Search This Blog
7 Mutiara Kata Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
Setahun sudah berlalu ...
Pemergiannyer amat dirasai ...
Tiada galang ganti ...
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدْ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَما نَقَّيْتَ الثَّوْبُ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ
Ya Allah, ampunilah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.
Di sini merupakan antara 7 mutiara kata yang pernah diungkapkan oleh Allahyarham Tok Guru :
1 . "Jika kereta rosak , mekanik akan membaikinya . Jika tubuh badan bermasalah , doktor yang akan mengubatinya . Jika kehidupan manusia bermasalah , maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk . Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syarat Allah bila berdepan dengan masalah"
2 . "Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu . Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar . Binatang ternakan contohnya , boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya , tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain . Berbeza dengan manusia , sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas"
3 . "Kita tanam lada , 40 hari dapat hasil boleh jual . Tanam terung , dua tiga bulan dapat hasil . Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan . Jika projek yang besar seperti tanam getah , bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun . Semakin besar projek tersebut , semakin besar untungnya . Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar . Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil"
4 . "Jika memandu kita perlukan lesen , menggunakan senjata api perlukan lesen , maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen . Lesen itu ialah Islam . Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen"
5 . "Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati , ada Allah SWT sedang memantau . Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa , tanpa ada yakin seperti itu manusia akan hilang brek . Kalau kereta hilang brek , ia akan terjun ke gaung . Tapi kalau manusia hilang brek , dia akan terjun ke neraka"
6 . "Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam . Kerana itu pemuda mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat . Saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya . Pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda , saya hanya mahu datang dan dengar"
7 . "Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna . Di akhirat kelak akan ditanya , setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya . Sebab itu , saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti . Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk , beras dan keperluan hidup"
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman .
Al-Fatihah
( Nik Aziz Nik Mat | 1931 - 2015 )
Ekspedisi Gunung Senyum
Alhamdulillah ... Cuti yang panjang kali nie dapat kami sekeluarga manfaatkan bersama ... Kami jalan-jalan dalam Malaysia jer ... Kalau di awal cuti aku dan anak-anak dah ker Muzium Negara ... Kali nie dengan bersemangat nyer kami menjelajah ker Gunung Senyum ... Korang tau tak yang sebenar nyer Gunung Senyum terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki) ... Tinggi tu ... Tapi aku tak de ler manjat sampai ker puncak ... Walaupun aku dah 16 tahun kawen ngan orang Jengka 17 tapi tak pernah lagi sampai sini ... Dah berpuluh-puluh kali lalu tak terfikir plak nak singgah ... Ntah cam ner ari tu BigBoss bleh terfikir nak bawak ke sini ... Haisshhh, mintak nyawa ... Mintak nyawa ... Oksigen please ...
Gunung Senyum nih sebenar nyer mempunyai banyak gua tapi masih ramai yang tak tahu kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik ... Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan, Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh ... Gua yang menjadi pilihan pengunjung plak ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular ... Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu ... Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nisan di dalamnya ... Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu ...Gua Silat plak mempunyai kawasan lapang seperti tempat orang berlatih silat ... Nih maklumat dari BigBoss, dia pernah sampai sini masa muda remaja dulu ...
Gunung Senyum nih sebenar nyer mempunyai banyak gua tapi masih ramai yang tak tahu kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik ... Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan, Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh ... Gua yang menjadi pilihan pengunjung plak ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular ... Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu ... Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nisan di dalamnya ... Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu ...Gua Silat plak mempunyai kawasan lapang seperti tempat orang berlatih silat ... Nih maklumat dari BigBoss, dia pernah sampai sini masa muda remaja dulu ...
Memula sampai tu terus kita orang ker Gua Jebak Puyuh ... Jauh jugak nak masuk ke dalam tu ... Kalau ikut kata depa memakan masa 45 minit jer ... Tapi kita orang nih kan bawak bebudak, tambahan aku yang !@#$% nie ... Ambik masa lebih skit ... Sambil-sambil tu dapat ler bebudak nih mengenal pacat ... Memula kena menjerit-jerit ... Peh tu dah ok dah ... Boleh tarik sendiri and buang ...
