Showing posts with label Nyamuk. Show all posts
Showing posts with label Nyamuk. Show all posts

ZIKA DAH SAMPAI KAT MALAYSIA


AWAS !!! Kengkawan semua ... Hati-hati yer Zika dah sampai Malaysia ... Harap-harap semua akan lebih berwaspada terutama nyer kengkawan pompuan yang mengandung ...


Menteri Kesihatan telah mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun dari Klang telah dijangkiti virus Zika ... Wanita berkenaan telah melawat anak perempuan nyer di Singapura dan balik ke Malaysia pada 19 Ogos lalu ... Seminggu kemudian wanita tersebut demam dan ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya mengesahkan dia dijangkiti virus tersebut ... Suami nyer bebas daripada virus tersebut ... Manakala anak perempuan nyer di Singapura turut dijangkiti ... Untuk makluman, kes Zika di Singapura semakin serius ...



Kalau sape-sape tak tahu sape zika nih, meh baca sedikit maklumat kat VIRUS ZIKA | VIRUS BAWAAN NYAMUK ...

Sumber

Virus Zika | Virus Bawaan Nyamuk


Hmmmm, tengah berblogwalking petang nih ... Terjumpa maklumat nie ... Lalu saya terasa nak kongsi dengan kengkaan supaya kita lebih berwaspada terutama nyer bagi sahabat-sahabat wanita yang mengandung ... Maaf saya copy paste jer maklumat nie untuk elak kekeliruan ... Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan empunya status ...

Virus Zika, Ibu Mengandung Perlu Waspada
Seluruh negara menerusi bahagian pengurusan kesihatan sedang "risau" akan kewujudan satu virus bawaan vektor nyamuk yang di namakan sebagai Virus Zika. Kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) memandang serius akan perkara ini dan sedang merangka plan untuk mencegah dan kawalan virus ini daripada menular kepada negara Malaysia.


Secara amnya, Virus Zika adalah satu virus bawaan vektor iaitu nyamuk daripada spesies "flaviviridae" dan di sebarkan oleh nyamuk aedes. Pada kebiasaanya, nyamuk ini akan aktif pada waktu pagi. Tambahan lagi, antara simptom yang akan terjadi jika terkena gigitan nyamuk ini ialah mirip akan jangkitan virus iaitu sakit kepala, "rashes" (kemerahan), demam, keletihan , mata kemerahan, kesakitan pada sendi. Namun demikian, apa yang paling di takuti adalah apabila para pengkaji sains telah menemui satu "link" antara kecacatan kongenital sewaktu lahir dan virus ini yang di namakan sebagai gejala "microcephaly" iaitu kekecilan kepala pada bayi yang baru di lahirkan.

Setakat hari ini, tiada ubatan mahupun vaksin yang berjaya bagi menangani perkara ini. Rawatan yang di berikan adalah rawatan simptomatik sahaja. Tambahan lagi, "ubatan" terbaik bagi mengelak terkena penyakit ini adalah dengan mencegah. Pencegahan adalah sama seperti pencegahan membasmi penyakit denggi di mana iaitu dengan memusnahkan tempat pembiakkan nyamuk. Tambahan pula, ibu yang mengandung di nasihati agar tidak melawat pada negara negara yang di warna di dalam gambar.


Sebagai petugas kesihatan termasuk Penolong Pegawai Perubatan, kepekaan terhadap penyakit ini adalah perlu dengan mengambil kira tempat yang pesakit lawati kerana simptom yang akan timbul mirip akan keadaan demam biasa agar rawatan awal dapat di berikan di samping memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat dalam pencegahan penularan virus ini.

-HBR-

Harap maklumat ini bermanfaat buat kengkawan semua ... 

Eeeee ... Gatal nyer ...

Sian nyer ... Anak ibu kena gigit nyamuk malam tadi ... Langkah berjaga-jaga telah diambil dengan memasang kelambu ... Tak tau ler cam ner boleh lepas masuk ...

Apa nak buat eak ? Kesan gigitan nyamuk tu leh sapu ape2 ker ? Nyamuk lak cam ner nak kurang kan ?