Search This Blog

Fesyen Kasut Tinggi Terkini




High heels merupakan salah satu item terpenting bagi setiap wanita selain beg tangan dan aksesori. Ini kerana, pemakaian high heels bukan sahaja menjadikan si pemakai mencapai ketinggian yang ideal, malah berupaya meningkatkan lagi keyakinan diri. Tidak dinafikan bahawa pemakaian high heel atau kasut tinggi ini amat menyakitkan but, beauty is pain right? Entri kali ini adalah istimewa untuk semua wanita yang menggemari high heels dan mari kita berkongsi beberapa rekaan high heels atau fesyen kasut tinggi terkini yang boleh anda temui di pasaran;

Classic High Heels

Semua wanita wajib memiliki sekurang-kurangnya sepasang classic high heels seperti berikut untuk dipakai pada hari-hari istimewa seperti majlis konvokesyen atau sambutan ulang tahun perkahwinan. Ia memberikan gaya klasik yang tidak terdapat pada kasut-kasut yang lain.

Open-Toe Heels

Fesyen yang kedua juga dianggap sebagai klasik dengan bukaan kecil di bahagian jari kaki si pemakai. Heels jenis ini sesuai digayakan untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan atau ketika sambutan perayaan.

Wedge Heels

Jika anda inginkan lebih kestabilan ketika berjalan, koleksi wedge heels merupakan jenis kasut yang paling ideal! Ia amat sesuai digayakan dengan padanan jeans dan blouse.

Strappy Heels

Ingin kelihatan lebih daring? Gayakan koleksi strappy heels ini untuk dipadankan dengan jeans mahupun dress anda untuk penampilan yang glamour bak selebriti!


5 comments:

  1. Sesuai untuk anak2 muda ni..
    Akak dah kilauan emas ni..
    Mampu pakai yg satu inci jer tingginya Hani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ... Saya pun kurang minat ... Lama dah tak pakai ...
      Dah lupa kot cara nak jalan pakai kasut tinggi nih ...

      Delete
  2. klu sy x sanggup bersakit2 utk pakai high heels ..heheheh...selipar jepun tetap menjadi pilihan

    ReplyDelete
  3. hai kak hani...singgah BW pagi kat sini...tq BW kat blog saya...saya pun dah lama x pkai heels..hehehehe...skg pkai flat shoes jew..senang nak kejar anak...

    ReplyDelete
  4. strappy heels tu cantik, hani!!!!
    aida suka yg muncung dan bertutup di depan :)

    ReplyDelete