Search This Blog

Cara Buat Thai Green Tea Latte

Dalam keadaan cuaca panas yang teramat sekarang nie, memang syok ler kalau dapat minum segelas Thai Green Tea Latte ... Dengan tekstur nyer yang lemak berkrim ditambah pulak dengan warna yang menarik ... I like green ... Memang tak boleh tahan ler ... Setiap kali makan kat kedai Thai mesti kena order jugak segelas ... Kadang-kadang tu kena tambah plak order kannn ... Tapi sekarang nie dah banyak gerai-gerai minuman dah ada Green Tea Latte nie dalam menu ...


Tapi, korang tahu tak sebenarnya minuman ni sangat senang nak dibuat sendiri di rumah? Cuma antara rajin ngan tak jer ... Kalau bahan-bahan ada ape salah mencuba ...



Bahan-bahan:
- 2 sudu besar teh hijau Thai 
- 6 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar susu cair
- 500ml air panas
- Ais


Kalau nak lagi best:
- Serbuk teh hijau
- Whipped cream
- Extra susu cair


Cara-cara:
1. Bancuh teh hijau dan biarkan selama 5 minit
2. Tapis air teh dan blend bersama susu pekat dan susu cair
3. Hidang dalam jag / gelas berisi ais 
4. Kalau nak lagi berkrim: Tambah susu cair! 
5. Kalau tak berapa kisah pasal diet: Tambah whipped cream dan taburkan serbuk teh hijau!


Ujian Mata




Hai korang... Buat ape tu? 
Dah start buat keje ker? 
Opppp,  nanti dulu... Sebelum tu meh test mata korang... Tengok prestasi mata korang... 

Haaa... Cuba korang semua tengok dalam bulatan merah tu... Tengok dengan teliti... Apekah huruf atau nombor yang ada dalam bulatan merah tu... Korang2 nampak tak?

JAGA-JAGA, TERGELINCIR NANTI


Image result for Terompah

Assalamualaikum & Selamat Pagi kengkawan ... Sekarang nie kan memang trend viral kan ... Ada jer kisah yang nak diviralkan ... So, dua tiga hari lepas meletop lah viral kisah seorang Dr ... Jom baca kisah nie ... 

Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala, pernah berjalan bertentangan arah dengan seorang budak kecil yang berjalan mengenakan terompah kayu.

Si imam berkata: "Jaga-jaga Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir."

Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.

"Nu'man namaku", jawab si imam.

"O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'zhom (Imam agung) itu..?", tanya si budak.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab si Imam.

"Wahai si Imam, berhati-hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' daripada seorang budak kecil...

Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru ia datang dari lidah seorang budak.

Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu kerana POSISI YANG 'DIMULIAKAN', tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/HAJJAH, USTAZ, AL-FADHIL, SYAIKH, DOKTOR dan sebagainya.

Marilah kita berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN agar jangan sampai kita tergelincir...

Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia ... Harap-harap kita semua dijauhi penyakit wahan ... Penyakit cinta dunia ...

Ingatlah...
"Sepasang tangan yang menarik kita takkala terjatuh lebih kita percayai dari seribu tangan yang menyambut kita takkala tiba di puncak kejayaan.."

Mari kita hubungi sahabat-sahabat kita...
Kerana sahabat yg baik adalah pelita di kegelapan..
Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.

Ketahuilah...
"TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi." (Hadis riwayat Muslim).

JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT, WALAUPUN DATANGNYA DARIPADA SEORANG 'BUDAK HINGUSAN'

انظر ما قال ولا تنظر من قال 
- "Perhatikan APA yang disampaikan dan jangan melihat SIAPA yang menyampaikan."

Semoga kisah di atas bermanfaat buat kita semua ...