Search This Blog

CPUV NUFFNANG #108 | TRAVEL WITH SMECTA



Alhamdulillah... Lima hari lepas dapat satu lagi kempen,  kali nie daripada SMECTA ...


Haaa... Korang tau ker apekemende nyer SMECTA nih?  Jom baca setelah gigih menyekodeng ngan Pak Google... 

SMECTA®, powder for oral suspension in sachets for acute diarrhoea. Smecta is a treatment for acute diarrhoea, that contains diosmectite which a type of clay. Smecta has unique properties that allow for the adsorption of different toxins (such as Rotavirus, E. Coli and Staphylococcus). Smecta interacts with the mucosa increasing its quantity, quality and life span, accelerating the recovery of the infected mucosa. 

Kira nyer ubat nih senang lah untuk dibawa semasa kita travel, sebab dah dipek kecik2 untuk sekali guna... Kanak2 pun boleh guna ... Apa-apa pun kena baca arahan untuk dos yang bersesuaian ... Kalau sakit masih berlarutan haruslah berjumpa dengan doktor ...



Kengkawan kalau ada jumpa iklan SMECTA menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik, untuk yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#smecta #smectamalaysia
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...


TERUNG GORENG

Saya dah cuba  ... Memang sedap ... Sedap Lain Macam Terung Goreng Ni, Yang Tak Suka Terung Pun Terus 'Addicted'! Bayangkan hirisan terung nipis digoreng hingga keemasan, dengan isinya yang lembut dan keraknya yang rangup ... Sekali dah start makan memang tak boleh stop



Bahan-bahan:


- 1 biji terung 
- Telur 
- Lada hitam 
- Garam 
- Minyak 

Cara-cara: 

1. Hiris terung. 
2. Pukul telur dan gaul bersama lada hitam dan garam. 
3. Salut hirisan terung dengan telur dan goreng sehingga perang. 
4. Hidang panas-panas!


Nak lagi sedap? Cicah Sambal Kicap!
Senang jer kannn... Bahan-bahan pun memang dah sentiasa ada kat rumah... Sila lah cuba... 

UPSR Hanya Pembaris


Hari ini, pasti ramai anak-anak bersama ibu bapa yang akan bergembira dengan keputusan UPSR masing-masing. 

Tahniah! Tak salah untuk bergembira kerana usaha keras telah dibuat sebelum, semasa dan selepas peperiksaan (doa).

Eh, kenapa pula adik yang duduk menyendiri itu berduka?
Tak dapat 6A?
Tak mengapa. Apa sahaja keputusannya yang penting adik telah berusaha.

UPSR Hanya Pembaris.


Apa fungsi pembaris? 
Untuk mengukur panjang sesuatu objek, contohnya kertas, kadbod, kertas warna dan sebagainya. Sekali sekala digunakan untuk membuat garisan.

Boleh ke pembaris ukur tinggi adik?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan pengukur ketinggian boleh laras biasa dilihat di klinik.

Boleh ke pembaris ukur ukurlilit perut adik?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan tali tape yang mak guna untuk menjahit baju.

Boleh ke pembaris ukur panjang jalan?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan pembaris gelek beroda yang biasa diguna untuk tar jalan.

Begitu juga UPSR.

UPSR hanya mengukur KEPANDAIAN adik untuk 4 subjek. Ada banyak lagi subjek yang tak dikira dalam UPSR walaupun adik belajar berbelas subjek dalam 6 tahun.

Mungkin kalau subjek UPSR adalah Pendidikan Seni, Muzik, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam, dan Bahasa Arab, adik dah dapat 5A!

Tidak dapat A tak mengapa, tetapi pastikan adik BELAJAR. 

Adik mungkin tak dapat A matematik, tetapi adik tahu mengira duit baki selepas membeli roti john. Maknanya adik BELAJAR.

Adik mungkin tak dapat A bahasa Melayu, tetapi adik boleh mengirim surat kepada atok opah di kampung. Maknanya adik BELAJAR.

Adik mungkin tak dapat A Sains, tetapi adik tahu torch light yang tidak menyala perlu ditukar bateri. Maknanya adik BELAJAR.

Adik mungkin tak dapat A Bahasa Inggeris, tetapi adik boleh menunjukkan jalan kepada pelancong yang bertanya arah. Maknanya adik BELAJAR.

Menggunakan ilmu lebih baik daripada hanya tersimpan sebagai memori.

Teruskan belajar. Tak kisahlah tiada A sekalipun, kerana ilmu dicari untuk diamal bukan sekadar cantik diusung atas sekeping sijil.

#copypaste 
( khusus untuk anak-anak didik)
Nyai Mariani Ujud