Search This Blog

Yogurt Ubati Stres/Depresi



Berdasarkan laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi. Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.



Ujikaji


Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotikLactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah."Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara ususdan otak," ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.

Sumber : SIHAT SELALU

Nauzubillah ...

Seperti biasa kegiatan di waktu malam adalah berblog walking ... Sedang2 berjalan2 maka terbaca lah kisah SEDIH ini ... Salam takziah ...Semoga ibu ini tabah menghadapi dugaan yang besar ini ...  

Nauzubillah jangan lah berlaku pada aku ... Tapi kuasa Allah tak terdaya kita melawan ... Ya Allah Ya Tuhan Ku ... Janganlah Engkau tarik anugerah paling berharga yang telah Engkau berikan pada hamba Mu ini ... 

Anugerah Paling Berharga ...
Muhammad Luqman Aliff b. Shahdan
8 tahun

 Muhammad Danial Fathullah b. Shahdan
5 tahun

 Nur Fatiha Nadhirah bt. Shahdan
3 tahun

Uiii seksi nyer anak dara nih ...

Makin nakal ...
Dah pandai nak pilih baju sendiri ...
Ikut suka dia jer ...

 Baru lepas bersuci ...

Nakal ...

Kena cakar ...

Balik sekolah ari tu aku tengok muka Luqman bertanda ... Y Allah kenapa lak anak aku nih ... Aku tanya dia banyak kali dia tak nak cerita, dia kata nak tulis surat ... Takut aku marah agak nyer ... Mengikut ape yang aku paham kejadian berlaku waktu rehat ... Mungkin Luqman bercakap kasar@kuat kat kawan nyer nih ... Kawan nyer pun marah ler lalu terjadi lah per"cakar"an ... Keesokannya, aku jumpa cikgu kelas n kawan nyer yang mencakar nih ... Aku tanye n dapat cite yang serupa ... Tapi cikgu kelas nyer cam tak percaya sebab Luqman nih agak pendiam kat kelas, n si pencakar tu agak nakal ... Aku pun tak tau nak marah sape ... Just cakap kat Luqman "Jangan cakap tak elok, jangan ejek2 ... Jangan gaduh ..." Harap perkara nih tak berpanjangan ... Cian Luqman ...

Masam jer muka ...

 Cian anak aku ...


Korang nangis tak ??



Pernahkah kita bersedih tertinggal sembahyang?
Pernahkah susah hati terlewat mengerjakannya?
Pernahkah terasa rugi tertinggal jemaah mendirikan sembahyang?
Pernahkah kita risau hati lalai di dalam sembahyang?
Pernahkah terasa berdosa tidak beradab menghadapi Tuhan?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri
Setiap orang boleh menilai dirinya
Tanyalah diri, kita akan dapat jawapannya
Bila dapat jawapannya engkau kenal diri engkau
Bila engkau kenal diri engkau, engkau kenal siapa engkau
Kalau engkau kenal diri engkau
Engkau tidak akan nampak lagi kejahatan orang lain

Begitulah beberapa pertanyaan yang kita ajukan
Sebagai contoh untuk bertanya diri sendiri
Yang tidak disebutkan kita datangkan atau fikirkan
Tentu kita juga akan dapat jawapannya

Cara ini adalah salah satu cara buat kita menilai diri
Jika kita mahu menilai diri sendiri
Lebih-lebih lagi jika hendak membaiki diri
Tapi berapa ramaikah orang boleh ikut jalan ini?!

Boleh ker doa dalam Bahasa Melayu ??

Aku rase ramai antara kite yang berdoa dalam bahasa melayu ... Aku pun berdoa dalam bahasa melayu ... Ada sesetengah orang kate kalau kita berdoa dalam sembahyang (masa sujud) kena dalam bahasa arab ... Isshhh susah jugak kan ... Nak belajar bahasa arab satu hal ... Nak belajar dialog dalam bahasa arab lagi ... Nak belajar merayu n merintih dalam bahasa arab lagi ... Hmmm ... 


Dah 8 tahun ....


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-8 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA SULONG KAMI
MUHAMMAD LUQMAN ALIFF B. SHAHDAN



Selamat Hari Lahir Abang Long ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Long dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...





Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin

**pssttt :- Tahun depan sunat tau ....

Larangan Penjualan Colour Crystal Ball

Tengah aku berblogwalking tadi, aku terkejut baca satu laporan kat blog Lulu Caldina pasal Crystal Ball ... Kat bawah nih saya serta laporan dr blog tersebut ...

_______________________________________

Haram bekal dan jual


Kerajaan hari ini mengumumkan larangan penjualan Colour Crystal Ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan. Kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam di dalam perut manusia sehingga menyebabkan usus kanak-kanak pecah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini lapan pembedahan besar telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball.''Walaupun kandungan kimia dalam Colour Crystal Ball adalah pada tahap selamat namun masalahnya produk ini mampu mengembang 290 hingga 444 peratus selepas menyerap air selama dua jam.

