Search This Blog

Pasir Pantai

Lama nyer lah tak ker pantai ... Saya suka gie pantai ... Tapi saya tak pandai berenang ... So, memang main di gigi pantai jer lah ... Bebudak nie pun suka gie pantai ... Mandi-manda kat pantai ... Suka duk tepi pantai sambil tengok suasana sekeliling ... Bila nak senja tu lagi cantik ...




Kalau gie pantai mesti suka tulis-tulis kat pasir pantai kan ... Conteng-conteng ape yang patut ... Biasa lah tu kan ... Kalau buat binaan tu aku kurang skit ... Tak kreatif lah katakan ... Tapi aku suke jer tengok ...



Haaa ... Kan cantik tu ... Pandai jer depa reka ... Tahan plak tu ...

Yang aku tak suka pi pantai nih ... Gelap ler ... Rentung kulit dibuat nyer ... Walaupun kulit aku nie memang dah sediakala rentung ... Tapi tak best lah rase nyer ... Lagi satu yang aku tak suka ... Pasir pantai tu melekat kat baju ... Bawak balik umah ... Bilas dulu and then masuk mesin basuh pun still rase berpasir tu ... Ker kengkawan ada cara lain ...

Gambar adalah ikhsan pak google ... 
Kalau ada yang tak setuju@tak suke ... Cakap eak ... 
Saya padamkan gambar tu ... Maaf ...

Virus Zika | Virus Bawaan Nyamuk


Hmmmm, tengah berblogwalking petang nih ... Terjumpa maklumat nie ... Lalu saya terasa nak kongsi dengan kengkaan supaya kita lebih berwaspada terutama nyer bagi sahabat-sahabat wanita yang mengandung ... Maaf saya copy paste jer maklumat nie untuk elak kekeliruan ... Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan empunya status ...

Virus Zika, Ibu Mengandung Perlu Waspada
Seluruh negara menerusi bahagian pengurusan kesihatan sedang "risau" akan kewujudan satu virus bawaan vektor nyamuk yang di namakan sebagai Virus Zika. Kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) memandang serius akan perkara ini dan sedang merangka plan untuk mencegah dan kawalan virus ini daripada menular kepada negara Malaysia.


Secara amnya, Virus Zika adalah satu virus bawaan vektor iaitu nyamuk daripada spesies "flaviviridae" dan di sebarkan oleh nyamuk aedes. Pada kebiasaanya, nyamuk ini akan aktif pada waktu pagi. Tambahan lagi, antara simptom yang akan terjadi jika terkena gigitan nyamuk ini ialah mirip akan jangkitan virus iaitu sakit kepala, "rashes" (kemerahan), demam, keletihan , mata kemerahan, kesakitan pada sendi. Namun demikian, apa yang paling di takuti adalah apabila para pengkaji sains telah menemui satu "link" antara kecacatan kongenital sewaktu lahir dan virus ini yang di namakan sebagai gejala "microcephaly" iaitu kekecilan kepala pada bayi yang baru di lahirkan.

Setakat hari ini, tiada ubatan mahupun vaksin yang berjaya bagi menangani perkara ini. Rawatan yang di berikan adalah rawatan simptomatik sahaja. Tambahan lagi, "ubatan" terbaik bagi mengelak terkena penyakit ini adalah dengan mencegah. Pencegahan adalah sama seperti pencegahan membasmi penyakit denggi di mana iaitu dengan memusnahkan tempat pembiakkan nyamuk. Tambahan pula, ibu yang mengandung di nasihati agar tidak melawat pada negara negara yang di warna di dalam gambar.


Sebagai petugas kesihatan termasuk Penolong Pegawai Perubatan, kepekaan terhadap penyakit ini adalah perlu dengan mengambil kira tempat yang pesakit lawati kerana simptom yang akan timbul mirip akan keadaan demam biasa agar rawatan awal dapat di berikan di samping memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat dalam pencegahan penularan virus ini.

-HBR-

Harap maklumat ini bermanfaat buat kengkawan semua ... 

Bertuah Punya Budak ....


Hari aku nak cerita kisah si kecik sekali nie ... Semenjak sekolah bukak untuk sesi 2016 nie, Putra nampak seperti boring skit duk umah ... Pagi-pagi mesti dia kelam kabut bangun nak ikut BigBoss hantar Fatiha ... Dengan bau musuk masam tu merempit lah dia hantar kakak ... 

Nak diceritakan satu hari nih bangun lah Putra seperti biasa ... Agak awal jugak daripada biasa ... So, sempat ler aku pujuk dia mandi ... Sementara aku sidai kain, dia main basikal pusing-pusing depan nih jer ... Sekali tu terlajak terus masuk umah uwan ... 

"Assalamualaikummmmm, Uwannnn" huhuhu ... Masuk ler dia ke dalam umah uwan nyer ... "Uwannnn, 10 minit jer" ... Korang rase lah kan dia mintak ape kat Uwan nyer ? Sementara tu BigBoss kat umah dah ready nak hantar kakak ... Biasa nyer akan terkinja-kinja lah dia nak ngikut, boleh ari tu dia tak jadi nak ikut ... Haaa ... Korang rase apesal dia tak jadi nak ikut merempit ?? Dek kerana 10 minit tu ... Sanggup tu ... 

Grrrr, geram plak aku dengar ... Sebenar nyer dia mintak kat uwan nyer nak main tab ... "Putra nak main tab ker nak hantar kakak ?" Mak aku nie tanya lah ker Putra cam tu untuk kepastian ... Kang meraung plak kena tingal ... "Nak main tab" kate nyer ... Mak aku buat-buat ler macam marah, membebel-bebel ler skit ... "Bertuah punya budak" buat-buat macam marah ker Putra ... "Ehhh, Uwan nie macam dalam Upin & Ipin lah" ... Dalam pada mak aku nih nak marah terus tak jadi ... Boleh plak dia cakap cam tu kat mak aku ... Mak aku nih daripada nak marah terus tergelak ... Hahaha ... Memang ada diaolog cam tu antara Upin Ipin ngan Opah dia ... Boleh plak dia ingat ... Hehehe ... Macam-macam budak kecik nih ...