Search This Blog

Salam Ramadhan 1435H / 2014M


Assalamualaikum semua ... 
Dikesempatan ini nak ucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua ...

Harap2 semoga Ramadhan kali ni akan
lebih baik dari tahun2 yang lalu ...

Insyallah kita semua
akan mula berpuasa pada 29/6/2014 (Ahad)

Yang paling penting jgn lupa niat puasa yer!!!!!







Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu siangnya engkau sibuk berzikir ... Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu ... Mendayu ... merayu ... Kepada- NYA Tuhan yang satu ...
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu ... Solat yang dikerjakan ... Sungguh khusyuk lagi tawadhu' ... Tubuh dan qalbu ... Bersatu memperhamba diri ... Menghadap Rabbul Jalil .. Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu ... Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja ... Di setiap kesempatan juga masa yang terluang ... Alunan Al-Quran bakal kau dendang ... Bakal kau syairkan ...
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu malammu engkau sibukkan dengan ... Bertarawih ... Berqiamullail ...Bertahajjud ... Mengadu ...Merintih ... Meminta belas kasih ...
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang ...
Mari kita meriahkan Ramadhan ... Kita buru... Kita cari ... Suatu malam idaman ... Yang lebih baik dari seribu bulan ...
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir ... Mempersiap diri...rohani dan jasmani ... Menanti-nanti jemputan Izrail ... Di kiri dan kanan ... Lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi ...
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami ... Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti ... paling berseri ... Menerangi kegelapan hati kami ... Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi ... Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti ...
Namun sahabat semua ... Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui ... Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya ... Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha ... bersedia ... meminta belas-NYA ...
Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu namun tak pula aku sanggup ke  Nerakamu ... Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah  jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa ... Ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua  ibubapa kami, dosa-dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah  meninggal dunia"
Amin.....
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya ...
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

Jom Tambah Ilmu :

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 1435H/2014M

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Semua Negeri di Malaysia Ramadhan 1435H/2014M

Senarai Perlantikan Menteri Kabinet Baru 2014

Senarai Perlantikan Menteri Kabinet Baru


Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
 
Datuk Mah Siew Keong
 
Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
 Datuk Lee Chee Leong
Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Chua Tee Yong
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datin Paduka Chew Mei Fun

Sumber: BERNAMA

WordLESS Wednesday - 34

Kasih Sayang ...

TIGA GADIS DIBUNUH DI PUTRAJAYA


SEBARAN MAKLUMAT TIGA GADIS DIBUNUH DI PUTRAJAYA TIDAK BENAR
Penyebaran maklumat berhubung dakwaan kononnya berlaku pembunuhan terhadap tiga gadis di belukar Presint 15, Taman Rimba, Putrajaya adalah TIDAK BENAR.
Hasil semakan yang dibuat menunjukkan tiada sebarang maklumat dan laporan polis diterima setakat ini.
Walau bagaimanapun, orang ramai khususnya mereka yang keluar bersendirian dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam.
Tindakan penyebaran maklumat tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD 
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
BUKIT AMAN.

Kisah OKU Terbiar Kurus Kering ...


Tak terkata ... Nape lah sampai camtu jadi nyer ... Bergenang air mata, sebak nyer dada ... Takde alasan sebenar nyer ... Walau tiada masa or tidak berkemampuan, sekurang-kurang nyer bersih itu penting, kebersihan diri & persekitaran ... Sedihkan ... Bila baca berita sayu hati, sebak dada, meleleh air mata ... Terbayang-bayang camner Firdaus menjalani hidup dia ... Tapi byk pihak yg terlibat kan ... Di mana kah pulak si bapa yang sepatut nyer menjadi ketua keluarga ... Mana masyarakat sekeliling ... Haisshh, tak tau nk ckp ape ... Semoga aku dan keluarga aku diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan yang amat mencabar nie ... Terbayang-bayang adik ipar kat kg ... Alhamdulillah, MIL dapat menjaga nyer dgn sempurna ... Semoga Firdaus kembali pulih dan dapat kehidupan yang menggembirakan dia ... Semoga ibu Firdaus dipermudahkan segala urusan ... Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ... Wallahhua'lam ...

Kucing Jalanan ...