Abang Ngah dan Kakak ...
Masing-masing masih bersemangat dan sihat walafiat ...
Masing-masing masih bersemangat dan sihat walafiat ...
Mana lah tak lewat ... Asyik berposing jer keje nyer ...
Muka dah nampak ada penat nyer tu...
Muka dah nampak ada penat nyer tu...
Aku kagum tengok pokok nih ... Tak pasti pokok apa ... Mesti pokok nih dah berusia ... Tengok lah akar nyer tu ... Putra tu bukan pegang gajet, tapi pegang keropok ... Sambil jalan dalam hutan sambil makan keropok ... Berpuluh-puluh kali aku pesan kat bebudak nih, jangan buang sampah, jangan buang sampah ... Memang ada pengunjung yang buang sampah merata-rata ... Tak berkenan aku tengok ... Sayangilah alam sekitar yang dah tinggal tak banyak mana pun nie ...
Nie lah dia gua nyer ... Yesss, sampai jugak ... Walaupun dalam tidak kecukupan oksigen, aku berjaya sampai ... Last buat aktiviti lasak masa zaman belajar kat UM dulu ... Kira-kira 20 tahun lepas ... Semput Mak tau ... Kami tak masuk jauh ke dalam gua pun ... Macam agak susah sebab kena merangkak-rangkak plak ... Dah selesai photoshoot, patah ler balik kami ker pangkal jalan ... Rilex rilex jer sebab hari masih terang ...
Pokok apa tak tau ... Kagum tengok akar nyer ...
Berapa lah usia agak nyer ...
Pokok Kayu Arang
Memandangkan aku yang dah agak kurang cergas ... Perjalanan turun agak memakan masa ... Maka sempat ler BigBoss mengambil gambar-gambar pokok yang ada kat dalam hutan tu ... Turun nih bukan terus balik tau ... Kita orang menuju ke gua lain plak...
Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum nie ialah mengenai kisah Tok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini ... Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia ... Wallahua'lam ... Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi ...
Bekas peninggalan kawasan kajian ... Dari kajian arkeologi, hutan lipur ini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik ... Korang cari ler sendiri ape mende zaman mesolitik tu ... Hehehe ...
Tangga tu kalau panjat boleh ler sampai ker gua-gua yang lain plak ... Kira cam senang lah sikit , tak yah panjat-panjat dah ... Tapi jenuh jugak ...
Sedang melihat sekitar gua ... Tengah pikir nak panjat tangga lagi ker tak ...
Abang Long nak memanjat lagi ... Semangat budak nih ...
Kalau korang tengok, pagar-pagar keselamatan pun ada dibina kat tepi-tepi tu ... Tapi tak semua kawasan lah ... Perlu berhati-hati agar tak terjatuh semasa memanjat ... Seriau aku menjengok ke bawah tu ...
Tumbuhan hutan di sekitar gua nih ... Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan ... Berdasarkan penerangan, terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait .... Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN ... Harap-harap depa menjalankan tugas dengan jaya nyer ... Sebab aku tengok macam tak berjaga jer ...
Sekian lagi ekspedisi kali ini ... BigBoss kate nak repeat lagi ... Boleh ler buat persediaan yang lebih baik ... Pakaian yang sesuai ... Bekalan yang mencukupi ... Takmo bawak aku ler tu...
Tumbuhan hutan di sekitar gua nih ... Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan ... Berdasarkan penerangan, terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait .... Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN ... Harap-harap depa menjalankan tugas dengan jaya nyer ... Sebab aku tengok macam tak berjaga jer ...
Sekian lagi ekspedisi kali ini ... BigBoss kate nak repeat lagi ... Boleh ler buat persediaan yang lebih baik ... Pakaian yang sesuai ... Bekalan yang mencukupi ... Takmo bawak aku ler tu...
Subscribe to:
Posts (Atom)