Search This Blog

Salam Aidil Adha 2016

Esok kita seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha ... Tak de persiapan ape2 pun ... Just guna baju raya lepas jer ... Buat semua ... Harap maaf atas salah dan silap terlanjur kata ... Kami beraya di sini jer, tak balik kampung pun ... Kepada sahabat2 yang pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalanraya ...


Saat berderai jatuh
Titisan air mata suci IBRAHIM
Melihatkan keteguhan iman
Anaknya ISMAIL
Dikala itulah bermula
Sejarah agung
ERTI SEBUAH PENGORBANAN ...

********************

Di sini saya kongsikan sedikit maklumat untuk ingatan kita bersama ...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji ... Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah ... Merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia ... Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri ... Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban ... Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah ...

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 



Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Kisah Buah Mangga

Hai ... Kengkawan semua buat ape tu ? Mood bercuti dah semua ... Ramai yang dah balik, ramai yang sedang dalam perjalanan ... Ramai yang tersekat dalam kesesakan lalulintas ... Cukup sinonim ... Cuti ... Jalan sesak ... Waktu nie lah semua berebut-rebut kan ... Aku dok cam nie jer lah ... Raya Gombak jer ...


Kisah nyer berlaku minggu lepas ... Kami sekeluarga balik ke kampung BigBoss ... Disebabkan BigBoss akan bertugas dalam acara korban nanti maka memang tak balik ler raya haji ... Bermalam lah kami semalam jer ... Bebudak lah yang paling gembira ...

On the way nak balik Gombak balik, kami singgah rumah Abang BigBoss di Taman Saga, Mentakab ... Dah gelap dah masa tu ... Hahaha ... Asal datang malam jer sesat padahal dah banyak kali datang ... Lepak2 jap ... Makan nasi dulu ... Burppp, terima kasih, kenyang kami anak beranak ... Selesai makan bermula lah acara memetik buah mangga ... Yang sado sado jer bertugas, yang ayu jelita sambung buat "ketupat" ... Huhuhu ... Alhamdulillah, murah sungguh rezeki kami hari tu ... Dapat makan ... Dapat buah mangga epal ...


Banyak jugak kami ambik ... Tapi di pokok banyak lagi ... Bagi orang lain merasa sama ... 

Sedappp weiii ... Dah ler aku, BigBoss & Abang Long memang pencinta buah mangga nih ...

Mendapat arahan BigBoss supaya yang muda belia tu dibuat mangga asam boi ... Aku main campak-campak jer ... Alhamdulillah menjadik ... Pedasss ...

Yang masak memang makan terus ... Tak tunggu apa dah ... Alhamdulillah kejadian buah nyer cukup baik ... Tak de pun makhluk asing menjadi penghuni kat dalam ... 

Ramai yang terliur ker ? Mohon jangan kecam saya ... 


MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH, BERA, PAHANG DARUL MAKMUR

Jom infaq RM10 seorang setiap bulan ...


»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»
DANA PEMBANGUNAN KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH, LOT 4540 PAYA TELOK, 28200 BANDAR BERA, PAHANG DARUL MAKMUR. - SILA SEBARKAN.
««««««««««««««««««««««««««««««««««

FASA 1: Pembinaan Masjid - Sudah bermula pada 10/3/2016.

Carumkan sebahagian pendapatan anda SETIAP BULAN ke dalam pembinaan ini.
Salurkan derma, infaq, zakat dan sedekah Tuan/Puan ke akaun:

Maybank Islamic
1560 7604 1263
Maahad Tahfiz Safa Marwah


Snap slip dan maklumkan sumbangan ke nombor Whatsapp 019-249 8747 (Setiausaha Maahad) untuk rekod.

BANTU kami VIRALkan pembinaan ini, jom LIKE, SHARE dan INVITE FRIENDS ke page rasmi:

Setiap sumbangan walau RM10, walau RM50, walau RM100, walau RM200, walau RM500 apatah lagi RM1,000 seorang setiap bulan amat bermakna untuk memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan mengikut jadual.

Penggerak Utama:

Penasihat: Ustaz Ahmad Hakim Shamsudin (Imam Besar Masjid Daerah Bera). 010-577 3507.

Pengerusi/Pengasas: Ustaz Nawawi Al-Puruni (Pengerusi NGO Bera Barakah). 013-247 8843.

Bakal Mudir: Ustaz Muhammad Asyraf Ishak Al-Hafiz (Guru Al-Quran Masjid Jamek Bandar Triang). 014-534 0894.

Bendahari: Ustaz Erham Ehwan (Guru S.K. Seri Buntar). 013-910 0622.

Pengurus Tapak: Tuan Khalid Haji Mohd Arif. 019-962 2216.




"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah...bertambah...bertambah...” (HR. Al Tirmidzi)

"Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yang mulia.” (QS. Al Hadiid 57:11)

"...dan (janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta kepada Allah)...” (QS. Al Baqarah 2:245)

Kami tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai...” (QS. Ali Imran 3:92)

"Ingatlah kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah maka diantara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah Yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya)...” (QS. Muhammad 38)

"Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hamba-Nya selama ia menolong saudaranya” (HR. Muslim)