Search This Blog

KEM SILANG BUDAYA KELAB RUKUN NEGARA, KEM BUMI JATI


Alhamdulillah ... Anak aku Luqman telah dipilih untuk menghadiri Kem Silang Budaya Kelab Rukun Negara, 2 Ogos 2016 hingga 5 Ogos 2016 ... Kem telah diadakan di  Kem Bumi Jati, Shah Alam ... Aku difahamkan oleh Cikgu nyer ... Untung sape yang terpilih sebab hanya lima negeri yang terlibat dan penyertaan bebudak nie dikira peringkat kebangsaan ...

Dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri ...


Hari last tu Luqman cakap ada Menteri datang ... Aku belek-belek buku program ... Jumpa lah ... YB Tan Sri Panglima Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri hadir untuk Perasmian Penutup ... Hahaha ... Padan lah beria-ia ... Ada menteri datang ...


Aku terpaksa kacau Cikgu pengiring ... Biasalah Mak-Mak kan ... Risau jer ... Nie gambar masa depa baru sampai ... Kalau ikutkan senarai peserta yang aku tengok, peserta terdiri dari berbilang bangsa ... Melayu, Cina, India dan Sabahan or Sarawakian pun ada jugak ...

Nie depa tengah belajar masak makanan tradisional orang Sarawak ...

Jadi ker tak tu ???

Dah penat-penat mesti lah makan ... Hai ... Guna chopstik nampak ... Luqman memang pandai guna chopstik ... Tapi dia cakap sebenar nyer cara dia pegang dan guna salah skit lah ...

Alhamdulillah ... Semua nyer berjalan lancar ... Aku harap ada sesuatu yang dia dapat dari Kem Silang Budaya nih ...

CARA BERSANGKA BAIK

   
Perasaan hasad,dengki, ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj ... Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan ...

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu ... Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku" 

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya ... Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang  ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Kisah Budak Paling Bodoh Dalam Dunia


Assalamualaikum & Salam sejahtera kengkawan semua ... Buat ape tu ... Meh baca kisah seorang budak yang bodoh ... Ehhh, betul ker dia bodoh ... Semoga bermanfaat buat saya dan rakan-rakan ... Kisah nyer bermula di sebuah kedai gunting rambut ...


Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berborak-borak dengan pelanggan nyer ...

Mamak : “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

PELANGGAN : “Naper awak cakap macam tu mamak?”

MAMAK : “Awak tgk ni ...” sambil memanggil Ajoi datang kepadanya ...

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi ... Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari ...

MAMAK :” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh ... Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit ... hahaha!”

Pelanggan yang bernama Sumardi yang melihat kejadian tu berasa sangat pelik ... Lalu dia bertanya kepada Ajoi ...

SUMARDI : “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

AJOI : “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1 ... Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”


Moral Of the story :

1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain ... Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya ... Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain ...

2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini ...

Renung-renungkan ...