Aku tak tau ler nape kucing suke lepak umah Mak aku .... Lepas dah lepak-lepak tu terus menetap tanpa notis ... Habis beranak pinak ... Mak aku daripada seorang yang takut kucing, anak kucing terutama nyer, terus jadi dah tak berapa takut ... Berusaha menyediakan makanan bagi kucing-kucing jalanan yang singgah ... Haaa, tengok kat bawah tu, dah beranak pinak dah ... Nie cite sebulan yang lepas rase nyer ... Nanti aku update gambar terbaru ... Mata nyer dah terbuka ... Comel sangat ...

Mak nyer cam marah jer aku amek gambar ...

Tiga ekor semua nyer ... 
Bapak nyer gagal dikesan coz kulit anak ikut mak nyer ...

Tengok tu .... Eeee, nak berkumpul jer semua nyer ...

Bertindih-tindih ...

Hehehe .... Aku letak jauh-jauh, depa bergumpal cam nie balik ...
Sejuk kot ...

Nama nyer sampai ker ari nie tak dibubuh lagi ...

CRIME ALERT: UMPAN DAN CULIK

Mendidik anak-anak tentang keselamatan diri amat penting dan ia perlu bermula di seawal usia kanak-kanak tersebut. Peranan tersebut harus dimainkan oleh ibu bapa yang tidak seharusnya leka dengan sentiasa menganggap diri dan keluarga dalam keadaan selamat serta jauh dari risiko bahaya.

Sedarkah kita, kejadian yang menimpa kanak-kanak seperti hilang atau diculik pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap segelintir ibu bapa itu sendiri.
Beberapa taktik dikesan digunakan penjenayah untuk UMPAN dan CULIK kanak-kanak serta ikuti MO dan nasihat daripada pihak polis bagi mengelakkan anak anda menjadi mangsa seterusnya.
Modus Operandi

1. Suspek terdiri daripada dua orang dan lebih

2. Menaiki kenderaan

3. Mangsa di kalangan kanak-kanak

4. Lokasi sasaran di padang permainan, kawasan rumah, pusat membeli belah, dan jalan-jalan yang kurang dilalui orang awam

5. Mengumpan mangsa dengan memberi gula-gula, wang atau barang permainan
Nasihat

• Jangan membiarkan anak-anak ke sekolah atau ke mana-mana tempat tanpa pengawasan.

• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak menggunakan jalan yang terang dan ada orang ramai.

• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak menggunakan jalan pintas melalui semak samun, padang, tempat letak kereta atau berjalan belakang rumah atau kedai.

• Adakan satu kod khas yang hanya digunakan di kalangan ahli keluarga dan memberitahu anak anda untuk tidak semudahnya mengekori orang yang tidak dikenali dan tanyakan kod khas tersebut jika benar orang tersebut diminta bantuan oleh ahli keluarga untuk mengambilnya.

• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak mengambil atau menerima makanan dan minuman dan barang-barang yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali.

• Jangan lewat mengambil anak anda apabila selesai waktu persekolahan atau di lain-lain tempat awam.
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Lawatan Sambil Belajar ...

Haaa .... Korang ingat tak aktiviti kita orang masa cuti sekolah ari tu ... Meh baca sini dulu Percutian yang tak dirancang ... Lepas mandi manda tu harus ler mencari makanan .... Memasing dah kebulur ... Gambar pun tak sempat@tak ingat dah nak amek ... 
Lepas memenuhkan kantung masing-masing, kita orang jenjalan ler ... Kali kita orang pilih Muzium Tentera Darat ... Memula aku tengok dari luar tu macam kecik jer tempat nyer ... Macam bosan jer ... Tapi bila dah masuk dalam tu, ok jugak lah ... Bebudak nie very excited ... Lari sana ... Lari sini ... "Eh ibu ... Pintu nie dah masuk ker blom ???" ... Ibu nyer jugak yang hongeh ... Jom skodeng gambar-gambar nyer lak ...
Memula jer dah ade kapal terbang nie ... Memang teruja ler bebudak nie ...

Tengok Fatiha tu ... Semangat berlari nak amek gambar nyer pasal ... 
Panas pun dah tak kisah dah ...

Hehehe ... Aku ler jadi tukang amek gambar ...
Berebut-rebut semua nak guna khidmat aku ...

Tengok tu cuaca panas melampau ...
 Tapi masing-masing gigh jugak nak berjalan dan bergambar ...

Naik ketapi nak gie mana tu anak2 oiii ...

