Search This Blog

SIDANG KEMUNCAK ASEAN 77 | Jalan Utama Kuala Lumpur Di Tutup


Hari nie akan bermula SIDANG KEMUNCAK ASEAN 77 ... Mesti ler jalan-jalan kat KL akan ditutup dan kesesakan jalanraya pasti akan berlaku ... So, korang-korang yang akan melalui KL sila ambil perhatian ... Berikut adalah senarai Jalan Utama di KL yang akan ditutup bermula hari nie sempena Sidang tersebut ... Kongsikan maklumat ini kepada mereka yang tinggal atau bekerja di dalam bandaraya Kuala Lumpur ...

Dimaklumkan bahawa beberapa jalan utama di ibu kota akan ditutup mulai esok hingga Ahad (18-22 November) bagi memudahkan perjalanan pemimpin negara-negara Asean ke Sidang Kemuncak Asean ke-27 yang berlansung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Ketua Trafik KL Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata penutupan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan penutupan penuh adalah pada Sabtu ini. 

Jalan akan ditutup pada 7.40 pagi hingga 9.00 pagi dan 7.15 malam sehingga 8.50 malam pada hari yang sama. Antara jalan terlibat ialah: 

  • Jalan Binjai menghala Persiaran KLCC 
  • Jalan Imbi menghala 
  • Jalan Bukit Bintang 
  • Jalan Raja Chulan menghala Jalan Bukit Bintang, 
  • Jalan Kia Peng menghala Lorong Perak 
  • Jalan Raja Chulan menghala Lorong Perak. 
  • Nagasari ke Jalan Raja Chulan, 
  • Jalan Sultan Ismail ke Jalan Ampang, 
  • Jalan Ampang ke Jalan P.Ramlee, 
  • Jalan Ampang ke Jalan Binjai, 
  • Jalan Sultan Ismail ke Jalan P.Ramlee 
  • Jalan Raja Chulan ke Persiaran Raja Chulan 
Penutupan jalan bagi memastikan tahap keselamatan ketua negara yang menghadiri persidangan itu terjamin dan terbaik. Pengguna disaran menggunakan jalan alternatif : 


  • Jalan Kia Peng/Jalan Stonor, 
  • Jalan Tun Razak, 
  • Lorong Lumba Kuda, 
  • Jalan Yap Kwan Seng, 
  • Jalan Hang Tuah, 
  • Jalan Raja Chulan/Jalan Tun Perak 
  • Jalan Pudu. 
Korang-korang yang nak masuk@guna jalan raya di KL dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan polis selain disaran mengelak menggunakan jalan yang dinyatakan ... Jangan plak pie parking tepi jalan ... Korang dilarang untuk meletakkan kenderaan di sisi jalan terlibat ... Nanti kena angkut plak ...


Harap maklum yer kengkawan ... Moga bermanfaat ...

6 comments:

  1. oh jalan tu je yang ditutup,terima kasih atas perkongsian :-)

    ReplyDelete
  2. Jalan jammed le sekitar Kuala Lumpur nanti...huhuhu

    ReplyDelete
  3. memang banyak jalan ditutup sepanjang persidangan kan

    ReplyDelete
  4. banyaknyer...
    hokalooo habis lh rutin harian seketika..
    huhuu

    ReplyDelete
  5. susah org kl.
    pepe function, jalan tutup.
    payah urusan harian...
    semua tergendala :(

    ReplyDelete