''Ujian simulasi berdasarkan keadaan dan tahap asid perut pula mendapati ia boleh mengembang sebanyak 36 hingga 55 peratus dalam tempoh dua jam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Ismail Sabri berkata, rupa Colour Crystal Ball yang berwarna-warni dan menyerupai agar-agar sering mendorong kanak-kanak menelannya.

Menurutnya, kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball akan mengalami tanda-tanda seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat dan yang paling serius usus pecah.

''Saya menasihatkan orang ramai yang mempunyai produk ini supaya segera membuangnya, ia adalah berbahaya terutama terhadap kanak-kanak di bawah lima tahun.''Bagi peniaga pula, mereka tidak lagi dibenarkan menjual produk ini atau berdepan risiko denda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama di bawah Akta Perlindungan Pengguna," katanya.

Beliau berkata, pemantauan kementeriannya mendapati kebanyakan Colour Crystal Ball direka di Korea Selatan tetapi dikeluarkan di Jepun dan China.''Malaysia bukan negara pertama yang melarang penjualan produk ini, Poland dan Itali telah mengenakan larangan sama pada tahun lalu.
''Filipina pula mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap pembekalan dan penjualannya kerana produk ini mudah menyebabkan kanak-kanak tercekik," katanya.
___________________________________________________________
Yang menambahkan keterkejutan aku adalah kerana anak aku yg sulung ... Si Luqman lah baru jer beli mende nih dua tiga minggu lepas ... Dia sekarang nih tengah suka wat eksperimen, maklumlah kat sekolah dah belajar sains ... tu pasal nyer dia beli mende tu nak tengok apa yang jadi ... Aku pun tak de lah syak ape2 ... Tapi mak aku marah coz kata nyer bahaya ... So, aku pun pesan lah kat Luqman, "Simpan tak pe jangan bagi adik2 main ..." Huh ... Kalau mak aku baca laporan nih mesti kena bebel nyer ... Peh nie nak suruh Luqman baca n nak suruh dia buang mende tu ... 
Nauzubillah ...

Selamat Hari Raya ... Maaf Zahir dan Batin ...

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua saudara-mara, kawan-kawan tak kira di mana jua anda berada. Ampun dan maaf andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terpinjam harta-benda, terumpat bila-bila; semoga dimaafkan.

Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat anda semua. 
Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.

Sombong dan Angkuh...



Renungilah Kata-kata Imam Ghazali berkaitan Sombong dan Angkuh... 

■Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita

■Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita

■Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita

■Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.

■Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya

■Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.

BAPA TOLAK 3 ANAK KE DALAM KOLAM ...


Ya Allah Ya Tuhanku ..
Nie ape kes nih sampai sanggup tolak anak ...
Ape lah punya bapak (layak ker nak panggil bapak) ...
Tak de perasaan lansung ...
_________________________________________________________________

3 beradik mati lemas dipercayai ditolak bapa ke dalam kolam air

KLUANG: Tiga kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditolak ke dalam sebuah kolam takungan air oleh bapa mereka dalam kejadian di Ladang Lambak/Elaeis, Jalan Mengkibol, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata dua kanak-kanak perempuan berumur tiga dan lima tahun serta adik lelaki mereka, berusia dua tahun, dipercayai ditolak ke dalam kolam kira-kira 500 meter dari rumah mereka pada 7.30 malam.

"Ketiga-tiga beradik itu dipercayai dibawa ke kolam berkenaan oleh bapa mereka yang berumur 29 tahun dengan alasan untuk memancing ikan sebelum ditolak dan mati lemas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, hari ini.

Mohd Fawzi berkata pusat kawalan IPD Kluang menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada 10.20 malam sebelum meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang bagi melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.


Beliau berkata mayat kesemua kanak-kanak yang lengkap berpakaian itu ditemui kira-kira satu setengah jam kemudian.


Katanya polis kemudian berjaya menahan bapa kanak-kanak terbabit di rumahnya malam tadi, yang merupakan pemandu traktor di ladang berkenaan yang cuba membunuh diri dengan meminum racun.

Lelaki itu katanya turut berada di bawah pengaruh alkohol dan kini ditempatkan di Hospital Kluang untuk rawatan.

"Polis sedang menyiasat motif kejadian mengapa lelaki itu sanggup menolak anaknya ke dalam kolam yang menjurus kematian. Bedah siasat terhadap tiga kanak-kanak terbabit akan dilakukan hari ini untuk mengetahui punca kematian sebenar," katanya.