Aku nak buh nama kenderaan nyer pun aku tak tau ...

Haaa ... Yang nie boleh agak sape yang amek kan ...

Parabola ATM dolu-dolu ...

Senjata lama dolu-dolu ...

Meriam dolu-dolu ...

Haaa, mamat nie pun aku tak tau nama nyer ape ...

Ngan sape lah anak aku bergambar nie ???

Masing-masing takut masa nie ... Terkejut coz ada bunyi tapak kaki kuda ...

Apo bondo eh nie ?

Ehh ... Fatiha salam ngan sape plak tu ?

Terowong PKM ...
Suasana agak menyeramkan ...

Ngan patung berani ler ....

Konon-konon bilik bedah dia orang ler dolu-dolu nie ...

Suasana yang sengaja disuramkan ...
Dek kerana aku jalan paling belakang, terasa seram sejuk jer ...
Berdiri bulu roma aku masa nie ...

Kat belah belakang ada kawasan seperti tapak perkhemahan ...
Ada ler titi gantung ... Berebut-rebut masing-masing nak naik ...

Tengok ler sendiri sape yang berani ... sape yang penakut ...

Keh ... keh ... keh ...

Jauh tul jarak antara Fatiha & Danial ... Abang Long dah lama lepas ke depan ...

Tabikkkk ...

Pencetus Peristiwa ...

Peti Surat Rahsia ...
Oooo ... Cenghini rupe nyer ... 
Excited aku nengok mende nie ...

Nie ler die Tengkorak Gajah yang digunakan ...

Abang Long nie amek gambar mesti kelabu asap ....

Muka dah letih ...

Kenderaan ape kah ini ...
Fatiha masih teruja nak bergambar ...

Abang Long beriya-iya nak bergambar sambil duk kat dalam tu ...
Bebudak lain dah tak larat nak layan dah ...

Bergambar dalam keadaan cuaca yang sangat panas ...

Meriam ...
Kebabommmm ...

Sekian, wassalam ...
Air ... Air ... Air ...


PANDUAN PUASA



Tak lama lagi nak masuk Ramadhan dah ... So, kengkawan, adik-adik jom kita refresh balik ...

Apa makna puasa?

Puasa menurut pengertian bahasa bermaksud menahan dari sesuatu seperti menahan dari bercakap, makan, minum atau sebagainya.Adapun puasa menurut pengertian Syara‟ (yakni puasa yang disuruh Allah supaya dikerjakan oleh setiap orang Islam) ialah; “Menahan diri dari makan, minum dan jimak (persetubuhan) dengan suatu niat dan ikhlas kepada Allah”. (Tafsir Ibnu Kathir; Surah al-Baqarah, ayat 183) Masa berpuasa ialah dari terbit fajar Sodiq (iaitu fajar yang menandakan masuknya waktu subuh) hinggalah terbenam matahari (iaitu masuknya waktu maghrib).

Berapa jenis puasa?

Puasa melihat kepada hukumnya ada beberapa jenis;
  1. Puasa yang wajib. Ia ada beberapa jenis pula; Pertama; puasa yang diwajibkan Allah dengan ditetapkan hari-harinya iaitulah puasa Ramadhan. Kedua; puasa yang diwajibkan kerana sebab-sebab tertentu sebagai hak (kewajipan) terhadap Allah, iaitulah puasa Kaffarah yang merangkumi kaffarah sumpah, kaffarah zihar, kaffarah membunuh secara tersalah dan sebagainya. Ketiga; puasa yang diwajibkan oleh individu itu sendiri ke atas dirinya, iaitulah puasa nazar.
  2. Puasa yang disunatkan; seperti puasa isnin dan kamis, puasa tiga hari setiap bulan dan sebagainya.
  3. Puasa yang diharamkan; seperti puasa pada hari raya dan sebagainya.
  4. Puasa yang dimakruhkan; seperti puasa pada setiap hari.

Apa hukum puasa Ramadhan?

