Search This Blog

CPUV NUFFNANG #103 | OLD TOWN WHITE COFFEE


Alhamdulillah ... Dalam pada rase nak merajuk dah ngan #nuffnang muncul plak satu kempen baru ... Satu jer pun ... Tak macam dulu dah ... Kali nie kempen daripada Old Town White Coffee ... 

Aku jarang makan + minum kat sini ... Bagi aku harga nyer agak menggugat iman jugak nak bayar ... Melalui risikan aku OTWC sedang menjalankan satu promosi ... Jom skodeng ...


Klik banner promosi OTWC kat atas nie untuk maklumat lanjut ... Rase nyer ada syarat2 yang perlu dipatuhi ...


Kengkawan kalau ada jumpa iklan OTWC menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...

Terima kasih #nuffnang
#oldtownwhitecoffee
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

Kisah Seorang Pemandu Lori


Assalamualaikum dan Selamat Pagi kengkawan semua ... Kali nie saya nak kongsikan Kisah Seorang Pemandu Lori yang sering meninggalkan Solat Zohor ...

Ada seorang pemandu lori nie sering qada solat zohor di waktu asar kerana hendak mengejar waktu penghantaran supaya tidak lebih dari pukul 5 ...

Pemandu lori sering menghantar barang tapi apabila masuk waktu zohor, dia tidak berhenti sekejap untuk solat kerana dia takut terlambat sampai ke destinasi bagi mengejar masa yang ditetapkan ... Jika lambat akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya ... Dia juga berkata kadang-kadang dia terlambat juga sampai ke destinasi ... Kalau dia solat lagi lah dia lambat ... Dan dia bertemu dengan seorang Ustaz bagi mendapatkan kepastian bolehkah dia buat begitu ... Apakah tindakan dia betul ...

Ustaz menjawab, janganlah membuat begitu ... Takkanlah solat sekejap pun tak boleh ... Disebabkan anda nak kejar masa, saya bagi sedikit cadangan ... Waktu zohor nanti, awak berhenti untuk solat ... Tapi awak solat benda yang wajib je ... Yang sunat awak tak payah buat ... Wirid lepas solat tak payah buat ... Tapi jangan solat dalam keadaan gopoh ... Cuba buat dulu ...


Pemandu lori itu mengangguk lalu dia pun mula melakukan solat zohor apabila sampai waktunya ... Beliau mengambil masa dalam 4-5 minit untuk solat ... Hasil daripada beliau solat zohor itu, beliau tiba ke destinasi 15 minit lebih awal berbanding dengan sebelum ni yang beliau tidak solat zohor ... Langsung tak de jem ... Lancar je perjalanan beliau ... Subhanallah ... Inilah kuasa Allah ...

Kejadian ini memang kerap berlaku di dalam persekitaran kita ... Kita lebih mementingkan tentang perkara di dunia dan sanggup menepikan perkara yang benar-benar penting dan wajib iaitu solat ...

Ramai orang lebih mengejar masa tapi ramai yang terlupa bahawa Allah lah yang menciptakan masa ... Tiada satu pun zarah dalam dunia dapat bergerak melainkan dengan izin Allah tapi di mana kita meletakkan Allah di hati kita ?? Allah berkuasa atas segala-galanya ...

Contoh , jika kita ada 'appointment' dengan klien pukul 2 petang ... Pukul 1 kita dah sampai coffee house ... Tak nak terlambat sebab takut hilang projek ... Solat zohor lebur ... Habis waktu asar baru buat ...

Contoh lagi, Kita keluar rumah atas beberapa urusan, kemudian masuk waktu solat, tapi kita tangguhkan solat tersebut atas alasan pakaian tidak bersih, walhal islam mengutamakan kebersihan dan kita boleh juga bawak pakaian extra letak saja dalam kereta ... Kenapa perlu beralasan dengan Allah ...

Tapi bab solat, kadang nak habis waktu baru kita nak solat ... Langsung kita tak jaga sebab apa ? Sebab kita tak nampk hasil dia di dunia tapi kita lupa tentang akhirat yang kekal selama-lamanya ... Kita tak nampak pahala atau dosa datang bergolek-golek ... Dia yang memberikan kita rezeki, kesihatan malah segala-galanya tapi kita masih meletakkan Allah di tempat kedua berbanding urusan duniawi kita ... Layakkah kita dengan syurga Allah yang tiada tandingannya itu ??

Renungan dan peringatan untuk aku sendiri, suami yang tersayang, anak2 amanah ku, keluargaku serta kengkawan semua ... Semoga bermanfaat buat semua ...

Sultan Muhammad V Yang di-Pertuan Agong ke-15

Sultan kesayangan rakyat Kelantan telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 untuk tempoh lima tahun bermula 13 Disember ini. 

Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama.

Pemilihan tersebut dilakukan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242, yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang disandang Tuanku Abdul Halim berkuat kuasa 13 Disember 2011, akan tamat tempoh perkhidmatan pada 12 Disember ini.

Berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.


Raja Berjiwa Rakyat

Tengku Muhammad Faris Petra, 47, putera sulung Sultan Ismail Petra menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat serta berkopiah putih ketika melawat rakyat.

Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Sultan Muhammad V yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) gemar membaca serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak. Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin Aishah Putri, 27. 

Sumber :- www.astroawani.com