Menurut Mohd Fawzi polis sudah merekodkan keterangan ibu kanak-kanak itu yang berumur 23 tahun bagi membantu siasatan dan polis sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman suaminya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Sumber : http://biaqpila.blogspot.com/

Kasut Raya 2011


Kasut Abang Long ...

Kasut Abang Ngah


Kasut Adik ...

**Lebih 10 kali dah menerei ...

Dosa Mengundang Bencana ...



ALLAH memberi peringatan kepada umat manusia agar tidak melakukan dosa dan maksiat yang boleh menimbulkan kekacauan serta fitnah dalam masyarakat. 
Umat Islam diseru supaya saling bekerjasama dan bantu membantu dalam usaha mencegah kemungkaran daripada terus berleluasa. 
Tatkala Allah turunkan bala bencana akibat perbuatan berdosa itu, ia bukan sahaja menimpa orang yang melakukan dosa itu tetapi juga kepada masyarakat seluruhnya. 
Ini bermakna kita bukan sahaja diwajibkan menjauhi diri dari perbuatan yang dilarang oleh Allah tetapi juga berkewajipan mencegah perbuatan itu daripada merebak dalam masyarakat.
Berjuang membanteras maksiat dan menentang kezaliman bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan kesungguhan, kekuatan diri serta pengorbanan yang bukan sedikit. 
Ingatlah bahawa orang yang tidak menghalang kezaliman dan kerosakan dengan membiarkannya terus berleluasa tanpa sebarang pencegahan mereka ini wajar dipersalahkan kerana Islam merupakan satu sistem hidup yang tidak membenarkan kezaliman, kerosakan, kemungkaran itu berkembang. 
Lebih-lebih lagi jika didapati mereka hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri mengharapkan Allah menyelamatkan mereka dari bala bencana dengan alasan mereka adalah orang yang baik-baik.
Marilah kita bersama-sama menghindari dan mencegah perbuatan mungkar yang berdosa di sisi Allah kerana orang yang melakukan dosa, maksiat dan kezaliman adalah mereka yang mengundang bencana dan malapetaka. 
Perbuatan mereka bukan sahaja Allah balas ke atas dirinya sahaja tetapi juga kepada kaum kerabat serta masyarakatnya. Ketika di dunia mereka ditimpa bencana sebagai balasan perbuatan ingkar mereka sedang di akhirat apatah lagi berat azab seksanya.
Kesimpulan
Setiap perbuatan dosa akan dihitung dan mendapat balasan daripada Allah sama ada balasan ketika hidup di dunia mahupun di akhirat nanti.
Bentuk balasan atau musibah yang mereka terima pula bukan sahaja menimpa individu yang melakukan dosa tersebut bahkan orang yang tidak melakukannya juga terpalit sama ditimpa bencana. 
Bagi mengelak berlakunya perbuatan dosa yang mengundang bencana kepada masyarakat umumnya hasil daripada dosa yang dilakukan oleh orang tertentu, maka umat Islam telah dipertanggungjawabkan dengan turut sama berganding bahu mencegah dan membanteras perkara fasiq dan mungkar daripada berlaku. 
Sesungguhnya umat yang menggalakkan kemungkaran berleluasa maka umat itu akan menanggung dosa.

Tolong Ibu lah ...

Ari tu sambil lepak2 ngan anak2, aku sesaje tanya Fatiha ...

"Adik, kalau ibu mati cam ner ?'

"Adik tolong lah ..."

"Tolong ape ...??"

"Tolong ibu lah ..."

"Tolong ape ...??"

"Tolong ibu lah ... Atok tolong ... Uwan pun tolong ..."

"Yelah adik tolong ibu ape ...?"

"Tolong angkat ibu masuk kubur lah ..."

Terkejut jugak aku dengar jawapan anak aku nih ...

"Adik nangis tak nanti ... ?"

"Nangis lah ..."

"Nape nangis lak ...?"

"Yelah ... Adik dah tak de ibu ..."

"Habis tu adik nak tinggal ngan sape nanti ?"

"Ngan abah ler ...?"

"Kalau abah tak de ?"

"Ngan uwan lah ..."

Hmmm ...
Ni lah hasil jawapan budak tiga tahun ...

Berat Nyer Dugaan ... Kisah Norma-Talib

Ari tu aku ada wat entry pasal kisah pasangan nie kat sini  Berat Nyer Dugaan ...
Baru2 nih kisah mereka telah keluar kat MHI TV3


Kisah yang meruntun jiwa ... Sungguh tabah keluarga ini ...

Moon punyer blog


Sahabat2 ... Sama2 lah kita doakan keluarga ini ...



"Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Ya Allah Ya Tuhan Ku .... Permudahkanlah urusan keluarga ini ... Amin."

Secebis Ingatan Buat Adam


holding-hands
Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 

Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.

Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.

Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?

Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.

Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Ikhlas dari Hawa abad ini... - www.iluvislam.com