Puasa di bulan Ramadhan adalah wajib dengan berdalilkan ayat al-Quran, hadis Nabi dan Ijmak ulamak. Ia merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Dalil dari al-Quran ialah firman Allah;


“Bulan Ramadan, bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan keterangan-keterangan dari hidayah dan pembeza (antara hak dan batil). Maka sesiapa dari kamu telah menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), hendaklah ia berpuasa di bulan itu…” (al-Baqarah, ayat 185).Ungkapan Allah “…hendaklah ia berpuasa di bulan itu…” merupakan perintah dan perintah menunjukkan kepada wajib.Nabi –shallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Islam terbina di atas lima perkara;
  1. Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah,
  2. Mendirikan solat,
  3. Menunaikan zakat,
  4. Mengerjakan haji,
  5. Berpuasa di bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu, Umar r.a.)
Telah ijmak (sepakat) sekelian ulamak tanpa ada khilaf di antara mereka bahawa berpuasa pada siang hari di bulan Ramadhan adalah wajib ke atas oleh orang-orang yang mencukupi syarat-syarat wajib puasa yang akan dijelaskan nanti. (Maratib al-Ijma‟, Imam Ibnu Hazm, kitab as-Shiyam).

Apa hukum orang Islam yang meninggalkan puasa Ramadhan?

Oleh kerana puasa Ramadhan adalah wajib, maka orang Islam yang meninggalkannya dengan sengaja –tanpa sebarang keuzuran- adalah fasiq dan berdosa besar. Ia wajib mengqadhanya sebanyak hari yang ditinggalnya. Namun mengqadha sahaja tidak memadai kerana Nabi –shallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan tanpa kelonggaran (yang diberikan Allah) dan tanpa kerana sakit, puasa sepanjang masa pun tidak akan mampu menggantikan (puasa yang ditinggalkan itu) walaupun ia melakukannya” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Kerana itu, qadha itu wajib diiringi dengan taubat nasuha iaitu menghadirkan penyesalan di dalam hati kerana keterlanjuran meninggalkan kewajipan Syarak dan berazam tidak akan mengulanginya lagi buat selamanya.

Apa hukum orang Islam yang mengingkari kewajipan puasa Ramadhan?

Ia murtad dari agama kerana kewajipan puasa Ramadhan adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sedia dimaklumi dalam agama. Wajib atas pemerintah memperlakukannya sebagaimana seorang yang murtad iaitu hendaklah diminta supaya ia bertaubat dan kembali berpuasa. Jika ia enggan bertaubat, hendaklah dikenakan hukuman had ke atas orang yang murtad iaitu dibunuh.

Lerrr Kan Dah Rosak Otak ...


Hasil dari pembacaan .dan blogwalking .... Aku dapat ler beberapa info yang aku rasa berguna untuk saya dan kengkawan semua .... Jom baca ... Apakah beberapa perkara yang akan menyebabkan kerosakan otak ... So, bila dah tau nie boleh ler elakkan ....

1. Tidak mengambil sarapan pagi.

Haaa ... Yang nie mesti ramai yang buat ... Nak cepat sangat .... Tak sempat dah ... Macam-macam alasan lah yang kita bagi kan ... Korang tau tak, apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan.

Yang nie pun ramai jugak yang buat .... Kadang-kadang aku pun terbuat jugak .... Sarapan sebenar nyer tak perlu terlalu banyak ... Sebab kalau dah terlebih makan, ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok.

Yang nie plak tak leh nak cakap ape dah, tak tau ler ape yang sedap sangat ... Korang tau tak sebenar nyer, asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan.

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Macam-macam penyakit pun akan singgah nanti ... So, kurangkan gula dalam makanan/minuman, tambahkan manis dalam senyuman ...

5. Pencemaran udara.

Terlalu banyak nar pencemaran sekarang nih .... Kesihatan makin terjejas terutama yang menglibatkan organ-organ pernafasan ... Ramai dah yang menjadi pengguna setia inhaler ... Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. 

6. Terlebih tidur.

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur.

Ada eak orang tidur suka tutup muka ??? Entah lah lain orang lain pesen tidor nyer .... Aku tak suka ... Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi.

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. Kanak-kanak digalakkan melakukan pelbagai aktiviti untuk menambahkan kecergasan otak ... "Sel-sel otak sedang berhubung ..." kate Wardina ...

10. Jarang berfikir.

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. Sekali-sekala kena pikir jugak masalah dunia .... Hehehe .... Eh, betul ker .... Kalau saya, saya suka buat teka silangkata or soduku ... Tak tau ler berkesan ker tak ...

Sekian, wassalam ...
Semoga bermanfaat untuk kita bersama ...