidak mengambil ringan sekiranya anak anda ada mengadu atau bercerita tentang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Jangan biarkan sehingga terlambat! Selamatkan anak-anak kita. Mereka merupakan tanggungjawab dan amanah buat kita.

#saynoto2P
#saynotochildgrooming
#tubuhsayamaruahsaya


Mothers Against Pornography